Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Rafizi Ramli. Show all posts
Showing posts with label Rafizi Ramli. Show all posts

Wednesday, May 24, 2017

SAMPAI BILA MALAYSIA HARUS PERCAYA #RAFIZIKAKIFITNAH



 

Baru lagi. Masih fresh fitnah yang mana Rafizi membuat tuduhan terbaru dalam Youtube Invoke menuduh Perdana Menteri dengan tuduhan yang "recyle" dan sudah pun dijawab oleh Peguam Negara, PAC dan kehadiran sendiri Raja Salman ke Malaysia.

Ditekankan seperti ada duit yang "dicuri" masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri. Ironinya, Rafizi berani pergi jumpa Raja Salman dan tanya sendiri benarkah ada duitnya yang dicuri?

Difahamkan sengaja Rafizi bangkit isu "recycle" ini untuk menutup cerita dirinya menerima duit berjuta juta dari taikun Singapore.

8 April 2017, Malaysia Today dedahkan Rafizi terima wang berjuta juta jutawan Datuk John Soh Chee Wen yang kini sedang berhadapan dengan 168 tuduhan di Mahkamah Singapura.

Seperti DAP yang dikatakan oleh Dr Zuhdi PAS menerima wang RM1.2 billion dari Israel, Rafizi juga enggan menjawab pertuduhan yang dibuat itu. Mengambil pendekatan "buat bodoh" seperti DAP,

Ini adalah 10 pembohongan yang diceritakan Rafizi. Kita semua "copy paste" dan sebar dalam Facebook dan Twitter. Tweet @RafiziRamli.

1) 12 Januari 2013, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu Menteri Pertahanan telah mengemukakan saman malu ke atas Rafizi kerana menerbitkan artikel fitnah dalam blognya.

2) 6 Ogos 2014, Rafizi kata PAS tolak Anwar sebagai PM dan mahu Ku Li sebagai PM dalam "Forum : Krisis Selangor :Pakatan Berpecah?" di Dewan Perhimpunan Cina-Kuala Lumpur. 6 September 2014, Hadi Awang menjawab balik bahawa tuduhan Rafizi itu adalah cerita fitnah.

3) 12 Julai 2014, laporan polis dibuat oleh AJK PKR Kapar iaitu Wan Adnan yang mendakwa Rafizi telah menyalahgunakan nama DYMM Sultan Selangor dalam isu menukar Menteri Besar Selangor.

4) 6 Ogos 2014, Tan Sri Khalid Ibrahim menang saman fitnah terhadap Saifuddin Nasuiton, Rafizi Ramli dan PKR kerana memfitnahnya melakukan salah laku sepanjang menjadi MB Selangor.

5) 22 Nov 2014, Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah memfailkan saman malu terhadap Rafizi. Kemudian Rafizi balas 'hanya melakukan gurauan' setelah memfitnah subsidi minyak masuk ke dalam akaun PM dan isteri untuk membeli cincin baru.

6) 26 Januari 2016 lalu, Rafizi didenda RM1,800 oleh Mahkamah Sesyen kerana menuduh UMNO terlibat dalam serangan terhadap gereja menggunakan Molotov dalam satu artikel yang diterbitkan di The Edge Financial Daily pada 2014.

7) 7 Mac 2012, Rafizi membuat kenyataan berunsur fitnah pada sidang media di Pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City, yang mana ia telah disiarkan di portal Malaysiakini. 31 Oktober 2016, Rafizi diarah bayar denda RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana memfitnah syarikat NFC.

8) 1 November 2016, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman denda RM1,950 kepada Rafizi Ramli setelah mengaku bersalah menganjurkan himpunan haram "Blackout 505"

9) 14 Nov 2016, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Rafizi setelah didakwa memiliki secara salah halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB. Rafizi didakwa melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972.

Rafizi juga dituduh mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran itu di lobi parlimen pada 28 Mac 2016 dan ia didakwa melanggar Seksyen 8(1)(e)(iv) akta yang sama.

10) 11 April 2017, Rafizi diminta bertaubat oleh Abdul Hadi Awang, Presiden PAS kerana memfitnah PAS terima dana 1MDB.

Perkara 6,7,8 dan 9 adalah keputusan mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman ke atas Rafizi kerana memfitnah. Kini menjadi sangat pelik jika masih ada yang percaya dengan dia. Melainkan mereka yang percaya adalah mereka daripada golongan yang gemar mendengar fitnah berbanding cerita benar sahaja.


Halooo!!!  Berapa lama na bermeditasi..


