Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Fesyen. Show all posts
Showing posts with label Fesyen. Show all posts

Tuesday, May 16, 2017

(45 FOTO) Fesyen Para Artis Di Majlis Anugerah Bintang Paling Popular



Semalam telah berlangsung satu majlis yang ditunggu ramai iaitu Anugerah Bintang Paling Popular.

Anugerah ini berlangsung di Putrajaya dan di hos kan oleh 3 pengacara yang hebat iaitu Faizal Ismail, Fauziah Ahmad Daud dan Zulin Aziz.

Pada malam itu, Fattah Amin telah menang besar menewaskan gandingannya, Neelofa yang menang pada tahun lepas.

Lihat keputusan penuh Anugerah Bintang Paling Popular (DI SINI). 

Majlis berlangsung dengan lancar dan meriah apatah lagi dengan kehadiran kelab penyokong para artis.

Sebelum majlis bermula, ramai yang ternanti red carpet ketika para selebriti hadir ke majlis itu. Ramai yang tak sabar melihat artis kesayangan mereka dan fesyen mereka.

Pada malam itu, Ashraf Muslim mencuri tumpuan apabila membawa kedua-dua isterinya ke majlis tersebut.

Anak kepada pelakon Normah Damansuri juga mencuri perhatian apabila tampil dengan gaya tersendiri. 

Memang ramai yang cantik pada malam itu.

Jom layan beberapa keping gambar:















































View Source :  Berita Memey

Monday, August 24, 2015

18SX!! Fesyen seluar jeans pendek terlampau melanda Singapura.








Fesyen seluar jeans pendek kini melanda negara Singapura dan dikatakan menjadi pilihan ramai anak-anak gadis tempatan. Fesyen berkenaan bagaimanapun mendapat respon yang negatif dari kebanyakan warga tua di negara berkenaan.

Jika sekali pandang, fesyen jeans pendek tersebut seakan-akan sipemakainya hanya berseluar dalam sahaja. Ini kerana, seluar pendek berkenaan hanya berukuran tak lebih dari 15 sentimeter sahaja!

Hasil tinjauan majalah Asia Town di Singapura, ramai gadis remaja mengakui lebih selesa dengan fesyen jeans pendek berkenaan. Menurut mereka, ianya lebih memudahkan pergerakan serta terasa lebih "bebas"..

Menurut mereka, pemakaian jeans tersebut akan dapat menyerlahkan lagi kaki yang panjang serta langsing. Tambahan pula jika dikenakan dengan kasut tumit tinggi yang dikatakan menambahkan lagi keanggunan si pemakai.

Walaupun demikian, mereka mengakui agak terganggu dengan perhatian yang lebih dari orang ramai khususnya lelaki terhadap pemakaian jeans pendek berkenaan.

Cuba bayangkan jika anak-anak gadis di Malaysia berfesyen seperti ini nanti.. Cantik atau merosakkan pemandangan?? 


Sumber

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.