Konspirasi
bukan sesuatu yang asing bagi Tun Mahathir : Oleh Lim Sian
See
Selamat ulang tahun ke-90, Tun M.
Saya ingin
berkongsi pendapat saya berkenaan posting blog terbaru Tun yang
bertajuk "Konspirasi" - dari seorang blogger rakyat (saya)
kepada blogger Che Det.
Di bawah merupakan penulisan Tun
M:
1. Banyak yang diperkatakan oleh orang tertentu berkenaan
konspirasi untuk mengulingkan Dato Sri Najib sebagai Perdana
Menteri.
2. Wujudkah konspirasi tersebut? Wujudkah seseorang atau
kumpulan yang berkonspirasi i.e. bergerak secara rahsia untuk
mengulingkan Najib? Mungkin ianya wujud sebelum ini. Tetapi setakat
ini selain daripada rakyat yang secara peribadi menyuarakan rasa
tidak puas hati mereka terhadap pentadbiran Najib, tiada yang
mengatur perancangan untuk menjatuhkan beliau. Dalam kata lain,
mereka menyambut baik idea supaya beliau meletakkan atau
mengosongkan jawatannya tetapi tiada yang merancang atau bertindak
secara aktif secara rahsia untuk menggulingkan beliau.
3. Apa
yang kita tahu ialah saya telah secara terbuka meminta beliau
meletakkan jawatan. Tiada sebarang konspirasi. Cuma kenyataan
terbuka kepada seluruh negara yang saya mahu melihat Najib berhenti
menjadi Perdana Menteri.
4. Jadi tidak perlulah detektif atau
ajen khas jika sebarang penyiasatan perlu dilakukan. Gerakan atau
desakan untuk Najib meletakkan jawatan telah pun diketahui ramai dan
bukan lagi satu rahsia.
5. Jadi di manakah yang dikatakan
wujudnya konspirasi tersebut? Segalanya secara terbuka. Kempen untuk
beliau berhenti menjadi Perdana Menteri.
Hanya sekumpulan
sahabat lama yang secara kebetulan berjumpa. Saya pasti awak dan
rakan awak bersahabat baik dengan warga British, Clare Brown - yang
secara kebetulan memiliki Sarawak Report yang telah mengkritik
Kerajaan sejak ia dibuka pada 2011 - untuk masa yang lama.
Berikut
adalah beberapa gambar yang diambil pada 14 Januari 2015, "sesi
ramah mesra" di pejabat Tun M sendiri yang mana dengan
bangganya diterbitkan oleh Sarawak Report sendiri.
Pada
permulaan artikel, Brown mendakwa Dr Mahathir yang mengorak langkah
pertama. "Dr Mahathir ... telah menjemput editor Sarawak Report
ke Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya untuk membincangkan
isu-isu yang berkaitan dengan rekod alam sekitar dan hak asasi
manusia di Sarawak."
Ia adalah hanyAlah satu kebetulan
selepas perjumpaan di pejabat Tun M, Sarawak Report kemudian
menerbitkan artikel "Rompakan terbesar abad ini" dengan
bersandarkan bukti (yang telah dipalsukan) dokumen perjanjian 1MDB
dan PetroSaudi.
Dan sudah tentu, Datuk Khairuddin Abu Hassan
yang telah pun disahkan muflis membuat laporan SPRM terhadap 1MDB
pada hari berikutnya pada 15 Januari, sehari selepas sesi ramah
mesra awak dengan Clare Brown.
Sudah tentu, Khairuddin dan
Tun M hanyalah kawan biasa dan mereka kemudiannya secara kebetulan
bertemu di forum "Nothing2Lose" beberapa bulan kemudian
dan duduk bersebelahan antara satu sama lain.
Kebetulan juga
Khairuddin dan Clare Brown dari Sarawak Report merupakan rakan
(kecil betul dunia!) dan Khairuddin kemudian pergi ke London dan
bertemu Clare Brown beberapa hari sebelum 1 Julai 2015 - mungkin
untuk minum teh dan biskut berserta skon. Khairuddin menerusi
posting FB beliau menyatakan "Secara kebetulan saya sempat
berjumpa dengan kawan baik iaitu Claire Rewcastle Brown;. Editor
Sarawak Report di London Beberapa hari yang lepas".
