Namun,
adakah mereka ini hipokrit atau munafik, kerana sebelum Mahathir masuk kandang
mereka bagaikan lembu dicucuk hidung, merekalah yang beriya-iya menghentam
Mahathir sebagai bapa perompak negara atau pelabelan yang selari dengannya?
•
DS Anwar
Ibrahim
DS
Anwar Ibrahim pernah dalam perucapan awamnya menuduh Mahathir sebagai ‘pencuri
wang negara’.
Anwar
mendakwa, anak Mahathir mendapat kontrak Petronas, dan Kencana Petroleum adalah
milik Mokhzani Mahathir. Banyak hasil Petronas telah dikaut oleh anak Mahathir.
Anak
Mahathir, Mirzan juga amat kaya sehingga mampu membeli kilang arak St Miguel di
Filipina dengan bayaran tunai RM2.9 bilion.
St
Miguel Brewery (SMB) Manila, adalah kilang arak terbesar di Filipina
Antara
arak keluaran St Miguel Brewery, Filipina
Kemudian
Anwar juga mendedahkan bahawa anak Mahathir juga membeli Esso Malaysia dengan
harga RM1.7 bilion dan jenamanya ditukar kepada PETRON. Mahathir juga
mengenakan syarat supaya MAS membeli minyak PETRON selama 6 bulan bagi
menguntungkan syarikat minyak itu (kita tidak tahu apa jadi selepas itu).
•
Mat Sabu
Mat
Sabu presiden PAN, yang kini merupakan Menteri Pertahanan tanpa sebarang sijil
akademik, pernah menuduh Mahathir sebagai ‘Bapa Pelingkup Negara’ kerana segala
kerosakan negara berlaku pada zaman ketika Mahathir berkuasa.
Mat
Sabu mengulangai kebenciannya kepada Mahathir dan kemudiannya menuduh pula
Mahathir sebagai ‘Kepala Perompak’
Mat
Sabu juga menasihatkan ‘perompak-perompak baru’ janganlah hendak menipu
Mahathir kerana Mahathir tahu di mana harta disembunyikan, dia tahu serba-serbi
tentang kerja-kerja merompak kerana dia sendiri adalah ‘Bapa Perompak Negara’.
• Lim Guan Eng
Lim
Guan Eng juga pernah menuduh Mahathir sebagai cuba menyelamatkan anak-anaknya
yang kaya-raya. Kata Guan Eng, Mahathir takut sekiranya Lim Kit Siang (parti
DAP) menang, Haji Hadi (PAS) menang, Anwar (PKR) menang, yang susah nanti
adalah anak-anak Mahathir bukan Mahathir kerana Mahathir sudah tua dan tidak
berapa lama lagi akan hidup.
Kekayaan
anak Mahathir, Mokhzani (orang ke-13 terkaya Malaysia) telah mengalahkan tauke
Sport Toto, TS Vincent Tan Chee Yioun yang jatuh di tangga ke-14 dalam senarai
orang terkaya di Malaysia.
Lim
Guan Eng juga mengugut sekiranya mereka menang, mereka akan menahan dan menyoal
anak Mahathir yang memiliki harta sejumlah RM2.7 bilion, bagaimanakah dia
dengan mudah menjadi begitu kaya?
• Mendiang
Karpal Singh
Mendiang
Karpal Singh juga telah mendakwa bahawa Mahathir telah berkuasa selama 22 tahun
dan selama itu dia telah menyalahgunakan kuasa (abused of power).
Bagi
Karpal Singh, jika ada pemimpin yang rasis, maka pemimpin itu ialah Mahathir.
Kata Karpal Singh lagi, sekiranya kami (Pakatan Rakyat) menguasai Putrajaya,
kami memberi amaran kepada Mahathir supaya jangan lari dari negara ini.
•
Gobind
Singh Deo
Gobind
Singh Deo juga pernah melabel Mahathir sebagai ‘Hantu nombor Satu Malaysia’ dan
‘Hantu Besar’ Malaysia.
•
Rafizi
Ramli
Rafizi
Ramli yang merupakan Timbalan Presiden PKR, pernah mendakwa bahawa Mahathir
adalah manusia ‘lidah bercabang’ kerana kalau dia kata dia Melayu bermaksud dia
‘India, mamak’. Kalau dia kata Anwar liwat, maksudnya Anwar tak liwat. Kalau
dia kata dia tak takut, maksudnya dia takut (kalau Pakatan Rakyat menang PRU)
dan tidak boleh tidur setiap malam.
