Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Dr Kamarul. Show all posts
Showing posts with label Dr Kamarul. Show all posts

Saturday, May 20, 2017

Pelancaran Buku ‘Becoming Hannah’ Sahkan Kebenaran Laporan Polis Bekas Aktivis DAP




AIDCNews – Pelancaran buku “Becoming Hannah” oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Subang Jaya pada 10 Januari 2015 mengesahkan kebenaran laporan polis yang pernah dibuat oleh bekas aktivis DAP Mohamed Razali Abdul Rahman enam tahun lalu.

Dua hari lepas, seorang ahli akademik kanan Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff membuat laporan polis berkenaan bahayanya buku “Becoming Hannah” yang ditulis oleh Speaker DUN Selangor yang juga ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh yang dikatakan mempunyai motif untuk ‘memujuk, mempengaruhi, atau menghasut pihak lain yang bukan beragama Kristian’.



LAPORAN POLIS SAYA TERHADAP HANNAH YEOH


Pada 17 Mei 2017, jam 600 pagi, saya berada di rumah, membaca buku tulisan Hannah Yeoh bertajuk “Becoming Hannah”. Buku ini dicetak oleh Vinlin Press Sdn Bhd yang beralamat di 2, Jalan Meranti Permai 1, Meranti Permai Industrial Park, Batu 15, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor. Ia diterbitkan oleh Strategic Information and Research Development Centre yang beralamat di No 2, Jalan Bukit 11/2, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Saya membeli buku ini kerana ia berada di rak terbuka sebuah gedung buku dan kerana saya tahu penulisnya ialah seorang ahli politik yang menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya dan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor. Pada hemat saya, disebabkan penulisnya seorang ahli politik, tentulah kandungan buku ini akan banyak menyentuh pembabitan penulisnya dalam bidang politik, iaitu bidang kajian saya.

Bagaimanapun, saya terkejut bila mendapati buku ini mengandungi terlalu banyak kisah dan petikan dari Bible, Kitab yang menjadi pegangan penganut agama Kristian. Saya berpendapat bahawa buku ini merupakan satu cubaan untuk memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang bukan beragama Kristian, termasuk yang beragama Islam, supaya menjadi penganut atau anggota agama Kristian atau supaya cenderong kepada agama Kristian.

Apa yang ditonjolkan di dalam buku ini adalah penganut agama Kristian adalah insan yang beruntung dan Tuhan agama Kristian adalah Tuhan yang kasih, baik dan adil. Diceritakan betapa Hannah Yeoh sering menerima “prophecy” (pengetahuan mengenai masa depan) tepat dari Tuhan beliau, termasuk bahawa suatu hari nanti beliau akan bekerja bersama negarawan dan pemerintah (“I would someday work among statesmen and rulers”, muka surat 109).

Diceritakan juga betapa Tuhan Hannah Yeoh sering mendatangkan keajaiban dengan memberi bantuan di dalam bentuk yang tidak disangka-sangka tatkala beliau sangat memerlukan. Ini antara lainnya terjadi di dalam kempen pilihan raya (muka surat 50-51), di dalam memenuhi hasrat hati beliau (“the desires of my heart”) dan di dalam memenuhi hasrat material beliau (“the material desires I had”), termasuklah dari segi kewangan (muka surat 108-109).

Kesemua cerita ini boleh mendorong pembacanya, termasuk saya, merasa kagum dengan kehebatan Tuhan Hannah Yeoh. Sedangkan pada masa lain beliau selitkan pula catatan mengenai ajaran Kristian yang bertentangan dengan ajaran Islam, termasuklah bahawa manusia adalah anak Tuhan (“His beloved Child” dan “Child of God”, muka surat 22 dan 89) dan Isa/Jesus adalah anak Tuhan dan Tuhan (“the Son of God” dan “God”, muka surat 102).