Tentu
sekali secara kebetulan memandangkan London adalah sebuah bandar
yang "kecil" dengan kepadatan 8.31 juta penduduk dan 5.5
kali lebih besar daripada Kuala Lumpur. Hanya sedikit besar sahaja.
Tidak banyak.
Sudah tentu, satu lagi peristiwa "kebetulan"
yang luar biasa berlaku pada hari berikutnya selepas Khairuddin
membuat posting FB menyatakan dia secaraa kebetulan bertemu Clare
Brown sebelum itu, Wall Street Journal dan Sarawak Report secara
kebetulan menerima beberapa dokumen yang tidak diketahui
kesahihannya dan kemudiannya diterbitkan Sarawak Report sebagai satu
"penemuan sensasi".
Ya. Lebih banyak "kebetulan".
Sudah tiba masanya untuk Magnum 4D.
Walau bagaimanapun, nasib
tidak selalu menyebelahi awak.
Sedikit nasib malang bagi
Clare Brown (Sarawak Report) yang mungkin dalam sedikit kesulitan
sekarang apabila Polis Thailand mengesahkan bahawa dokumen curi yang
dijual oleh Xavier Justo, telah diubah suai selepas diserahkan oleh
Justo kepada Sarawak Report. Meskipun pengubahsuaian dilaksanakan
itu sedikit, tetapi ia penting kerana membawa kepada perubahan
ketara dalam makna.
Sekarang, sebelum awak menjerit ...
tetapi hey! Free Malaysia Today memetik New Straits Times, sebuah
akhbar arus perdana kroni UMNO-BN, ia adalah penting untuk diketahui
bahawa:
Akhbar utama Thailand, Bangkok Post melaporkan berita
ini lebih awal - walaupun SEBELUM NST mengeluarkan artikel
mereka:
"Salah laku ini berlaku di Singapura," kata
beliau, sambil menambah bahawa polis menemui kesan data yang telah
diubah suai oleh pembeli."
Dan akhbar utama Singapura, The
Straits Times JUGA telah melaporkan lebih awal - sekali lagi,
SEBELUM NST mengeluarkan artikel mereka:
Ketua Polis Thailand
berkata "Data yang disiarkan di blog Sarawak Report telah
diubah suai untuk menjatuhkan PM Najib."
Portal berita yang
sentiasa ragu-ragu, MalaysiaKini mungkin tidak percaya kepada akhbar
kroni-kroni dari seluruh rantau ini dan kemudian pada hari yang
sama, MalaysiaKini memutuskan untuk menghubungi seniri jurucakap
Polis Thailand, Mejar Jeneral Prawut Tavornsiri yang kemudiannya
diberitahu oleh Major Jeneral dengan kenyataan berikut:
"Ketika
ditanya mengenai kadar pengubahsuaian dokumen itu, jurucakap polis
Thai Major Jeneral Prawut Tavornsiri memberitahu Malaysiakini:"
Pengubahsuaiannya kecil, tetapi penting ".
Beliau
berkata polis Thai telah membuat kesimpulan itu selepas sesi soal
jawab dengan Justo, yang menegaskan bahawa hanya dokumen-dokumen
asal dari Petro Saudi International sahaja yang telah disampaikan
kepada orang lain.
Oops !! Pengesahan semula bahawa selepas
dokumen ditinggalkan Xavier Justo, seseorang telah membuat perubahan
"kecil tetapi penting".
Dalam pada itu dan "secara
kebetulan", Ketua Polis Thailand berkata sekurang-kurangnya
seorang daripada 10 orang yang telah berhubung dengan Xavier Justo
adalah dari UMNO. Akhbar Bahasa Inggeris Thailand, The Nation
melaporkan bahawa orang ini termasuk "bekas ahli politik utama"
di Malaysia.
Dan memandangkan Datuk Khairuddin mempunyai
nasib yang baik seperti bertemu Clare Brown di London yang padat
dengan 8.3 juta penduduk, mungkin dia boleh menggunakan nasib luar
biasanya itu untuk membantu kita meneka siapa "bekas ahli
politik utama" ini?
Ia menjadi semakin teruk! Pihak
berkuasa Singapura juga mungkin akan terlibat dalam kisah ini kerana
nampaknya kes Justo juga melibatkan pelaburan wang haram.
Jurucakap
polis Thai juga menawarkan untuk berkongsi maklumat dengan polis
Singapura.
