.
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص
61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.
Sila
ke laman web Transparency International di SINI.
Anda akan
jumpa dua penyumbang yang ada hubungan dengan Bersih dan parti
pembangkang Malaysia iaitu agensi depan CIA, NED dan organisasi
George Soros berikut:
Teguran
TI baru2 ni boleh dipersoalkan sebagai menyuarakan agenda pihak
tertentu. Seterusnya
Memang tidak selesa apabila dituduh menjadi
agen asing. Apabila BERSIH dikaitkan menerima dana asing maka penganjur akan
cuba bersilat mencari helah. Maka, Maria Chin bersungguh mengatakan bahawa
mereka menang kes mahkamah terhadap NST yang menuduh BERSIH terima dana NED.
Tetapi apakah Maria Chin akan mengaku bahawa
mereka sebenarnya menerima dana dari agen asing yang lain seperti OSI dan NDI?
Sudah pasti fakta ini tidak boleh diberdalihkan lagi. Dana asing tetap dana
asing.
Apa bezanya
NED dengan NDI? Jawapan ringkas, SAMA SAHAJA.
National Endowment for Democracy (NED) ditubuh
pada tahun 1983 bagi melaksanakan kerja-kerja jahat espionage yang sebelum ini
dilakukan oleh Central Intelligence Agency (CIA), tetapi secara lebih terbuka.
Bezanya CIA lakukan secara penuh kerahsiaan (covert), NED lakukan secara
terbuka (overt) [contoh: kerajaan Chile di bawah Presiden Allende dijatuhkan oleh
kerja jahat CIA (1973), kerja-kerja espionage CIA di Guatemala 1950an-1980an,
di Iran dan banyak lagi].
Dr. Allen Weinstein (orang yang merangka
pembentukan NED) dipetik pernah berkata “A lot of what we (NED) do today was
done covertly 25 years ago by the CIA” (Washington Post, 22 September, 1991).
Ini adalah bukti kukuh bahawa NED mewarisi kerja-kerja jahat espionage CIA
dalam mencaturkan politik antarabangsa untuk menuruti telunjuk Amerika
Syarikat.
Open Society Institute (OSI) – kini dikenali
Open Society Foundation (OSF) ditubuh pada tahun 1993 – adalah alat milik
George Soros untuk mengawal serta memporak-perandakan dunia supaya mudah untuk
dimanipulasinya.
Kedua-dua OSI dan NDI MEMANG menyumbang untuk
penganjuran BERSIH. Maka, apabila Maria Chin mengatakan BERSIH tidak menerima
dari NED itu hanyalah dalih untuk mengabui mata orang ramai.
Susulan penubuhan NED, empat badan lain
ditubuhkan bagi melaksana dan menyalurkan dana bagi pihak NED. Antaranya ialah
National Democratic Institute (NDI).
Apabila kita baca laporan
NED, ianya dengan jelas menyenaraikan penerima dana mereka setiap tahun. Maka
tidak payahlah Maria Chin cuba mendabik dada untuk berdalih.
Penolong Pengarah FBI, Walter Skinner, dalam
siri TV popular, The X-Files, dalam episod pertama musim kelima berjudul
“Redux” (yang merupakan di antara episod paling tinggi ditonton dalam siri
tersebut) dipetik berkata, “As you compound the lies, you compound the
consequences for them.” Satu pembohongan akan membawa kepada siri pembohongan
yang berterusan.
Begitulah gayanya dengan puak-puak yang cuba
berselindung sambil berbohong kononnya mereka tidak menerima dana asing atau
dijadikan “barua” oleh dalang asing yang sengaja ingin melakukan “perubahan di
Dunia Islam ke arah demokrasi, moden dan sesuai dengan “orde dunia
antarabangsa” kontemporari …” (dipetik dari buku “Civil Democratic Islam”
terbitan Rand Corporation). Ini bermakna perubahan yang ingin dilakukan mereka
adalah untuk mengikut telunjuk Uncle Sam/Amerika Syarikat.