Hannah Yeoh memang bermaksud supaya buku beliau turut dibaca oleh orang bukan Kristian. Ini tergambar di dalam tulisan beliau berbunyi “Jika kamu bukan seorang Kristian dan sedang membaca buku ini” (“If you are not a Christian and are reading this book”, muka surat 14). Ini selari dengan pendedahan mengenai misi beliau sebagai duta Tuhan dan untuk mencari pengikut (“as “ambassador of God” and to make disciples of others”, muka surat 7).

Hakikat bahawa Hannah Yeoh memang memaksudkan buku beliau turut dibaca oleh orang bukan Kristian juga terbukti kerana buku ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja, termasuklah yang beragama Islam. Ini diakui sendiri oleh Hannah Yeoh di dalam kenyataan media beliau pada 15 Mei 2017 bahawa buku ini “boleh dibeli secara atas talian di http://www.gerakbudaya.com atau mana-mana gedung buku utama seperti Kinokuniya, MPH, Popular dan Times”.

Oleh itu, Hannah Yeoh mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 (Enakmen No 1/1988) yang menyebut “Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderong kepada agama itu”.

Selain itu, Hannah Yeoh juga mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 298(A)(1) Kanun Keseksaan kerana (a) menyebabkan, atau cuba menyebabkan, atau mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau (b) memudaratkan, atau cuba memudaratkan, atau mungkin memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, di atas alasan agama.

Ini kerana terdapat bukti bahawa tulisan dalam buku Hannah Yeoh ini mendatangkan keresahan di kalangan umat Islam di negara ini. Apatah lagi bila Hannah Yeoh sendiri mendedahkan betapa beliau menggunakan jawatan politik beliau (“my political office”) untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda (“to preach at churches, to world leaders and to young people”, muka surat 108).

Begitu juga seruan Hannah Yeoh agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia (“God wants to reclaim politics and public service in Malaysia”, muka surat 110), ditambah tindakan beliau mengaitkan diri dengan cita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam (“aims to bring Christian faith and service to the public sphere”).

Di dalam satu wawancara yang dimuatnaik oleh laman web Islamic Renaissance Front pada 7 September 2012, seorang pengkaji Evangelical Christianity di Malaysia, Dr Chris Chong, bersetuju bahawa DAP mempunyai pengikut besar di kalangan Kristian evangelical, dan Hannah Yeoh disebutkan sebagai satu contoh baik mengenainya, di mana kawasan pilihan raya beliau didakwa mempunyai bilangan gereja per kapita paling banyak di Malaysia.

Saya sendiri pernah mendengar luahan kawan-kawan beragama Islam yang sangat tidak berpuas hati dengan tindakan Hannah Yeoh ini kerana ia dikatakan bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan selain bertentangan dengan Perkara XLVIII(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang menyebut bahawa agama Islam adalah agama Negeri.

Oleh itu, saya minta pihak polis membuat siasatan ke atas beliau di bawah Enakmen dan Kanun ini dan/atau di bawah mana-mana peruntukan undang-undang lain yang berkaitan.

Sekianlah laporan saya.


Pada 13 Mei 2011, bekas aktivis DAP, MohamedRazali Abdul Rahman telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani, Pulau Pinang berkenaan majlis kesyukuran meraikan ‘kemenangan’ secara tertutup untuk paderi-paderi di Hotel Red Rock, Jalan Macalister.


“Saya datang untuk ceritakan keadaan sebenar apa yang berlaku di sana (majlis berkenaan) sebab saya sendiri pun hadir pada majlis tersebut. Saya buat laporan ini sebab terlampau kecewa dengan laporan-laporan (dalam media) sebelum ini yang dibuat beberapa pihak yang mungkin tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku.

“Jadi saya pun buat laporan dan saya serah kepada polis untuk buat siasatan lanjut tentang isu ini,” katanya ketika ditemui di luar Balai Polis Jalan Patani selepas membuat laporan itu.

Mohamed Razali yang ditemani isteri tiba di balai tersebut pukul 9 pagi dan keluar kira-kira tiga jam kemudian.


