Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, November 2, 2016

Dokumen Soros Dedah Siapa Kumpulan BERSIH

AIDCNews -Dokumen minit mesyuarat Program Malaysia Open Society Foundation (OSF) bertarikh 22 Jun 2015 dibocorkan oleh penggodam DC Leaks menyebut secara jelas pengasas OSF, George Soros mempunyai kepentingan peribadi dalam pilihan raya di Malaysia.

OSF adalah nama lain kepada yayasan Soros yang dikenali ramai iaitu Open Society Institute (OSI).

Selalunya yayasan Soros mudah dikenali dengan adanya kata kunci ‘Open Society’, namun nama itu boleh diubah mengikut kesesuaian operasi di sesebuah negara negara, misalnya; Open Society Fund (Bosnia dan Herzegovina); Fund For An Open Society (Serbia); International Renaissance Foundation (Ukraine) dan Stefan Batory Foundation (Poland)

Ibu pejabat OSF/OSI terletak di 224 West 57th Street, New York, Amerika Syarikat yang menjalankan operasi di enam wilayah negara di seluruh dunia iaitu Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin dan Caribbean, Afrika dan Asia.

Operasi OSF/OSI di Asia pula dipecahkan kepada tiga wilayah iaitu Asia Tengah, Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Malaysia juga salah satu target OSF/OSI di kawasan Asia Tenggara di mana pusat operasinya berpangkalan di Burma di bawah Pengarah programnya, Maureen Aung-Thwin.

Sebab itu dalam minit mesyuarat ‘Program Malaysia’ pada 22 Jun 2015, yang bertujuan untuk mengkaji semula sokongan terhadap pilihan raya bebas dan adil bagi meningkatkan penyertaan masyarakat sivil dalam tadbir urus baik sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 2018, dihadiri oleh pelbagai pihak yang strategik.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Christopher Stone (Presiden OSF/OSI pusat), Martin Hala (Pengurus Wilayah, Pejabat Serantau Asia Pasifik), Mary Agnes James (Penolong Pengarah Program Malaysia) dan Ibrahim Suffian (Pengarah Merdeka Centre Malaysia).

Turut hadir adalah Binaifer Nowrojee: Pengarah, Pejabat Serantau Asia Pasifik; Sana Ghouse, Pegawai Program, Pejabat Serantau Asia Pasifik dan Hatia Jinjikhadze: Timbalan Pengarah, Open Society Georgia Foundation.

“Semakan portfolio itu membangkitkan persoalan bagaimana Program Malaysia akan terus menyokong penglibatan masyarakat sivil dalam urus tadbir yang baik dan keutamaan ke arah pilihan raya umum 2018,” kenyataan dokumen itu dipetik.

Dokumen itu menyebut dengan sokongan OSF/OSI ia telah berkesan menggerakkan penyertaan golongan muda, dengan ratusan ribu anak muda.

Namun, Ibrahim Suffian memberitahu mengikut tinjauan Merdeka Center, ia masih tidak mencukupi dan mencadangkan agar Program Malaysia menggerakkan lebih ramai pengundi yang beragama Islam.

Dokumen itu juga turut menyebut secara khusus berkaitan penglibatan Pengarah SEAI (Southeast Asia Initiative/Inisiatif Asia Tenggara),Maureen Aung-Thwin.

“Kami terkejut dengan tahap penghinaan terhadap George Soros (dan OSF serta sekutu) dalam media rasmi. Walaupun tidak dijangka selepas lebih daripada satu dekad permusuhan rasmi, peningkatan dan intensiti serangan masih lagi dilakukan sebagai kejutan.

Maureen Aung-Thwin Pengarah SEAI

“Akibatnya, kami terpaksa bekerja dengan tenang dan mengurangkan pendedahan awam berkenaan kita. Kakitangan kami hanya menghadiri acara awam dan bukan lagi mesyuarat tertutup.

“Pengarah SEAI, Maureen Aung-Thwin, tidak dibenarkan masuk ke Malaysia selepas Julai 2011 selepas perhimpunan BERSIH di mana blog melaporkan perhimpunan itu telah dibiayai OSF/OSI,”kenyataan dokumen dipetik.