Saturday, April 22, 2017

Sebab Rafizi Ramli Tidak Bertanding Di Kemaman



CTS - Ramai yang bertanyakan kenapa di dalam Pilihanraya Ke 13, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli tidak bertanding di kawasan kelahirannya iaitu di Kemaman sebaliknya memilih untuk bertanding di Pandan.

Lihat sahaja gambar-gambar di bawah sudah cukup untuk menjelaskannya. Orang-orang Kemaman bijaksana tidak memilih penipu dan pembohong mewakili mereka. Rafizi Ramli bernafsu besar. Masih ada cita-cita untuk menawan Kemaman sedangkan sambutan yang diterima, lebih kerusi dari orang yang hadir.






Tuesday, June 14, 2016

Rafizi Bergurau Lagi...Terkini Bom Pula

Terkantoi, takut, gementar atau terkencing terberak bila tengok sel lokap gelap istimewa yang sedang menanti, berbanding sel lokap biasa, membuatkan Rafizi Ramli menggunakan alasan 'BERGURAU' lagi bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan ke atasnya.

Dalam ceramahnya di Kuala Kangsar, yang dilaporkan The Saviour Rafizi Ramli berkata, calon PAN yang merupakan saintis bom atom akan mencampakkan bom atom ke atas Najib Abdul Razak sekiranya menang, membuatkan dia secara automatik berhadapan dengan masalah perundangan.

Dia yang dikatakan sangat genius, kemudiannya segera menggambarkan bahawa laporan-laporan polis yang dibuat oleh penduduk Kuala Kangsar sendiri, adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku kerana dia hanyalah 'BERGURAU'.

Tak pula dapat dipastikan sama ada GURAUANnya kali ini sama seperti GURAUAN yang diperakuinya di mahkamah berhubung CINCIN RM24 JUTA yang sehingga sekarang dipercayai benar oleh para penyokong dan pentaksub berotak kering.

Kalau betullah dia boleh bergurau, harap-harap Rafizi Ramli tidaklah menyaman sesiapa sahaja, kerana kalau dia boleh bergurau, orang lain juga boleh bergurau dengannya.

Sebagai Ahli Parlimen yang hebat, yang terlibat dalam penggubalan akta, kanun dan undang-undang, sudah tentulah Rafizi Ramli tahu batas dan sempadan politiknya. Apatah lagi sebagai seorang wakil rakyat yang seharusnya memberikan sumbangan kepada pembangunan masyarakat, seharusnya Rafizi Ramli mengelak daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan sensasi yang boleh menyebabkan timbul ketidaktenteraman di kalangan masyarakat.

Malangnya, Rafizi Ramli kekal sebagai Rafizi Ramli... selagi seluruh tubuhnya tidak dibaluti kain kafan dan tempat terakhir dia tinggal adalah liang lahad yang ditutup papan dan ditimbun tanah setinggi 6 kaki, selagi itulah, dia akan terus menipu, menfitnah dan kemudian memberikan alasan, DIA BERGURAU!!!

Tak lucu pun, gurauan awak, Rafizi Ramli!!!

Begitu juga dengan para pengkomen... jangan buat komen yang menyusahkan anda sendiri kerana admin tidak akan keberatan untuk menyerahkan IP Address selain bukti-bukti sepatutnya kepada pihak berkuasa apabila diminta berbuat demikian...

Friday, June 10, 2016

Penipuan Cekai Tahap Whatsapp dan Wechat Pun Nak Buat PC, Rafizi Ramli?

YB Rafizi Ramli mahu menutup malu setelah membuat kesilapan mengira 'flying hours' rombongan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul iaitu dengan mengira 1440 jam dan bukannya 26 jam. Oleh kerana itu beliau sekarang bercakap mengenai jumlah beg untuk rombongan Isteri Perdana Menteri ke Istanbul.

Mungkin di kawasan Parlimen Pandan sudah tiada isu rakyat yang hendak perjuangkan maka dengan itu beliau mengambil tahu hal yang tiada kaitan dengan beliau.

Saya beranggapan YB Rafizi Ramli tidak pernah menaiki pesawat komersil mahupun pesawat eksekutif. Oleh yang demikian, saya akan menjelaskan SEIKHLASNYA dan MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU MUDAH agar dapat difahami dan diselami oleh YB Rafizi Ramli.

YB boleh menyemak terma 'ACT - additional centre tank' dengan 'rakan-rakan' dalam industri penerbangan. Pesawat ini telah mebuat pengubahsuaian kepada ruang kargonya untuk membesarkan tangki minyak bagi membolehkan pesawat terbang lebih jauh (more range). Untuk makluman YB juga, ruang kargo pesawat eksekutif juga tidak sama seperti pesawat komersil. Dalam kes penerbangan ini, ruang kargo digunakan untuk membawa kostum dan alatan Permata Seni yang diundang membuat persembahan di sana. (boleh rujuk gambar).