Untuk kita lebih memahami peranan NDI yang
cuba melakukan kekacauan di Tanah Air ini kita baca pula laporan RASMI yang
dikeluarkan oleh NDI sendiri. NDI sendiri mengesahkan bahawa sumber dana untuk
perancangan jahat mereka di Malaysia datangnya dari NED.
Yang ketaranya ialah jika kita bandingkan
laporan NDI terkini (dari laman sesawang rasmi mereka) dengan laporan yang
pernah mereka siarkan pasca PRU 12 2008, ada sesuatu yang NDI cuba sembunyikan.
Dahulu NDI dengan jelas mengaku memainkan
peranan dalam penganjuran BERSIH, tetapi satu perenggan yang menyebut tentang
penglibatan NDI dalam penganjuran BERSIH telah DIPADAMKAN dari laporan yang
sama.
Dalam
situasi Malaysia yang sedang berhadapan dengan pilihanraya paling
sengit dalam sejarah, seorang tokoh pembangkang terkemuka telah
dikatakan mendapat bantuan dana dari Amerika Syarikat bagi mengadakan
siri tunjuk perasaan selain penyaluran dana kepada parti-parti
pembangkang.
Pada
awal bulan Mei 2013, Malaysia berhadapan dengan satu pilihanraya
paling kompetitif sejak sejak Malaysia mencapai kemerdekaan. Barisan
Nasional yang telah menjadi kerajaan sejak negara Malaysia mendapat
Kemerdekaan pada tahun 1957 akan disaingi oleh Pakatan Rakyat yang
telah menerima bantuan, latihan dan pembiayaan dari yayasan yang
dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Sepanjang
tempoh perkhidmatan, Anwar telah dipecat ekoran keputusannya yang
mengikut telunjuk pelan IMF ketika krisis kewangan Asia. Sedangkan
Mahathir pula menerajui pemulihan Malaysia dari krisis kewangan Asia
pada tahun 1997 melalui kawalan mata wang dan langkah-langkah
perlindungan.
Selepas kejatuhan dalam karier politiknya, beliau
(Anwar) telah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Bank Dunia dan IMF pada tahun 1998. Beliau kemudiannya dilantik
menjadi pengerusi Foundation for Future yang berpusat di Washington
yang mana yayasan ini ditubuhkan oleh Elizabeth Cheney, anak kepada
bekas Naib Presiden Amerika Syarikat dan dibiayai oleh Jabatan Negara
Amerika Syarikat.
Anwar menimbulkan kemarahan ramai pihak terutama
majoriti Muslim di Malaysia ekoran tindakan beliau yang menyokong
dasar untuk melindungi keselamatan Israel dalam temu bual dengan Wall
Street Journal - berbeza sama sekali dengan pendirian pemerintah
'untuk menyokong Palestin. Kelayakan unik Anwar dan hubungan rapat
dengan pertubuhan politik dan kewangan Amerika Syarikat tidak
dinafikan bahawa dia adalah pilihan Washington
Washington
selama ini sering melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang
diperintah oleh pemimpin yang 'degil'. Namun begitu, kejatuhan
populariti parti pemerintah telah membuka peluang kepada National
Endown for Democracy (NED) untuk meningkatkan populariti Pakatan
Pembangkang yang lebih 'MESRA AMERIKA' sekaligus meningkatkan lagi
peluang pembangkang menjadi pemerintah melalui pelbagai aspek bantuan
seperti kempen di media dan sokongan untuk menjalankan aktiviti
demonstrasi jalanan anti-kerajaan.
Di
satu sudut yang lain, bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad
sering mengundang kemarahan Amerika ekoran kritikan beliau yang
secara berterusan terhadap dasar luar Amerika Syarikat dan Israel,
manakala Perdana Menteri yang ada sekarang pula bersikap 'retorik'
sambil meneruskan pendekatan mesra perniagaan dengan masyarakat barat
selain terus mengukuhkan hubungan ekonomi dengan China.
