Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, August 2, 2017

Bekas Mursyidul Am TIBAI Zahid Md Arip Akhirnya 'DIBANGSATKAN' Selepas Ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Zahid Mat Arip, bekas Pegawai Khas mantan Pengerusi FELDA selama 5 hari bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata Zahid Mat Arip ditahan pada pukul 4 pagi tadi di pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

Menurut sumber pada Jumaat lepas, Ketua Pengarah SPRM Dato' Dzulkifli mengarahkan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat pembelian hotel di Kuching itu yang disyaki dibeli dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Zahid Mat Arip adalah antara pegawai yang menerima komisen yang tinggi dari urus niaga ini.

Sementara itu empat individu sudah ditahan bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel berkenaan pada tahun 2014.
Ini menyaksikan mantan Ketua Pegawai Eksekutif FIC, Mohd. Zaid Abdul Jalil ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan setelah hampir 12 jam memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam.

Media sebelum itu melaporkan hartanah di Kensington tersebut dibeli antara 2013 dan 2015 pada harga 60 juta pound sterling.

SPRM memulakan siasatan ke atas pembelian hotel di Kuching itu susulan maklumat yang diterima dari Pasukan Penyiasat terhadap pembelian hotel di London oleh FIC sebelum ini.

Semalam dalam satu komen terhadap YAB Dato' Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Zahid Md Arip menggunakan kata-kata kesat 'bangsat' memaki TPM. Nampaknya hari ini dia yang 'bangsat' masuk lokap SPRM dahulu.

Selama ini PPBM dan pembangkang lain sering membuat bising mengenai FELDA sedangkan pemimpin mereka yang terlibat. Apa kata PPBM apabila Ahli Majlis Tertinggi partinya sendiri ditangkap SPRM kerana rasuah?

Pembangkang jangan sombong dan mendabik dada. Setiap hari sebarkan berita palsu dan fitnah sepanjang masa. Jangan usik sarang tebuan.

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.