Dr MiM : Akhirnya,
penyokong tegar Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat pengakuan bahawa kerugian
skandal FOREX adalah terbesar di dunia.
Perkara
itu dinyatakan sendiri oleh Zainudin Maidin di dalam twitter beliau.
Tetapi
beliau masih cuba menegak benang yang basah dengan mendakwa bahawa skandal
FOREX ini 'tak heboh sedunia macam 1MDB sebab tak rasa.'
Kita
faham dengan situasi Zainudin Maidin yang perlu pertahankan boss beliau tetapi
kenyataan ini ternyata begitu dangkal dan bodoh.
Ianya
semudah merujuk google.search dan kita boleh lihat bahawa media sedunia sudah
melaporkan skandal tersebut. Ironinya, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu
sahaja bersidang 2 hari tetapi skandal FOREX ini sudah pun diketahui umum
seluruh dunia.
Bayangkan
apa yang berlaku seterusnya apabila pihak RCI mendedahkan lebih banyak lagi
rahsia-rahsia dalaman yang selama ini disembunyikan oleh Dr Mahathir. Pastinya
pihak media dunia akan berminat untuk melaporkan perjalanan dan penemuan RCI
tersebut.
Dan
jika Zainudin Maidin turut merujuk suasana era 1990-an ketika skandal ini
berlaku di mana 'tak heboh sedunia', beliau salah sekali lagi kerana ketika itu
tidak ada blog, facebook dan pelbagai aplikasi media sosial yang menyediakan
informasi secara terbuka dalam masa yang cepat dan tidak terhad.
Yang
ada cuma media tradisional seperti akhbar-akhbar cetak, radio dan TV yang
kesemuanya pro-kerajaan ketika itu.
Kita
sedia maklum bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RC) telah mula bersidang
berkenaan siasatan kerugian urus niaga mata wang asing (FOREX) oleh Bank Negara
di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sekitar 1980-an dan 1990-an.
Di
antara yang menganggotai suruhanjaya ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira
Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia berhad, Datuk
Tajuddin Atan; Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan,
Datuk Dr Yusof Ismail; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara
Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; dan Ahli Institut Akauntan Malaysia, S.A.K
Pushpanathan.
Suruhanjaya
ini ditubuhkan pada 15 Julai 2017 dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan
Agong Sultan Muhammad V.
Prosiding
RCI Forex telah dipengerusikan oleh Pengerusi Petroliam Nasional Berhad
(Petronas), Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Datuk Suhaimi Ibrahim sebagai pegawai
pengendali.
Keterangan
dari pelbagai saksi termasuk Murad, bekas kakitangan Bank Negara, Abdul Aziz
Abdul dan bekas juruaudit dalaman Bank Negara, Ahmad Hizzad Baharuddin, telah
mendedahkan kerugian itu berjumlah sekurang-kurangnya RM31.5 bilion.
Jumlah
ini adalah 23.3% daripada keseluruhan KDNK Malaysia sebanyak RM135 bilion pada
tahun 1991, satu nilai yang amat besar ketika itu.
Yang
pastinya, wang RM31.5 bilion (nilai ringgit ketika itu) hangus hilang begitu
sahaja. Dan bayangkanlah berapa banyak projek-projek rakyat yang boleh
dilaksanakan dengan nilai RM31.3 bilion.
Contohnya:
a. 7 juta rakyat Malaysia akan dapat menafaat BR1M untuk 4 tahun berturut-turut. Kos BR1M tahun 2017 ialah RM6.8 bilion.
b. 780,000 unit rumah Mesra Rakyat boleh dibina. Rumah Mesra Rakyat adalah unit rumah yang disubsidi oleh Kerajaan sehingga RM20 ribu seunit (RM200 juta untuk membina lebih 5000 unit Rumah Mesra)
c. 3 Lapangan Terbang setaraf KLIA boleh dibina (Kos pembinaan KLIA ialah RM 8.5 Billion)
No comments :
Post a Comment