Pada
sudut yang berlainan pula, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang
pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dibawah
kepimpinan Mahathir dilihat mempunyai hubungan yang rapat dengan
Amerika Syarikat.
National
Endowment for Democracy atau NED, adalah sebuah yayasan yang
berpangkalan di Washington, dimana tugas NED adalah menyokong
inisiatif demokrasi dan kumpulan pembangkang yang 'mesra' Amerika di
luar negara. NED menyediakan lebih daripada 1 juta dolar Amerika bagi
membiayai pelbagai projek di Malaysia setiap tahun. NED telah kerap
dikritik kerana campurtangan mereka secara terang-terangan dalam
program-program bersifat politik disamping penglibatan secara terus
dari tokoh politik kanan Amerika dalam yayasan berkenaan.
Di
samping membiayai kumpulan 'pengawas' pilihan raya, memantau hak
asasi manusia dan laman web berita yang condong ke arah pembangkang,
Institut Antarabangsa Republikan ( International Republican Institute
: IRI) telah menerima dana berjuta-juta dolar untuk menjalankan
program di Malaysia, bagi membantu "parti politik dan
para pemikir mereka yang mampu menjadi wakil berkesan di kawasan
mereka." IRI dipengerusikan oleh Senator John McCain,
yang terkenal dengan sikapnya yang cenderung dan agresif memihak
kepada dalam isu-isu yang berkaitan dengan Israel dan konflik Amerika
Syarikat di luar negara.
Manakala
jawatan yang lain diisi dengan pegawai-pegawai kanan yang pernah
memegang jawatan merangka dasar luar didalam pentadbiran Reagan dan
Bush. "IRI bekerja di negara-negara yang Amerika
Syarikat mempunyai kepentingan, di mana kita boleh membuat perbezaan
... IRI memberi tumpuan kepada tiga tugas utama: membantu parti-parti
politik meluaskan pengaruh mereka, memastikan bahawa pembangkang
memerintah sejurus mendapat kekuasaan, memerintah dengan adil,
sekaligus membantu masyarakat sivil dalam menjamin tadbir urus yang
baik ... IRI boleh membantu menjadi pemangkin kepada usaha aktivis
demokrasi di negara - selagi mereka mahu perubahan yang lebih
daripada kita mahukan, ianya untuk mereka, "Nukilan Presiden
IRI ini, Lorne Craner, yang sebelum ini memegang jawatan di Jabatan
Negara Amerika Syarikat.
The
National Democratic Institute for International Affairs atau Institut
Demokratik Kebangsaan untuk Hal Ehwal Antarabangsa juga menerima
bajet yang besar bagi membiayai projek-projek mereka di Malaysia.
Madeleine Albright, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat,
peneraju agenda perang Amerika dan misi ketenteraan NATO merupakan
pengerusi NDI. Di samping itu, bekas Senator Thomas Daschle dan bekas
pengarah AIPAC Kenneth Wollack mempunyai jawatan tinggi dalam NDI.
Pakatan
Pembangkang di Malaysia telah memenangi kejayaan yang bersejarah
dalam pilihan raya 2008 dengan menguasai negeri-negeri utama seperti
Pulau Pinang dan Selangor. Menurut laman web NED, IRI menerima
802,122 dolar Amerika pada tahun 2010 untuk bekerja dengan"pemimpin
negeri di Pulau Pinang dan Selangor untuk menyediakan mereka dengan
kajian pendapat masyarakat, latihan dan sumber-sumber lain bagi
membolehkan mereka menjadi wakil yang lebih berkesan kepada pengundi
mereka".
IRI
mendakwa bahawa mereka "tidak menyediakan pembiayaan
secara langsung kepada parti-parti politik" di
Malaysia, tetapi apa yang diperkatakan adalah tidak telus. Penyediaan
bajet dan penekanan kepada membantu pembangkang bagi memperluaskan
populariti parti-parti politik di negeri-negeri pakatan pembangkang
membuktikan berlakunya pembiayaan secara tidak langsung.
