Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label HUDUD. Show all posts
Showing posts with label HUDUD. Show all posts

Tuesday, June 3, 2014

PAS Gesa Putrajaya Bentang Cadangan Hudud Di Parlimen....Pulak Dah...PAS Beria-ria Selama Ini


Adakah Pas sedang cuba memindahkan beban laksanakan hudud yang ditanggungnya kepada kerajaan pusat?


Pas yg berjanji kpd penyokong nk buat hudud maka pas bertanggungjawab bawa hudud di parlimen, sekarang nk lepas tangan dan serah kpd kerajaan pusat..


SHAH ALAM: Selepas PAS tidak meneruskan cadangan membentangkan Rang Undang-undang Jenayah Syariah II atau hudud di Parlimen, kini parti itu menggesa pula Kerajaan Pusat mengambil langkah berkenaan agar hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Putrajaya perlu membentangkan dan meluluskan undang-undang itu dalam sidang Dewan Rakyat kerana undang-undang semasa gagal mejatuhkan hukuman lebih berat kepada pesalah bagi membendung jenayah termasuk rogol.




“Tiba masanya Kerajaan Persekutuan perlu lebih serius menggubal undang-undang berasaskan hukum jenayah Islam sebagai alternatif kepada undang-undang sivil sedia ada yang terbukti gagal menyekat jenayah rogol.

“Setidak-tidaknya Kerajaan Persekutuan boleh membentangkan rang undang-undang membolehkan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 dilaksanakan di peringkat negeri sebagai model awal di Malaysia,” katanya melalui e-mail kepada Antarapos.

Di sebalik polemik pelaksanaan hukum hudud yang mahu dikuatkuasakan PAS di Kelantan, negara dikejutkan dengan kes seorang pelajar perempuan dirogol 38 lelaki dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.

Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

Mohd. Khairuddin berkata, kes jenayah rogol tersebut seharusnya membuka mata kerajaan pusat untuk mengkaji semula Kanun Keseksaan dengan melaksanaan undang-undang Islam dalam negara ini.



Kes rogol itu dan kes-kes seumpamanya mengajak seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia untuk merenung lebih jauh kegagalan undang-undang moden menyekat kesalahan jenayah rogol.

“Statistik PDRM menunjukkan antara kes jenayah yang paling tinggi di Malaysia ialah jenayah harta melibatkan kecurian dan jenayah kekerasan melibatkan rompak dan rogol,” katanya.

Tegas beliau, kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Razak perlu mengkaji dengan serius mengenai kadar hukuman undang-undang sivil yang gagal menangani kes jenayah terutamanya rogol.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, sistem perundangan Islam iaitu hukum hudud, qisas dan takzir mampu membendung kes jenayah kerana lebih adil dan hukuman dijatuhkan melalui beberapa proses utama.

“Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minima lima tahun dan maksima 20 tahun dan boleh dikenakan
sebatan.

“Islam mengkategorikan rogol atau disebut zina paksa sebagai satu kesalahan jenayah hudud, hukuman boleh dikenakan ke atas perogol sekiranya kesalahan itu sabit menerusi kesaksian 4 orang atau pengakuan tertuduh,” katanya.

Beliau menjelaskan kadar hukuman yang dikenakan ke atas pesalah rogol termasuk rejam sehingga mati.

“Bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas perogol yang disabitkan kesalahan ialah rejam sehingga mati jika pesalah pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah.

“Hukuman kedua ialah sebat sebanyak 100 sebatan ke atas pesalah yang belum pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah dan penjara selama setahun,” katanya.

Menurut Mohd Khairuddin lagi, hukuman takzir adalah bergantung kepada budi bicara mahkamah.

“Sekiranya tidak dapat dibuktikan melalui 4 orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti kes,” katanya.

Ini kerana jelas beliau, hukuman takzir memberi peluang kepada mangsa rogol untuk membela diri sekiranya tiada empat saksi yang disyaratkan.

“Inilah yang dijelaskan oleh Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 yang menyebut, Seksyen 9 (2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu tanpa
berupaya membawa saksi seperti yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud.

“…dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf,” katanya.

Malah menurut beliau lagi, melalui kaedah takzir pesalah juga boleh dijatuhi hukuman yang lebih berat.

“Hukuman Takzir boleh berlaku lebih keras daripada hudud sekiranya mahkamah berpandangan ada keperluan untuk itu. Sebahagian mazhab Islam meletakkan hukuman takzir boleh mencapai tahap hukuman mati.

“Apatah lagi dalam kes rogol berkumpulan yang mendatangkan trauma dan kecederaan besar kepada mangsa dari sudut fizikal dan mental,” kata wakil rakyat penggal pertama itu.

Baru-baru ini, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan menubuhkan satu Jawatankuasa Teknikal berkaitan pelaksanaan hukum hudud bagi membincangkan prosedur dan beberapa penelitian bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan 1993  


Wednesday, November 20, 2013

HOT! Pas Mahu Malaysia Contohi Brunei Buat Hukum Hudud! #MuktamarPas


Ulasan yang menarik dari Semut Hitam mengenai Hudud

Dikala ini, ramai pemimpin PAS yang sibuk dok bercerita pasal perlaksanaan Hukum Hudud. Masing - masing sibuk menjaja cerita pasal Hudud ni ke hulu ke hilir.