Penumpang pesawat berkenaan bukanlah hanya Isteri Perdana Menteri seorang. Sebaliknya pesawat ini turun membawa bersama 13 penumpang dan 7 anak kapal. Adakah kesemua penumpang lain tidak membawa bagasi masing-masing?

Ini penerbangan jarak jauh. Sudah tentu perlu menukar pakaian. Sebab itu dibawa 'hand-carry' beg. Begitu juga makanan daripada sendiri dibawa atas pesawat.

Jelas tuduhan YB Rafizi Ramli berniat jahat dan bertujuan menimbulkan kebencian terhadap pimpinan Negara dan keluarga.

YB Rafizi Ramli belum jawab soalan saya siapa PENTERNAK IKAN yang dimaksudkan Latifa Koya

ps: berapa kali pc lagi dia nak buat? takat nak tanya soalan camtu boleh wassap gua je bro ataupun tag gua kat fb

RIZAL MANSOR

Saturday, May 18, 2013

PAKATAN RAKYAT BAKAL HILANG 3 KERUSI, JENTERA BN DIMINTA BERSEDIA



NIK NAZMI DI MAHKAMAH 4 JUN 2013

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dakwaan menganjurkan perhimpunaan tanpa kebenaran, 8 Mei lalu.

Nik Nazmi, 31, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 dibacakan terhadapnya di depan Hakim Rozina Ayob, sebentar tadi.

Peguam Eric Paulsen yang mewakili Nik Azmi memberitahu mahkamah, pihaknya akan memfailkan secepat mungkin permohonan bagi membatalkan pendakwaan ke atas anak guamnya berdasarkan alasan salah guna kuasa kerana pendakwaan itu, lebih bersifat politik.

Mahkamah menetapkan 4 Jun ini untuk sebutan kes.



RAFIZI RAMLI DI MAHKAMAH 10 JUN 2013

Kes Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Mohd. Rafizi Ramli dan seorang bekas kerani bank yang menghadapi pertuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) akan disebut semula di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Jun ini.
Hakim G. Rames menetapkan tarikh tersebut sementara menunggu rayuan yang dikemukakan oleh Mohd. Rafizi terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya, diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. Rayuan tersebut akan didengar pada 23 Mei ini.

Mohd. Rafizi, 36, dan Johari Mohamad, 42, yang hadir di mahkamah hari ini diwakili peguam bela, Michelle Yesudas sementara pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Haziq Razali.


TIAN CHUA DI MAHKAMAH DIJANGKA JUN 2013

UMNO berhak di sisi undang-undang atau mempunyai locus standi untuk menyaman Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan dua lagi berhubung artikel diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com. yang didakwa mengaitkan UMNO dengan kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

UMNO melalui Setiausaha Kerjanya, Datuk Ab. Rauf Yusoh pada 15 Mac lalu memfailkan saman terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya, Chua Tian Chiang; Editor portal berkenaan, Fazallah Pit; dan penulis artikel, Aisha Geoffrey.

Menurut Ab. Rauf, hak untuk membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi di sini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.

Seksyen itu memperuntukkan, sesuatu pertubuhan boleh mendakwa atau didakwa atas nama mana-mana seorang anggotanya seperti yang dinyatakan kepada Pendaftar Pertubuhan dan didaftar olehnya sebagai pegawai awam pertubuhan bagi maksud itu.

Perkara tersebut terkandung dalam afidavit Ab. Rauf bertarikh 7 Mei lalu yang dikemukakan bersama permohonannya untuk membatalkan pembelaan yang difailkan oleh ketiga-tiga mereka pada 23 April lalu.
Ab. Rauf berbuat demikian atas alasan pembelaan mereka tidak mendedahkan klausa pembelaan yang munasabah, mengaibkan, remeh dan menyusahkan.

Tian Chua dalam pernyataan pembelaan antaranya menyatakan, kenyataannya adalah komen yang wajar dan dibuat di bawah perlindungan bersyarat demi kepentingan awam berkenaan isu keselamatan negara dan ketelusan media.

Peguam Raihanah Ariffin yang mewakili Ab. Rauf selaku pihak plaintif memberitahu pemberita, permohonan anak guamnya itu akan didengar pada 12 Jun ini.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Rosilah Yop ketika pengurusan kes saman itu di kamar beliau hari ini dengan kehadiran peguam S.H. Tan mewakili Tian Chua, Fazallah dan Aisha yang dinamakan sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Pada 15 Mac lalu, Ab. Rauf dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang UMNO yang telah dilapor dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lalu selepas ditemu ramah oleh wartawan portal itu.