Mohamed Razali Abdul Rahman


Laporan polis Mohamed Razali itu telah mengesahkan laporan muka depan Utusan Malaysia bertajuk “Kristian agama rasmi ?” yang mendedahkan Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi menjadi penganjur majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan di negara ini.

Pada 3 Julai 2012, Mohamed Razali ketika berceramah di Putrajaya mendedahkan secara terperinci berkenaan majlis tersebut.

Mohamed Razali mendedahkan majlis anjuran Jeff Ooi yang diadakan pada 5 Mei 2011 di Hotel Red Rock Pulau Pinang bertujuan untuk meraikan kemenangan 12 ADUN DAP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 2011.

Menurutnya, dalam PRN Sarawak 2011, beliau yang ditempatkan di sebuah gereja terlibat secara langsung membantu calon DAP khususnya di N46 DUN Dudong, Sibu Sarawak.


DAP bertanding 15 kerusi di Sarawak. Kami menang 12 (kerusi). Kali pertama DAP menang kerusi yang terlalu banyak, paling kuat yang biasa kami menang pun 6 (kerusi). Inilah kali pertama (menang).

Saya ni tugas saya di Sarawak adalah menghasut…menghasut orang-orang Iban supaya membenci kerajaan Barisan Nasional. Menghasut orang-orang Melayu supaya membenci kerajaan. Saya buat benda-benda ni Tuan-tuan dan Puan-puan.

Apa yang saya diajar oleh pihak Yahudi tiga tahun, saya jadikan Sibu ini sebagai pusat uji kaji saya, eksperimen. Tiga tahun saya di bawah naungan mereka ni. Saya buat dan saya berjaya. Saya berjaya menghasut mereka semua ni supaya membenci kerajaan Barisan Nasional. Saya buat semua benda ni sampai kami menang.

N46 tu, (DUN) Dudong, ikut sejarah DAP, tak pernah menang sekali pun. Itu merupakan kubu kuat kepada SUPP tapi saya berjaya dengan majoriti 346 undi. DAP menang kerusi tu. Kerusi tu memang tidak diberi harapan langsung oleh DAP.

Tapi saya ambil cabaran, I can do it. Saya dengan rakan saya ambil sebagai cabaran. Kami fokus khusus untuk kerusi itu.

Kami dibekalkan sehari Tuan-tuan dan Puan-puan, RM5,000 oleh DAP. Setiap hari pukul 8 pagi, saya akan pergi ke pejabat ambil duit RM5,000. Duit itu saya kena guna habiskan sebelum pukul 10 malam. Saya kena habiskan setiap hari RM5,000.

Nak habis duit bukannya susah, senang je. Very easy. Kebanyakan saya laburlah di rumah-rumah panjang dan juga kawasan-kawasan orang Melayu.

Kita pun guna politik wang juga. Siapa kata DAP tak guna politik wang. Kita guna lagi banyak. Kekuatan atau kewangan DAP sekarang ini terlalu kukuh.

Saya berani jamin, saya berani kata, DAP merupakan satu parti yang paling kaya di Malaysia ni. Paling kaya. UMNO pun tak kaya macam DAP ni.

Kekuatan ekonomi yang mereka ada sekarang selepas 2008 berbeza. Cukup berbeza.

Jadi, selepas saya menang di Sibu ni, kami kembalilah ke Pulau Pinang. Lepas seminggu, YB Jeff, Ahli Parlimen Jelutong telah membuat satu mesyuarat.

Saya Setiausaha Bahagian pada masa tu. Dia buat satu mesyuarat, ingin membuat satu jamuan makan malam meraikan kemenangan DAP di Sarawak.

Jadi, kita buat satu keputusan, ingin menjemput 12 calon yang menang di sana datang ke Pulau Pinang untuk merayakan bersama-sama kami. Satu jamuan makan malam.

Jadi, kita tetapkan pada 5 Mei 2011 di Hotel Red Rock. Semua dah siap, kita dah atur semua dah. Selepas mesyuarat tu, saya terbang ke Indonesia balik, urusan kerja.