Pada 5 Julai 2011, AIDCNews menyiarkan kenyataan daripada Presiden JUST (Gerakan Keadilan Sedunia), Dr. Chandra Muzaffar yang mendedahkan Maureen Aung-Thwin dalam perhimpunan BERSIH pada tahun itu.

“Menurut sumber sahih, seorang pegawai daripada sebuah pertubuhan diasaskan dan dibiayai oleh spekulator kewangan, George Soros berada di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk mengadakan pertemuan dengan para pemimpin parti politik dan NGO yang menganggotai BERSIH.

“Pegawai tersebut, Maureen Aung-Thwin merupakan Pengarah ‘Projek Burma / Inisiatif Asia Tenggara’ yang dikendalikan Open Society Foundations (OSF) berada di Kuala Lumpur dari 27 Jun hingga 2 Julai, 2011.

“Pertubuhan Open Society Foundations digunakan oleh Soros bagi membangunkan program-program membina keupayaan di atas nama demokrasi di beberapa bahagian dunia.

“Sebenarnya program-program tersebut merupakan sebahagian daripada agenda lebih besar Amerika Syarikat bagi memperluaskan kuasa global dan pengaruhnya dengan alasan untuk memampatkan demokrasi.

“Saya berharap kerajaan akan menjalankan penyiasatan terperinci pembabitan OSF yang didalangi Soros dalam pergerakan BERSIH. Pembabitan OSF perlu dikaji dalam konteks dakwaan pembabitan NGO-NGO Eropah dan Amerika Syarikat dalam aktiviti-aktiviti BERSIH dan kumpulan-kumpulan berkaitan dengannya,” dedah Dr Chandra.

Tambah Dr Chandra, semasa beliau memegang jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional, wakil Soros itu juga telah datang menemuinya untuk menawarkan bantuan dana.

“Saya amat memandang berat pembabitan pihak Soros berikutan sesuatu yang berlaku sewaktu saya berada dalam Parti Keadilan Nasional (kini Rakyat) sebagai Timbalan Presiden dari 1999 hingga 2001.

“Beberapa minggu sebelum pilihan raya 1999, Maureen Aung-Thwin datang ke pejabat saya di Petaling Jaya berhubung permintaan daripada Anwar Ibrahim bagi membiayai Keadilan pada pilihan raya.

“Apa yang nyata, pembantu Anwar yang paling dipercayai, Azmin Ali telah menghubungi pemilik media Zionis, Rupert Murdoch bagi pihak Anwar mengenai bantuan kewangan. Permintaan tersebut kemudian disampaikan kepada sahabatnya, George Soros, yang kemudian menghantar Maureen sebagai misi ke Malaysia.

“Saya memberitahu Maureen, Keadilan tidak akan menerima bantuan kewangan daripada mana-mana sumber luar, dan persoalan penerimaan dana daripada Soros atau sesiapa saja bagi membiayai kempen pilihan raya tidak timbul sama sekali.

“Pada sebelah petangnya saya memaklumkan kepada Presiden, Dr. Wan Azizah Ismail mengenai pertemuan saya dengan Maureen dan memohon supaya beliau bertanya kepada Anwar sama ada apa yang disampaikan oleh Maureen kepada saya itu benar.

“Menurut Wan Azizah, Anwar menafikan sebarang pengetahuan mengenai permintaan mendapatkan bantuan daripada Murdoch serta pembabitan Soros. Saya percaya kepada Anwar dan membiarkan perkara tersebut berlalu.

“Bagaimana pun, beberapa perkembangan selanjutnya yang mengaitkan beberapa orang pemimpin Zionis di Amerika Syarikat dan Anwar meyakinkan saya Anwar sebenarnya berbohong.

“Kini, 12 tahun kemudian, persekongkolan yang melibatkan Maureen Aung Thwin dan Soros timbul sekali lagi dalam politik Malaysia – kali ini menerusi BERSIH.

“Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui segala-galanya daripada Anwar, BERSIH dan Soros,”kata Dr Chandra lagi.

Setahun selepas pendedahan Maureen Aung-Thwin itu, Dr Chandra sekali lagi melahirkan perasaan terkejutnya dengan pendedahan bahawa seorang wakil Soros juga menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Mkini (Portal Malaysiakini).

“Ini adalah pendedahan yang sangat penting,” kata Dr Chandra.