"Kes ini perlu dilaporkan di Singapura kerana
pelaburan wang haram untuk menyerang PM bermula di Singapura,"
katanya. "Jika polis Singapura meminta saya untuk memberi
keterangan (melalui) protokol hal ehwal asing, saya boleh hantar
maklumat itu."
Untuk pengetahuan anda, hukuman bagi
pelaburan wang haram di Singapura boleh membawa kepada hukuman
penjara sepuluh tahun. Semoga berjaya!
Bagaimanapun, Tun
Mahathir pasti tidak mampu berbohong kerana dia ialah "Anugerah
Allah" (mengikut Ibrahim Ali PERKASA) dan kami juga
percayakannya apabila beliau berkata tiada konspirasi. - Hanya
banyak kebetulan dan dokumen yang diubah suai sahaja.
Yang
pasti, kami juga percaya Tun Mahathir apabila beliau mengulangi
banyak kali baru-baru ini bahawa Malaysia termasuk dalam sepuluh
negara paling korup di dunia - walaupun pada hakikatnya Malaysia
disenaraikan oleh Transparency International dalam Indeks Persepsi
Rasuah 2014 dalam kumpulan 30 peratus negara paling sedikit korupsi
di dunia dan berada di tempat ke-50 daripada 174 buah negara.
Sudah
tentu rakyat Malaysia yang biasa disuapkan dengan pembohongan dan
propaganda mantap DAP mendapati keadaan hidup rakyat Malaysia lebih
buruk daripada tempat-tempat yang aman seperti Syria, Korea Utara,
Somalia dan lain-lain ..
Okey ... mari kita teruskan dengan
posting blog Tun M:
6. Kebelakangan ini kita melihat banyak
kenyataan kenyataan yang melucukan. Utusan secara lantang
mengistiharkan yang kononnya Perdana Menteri telah mengambil
tindakan undang-undang ke atas akhbar The Wall Street Journal.
7.
Sebenarnya ianya bukanlah tindakan undang0undang mahupun saman malu.
Ianya tidak lebih sekadar sepucuk surat dalam nada berbudi bahasa
bertanya kepada Wall Street Journal mengapa mereka menyiarkan
artikel tersebut?
8. Adakah perlu untuk bertanya soalan
kebudak-budakan seperti itu? Bukankah telah jelas bahawa maklumat
yang didapati oleh Wall Street Journal adalah maklumat sensasi. Dan
mana0mana akhbar yang yakin dengan kesahihan maklumat tersebut tidak
akan teragak-agak untuk menerbitkan maklumat sensasi tersebut. Dan
atas sebab yang jelas kepada kita sudah tentulah akhbar tempatan
arus perdana tidak akan menyiarkannya.
9. Demi untuk merapatkan
diri mereka dengan Perdana Menteri mereka rela untuk mengelabui mata
rakyat. Penyunting mereka begitu hebat di dalam menulis tajuk berita
yang memesongkan rakyat. Sebagai contoh apabila kenyataan dibuat
untuk membenarkan pasukan khas empat anggota menjalan kan tugas
mereka maka di jadikan tajuk berita sebagai sokongan kepada Perdana
Menteri.
Maaf Tun M, sekali lagi awak mungkin tersilap atau
mungkin tidak membaca surat peguam Najib kepada WSJ dengan
betul..
Surat peguam Najib tidak bertanya KENAPA Wall Street
Journal yang menyiarkan artikel. Surat Najib, sila faham bahawa ini
adalah langkah pertama dalam proses dan adalah wajib sebelum
pendakwaan fitnah tertentu boleh difailkan.
Ini kerana WSJ
agak pengecut dalam artikel mereka dan peguam Najib mahu memastikan
pendirian mereka.
WSJ berkata dalam artikel yang sama bahawa
mereka tidak tahu dari mana dana diperolehi tetapi dalam masa sama
berkata dana diperolehi dari 1MDB.
Ia seperti WSJ mengatakan
mereka tidak pasti sama ada bola itu biru atau sama ada ia
sememangnya bola dan kemudian berkata bola itu berwarna biru.
Jadi,
yang mana satu? Adakah WSJ berkata Najib mencuri RM2.6b daripada
1MDB dan masuk poket sendiri atau tidak? WSJ perlu mengesahkan
tuduhan mereka.