Kami di Ivory Property ada satu projek di Indonesia. Setiap dua minggu saya kena pergi ke Indonesia. Sebab saya ni pegawai untuk projek tu lah. Saya akan ulang-aliklah. Setiap dua minggu saya akan pergi ke Indonesia.

So, saya berada di Indonesia hampir seminggu, kebetulan pada minggu tersebut. Jadi, saya serahklan semua tugas-tugas saya ni dekat Penolong Setiausaha saya, saya serah kat dia.

Lepas itu, saya balik ke Malaysia ni 4 Mei 2011. Malam tu, esok tu dah 5 (Mei) 2011. Saya pun tak tanya kat dia perancangan, sebab saya tahu dia can do everything.

5 Mei 2011 saya hadir. Saya hadir dalam pukul 8 lebih, saya hadir. Sepatutnya yang kena ada dalam majlis tu Tuan-tuan dan Puan-puan, 40 orang saja, ahli parti bahagian Jelutong dengan ADUN yang menang 12 orang.

Tetapi yang ada pada malam tu Tuan-tuan dan Puan-puan, hampir seratus orang berada dalam dewan tu. Ada setengah paderi yang saya biasa jumpa di Miri, Bintulu, di Kuching, di Sarikei dan juga di Sibu. Banyak paderi yang saya kenal. Begitu juga paderi daripada Seri Aman.

Saya rasa hairan. Majlis makan DAP, pasal apa paderi ni hadir? Ada pula setengah-setengah wakil luar negara yang saya tak pernah kenal langsung. Saya tanya kat rakan saya, pasal apa semua paderi ni hadir. Sedangkan ini cuma makan malam DAP saja? Dia kata, dia pun tak tahu. YB (Jeff) yang jemput.

Saya rasa malam tu tak puas hati lah. Saya Setiausaha Bahagian, kenapa benda ni tak dimaklumkan kepada saya terlebih dahulu. Saya tanya kat dia balik, siapa orang-orang putih ni? Dia kata, mereka merupakan Ketua Paderi daripada beberapa negara asing.

Rasa satu sangsi kat saya ni. Majlis makan malam DAP, pasal apa Ketua Paderi luar negara dan dalam negara hadir. Inilah penganjur majlis dia, Ahli Parlimen Jelutong.

Majlis pun bermulalah dengan ucapan Ahli Parlimen Jelutong ni. Sebelum ni Tuan-tuan dan Puan-puan, ucapan dia sama. Saya boleh terima dia kutuk Islam, menghina Islam, saya boleh terima, tak ada masalah bagi saya, no problem. Tapi pada malam tu, dia kata benda yang sama juga, saya tak boleh nak terima langsung.

Dia mempertikaikan, dia kata agama Islam merupakan satu agama pengganas, terorist religion. Dia mempertikaikan kenapa al Kitab tidak dibenarkan masuk ke Semenanjung Malaysia. Macam-macam dia mempertikaikan.

Benda yang sama dia kata dulu masa kempen di Sarawak, bagi saya okay. Tapi malam tu saya rasa macam marah, geram. Saya duduk di meja yang keempat, pasal tak puas hati tapi saya diam.

Saya mendiamkan diri. Datang pula seorang paderi daripada Seri Aman. Nama beliau paderi Jackson daripada Seri Aman, Ketua Paderi Seri Aman.

Ucapan dia Tuan-tuan dan Puan-puan, dia kata, hanya Nabi Isa saja dalam dunia ini yang boleh membawa masuk syurga bukan Nabi Muhammad, dia kata. Nabi Muhammad dia kata, tidak layak dipanggil Nabi.

Sebab itulah pihak Kristian telah berusaha untuk mengkristiankan seramai banyak yang boleh untuk mereka juga bersama-sama kami untuk masuk ke syurga. Masuk ke syurga dia kata.

Dia kata, Nabi Isa merupakan anak Tuhan. Cuma dia seorang sahaja boleh memberi jaminan semua orang dalam dunia ni masuk syurga.

