Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, December 9, 2015

Apa Pilihan Tan Sri Muhiyiddin?

Image result for najib muhyiddin

1. Kalau ikutkan, kenyataan Tengku Adenan Tengku Mansor, ucapan Tan Sri Muhiyiddin pada malam Isnin lalu di Kelab Sultan Sulaiman, telah "cross the line", ertinya tindakan Timbalan Presiden itu jika dirujuk dalam Perlembagaan parti, maka jelas kesalahan mantan Timbalan Perdana Menteri itu. 

2. Salah satu, ucapan Tan Sri Muhiyiddin yang boleh menggamit tindakan disiplin, apabila beliau menyuarakan, agar Presiden mengambil cuti daripada semua jawatan, sementara menunggu siasatan terhadap 1MDB dan wang derma RM2.6bilion.

3. Semalam, semasa taklimat Presiden, Dato Seri Najib Razak mengakui, rasa terkilan (bahasa kasar marah), kerana ucapan-ucapan Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir hanya berasaskan dakwaan, bukannya berasaskan kepada fakta yang benar.

4. Atas sebab ucapan Timbalan Presiden itu, maka semasa memberi taklimat kepada perwakilan, DS Najib, terus memulakan taklimat dengan "gear lima" berterus terang, tanpa berselindung, apatah lagi taklimat beliau dibantu "presentation" power point.

5. Mengingat kepada ucapan Tan Sri Muhiyiddin Yassin itu, ramai yang meramalkan, bahawa beliau bakal diambil tindakan drastik termasuk pemecetatan atau penggantungan.

6. Namun, menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden- Dato Zahid Hamidi, mesyuarat AMT Khas malam ini, agenda membincangkan perihal Timbalan Presiden itu tidak terdapat dalam agenda mesyuarat. 

7. Walau apapun perkembangan, Tan Sri Muhiyiddin, perlu membuat keputusan sendiri, apa kah akan terus bersama Umno, atas sebab, berasaskan situasi sekarang, masa depan Timbalan Presiden itu dalam keadaan samar-samar berasaskan kepada tindak tanduk beliau sendiri. 

Baca seterusnya Apa Yang Tersirat

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.