Beliau mengulas laporan The Star yang mendedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pinjaman Media (MDLF), Harlan M. Mandel dikaitkan dengan Soros telah dilantik sebagai salah seorang daripada tiga pengarah Mkini, yang mengendalikan portal berita dalam talian Malaysiakini pada Julai 2011.

Beliau berkata media mempunyai potensi untuk membentuk pandangan rakyat, sikap, pilihan dan keutamaan dalam politik.

“Orang asing tidak mempunyai perniagaan yang membentuk pemikiran masyarakat Malaysia,” katanya, sambil menambah bahawa perubahan harus diilhamkan oleh penduduk tempatan dan tidak dihasut oleh warga asing yang mempunyai kepentingannya.

Beliau berkata rakyat Malaysia perlu faham tentang Soros mempunyai kaitan dengan badan-badan seperti National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) yang mempunyai rekod tertentu di seluruh dunia.

Soros mempunyai reputasi yang buruk dalam banyak bahagian di seluruh dunia kerana memanipulasi dan menggerak kewangan global, kata Dr Chandra, sambil menambah bahawa beliau juga dikaitkan dengan krisis kewangan di Asia Tenggara, Rusia, Amerika Latin dan Britain.

“Ia adalah sangat naif untuk percaya bahawa mereka benar-benar mengambil berat tentang kebebasan dan demokrasi,” katanya.

“Saya amat terkejut bahawa individu dari SUARAM dan PKR, yang mendakwa diri sebagai sosialis, berselindung dengan ‘pakaian’ yang dikaitkan dengan Soros, yang selama ini dilihat sebagai kapitalis tidak bertanggungjawab,” katanya.

Dr Chandra berkata mereka juga dikaitkan dengan agenda AS di Asia Tenggara.

1 comment :

Lady Jane said...

Hello Everyone, nama saya Jane alice seorang wanita dari Indonesia, dan saya bekerja dengan sebuah negara kompensasi bersatu, dan kami telah mendengar dan juga meminjam dari perusahaan pinjaman, dengan cepat saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan seluruh Indonesia untuk mencari pinjaman Internet Sangat hati-hati Berhati-hatilah untuk tidak jatuh di tangan scammers dan fraudstars, ada banyak kreditur kredit palsu di sini di internet dan beberapa di antaranya asli dan nyata,

Saya ingin melempar testimonial tentang bagaimana Tuhan menuntun saya ke pemberi pinjaman yang sebenarnya dan dana pinjaman Real telah mengubah hidup saya dari rumput menjadi Grace, setelah saya tertipu oleh beberapa kreditor kredit di internet, saya kehilangan banyak uang untuk membayar biaya pendaftaran. . , Garansi, pajak, dan setelah pembayaran saya masih belum mendapat pinjaman saya.

Setelah berbulan-bulan berusaha mendapatkan pinjaman di internet dan jumlah uang yang dihabiskan tanpa mendapat pinjaman dari perusahaan mereka, maka saya menjadi sangat putus asa untuk mendapatkan pinjaman dari kreditor kredit genue online yang tidak akan meningkatkan rasa sakit saya jadi saya memutuskan untuk Hubungi teman saya yang baru saja mendapatkan pinjaman online, kami mendiskusikan kesimpulan kami mengenai masalah ini dan dia bercerita tentang seorang wanita bernama Mr. Dangote yang adalah CEO Dangote Loan Company.

Jadi saya mengajukan permohonan untuk jumlah pinjaman (Rp400.000.000) dengan tingkat bunga rendah 2%, tidak mengurus se umur saya, karena saya mengatakan kepadanya apa yang ingin saya gunakan untuk membangun bisnis saya dan pinjaman saya telah disetujui dengan mudah. Tanpa stres dan semua persiapan yang dilakukan dengan transfer kredit dan dalam waktu kurang dari 24 jam setelah mendapatkan sertifikat yang diminta, telah disimpan ke bank dan impian saya masuk. Jadi saya ingin saran yang memerlukan panggilan pinjaman cepat sekarang atau email di Dangotegrouploandepartment@Gmail.com

Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini. Saya berdoa agar Tuhan memberkati dia atas hal-hal baik yang telah dia lakukan dalam hidup saya. Anda juga bisa menghubungi saya di ladyjanealice@gmail.com hari yang menyenangkan info lebih lanjut ..

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.