Lepas itu datang pula Ketua Paderi daripada Afrika Selatan. Ucapan beliau, dia kata, mereka telah membuat satu frame time.

Dalam jangka masa sepuluh tahun, mereka akan pastikan agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian. Dan pada masa itulah YB Jeff telah bangun dan beri satu kenyataan.

Dia kata apa, pihak DAP telah setuju untuk bekerjasama dengan pihak Kristian untuk menjayakan misi ini. Kita akan berganding bahu dengan pihak Kristian untuk pastikan dalam masa sepuluh tahun agama rasmi Malaysia adalah agama Kristian.

Paderi yang saya maksudkan itu inilah yang duduk di tengah-tengah berbaju orange, beliaulah Ketua Paderi daripada Afrika Selatan (tunjuk gambar).

Lepas tu, paderi tu kata, kita akan menghantar banyak mubaligh-mubaligh Kristian datang ke Semenanjung Malaysia. Dia kata, projek mereka di Sabah dan Sarawak telah berjaya.

Lepas ini mereka akan fokus di Semenanjung Malaysia. Tentang dana, no problem. Kita akan salurkan melalui parti DAP dan juga NGO-NGO Kristian.

Dan selepas itulah, tiga puluh lima (35) paderi dipanggil, dia panggil satu-satu nama datang ke depan buat satu bulatan. Inilah cara mereka ingin berikrar, bersumpah dan berdoa, tiga dalam satu.

Saya merakam segala-galanya apa yang berlaku pada malam itu. Saya merakam. Rasa tak puas hati. Nak keluar tak boleh, pintu tutup dah. Saya merakam segala-galanya.

Dia panggil satu tu nama datang ke depan buat, mereka ingin berdoa. Mulanya doa mereka okay, keamananlah, kesejahteraanlah, it’s ok bagi saya, you doa macam biasa.

Tetapi ini kenyataan terakhir yang dikeluarkan oleh paderi itu, “we must sure Christian became official religion in Malaysia and we must make sure the next Prime Minister is a Christian”.

(Tayangan gambar) Gambar ini Tuan-tuan lebih jelas, siapa yang terlibat, tengoklah kedudukan Ahli Parlimen Jelutong. Semasa beliau memberi kenyataan akhbar, beliau kata, semasa kejadian ini beliau sedang makan dan bermain ipad.

Tapi Tuan-tuan boleh lihat di manakah kedudukan pemimpin-pemimpin DAP pada masa itu.

Saya dok rakam Tuan-tuan dan Puan-puan. Saya terkejut, saya rasa macam saya ni terjaga daripada mimpi, saya rasa macam saya kena satu penampar. Terjaga, takkan disebabkan politik, sebabkan saya ni nak jadi calon PRU ke 13, disebabkan duit, takkan aku nak jual agama kot?

Timbul satu kesedaran pada masa itu. sebelum itu memang saya tak sedar langsunglah. Tak sedar, everthing block. Everthing saya block, saya tak boleh terima.

Tapi pada malam itu, timbul satu kesedaran, rasa tak puas hati, nak keluar tak boleh pintu tutup. Saya tunggu sampai pukul 10.35 malam pintu dibuka, saya keluar terus pergi ke tempat letak kereta saya. Masuk dalam kereta, saya duduk diam. Saya duduk hampir setengah jam dalam kereta, saya duduk sorang-sorang.

Saya memikirkan kejadian yang baru berlaku dengan kezaliman yang saya buat selama ini semasa saya berada dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang. Takkan disebabkan nak jadi calon, dibayar gaji tinggi, aku nak jual agama?

Itulah kali pertama dalam hidup saya Tuan-tuan dan Puan-puan, saya menangis untuk agama Islam. Kali pertama, sebelum ni tak ada, jahil. Kali pertama saya menangis, menyesal. Hampir setengah jam saya dok sorang.




