Showing posts with label Banjir di Pahang. Show all posts
Showing posts with label Banjir di Pahang. Show all posts
Friday, December 6, 2013
[ VIDEO ] Banjir: 34,058 Mangsa Banjir Berada Di Pusat Pemindahan Di Pahang
KUANTAN,
5 Dis (Bernama) -- Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di
pusat-pusat pemindahan banjir di Pahang.
Wednesday, December 4, 2013
BANJIR KIAN BURUK, MOHON JANGAN DISEBAR BERITA PALSU!!!
Info
Terkini dari Semut Hitam
|
KDYTM
Tengku Mahkota Pahang melawat mangsa banjir di SMK Bukit Rangin
lewat tengahari semalam
|
Keadaan banjir kian buruk, justeru diminta kepada semua pihak
supaya tidak menyebarkan berita palsu. Pastikan kesahihan berita sebelum dimasukkan ke dalam blog, facebook atau twitter.
KUANTAN -
Banjir di Pahang kini dilaporkan semakin buruk apabila lebih 9,000
mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga 8 malam
Selasa.
Menurut
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang,
sehingga kini 9,030 mangsa yang melibatkan 2,095 keluarga dipindahkan
di lima daerah.
"Sebanyak
69 pusat pemindahan beroperasi di daerah Maran, Pekan, Rompin,
Kuantan dan Jerantut.
"Kuantan
mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang membabitkan
916 keluarga di 33 pusat pemindahan. "Di Rompin pula 859
keluarga dengan 3,249 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan,"
katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.
Di Pekan, 932
mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di Maran, 1,124
mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.
"Jerantut
pula merupakan daerah terbaharu yang mengalami banjir yang mana satu
pusat pemindahan dibuka membabitkan 62 mangsa daripada 12 keluarga,"
kata jurucakap itu.
Katanya
laluan yang ditutup bagi kenderaan ringan, Km28 Kuantan-Sungai
Lembing, Km36 Jalan Gambang-Kuantan, Km16 Jalan Nenasi-Pekan, Km145
Jalan Jerangau-Jabor, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km10 Jalan
Kuantan-Pekan.
Katanya,
setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir.
Di JERANTUT,
Ketua Polis daerah itu Supt Azid Ismail berkata lebih 10,000 penduduk
di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang
dinasihati supaya bersedia untuk berpindah berikutan paras air di
kedua-dua sungai semakin naik.
Azid berkata
hujan yang tidak berhenti-henti sejak tiga hari lepas memang dijangka
menyebabkan banjir di kawasan rendah terutama di Hulu Tembeling dan
kawasan tebing sungai.
"Penduduk
dinasihatkan supaya tidak turun ke Sungai Tembeling atau Sungai
Pahang ketika air naik sebaliknya berpindah segera jika berlaku
banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
DISCLAIMER
Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.
