Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Kulai. Show all posts
Showing posts with label Kulai. Show all posts

Thursday, April 6, 2017

Shabudin jawab isu perkahwinan bawah umur bukan sewenang-wenangnya


Ekoran banyak pihak telah tersalah tafsir perbahasan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berhubung pindaan yang dibawa Ahli Parlimen DAP Kulai, untuk mengharamkan perkahwinan bawah 16 tahun dibawah Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, jelas beliau di dalam enakmen Islam tidak menghalang perkahwinan itu diadakan.


Namun tegasnya apabila ia membabitkan kes rogol terdapat dua situasi yang boleh diambil tindakan berdasarkan kepada keputusan polis dan mahkamah.

BERIKUT ADALAH PENJELASAN PENUH SHABUDIN BERHUBUNG ISU PERKAHWINAN BAWAH UMUR INI.

Saya amat kecewa dan terkejut dengan cara media massa yang melaporkan perbahasan saya secara tidak tepat seolah-seolah menggambarkan saya ini menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa.

Semasa saya membahaskan usul bagi menolak usul cadangan pindaan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai untuk mengharamkan perkahwinan bawah 16 tahun, saya telah menjelaskan perkahwinan dan jenayah adalah dua perkara yang berbeza.

Mengikut enakmen Islam, mana-mana gadis yang hendak berkahwin bagi yang berumur 16 tahun dan kebawah hendaklah mendapat kebenaran wali dan mahkamah.

Manakala bagi laki-laki bawah umur 18 tahun yang juga ingin melangsungkan perkahwinan perlu mendapat kebenaran mahkamah dan ianya tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

Ini bermakna, enakmen Islam tidak beri kuasa sepenuhnya kepada wali bagi membenarkan berkahwin di bawah usia 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun bagi lelaki.

Seterusnya, dalam perbahasan saya bercakap tentang perkahwinan antara perogol dan mangsa.

Apa yang saya ingin tekankan disini adalah tiada apa-apa peruntukan yang menghalang mereka ini untuk berkahwin.

Laporan media yang menunjukkan bahawa saya menyokong perkahwinan perogol dan mangsa ini diambil dari luar konteks (out of context) di mana penekanan saya sebenarnya adalah tentang peruntukan undang-undang sedia ada yang tidak menghalang sebarang perkahwinan dalam usia yang disebutkan.

Walau bagaimanapun, kes jenayah rogol yang dilakukan itu masih tetap menjadi satu kesalahan jenayah dan terpulanglah kepada pihak polis dan mahkamah dalam menentukan hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan oleh perogol tersebut.

Tetapi dalam realiti masyarakat, terdapat banyak kes rogol yang diklasifikasikan rogol oleh undang-undang sebagai ‘statutory rape’ tetapi atas dasar persetujuan bersama (with consent).

Dalam menyelesaikan masalah tersebut keluarga cuba menutup malu dan tidak membuat laporan polis dan akhirnya membuat keputusan untuk mengahwinkan mereka.

Walau bagaimanapun, perkahwinan itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak wali tetapi perlu dapat kebenaran mahkamah Syariah terlebih dahulu.

Suka saya tegaskan, bahawa tidak ada apa-apa peruntukan undang-undang malah hukum syarak yang menghalang mereka daripada berkahwin.

Isu ini sepatutnya dilihat dari sudut positif contohnya tentang masa depan mangsa itu sendiri terutamanya bagi kes ‘with consent’ tadi.

Pada masa yang sama, perkahwinan ini bukanlah ‘back door exit’ untuk halalkan kesalahan rogol.

Dari sudut pandangan agama, pelaku seksual boleh mengahwini pasangan (mangsa rogol) sama ada selepas atau sebelum beliau menjalani apa-apa hukuman tanpa sekatan.

Namun, contoh yang dilaporkan oleh sesetengah media terutama The Star Online seperti yang ditularkan semalam dengan mengambil contoh gadis yang berusia sembilan dan dua belas tahun terlalu ekstrim dan sebenarnya dalam masyarakat moden Islam sendiri sangat-sangat jarang berlaku.

Antara asas dalam hakim untuk membuat pertimbangan adalah berdasarkan kepada keadaan di mana seseorang itu telah aqil baligh.

Pokoknya, contoh umur yang saya nyatakan dalam perbahasan adalah soal aqil baligh dan ianya tidak terhad kepada umur sembilan atau dua belas tahun.

Tetapi pihak media dalam laporan mereka menyatakan seolah-olah saya mengatakan perempuan yang berumur sembilan tahun terus boleh berkahwin tanpa mengambil kira soal aqil baligh terutamanya dibahagian tajuk laporan berita tersebut.

Saya membahas dan menolak usul tersebut kerana usul itu berlawanan dengan peruntukkan undang-undang Syariah seperti yang terkandung dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri-Negeri.





Wednesday, April 5, 2017

Media Putarbelit Ucapan Perbahasan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Berkaitan Isu Rogol Kanak-Kanan Bawah Umor




Merujuk kepada portal berita The Star Online yang tertulis 'Okay for rapist to marry victim, even some 9-year-old can marry'. Jelas sekali bercanggah dengan ucapan YB Datuk Shabudin Yahaya yang dalam perbahasannya di Dewan Rakyat mengatakan pendirian berdasarkan pengalaman beliau sebagai Hakim Mahkamah Syariah.

Dalam perbahasannya , beliau telah membidas usul YB Kulai (DAP) dan YB Datuk Shabudin Yahaya sekali kali tidak menyokong perbuatan merogol malah bersetuju supaya perogol dikenakan hukuman mengikut undang2 dan peraturan yg diguna pakai.