Tuesday, May 16, 2017

Hannah pertikai masa siaran artikel Kamarul Yusof


Hannah pertikai masa siaran artikel Kamarul Yusof
Hannah Yeoh menunjukkan bukunya “Becoming Hannah”
 yang merakamkan perjalanan hidupnya sebagai rakyat Malaysia,
 ibu dan isteri. – Gambar The Malaysian Insight, 15 Mei, 2017.



SAMBIL menyatakan DAP pernah berdepan tuduhan hampir sama sebelum ini, Hannah Yeoh mempersoalkan artikel Dr Kamarul Yusoff yang disiarkan pada hari sama bekas gabenor Jakarta Ahok dijatuhi hukuman penjara dua tahun kerana menghina Al-Quran.

Dalam kenyataannya, Yeoh berkata sebagai penganut Kristian, beliau percaya kepada kedaulatan undang-undang, keadilan, ketelusan, kebertanggungjawaban, kesaksamaan dan tadbir urus yang baik.

“Dan semua itu dapat dicerminkan dalam perubahan perundangan yang saya perjuangkan sebagai Adun dan speaker DUN Selangor,” katanya.

Beliau juga menolak rasuah dan salah guna kuasa.

Berhubung bukunya bertajuk “Becoming Hannah”, Yeoh berkata tidak ada agenda rahsia di sebaliknya kerana buku itu sebelum ini dilancarkan pada 2014 dan secara rasmi pada Januari 2015. Buku itu boleh dibeli secara online dan di kedai buku besar seperti Kinokuniya, MPH, Popular dan Times.

“Buku itu merakamkan perjalanan peribadi saya sebagai golongan muda Malaysia dan mendokumentasikan kisah perkahwinan saya serta peranan baharu saya sebagai isteri dan ibu.

“Sebab itu ia diberi judul ‘Becoming Hannah’ dan bukannya ‘ Becoming DAP’ atau ‘Becoming a Christian,” katanya.

Speaker itu mengeluarkan kenyataan tidak lama selepas membuat laporan polis berhubung posting dimuat naik ke Facebook oleh pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Yusoff pada 10 Mei.

“Komitmen DAP ialah mewujudkan negara sekular seperti didefinisikan di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. DAP mempunyai agenda rakyat Malaysia bukan Kristian,” katanya.
Pada 19 Mei, Kamarul menggunakan Yeoh sebagai contoh, menuduh DAP hipokrit dan berkata parti itu hanya mahu mengasingkan agama daripada politik, jika ia membabitkan Islam.
“...bagi DAP, pengasingan politik daripada agama hanya perlu dilakukan jika ia mengenai hal ehwal Islam. Tetapi jika ia agama lain seperti Kristian, maka mereka (DAP) ok,” tulis Kamarul di Facebook miliknya.
Penulis itu juga berkata Yeoh mendesak penganut Kristian lain menyertai politik bagi memperbaiki Malaysia.

Tulisan itu mendorong Mingguan Malaysia menerusi kolum Awang Selamat membangkitkan perkara itu kepada pembaca mereka.

Dalam kolum itu turut diletakkan artikel mengenai Ahok.

Akhbar Umno itu berkata: “Awang berpendapat, pengakuan Hannah itu sesuatu yang serius dan menyentuh soal sensitiviti agama kerana Islam adalah agama rasmi Persekutuan.”

Bagaimanapun, ia tidak menjelaskan mengapa pengakuan itu serius atau apa kaitannya dengan kedudukan Islam dalam negara ini.

Sementara itu, Kamarul mengakui menulis artikel itu dan berkata beliau sanggup memberi keterangan kepada polis.

“Saya sahkan sayalah penulisnya dan bertanggungjawab sepenuhnya atas tulisan saya. Saya tidak ada masalah memberi keterangan pada mana-mana pihak termasuk polis atau ke mahkamah jika perlu,” katanya.

Katanya, beliau ada bukti agenda Kristianisasi Yeoh dalam politik.  



Selepas Terdedah Isi Kandungan Buku Tulisannya Sendiri, Hannah Yeoh Buat Laporan Polis !!!!




