Tun
Mahathir Mohamad dalam tulisan beliau berjudul “1MDB KELUAR DARI
PERNIAGAAN POWER” mempertikaikan laporan bahawa 1MDB mengurangkan
hutang antara RM16 bilion hingga RM18 bilion hutangnya selepas
menjual “Edra”.
2. Saya cuba menghitung bagaimana penjimatan ini boleh dicapai.
3. 1MDB membeli loji-loji janakuasa bersama dengan hutangnya sejumlah RM6 bilion dengan harga RM18 bilion. CGN membayar RM9.83 bilion untuk 100% aset tenaga itu.
4. Perlu diambil perhatian bahawa pada masa 1MDB membeli loji-loji janakuasa tersebut, Ringgit berada pada paras 3.2 bagi satu dolar Amerika. Kini ia berada pada paras 4.2 Ringgit bagi satu dolar Amerika. Dihitung dari segi dolar Amerika, 9.83 bilion Ringgit yang dibayar oleh Syarikat Cina adalah bernilai lebih rendah daripada 9.83 bilion Ringgit yang dibayar oleh 1MDB.
5. Jika wang yang dipinjam oleh 1MDB adalah dalam Ringgit kerugian itu adalah minimum. Tetapi jika 1MDB telah meminjam dalam USD, ia menghadapi kehilangan 1 Ringgit bagi setiap dolar yang dipinjam. Dengan kata lain apa yang 1MDB memperolehi daripada jualan itu tidak akan dapat membayar sepenuhnya hutang dalam bentuk USD yang dipinjam oleh 1MDB.
6. CGN dilaporkan telah membeli 100% daripada aset tenaga 1MDB. Adakah hutang loji janakuasa berjumlah 6 bilion Ringgit yang 1MDB telah mengambilalih itu juga dianggap sebagai aset yang telah dijual kepada CGN?
Saya
fikir Tun Mahathir tidak perlu memeningkan kepala untuk perkara yang
mudah ini. 1MDB telah merangkumkan kesemua pembelian aset janakuasa
bebasnya di bawah anak syarikat Edra Energy. Kesemua liabiliti
pembelian janakuasa ini terletak di bawah Edra berjumlah sekitar RM
18 bilion.
Apabila
syarikat China, CGN membeli Edra bersama dengan liabilitinya, berapa
bayaran tunai atau dalam matawang apa tidak penting lagi kerana ia
mengambil alih keseluruhan hutang dan liabiliti syarikat terbabit.
Oleh
kerana jumlah keseluruhan liabiliti EDRA yang ditanggung oleh 1MDB
ialah RM 18 bilion, maka pengambil alihan ini sekaligus mengurangkan
RM 18 bilion dari tanggungan hutang 1MDB.
Ini
seumpama kisah jualan MV Agusta Motor S.p.A (MV Agusta) beberapa
tahun lalu. Apabila Tun mengarahkan Proton membeli dengan harga 70
juta euro ia termasuk hutang dan liabiliti syarikat terbabit.
Apabila
hutang MV Agusta mula bertambah ia telah menyebabkan akaun Proton
Holdings sendiri mencatatkan kerugian besar sehingga RM 500 juta.
Daripada 500 juta ringgit itu, 481 juta ringgit ialah hutang MV
Agusta.
Justeru
apabila Proton menjual MV Agusta dengan harga RM 4.50 atau 1 Euro
bersama hutangnya, ia turut melenyapkan labiliti Proton sebanyak
RM481.05 juta.
Selebihnya,
elok Tun tidak masuk campur dalam hal pengurusan perniagaan kerana
rekod Tun mengendalikan perniagaan sangat buruk, dari Perwaja, MAS,
Renong dan BMF sangat mengecewakan. Dari segi perjanjian juga Tun
gagal menguruskan dengan baik bila diambil kira perjanjian berat
sebelah yang menguntungkan pengendali Lebuh Raya berbanding pengguna.
Jual
EDRA rugi? Memanglah rugi bila ia dijual dalam keadaan terdesak atau
“Force Selling”.
Sapa
desak? Tun M dan sebahagian kitalah yang menghentam 1MDB dengam
begitu teruk sehingga memberi imej yang tidak baik kepada pelabur.
Edra
ini sepatutnya tiada masalah jika tidak diserang. Hari ini sudah
selesai hutang melalui IPO. Namun IPO tidak lagi dapat dilaksanakan
apabila Tun M mula melancarkan siri serangannya ke atas 1MDB ini.
Yang kita bincang sekarang untuk kurangkan hutang 1MDB. Jadi jual Edra
kurangkan liabiliti 1MDB sebanyak RM18B.
1 comment :
macai ckp bunga2 tu cuma bunga murah yg digunakan utk di tabur di kuburan sahaja
Post a Comment