Ab. Rauf mendakwa, perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud, UMNO merancang insiden pencerobohan tersebut, UMNO pembelot negara yang kononnya membawa masuk pejuang Kesultanan Sulu di Lahad Datu dan UMNO sengaja mahu menakut-nakutkan rakyat dengan insiden tersebut.

*Desas mengesahkan di kalangan peguam senior berkecuali berkata kemungkinan Pilihanraya Kecil akan diadakan di kawasan tersebut. Diharap jentera BN di kawasan terbabit tidak menunggu keputusan Mahkamah baru hendak menggerakkan jentera PRK, sebaliknya dinasihatkan supaya persediaan dibuat awal dari sekarang untuk mengenal pasti keperluan pengundi dan rakyat di kawasan terbabit.




Sunday, December 30, 2012

NFC Kontroversi NFC Berpunca Dari DAP? – Part I





Hasil carian imej untuk kontroversi nfc



Mykmu - Kontroversi mengenai National Feedlot Corporation (NFC) yang timbulkan oleh beberapa pemimpin politik pembangkang heboh diperkatakan pelbagai pihak disusuli dakwaan-dakwaan yang mempertikaikan projek tersebut. Sehingga kini, Kongres PKR yang sedang berlangsung di Pulai, Johor juga sedang hangat menghentam Kerajaan berkenaan isu ini.

Apa sebenarnya isu NFC ini?

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Setiussaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Samad dan beberapa pemimpin pembangkang lain mengecam pembelian kondominium di Bangsar itu sebagai satu bentuk penyelewengan dana.

Menghangatkan kontroversi NFC, Rafizi berhujah dengan menyatakan bahawa NFC hanya boleh menggunakan wang tersebut untuk melabur di dalam hal berkaitan fidlot itu sahaja dan tidak boleh membuat pelaburan hartanah, termasuklah membeli unit kondominium tersebut.

Pemimpin PKR itu juga mendakwa kondominium mewah itu dibeli dengan harga RM9.8 juta seunit.

Memandangkan isu tersebut semakin hangat diperkatakan, saya terpanggil untuk melawat sendiri ke ladang NFC di sini untuk melihat dan mendapatkan jawapan mengenai isu yang kononnya ‘sangat kontroversi’ itu.

Sepanjang perjalanan ke Pusat Fidlot Nasional baru-baru ini, penulis membayangkan sebuah rumah penyembelihan haiwan ternakan dan beberapa kandang lembu kosong yang hanya memuatkan sekitar dua tiga ekor lembu sebagaimana yang digembar-gemburkan para pemimpin pembangkang sebelum ini.

Ketika kenderaan memasuki perkarangan Pusat Fidlot tersebut, penulis dapat melihat sebuah kawasan berpagar yang luas dan agak jauh terpencil dari kedudukan kampung-kampung di sekitar Gemas, Negeri Sembilan.

Disambut oleh Pengarah NFC, Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh, kami mula bergerak ke Pusat Penyembelihan Lembu NFC yang terletak tidak jauh dari pintu masuk pejabat operasi syarikat tersebut.

Di Pusat Penyembelihan Lembu itu, kami diberi penerangan oleh Pengurusnya, Mohd Nor mengenai prosedur ketat yang perlu dipatuhi untuk memasuki kawasan penyediaan daging NFC itu sebelum di pasarkan.

Kami dikehendaki memakai pakaian khas, menutup rambut, memakai sarung tangan getah, berkasut ‘Phua Chu Kang’, memakai topeng mulut dan meninggalkan barang-barang yang tidak perlu sebelum memasuki premis operasi penyediaan daging itu.

Mengharungi lopak kecil berkimia untuk membersihkan kasut yang baru dipakai, Mohd Nor membawa penulis dan rakan-rakan media lain ke lokasi di mana lembu-lembu diasingkan, dibawa masuk ke sebuah kotak besi, disembelih, dilapah kulitnya, dipotong dua, dipotong empat, diproses dan disimpan di dalam “chiller”.

Menurut Mohd Nor, seramai 11 pekerja di situ yang memiliki sijil menyembelih haiwan yang diikitraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memastikan sembelihan tersebut berstatus halal dari segi syarak.

Kemudian, daging-daging dan anggota lembu yang lain seperti limpa, paru-paru, lidah, ekor, perut dan sebagainya diproses serta dipotong-potong kepada bahagian yang lebih kecil sebelum dibungkus di dalam kotak-kotak untuk tujuan pemasaran.