Surat peguam Najib menyatakan: "Dalam
keadaan ini, kami diarahkan oleh Klien kami untuk mendapatkan
pengesahan sama ada ia adalah pendirian anda seperti yang
diterbitkan dalam Artikel bahawa Klien kami menyalahgunakan hampir
USD 700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad?"
Oleh
itu, surat Najib adalah untuk mengesahkan pendirian WSJ sebelum
mereka boleh meneruskan usaha ke peringkat seterusnya.
Jika
Najib menyaman WSJ mengatakan WSJ memfitnah Najib dengan mengatakan
dia mencuri wang dari 1MDB, WSJ dengan mudah boleh mengatakan
"tetapi kami juga berkata kami tidak tahu dari mana dana itu
diperolehi".
Bahagian terakhir surat ini juga sangat
baik:
"Sila beritahu kami sama ada anda telah melantik
peguam cara di Malaysia untuk menerima khidmat prosiding
undang-undang bagi pihak anda dan bagi pihak wartawan yang menulis
Artikel itu".
Nampaknya Najib sedang mengikuti nasihat
Singapura dan menyaman di bawah undang-undang dan mahkamah Malaysia
yang lebih tegas.
Ingat bahawa ini adalah langkah pertama.
Najib tidak pernah menghentikan prosiding undang-undang terhadap
Mkini, Tony Pua dan Rafizi dan pasti tidak akan menarik balik
tindakan terhadap WSJ.
Dan yang lebih mengejutkan! Ketua
Peguam Anwar Ibrahim, Sankaran Nair juga bersetuju dengan
pandangan saya dan surat peguam Najib kepada WSJ.
Peguam ini
terkenal dengan mewakili Anwar dalam kes saman fitnah "awak
ulang, saya saman" sebanyak RM50 juta atau RM100 juta.
Peguam
S.N. Nair berpendapat bahawa adalah satu keperluan untuk meminta
penjelasan dan butiran sebelum memfailkan tindakan sivil.
"Saya
mengamalkan langkah ini sebelum membuat tuntutan dan memulakan
tindakan undang-undang bagi pihak klien saya," katanya.
Nair
yang mewakili bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
dalam banyak kes saman fitnah berkata, dia mahu peguam yang
bertanggungjawab untuk bertindak secara berhemah.
"Dalam
menjalankan tugas profesional, seorang peguam juga perlu memastikan
reputasinya tidak berdepan risiko," katanya.
Kecuali Tun
M ialah seorang peguam atau mempunyai pengalaman yang luas dalam
kes-kes fitnah, mungkin Tun M tidak patut menggelar surat peguam
Najib sebagai bodoh.
Untuk rekod, Tun M tidak pernah menyaman
sesiapa untuk fitnah sepanjang hidupnya - dia sama ada menggantung
semua hakim-hakim Mahkamah Agung, menahan orang dalam ISA atau hanya
mengabaikan semua perkara-perkara yang sangat jahat dikatakan
mengenai beliau oleh media asing dan DAP untuk beberapa dekad dan
berpura-pura tidak mendengarnya.
10. Kemudian seorang menteri
yang setelah menyatakan bahawa laporan interim Ketua Audit Negara
tidak menunjukan sebarang salah laku oleh 1MDB kemudiannya
menasihatkan rakyat untuk tidak membuat sebarang ulasan sehinggalah
laporan penuh dikeluarkan. Tanpa menyedari bahawa beliau sendiri
telah membuat kenyataan sebelum laporan penuh dikeluarkan.
11.
Jawapan lazim kepada kepada semua komen berkenaan 1MDB ialah untuk
menafikan dengan berkata “ Tidak. Ianya tidak benar”. Ianya
umpama seseorang yang apabila ditanya samada mencuri sejumlah wang
seperti yang didakwa hanya sekadar menafikan mencuri wang tersebut
dan berharap akan dibebaskan oleh hakim cukup sekadar dengan
penafiannya.
12. Tiada sebarang penafian bahawa sejumlah wang
telah dideposit kedalam akaun peribadi. Penjelasan setakat ini
kepada UMNO bahawa ianya adalah untuk kegunaan pilihanraya. Dan UMNO
berpuashati dengan penjelasan tersebut. Tidakkah mereka tahu bahawa
wang milik kerajaan tidak boleh digunakan untuk sesebuah parti
politik memenangi pilihanraya? Tetapi wang tersebut adalah
sumbangan. Siapalah agaknya yang sanggup menyumbang RM2 billion?.
Tiada jawapan.