Ada jugak dikalangan pemimpin PAS ni yang ghairah bercerita pasal Hudud turut membangkitkan nama Negara Brunei. Ramai yang puji pemimpin Negara tersebut.

Tak pelik jika Brunei laksanakan Hudud. Hakikatnya, Demografi penduduk di Malaysia dan Brunei mempunyai perbezaa yang cukup ketara. Dan perkara ini tidak dijelaskan oleh PAS.

Jika dilihat, memang Brunei layak untuk melaksanakan Hudud. Populasi penduduk di Negara tersebut melayakkan mereka untuk berbuat demikian.

Brunei mengamalkan sistem Monarki Mutlak Berparlimen dimana Sultan adalah Pemimpin Utama dan merupakan Ketua Agama Islam. Seluruh rakyat berada dibawah naungannya.

Jelas ianya menyangkal dakwaan dari Profesor Badut semalam yang mengatakan Sultan tak de hak ke atas mereka yang bukan Islam mengikut Hukum Islam.


Dengan hanya mempunyai rakyat seramai lebih kurang 400ribu orang, tidak mustahil mereka mampu melaksanakan Hukum Hudud. Hampir 2/3 dari mereka beragama Islam.

Tidak ada sebab kenapa Hudud tidak boleh dilaksanakan di Brunei kerana jumlah penduduknya yang tak berapa ramai tetapi pendapatan Negaranya banyak.

Bayangkan. Orang yang baru habis belajar pun diberi gaji oleh Kerajaan secara bulanan. Jadi bab nak mencuri tak timbul sebab semua orang ada pendapatan sendiri.

Nak kata rakyat Brunei nak berzina pun payah sebab kalau nak kahwin Kerajaan sendiri bagi duit belanja. Kahwin pun percuma. Rakyat cuma kena bayar Mas Kahwin sahaja.

Inikan pulak nak berpoligami. Ianya memang dianjurkan oleh pihak Kerajaan sendiri. Jadi, isu berkaitan dengan zina memang tak timbul lansung di Brunei.

Di Malaysia ni sebut Poligami je dah mula ketar kepala. Ada yang siap kena kejar dengan Parang lagi sampai terpaksa melarikan diri ke Negara jiran.

Tapi, jangan salah anggap apabila isu berkaitan dengan Hudud di Brunei ni menyebut bahawa undang - undang tersebut hanya tertakluk kepada agama Islam sahaja ye.

Kita kena ingat bahawa Brunei hanya ada satu Mahkamah iaitu Mahkamah Syariah. Maka seluruh penduduk tertakluk dibawah Hukum Syariah.

Nah!!! Sekarang bezakan lah Brunei dengan Kelantan yang mana rakyatnya sendiri pun tak de kerja. Terpaksa pergi ke tempat lain mencari rezeki. Jadi, tak payah la sibuk nak mempolitikkan pasal Hudud ni semata - mata untuk meraih sokongan orang!!!

Friday, November 15, 2013

HUDUD!!! ADAKAH PAS KENA DAPATKAN KEIZINAN DAP DULU???

 
Jika selama ini menuduh UMNO bukan-bukan, bla bla bla la. UMNO tolak Islam la, sampai macam-macam ayat keluar, tuduhan sampai pecah-belah umat Islam dibuatnya.. sekarang dah terbukti... ia boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri kelantan pimpinan pas!! Sudah lebeh 20 tahun Beb!!!

Kepada pekakas, berbakol beb dosa kering menuduh bagai,-bagai mencipta episod perpecahan umat, bertaubatlah, dengan perlaksanaan hukum ini. Percayalah UMNO pun memang menyokong penuh, mudah-mudahan ia akan menjadi roll model untuk semua negeri di Malaysia, baru padan muka Dap. Jangan pulak Dap berdehem kang lain pulak jadinya!!
 
 
 
 
 
 
Sekarang ni kiasu dah naik tocang, hina depan-depan orang Melayu, macam tanah Melayu ni tanah mak bapak diaorang yang punya. Kalau bertanya orang lama, mereka cukup panas hati dengan Dap ni. Dap lah penghasut orang Cina membenci Melayu, tetapi masalahnya Pas, Pas jilat lendir Dap ni teruk sangat, macam gampunk!!!
 
Dulu surat Tun Mahathir la mereka jaja seluruh negara kononnya menolak hudud, tetiba Ketua Hakim Syarie Kelantan kata boleh buat. Termasuk la Dr. kangkong Aziz Biri pun kata tiada masalah untuk PAS laksana hudud di Kelantan. Habis tu, surat yang dijaja ape cerita??? Betul2 kene kencing sama PAShit...!!!!!!!! 
 

Thursday, October 24, 2013

Hudud: PAS arahkan pemimpinnya 'tutup mulut'

ini ke nama parti islam....Takut kepada DAP lagi daripada buat kenyataan untuk mengelakkan undi tak menyebelahi parti PAS.Macam ni pun ada ker?


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.