Namun begitu , dlm perbahasannya, beliau juga menegaskan bahawa dlm hal perkahwinan dgn mangsa rogol, jika ada keizinan wali dan kebenaran dari mahkamah syariah, maka gadis yg dirogol ( kerana umurnya di bawah 16 tahun mengikut peruntukan undang2 yg mentakrifkan perbuatan persetubuhan dgn gadis bawah 16 th adalah rogol walau dgn kerelaan gadis tersebut) boleh dikahwinkan dgn org yg mensetubuhinya / merogolnya kerana maslahat yang dipertimbangkan utk kedua2 pihak.

Tidak timbul isu siapa yg akan berkahwin dgnnya itu adalah orang yg ditakuti kerana mahkamah yang menyiasat dan mempertimbangkannya sebelum kebenaran di keluarkan.

Malah besar kemungkinan perogol itu ialah teman lelaki yang saling menyayangi gadis tersebut dan terlanjur melakukan persetubuhan dgn gadis tersebut tanpa menghiraukan umur gadis itu yg belum mencapai 16 tahun..

Perlu difahami bahawa perkahwinan yg berlaku adalah sah dan di bolehkan oleh Agama Islam.

Had umur perkahwinan seorang gadis ialah dari aqil baligh (seawal 9 tahun) .. namun jika belum mencapai 16 tahun, maka kebenaranon mahkamah perlu diperolehi.
Masalah perlakuan persetubuhan itu yg dianggap rogol / zina boleh diteruskan proses kehakimannya utk tindakan jika diadu oleh mana-mana pihak.

Kenyataan sebenar YB Tasek Gelugor di Parlimen amat jauh bertentangan dengan apa yang dilaporkan oleh laman-laman berita. Sekaligus menunjukkan media telah memutarbelitkan kenyataan YB Tasek Gelugor kerana penentangan ke atas RUU355.


Isu yang penting dlm perbahasan YB Tasek Gelugor yg perlu difahami rakyat ialah untuk menolak usul YB Kulai yg mahu mengharamkan perkahwinan dibawah umur 16 tahun yg mana ianya bertentangan dgn amalan syariat Islam.

Oleh yang demikian , kenyataan dalam laman sosial twitter YB Dr Afif Bahardin (Ketua AMK Parti KeAdilan) yang mengatakan "kalau anak dia sendiri, would he allow? Notion of allowing a rapist to marry his victim just to show how sick is the mind of this UMNO goons' adalah amat tidak bertanggungjawab dan tidak akademik malah kenyataan dari ADUN Seberang Jaya itu ( PKR ) amat keanak-anakan dan bersifat menghentam peribadi YB Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Sebagai seorang ahli politik yg melaungkan keadilan, beliau seharusnya berfikir dan bersikap profesional selaku seorang yang bijak dan bukan sekadar mencari populariti politik murahan.

Apa yang saya dapat lihat Adun Seberang Jaya ini sentiasa menunggu peluang untuk mencari kesalahan orang untuk dipolitikkan.Kalau inilah caranya adun PKR Sbrg Jaya ini selepas ini berenti sahaja jadi Adun dan jadilah cybertroopers.

(Spread via Whatsapp. Author unknown)

Perkahwinan Bukan Sewenang-wenangnya -YB. Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor – BN)

Menjawab persoalan yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Kulai agar perkahwinan untuk perempuan di bawah umur 16 tahun diharamkan, Ahli Parlimen Tasek Gelugor YB. Datuk Shabudin Yahaya (BN) membidas dengan menyatakan bahawa di dalam kes-kes tertentu untuk perkahwinan bagi perempuan di bawah 16 tahun perlu dirujuk kepada Hakim Mahkamah Syariah.

Menolak usul yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Kulai, Shabudin menjelaskan mengikut Enakmen Keluarga Islam pindaan tahun 2004 khususnya bagi negeri-negeri seperti Pulau Pinang dalam Seksyen (8) telah menetapkan had umur perkahwinan lelaki adalah 18 tahun dan perempuan 16 tahun.

"Ia telah dipersetujui secara undang-undang dan syariah".

"Bagi kes-kes tertentu buat perempuan di bawah umur 16 tahun apabila perlu dikahwinkan ia perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran Mahkamah Syariah."

Di dalam penjelasan beliau, Shabudin turut menyebut bahawa bagi kes-kes sebegini ia tidak akan dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya mesti merujuk keputusan Hakim Mahkamah Syariah kerana mereka mempunyai pertimbangan-pertimbangan khusus yang dilandaskan kehendak syariat dan tuntutan agama.
"Mahkamah Syariah tidak boleh sewenang-wenangnya dan memutuskan perkahwinan bagi perempuan di bawah umur 16 tahun".
Menyentuh isu rogol dan zina yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Subang, Shabudin menjelaskan "bagi kes-kes berkenaan (kes rogol), yang tetap jenayah tetap jenayah."

Dalam perbahasannya, beliau menegaskan dalam hal perkahwinan yang melibatkan mangsa rogol keizinan wali dan kebenaran dari Mahkamah Syariah akan menentukan samada perkahwinan itu dibolehkan kerana maslahat yang dipertimbangkan kedua-dua pihak.

Dari sudut pandangan Islam, jika perkahwinan diantara perogol dan mangsa rogol dibenarkan. Maka, perkahwinan tersebut dibolehkan dan adalah sah.

Namun, penyelewengan kenyataan yang dikarang oleh akhbar The Star, media arus perdana dan media pro-pembangkang bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah tidak menceritakan hujah utama yang diutarakan oleh beliau berkenaan isu perkahwinan bawah umur dan rogol.

Sebaliknya mereka lebih memberi fokus kepada isu di luar premis perbincangan di dalam tempoh waktu tersebut oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor ketika menolak cadangan pindaan usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kulai (DAP) 


[ Baca Berita Asal ]

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.