Sejak tiga tahun beroperasi, produk NFC telah berjaya dipasarkan di beberapa hipermarket utama negara seperti Jaya Jusco, Giant, Carrefour, Cold Storage, O’gourmet dan beberapa hotel terkemuka seperti Marriot Hotel, Shangri-La Hotel dan The Ritz-Carlton Hotel.

Selain memasarkan daging ke restoran kendalian anak syarikat NFC iaitu Meatworks di Mont Kiara, produk NFC juga dipasarkan di Restoran Subway, Dome, Domino’s Pizza, A&W, Jake’s Charboil Steaks, Al-Amar Lebanese Cuisine, Darabif, Prima Agri-Product, penyedia makanan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan pasar-pasar basah di seluruh negara.

Kiranya, meskipun baru beroperasi selama tiga tahu, NFC sudah mempunyai reputasi yang agak membanggakan, rangkaian pemasaran yang luas dan berpotensi besar untuk berkembang maju di dalam industri fidlot tanahair.

Selesai melawat di Pusat Penyembelihan itu, kami di bawa melawat ke kandang-kandang lembu yang ditempatkan sekitar 800 meter dari ibu pejabat operasi NFC.

Memang benar kata Rafizi, hanya dua hingga tiga ekor lembu saja yang kelihatan di kandang pertama yang kami lalui ketika menuju ke ‘kandang lembu yang sebenar’ itu.

Mengejutkan, rupa-rupanya beribu ekor lembu sedang ‘menunggu’ kedatangan kami dan Wan Shahinur Izmir menjelaskan bahawa jumlah lembu yang ada di ladang NFC pada ketika itu adalah lebih dari 1,300 ekor.

Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa secara idealnya kandang itu mampu memuatkan sekitar 4,000 ekor dalam tempoh yang sama dan NFC bakal membina sejumlah empat lagi kandang seumpamnya di sekitar kawasan tersebut sehingga tahun 2014.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Izmir berkata, beliau ‘hairan’ dengan kenyataan beberapa pihak yang menyatakan bahawa ‘hampir tidak ada lembu di ladang fidlot NFC’ kendaliannya itu.

Tidak jauh dari kandang-kandang lembu fasa pertama itu, penulis dapat melihat premis pusat penyediaan makanan lembu NFC yang diproses sendiri berasaskan jerami padi, vitamin-vitamin dan mineral yang diperlukan oleh lembu-lembu tersebut.

Menurutnya, memang benar dakwaan tentang perancangan awal NFC mensasarkan pemasaran sekitar 60,000 ekor lembu setahun pada tahun 2006, namun memandangkan sasaran tersebut tidak realistik pada awal permulaan projek itu, sasarannya dikurangkan kepada 8,000 ekor sahaja setahun kemudiannya dan dipersetujui oleh pihak kementerian terbabit.

Beliau berkata, sasaran tersebut telah berjaya dicapai pada tahun lalu dengan 8,016 ekor lembu berjaya dipasarkan dan ini menafikan dakwaan pihak yang mengatakan bahawa NFC mengalami kerugian jutaan ringgit sebelum ini.

Izmir juga mengeluh apabila ada pihak yang mendakwa bahawa NFC kononnya tidak membayar pinjaman yang dibuat dari kerajaan dan menjelaskan bahawa syarikat itu sebenarnya diberi pelepasan dari pembayaran tahunan tersebut dalam tempoh tiga tahun pertama.

Beliau menjelaskan bahawa menurut perjanjian yang dipersetujui kedua pihak, NFC akan membayar sejumlah RM14.7 juta setahun kepada kerajaan untuk melunaskan hutangnya, bermula tahun hadapan.

Menurutnya lagi, tiada keistimewaan yang diberikan kepada NFC berbanding projek-projek sosio-ekonomi kerajaan lain yang dianugerahkan geran pembiayaan penuh, sebaliknya syarikat itu ‘terpaksa’ meminjam wang meskipun projek berkenaan sememangnya layak untuk mendapat geran yang sama tarafnya dari kerajaan.

Izmir turut menjelaskan tentang realistik perniagaan dan mempersoalkan kembali tentang apakah perlu pinjaman yang diterima sebanyak RM181 juta itu dibelanjakan sepenuhnya dan memenuhkan ladang tersebut dengan 60,000 ekor lembu sedangkan syarikat itu baru saja setahun jagung beroperasi.

Menjelaskan perkara berkenaan, NFC mempunyai perancangan jangka panjang yang lebih teratur dan tidak perlu ‘boros’ dengan terus berbelanja besar setelah mendapat pinjaman tersebut dari kerajaan.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.