Rafizi
hairan apabila Mahathir mengaku bahawa kekayaan dirinya adalah hasil gajinya
selama 22 tahun memerintah sebagai Perdana Menteri.
Rafizi
juga mendakwa, rumah Mahathir di Country Height berharga RM20 juta, anak dia
tersenarai sebagai orang Melayu terkaya di Malaysia. Kayanya anak Mahathir
sehingga boleh membeli kilang arak St Miguel di Filipina dan dengan kekayaan
itu, anak Mahathir mampu membeli stesen minyak Esso dan menjenamakannya sebagai
PETRON.
Kata
Rafizi, jangan beli minyak PETRON kerana jika rakyat beli, bermakna rakyat
mengkayakan tauke arak dari Malaysia.
• Lim Kit Siang
Rakyat
juga hairan dan tertanya-tanya mengapakah Lim Kit Siang berubah pendirian
tentang tindakan Mahathir ‘melenyapkan wang negara melalui skandal Forex-Bank
Negara Malaysia (BNM)’, sedangkan dialah yang dahulunya beriya-iya mencanangkan
kes Forex-BNM sehingga dia telah menulis beberapa buah buku berkenaan
dengannya.
Lim
Kit Siang telah menulis dua buah buku berkenaan skandal BMF yang menuding jari
kepada Mahathir dan sebuah buku berkenaan skandal Forex-BNM juga mengaitkannya
dengan sikap dan tindakan Mahathir ‘merompak wang negara’.
Anehnya
hari ini Lim Kit Siang hanya mendiamkan diri dan melupakan siapakah perompak
negara sebagaimana yang pernah dicanangkan dahulu.
• Wan Azizah
Wan
Azizah yang kini merupakan Timbalan Perdana Menteri juga pernah berjanji bahawa
sekiranya Pakatan Rakyat menang, maka mereka akan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja
untuk menyiasat penyelewengan kuasa, rasuah, nepotisme, kleptokrasi dan
kronisme Mahathir.
Malah
pada Mei 2017, sebuah akhbar Cina, ‘China Press’ pernah mendakwa bahawa
‘menyebelahi Mahathir adalah satu pengkhianatan kepada sistem demokrasi.’
Terjemahannya
(sebagaimana dipetik daripada blog Pak Din):
Menyebelahi
Mahathir Adalah Satu Pengkhianatan Kepada Demokrasi
–
China Press
Parti-parti
pembangkang terlalu sibuk melakukan pembersihan ke atas perbuatan Mahathir.
Penulis upahan
Roket telah berkali-kali mempromosi betapa pentingnya Mahathir dan cuba untuk
mengalihkan perhatian bahawa pembangkang telah menyimpang dari prinsip mereka.
Facebook Rocket
juga berkata dalam posting mereka: “Mari kita bergantung harap kepada Mahathir
untuk naik dahulu dan kemudian baharu berurusan dengan Mahathir.” Posting ini
menjadi begitu menggelikan dan kemudiannya dipadam.
Kerana ia
melibatkan kepentingan awam, adalah memalukan untuk Lim Kit Siang berkata
beliau telah memaafkan Mahathir kerana orang kuat Rocket telah kehilangan
integriti dan sama sekali tidak layak untuk memaafkan Mahathir bagi pihak
pembayar cukai dan pengundi.
Anak muda yang
dilahirkan selepas tahun 80-an mungkin tidak memahami bahawa negara ini hari
ini menerima bencana yang ditinggalkan oleh Mahathir.
Selain menjadi
promoter kronisme, beliau memecat Ketua Hakim Negara dan merosakkan kebebasan
badan kehakiman Malaysia.
Mahathir juga
memaksa media cetak untuk memperbaharui lesen percetakan secara tahunan untuk
mengawal kandungan berita mereka.
Pada
April 2015, Mahathir pernah mengaku bahawa dia menyertai Pakatan Harapan (PH)
kerana dia takut jika PH menang dia akan menerima padahnya, kerana
penyelewengan kuasa, kronisme dan nepotisme.
Dengan
pendedahan video-video di atas serta keratan akhbar China Press, maka hendaklah
kita sebagai rakyat melontarkan kembali soalan, siapakah sebenar-benarnya
‘perompak negara’ atau sebagaimana kata Mat Sabu, ‘bapa perompak negara’, dan
‘bapa pelingkup negara’ ?
No comments :
Post a Comment