Dengan kapasitinya sebagai
Senator, Tan Sri Ibrahim Abu Shah pernah membangkitkan isu DAP mahu menjadikan
Pulau Pinang sebuah negeri Christian-Yahudi dalam Dewan Negara.
Menurut Ibrahim agenda tersebut
dipelopori oleh DAP yang menurut pandangan penulis buku berkenaan, ‘DAP adalah
lebih berbahaya daripada ISIS, IS atau pun Daesh’ yang pernah bertindak ganas
di Iraq dan Syria serta di negara Barat.
Dunia telah dihujani dengan
satu serangan dakyah Islamofobia dengan pandangan bahawa ISIS amat berbahaya
dan ditanggapi sebagai pengganas global.
Namun, penulis buku tersebut
menegaskan bahawa DAP jauh lebih berbahaya daripada ISIS, IS ataupun Daesh yang
telah ditolak oleh Al-Qaeda kerana tindakan ganas ISIS atau Daesh itu sendiri.
Gerakan DAP amat terancang,
menggunakan pendekatan camouflage (penyamaran), proksi (perwakilan atau ejen),
dan deception (penipuan).
Pendekatan mereka adalah halus
(invisible) tidak dapat dikesan kerana penuh kerahsiaan, yang diasaskan oleh
Evangelical Christian.
Malah terdapat pandangan bahawa
Evangelical Christian adalah satu mazhab agama Christian yang sesat sama
seperti fahaman Syiah Iran yang difatwakan sebagai kaum munafik Islam dan
sesat.
Evangelical Christian tidak
sama dengan golongan generic Christian dan mereka ini hanyalah satu golongan
kecil.
Di Malaysia sendiri, majoriti
masyarakat Cina adalah beragama Taoisme, dan Budha. Hanya kira-kira 9% sahaja
orang Cina yang beragama Kristian. Walaupun begitu Evangelical Christian
hanyalah merupakan pecahan 2% daripada penganut Christian itu di Malaysia.
Jumlah mereka amat kecil,
tetapi mereka amat kuat.
Mereka bukan berpegang kepada
fahaman Kristian yang biasa dikenali oleh masyarakat Malaysia, tetapi menurut
Ibrahim sebagaimana yang dirujuk kepada penulis buku tersebut, mereka adalah
‘Christian Zionist’.
Menurut Ibrahim, di Malaysia
Christian Zionism ini dipelopori oleh DAP dan nama-nama pemimpin DAP secara
terang-terangan disebut dalam buku tersebut.
Ibrahim menjelaskan bahawa dia
bukan cuba hendak menghasut tetapi dia mahu menyampaikan mesej supaya
pemimpin-pemimpin Melayu dalam DAP kembali ke pangkal jalan.
Begitulah juga dengan pemimpin
Melayu yang menjadi boneka DAP supaya sedar, dan tidak lagi bersekongkol dengan
golongan yang cuba memusnahkan kuasa Islam di negara ini, lantas tergolong
sebagai golongan munafik yang menentang agama Allah.
Menariknya menurut Ibrahim, ada
dalam kalangan pemimpin DAP sendiri yang tidak tahu dan terkejut dengan rahsia
gerakan DAP sebagaimana yang didedahkan oleh penulis buku tersebut.
Soal agama kepada masyarakat
Melayu adalah perkara yang amat sensitif dan kontroversial sekiranya mencabar
agama mereka.
Namun demikianlah yang cuba
digerakkan oleh Christian-Zionist yang kini rakyat dapat lihat dalam gerakan
ratifikasi ICERD, ratifikasi Statut Rome, menentang dan menghina Raja-Raja
Melayu kerana Raja-Raja adalah payung agama Islam, memburukkan agama Islam
melalui tindakan-tindakan tertentu dan memusnahkan ekonomi badan-badan Islam.
Malah atas nama deception
(penipuan) parti PH telah dilihat sebagai menipu rakyat dalam kempen pilihan
raya PRU14 serta manifesto ’10 janji-100 hari’ mereka yang penuh dengan
bulan-bintang. Adakah itu semua sebahagaian daripada agenda DAP?
Kini rakyat tertanya-tanya
adakah penubuhan Sekolah Demokrasi DAP yang berjaya melahirkan orang-orang
tertentu dalam kalangan masyarakat Melayu Islam yang berpegang kepada fahaman
liberalisme dan pluralisme agama itu sebahagian daripada agenda DAP untuk
memusnahkan Islam?
Bekas Timbalan Pengerusi Biro
Buruh DAP, Amran Ahmad pernah mendedahkan bahawa, “Saya dipecat kerana
mengkritik tindakan DAP menyebarkan fitnah serta melakukan propaganda jahat
sebelum PRU14.
Salahkah saya menegakkan
kebenaran dan mengkritik tindakan salah parti atas nama demokrasi yang kononnya
menjadi tunjang perjuangan DAP.”
Selain Amran, pendedahan Bekas Pengarah
Strategik DAP, Mohammad Razali tentang agenda tersembunyi DAP, juga nampaknya
selari dengan apa yang didedahkan oleh Ibrahim.
Mohammad Razali mempunyai
maklumat bahawa DAP ditaja oleh Zionis Yahudi dengan dana RM1.2 bilion yang
masuk melalui Singapura.
Razali mencatatkan bahawa,
“Dalam satu majlis makan malam DAP, seorang Ketua Paderi daripada Afrika
Selatan berkata mereka telah membuat satu frame time. Dalam jangka masa sepuluh
tahun, mereka akan pastikan agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian.Pihak
DAP telah setuju untuk bekerjasama dengan pihak Kristian untuk menjayakan misi
ini.
Kita (DAP) akan berganding bahu
dengan pihak Kristian untuk pastikan dalam masa sepuluh tahun agama rasmi
Malaysia adalah agama Kristian.”
Namun di sebalik itu, Razali
telah dimarahi oleh Mat Sabu (ejen DAP?) dan mendakwa bahawa dia (Mat Sabu)
lebih tahu tentang Islam daripada Razali.
Adakah ini yang dimaksudkan
proksi, dan penyamaran oleh buku berkenaan?
Hari ini segala serangan
terhadap Islam dan kaum Bumiputera amat jelas terlihat apabila Tabung Haji,
Bank Islam, Khazanah dan entah apa lagi telah menjadi sasaran kerajaan PH yang
didominasi oleh DAP.
Kita tidak perlu membangkitkan
isu LGBT, dan pluralisme agama sebagaimana ucapan Anwar Ibrahim di LSE London
yang mengangkat bahawa semua agama adalah sama, dan semua agama menyembah tuhan
yang sama.
Fahaman pluralisme agama itu
amat bertentangan dengan firman Allah dalam surah Al-Kafirun.
Dengan kata-kata lain,
mana-mana pemimpin yang berpegang kepada fahaman tersebut adalah munafik yang
lebih berbahaya daripada kafirun.
No comments :
Post a Comment