Selepas pendedahan yang dibuat oleh Dr. Kamarul Zaman Yusoff, seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia membabitkan buku tulisan Hannah Yeoh, Speaker DUN Selangor yang kemudian menjadi tular, hari ini telah dilapor polis oleh Hannah Yeoh dan Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad yang merupakan bekas pegawai TUDM yang dibuang kerja kerana melanggar protokol dan peraturan Angkatan Tentera Malaysia.

Hannah Yeoh dalam sidang medianya menafikan tulisan Kamarul Yusoff yang bertajuk, "Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP' yang mempersoalkan kejujuran Hannah Yeoh di sebalik misi kristianisasinya yang terkandung di dalam buku tulisan Hannah, BECOMING HANNAH yang dilancarkan pada tahun 2015 dan boleh dibeli secara atas talian mahupun kedai-kedai buku utama.

Dr. Kamarul Zaman Yusoff bagaimanapun tidak gentar dengan laporan-laporan polis yang dibuat sebaliknya mengesahkan tulisan itu adalah tulisannya dan dia mengambil tanggungjawab penuh ke atas tulisannya itu. Dia juga sanggup dipanggil oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan berhubung tulisannya yang mengulas buku Speaker DUN Selangor itu.

Selain berani mengakui kesahihan tulisannya di Facebook, Dr. Kamarul juga berkata, dia akan mengemukakan bukti-bukti lanjut yang belum didedahkan tentang agenda Kristianisasi Hannah Yeoh di dalam bidang politik.

 


Sementara itu, Hannah Yeoh menyatakan buku tersebut adalah catatan-catatan peribadinya bukannya wujud agenda tersembunyi olehnya dan DAP. Katanya lagi, buku itu menceritakan kisah cinta dan perkahwinannya serta peranan baru sebagai isteri dan ibu.

"Dan kerana itulah buku itu berjudul 'Becoming Hannah' (Menjadi Hannah) dan bukannya 'Becoming DAP (Menjadi DAP' atau 'Becoming a Christian' (Menjadi Seorang Kristian)," kata Hannah dalam kenyataan medianya.

Kata Hannah Yeoh lagi, dia tidak faham mengapa DAP disabitkan dengan buku tulisannya itu seangkan dia hanya mahu lebih ramai rakyat Malaysia yang taat beragama dapat kembali ke Malaysia dan berbakti kepada negara sementara  masalah aliran keluar kepandaian atau brain drain ini masih lagi merupakan masalah besar negara. Bahkan katanya lagi, dengan masa kritikal yang Malaysia benar-benar memerlukan individu dalam sektor awam yang tidak mementingkan diri dan penuh integriti, terluah di dalam buku tersebut.

Dr. Kamarul dalam tulisannya mendedahkan tentang tulisan Hannah Yeoh pada MUKA SURAT 23, MUKA SURAT 89, MUKA SURAT 108, MUKA SURAT 110.


 

MUKA SURAT 23

This is why, today, when I am asked to describe who I am and what I do, I say, “Hannah Yeoh, lives for God.”

Terjemahan: Inilah sebab mengapa, hari ini, bila saya diminta untuk menerangkan siapa saya dan apa saya buat, saya berkata, “Hannah Yeoh, hidup untuk Tuhan.”

MUKA SURAT 89

I do not measure my self-worth as a politician by votes or by how popular I am with constituents. I measure my self-worth by the fact that I am a child of God.

Terjemahan: Saya tidak mengukur harga diri saya sebagai seorang ahli politik dengan undi atau dengan populariti saya di kalangan pengundi. Saya mengukur harga diri saya dengan fakta bahawa saya adalah seorang anak Tuhan.

MUKA SURAT 108

I also felt that politics took me away from my true longing, which was to be a preacher. But had I not obeyed God’s call, I would not have had the opportunity to preach at churches, to world leaders and to young people, like I am able to do now. God knew the desire of my heart to preach and serve Him. And He made it happen through my political office.