NED
mendapat pembiayaan melalui Kongres AS, menerusi bajet USAID, agensi
Amerika Syarikat yang berperanan menyalurkan bantuan pembangunan
selain ianya juga merupakan sebahagian daripada agensi dibawah
Jabatan Negara Amerika - ini bermakna wang NED, yang mereka salurkan
kepada negara-negara asing itu datangnya daripada dana awam yang
dibayar oleh pembayar cukai Amerika Syarikat.
Kebanyakkan
pembiayaannya disalurkan kepada dua komponen utamanya iaitu Institut
Republikan Antarabangsa (IRI) dan Institut Demokratik Kebangsaan
untuk Hal Ehwal Antarabangsa (NDI). NED dikehendaki untuk memaklumkan
laporan kewangan mereka, tetapi bagi yayasan yang kecil,
undang-undang ini tidak diguna pakai bagi IRI dan NDI, yang mana
kedua-duanya merupakan penerima utama dana di Malaysia.
Menurut
laman web rasmi NDI, mereka telah mengadakan "bengkel
parlimen peringkat negeri di Selangor dan Pulau
Pinang" kerana "parti-parti pembangkang
mempunyai pengalaman yang terhad dalam kerajaan, dan banyak ahli-ahli
parlimen yang dipilih pada tahun 2008 tidak mempunyai pemahaman dalam
proses parlimen perlembagaan ." Bermula dari tahun
2007, rakyat Malaysia telah menunjukkan sokongan kepada 'Bersih',
sebuah kumpulan pemantau pilihan raya yang dikenali sebagai 'Gabungan
Pilihan Raya Bersih dan Adil.' 'Bersih' telah menganjurkan
perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya, yang sedikit sebanyak
dikritik sebagai tali barut pembangkang ekoran penyertaan yang aktif
dari tokoh-tokoh terkemuka pembangkan.
Bersih
yang dipimpin oleh Ambiga Sreenevasan, penerima Anugerah Jabatan
Negara Amerika Syarikat, mengakui bahawa Bersih menerima dana dari
agensi berkaitan dengan kerajaan Amerika Syarikat seperti NDI dan
Open Society Institute, yang mana OSI diketuai oleh jutawan Yahudi
George Soros. Tunku Abdul Aziz Ibrahim, seorang senator di dewan
negara dan juga bekas tokoh pembangkang, baru-baru ini mengeluarkan
kenyataan memperincikan penglibatan Amerika dalam membiayai dan
menganjurkan perhimpunan Bersih.
Menurut
Aziz, Yayasan yang berpengkalan di Amerika telah merangka gerak kerja
dan menggariskan fungsi dan operasi Bersih. "Dalam
mesyuarat itu, saya telah ditawarkan untuk mengetuai badan pemantau
kerana mereka berkata, saya mempunyai kelayakan, integriti dan
kredibiliti bagi jawatan itu. Mereka memberitahu saya bahawa
pergerakan itu adalah untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan
adil di negara ini," kata Tunku Aziz yang turut
mendedahkan bahawa beliau telah ditawarkan kira-kira 4 ribu dolar
Amerika sebulan, serta lain-lain faedah dan elaun bagi kedudukannya.
Aziz
juga mendakwa pemimpin pembangkang Malaysia menggunakan Bersih untuk
menyalurkan sokongan kepada kempen politik beliau. "Anwar
menggunakan sebaik mungkin rangkaian antarabangsanya untuk
mendapatkan dana ini. Saya tidak tahu sama ada pemimpin-pemimpin
Bersih tahu ataupun tidak.
Tetapi
Bersih adalah 'kenderaan' Anwar untuk menerima dana antarabangsa di
bawah nama demokrasi dan pilihan raya yang bebas dan adil. Bersih
bukan sebuah organisasi bebas ataupun non-partisan. Ia adalah 'bayi'
Anwar." Aziz walaubagaimanapun menolak pembiayaan luar
negara itu kerana faktor integriti nasional dan maruah. "Organisasi
tempatan perlu menjustifikasikan kewujudan mereka kepada rakyat
Malaysia, bukan kepada orang asing. Organisasi tempatan tidak perlu
berhutang dan setia kepada warga asing," tegasnya.