Terjemahan: Saya juga merasakan bahawa politik membawa saya jauh dari impian sebenar saya, iaitu untuk menjadi seorang pendakwah. Tetapi jika saya tidak mematuhi panggilan Tuhan, saya tidak akan mempunyai peluang untuk berdakwah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda, seperti apa yang saya mampu buat sekarang. Tuhan tahu hasrat hati saya untuk berdakwah dan berkhidmat kepada-Nya. Dan Dia membuat ia berlaku melalui jawatan politik saya.

MUKA SURAT 110

It is here that I want to specially address the OCFers (Overseas Christian Fellowship), wherever you are now, to never forget the mission of being trained and equipped and returning home to serve... We want to encourage fellow OCFers to come home. There is much work to be done to rebuild this beautiful nation. Just like Nehemiah overseeing the reconstruction of Jerusalem’s walls, everyone has to be at it, working. God wants to reclaim politics and public service in Malaysia for righteousness’ sake. He is looking for God-fearing men and women who are willing to roll up their sleeves and labour in this very demanding field. No experience in politics? Remember, I had none. No finances? I had none. Not a good time yet? I just got married when I ran my first campaign. He uses very ordinary vessels to do extraordinary things. He does this so His Name is glorified.

Terjemahan: Di sini saya ingin bercakap secara khusus kepada ahli-ahli Felo Kristian Seberang Laut, di mana saja kamu berada sekarang, untuk tidak lupa misi dilatih dan dilengkap dan pulang untuk berkhidmat... Kami ingin menggalakkan kawan-kawan Felo Kristian Seberang Laut untuk pulang. Terdapat banyak kerja perlu dibuat untuk membina semula negara yang indah ini. Seperti Nehemiah mengawasi pembinaan semula tembok-tembok Jerusalem, setiap orang perlu terlibat, bekerja. Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia demi untuk membetulkannya. Dia sedang mencari lelaki dan wanita bertaqwa yang sanggup menggulung lengan baju mereka dan bekerja dalam bidang yang sangat mencabar ini. Tiada pengalaman dalam politik? Ingat, saya tidak ada pengalaman. Tiada wang? Ingat, saya tidak ada wang. Masa sesuai belum tiba? Saya baru berkahwin bila saya pertama kali berkempen. Dia menggunakan saluran-saluran sangat biasa untuk membuat perkara-perkara luar biasa. Dia membuatnya supaya Nama-Nya diagungkan.


 

Sementara itu, Ketua Eksekutif IKSIM, Dato' Prof Hj Mahamad Naser bin Disa, menyatakan dia sudah dimaklumkan tentang perkembangan tuduhan yang dilemparkan oleh Pegawai Penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Zaidi Ahmad. Prof Hj Mahamad Naser juga turut memaklumkan bahawa dia sendiri telah menghubungi Zaidi Ahmad bagi menyatakan fakta berhubung fitnah yang dibuat oleh Zaidi.

Zaidi Ahmad membuat fitnah kononnya IKSIM menyalahgunakan wang awam bagi tujuan politik. Ekoran tuduhan itu, Prof. Hj Mahamad Naser mengeluarkan kenyataan berikut:

"Dia (Zaidi) ada buktikah yang IKSIM menerima dana awam? Kita bukan seperti dia yang makan gaji daripada wang rakyat Pulau Pinang. Matlamat dan perjuangan IKSIM adalah untuk mendaulatkan Islam agama negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Sesiapa sahaja yang memperjuangkan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan, memang mereka tidak akan boleh duduk selesa dengan usaha IKSIM. Oleh kerana perjuangan mereka bercanggah dengan Perlembagaan, maka konco-konco mereka akan bertindak ganas bagi melakukan KEGANASAN PERSEPSI terhadap IKSIM."

IKSIM juga menurutnya sedang meneliti langkah-langkah terbaik dari segi tindakan undang-undang bagi membendung tuduhan berbaur fitnah yang disebarkan oleh Zaidi.

"Jika perlu saman, bukan hanya Zaidi sahaja akan dinamakan sebagai penerima saman ini."





DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.