Jika
dilihat secara teliti dari 'bahasa' yang digunakan oleh yayasan ini,
mereka menuntut supaya wujudnya satu gerak kerja ke arah "meluaskan
pengaruh parti-parti politik,". Satu persoalan yang kritikal
terlintas di fikiran - bila tidak dipanggil 'mempromosi demokrasi'
bukankah ianya menjadi suatu campur tangan politik? Gerak kerja NED
agak kabur.
Mereka
berdiri diatas dua garisan, mereka berlakon kononnya menyokong
ketelusan pilihan raya, kebebasan dan mempromosi hak asasi manusia.
Parti pemerintah Malaysia tidaklah begitu sempurna - mereka tidak
bersedia untuk menangani isu-isu rasuah peringkat tertinggi,
kemewahan para elitis masih menjadi masalah yang besar, dan kaum
minoriti pula merasa diri mereka dipinggirkan berikutan dasar-dasar
tindakan afirmatif berasaskan kaum, yang memihak kepada majoriti
Muslim.
Pakatan
pembangkang, yang telah berikrar untuk menghapuskan autoritarian dan
rasuah, telah mengeluarkan satu manifesto, yang mana ada pihak memuji
dan ada pihak yang meragui manifesto berkenaan. NED walaubagaimanapun
tidak menjalankan satu inisiatif demokrasi di Singapura - Sekutu Kuat
Amerik Syarikat, walaupun negara berkenaan mempunyai persekitaran
yang kurang demokratik berbanding Malaysia. Jadi apakah yang boleh
mendorong Washington untuk menghabiskan duit dan memberikan begitu
banyak perhatian kepada pakatan pembangkang di Malaysia?
Kita
jangan terlupa dengan tujuan sebenar Amerika dalam kepentingan blok
ASEAN. Penguasaan pengaruh Amerika di Blok ASEAN adalah sebagai satu
langkah mengimbangi kuasa dan pengaruh Beijing. Perdana Menteri
Malaysia Najib Razak telah menjelaskan peri pentingnya hubungan yang
wujud diantara Malaysia dengan China, sambil melihat ke Beijing yang
memulihkan ekonomi berorientasikan eksport Malaysia selepas krisis
kewangan global 2008.
Pertukaran
kepakaran diantara China-Malaysia dalam bidang seperti kewangan,
pembangunan infrastruktur, sains dan teknologi, serta pendidikan yang
mana tidak pernah mencatatkan tahap tertinggi sebelum ini. China
telah menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia, dengan angka-angka
perdagangan mencecah 90 bilion US Dolar pada 2011 manakala Malaysia
adalah rakan perdagangan terbesar China di kalangan negara-negara
ASEAN. Sokongan Washington kepada pembangkang Malaysia yang
'mesra-Amerika' mesti dilihat dalam konteks semasa untuk meningkatkan
kekuatan tentera dan penguasaan mereka ke atas rantau Asia Pasifik
dalam rangka dasar 'Pivot ke Asia'.
Malaysia
mempunyai hak kedaulatan ke atas Selat Melaka, laluan bekalan yang
paling penting bagi China untuk tujuan pengangkutan minyak dan
lain-lain bahan yang penting kepada pembangunan serta ekonomi yang
berterusan. Selain daripada lokasi yang strategik, Malaysia mempunyai
ekonomi yang berkembang pesat dengan purata kira-kira pertumbuhan 7
peratus setiap tahun. Malaysia juga merupakan pengeksport ketiga
terbesar di dunia bagi gas asli cecair (LNG) selepas Qatar dan
Indonesia, dan negara ini telah mempunyai lebih 4 billion tong minyak
sebagai rezab.
Malaysia
adalah pemain utama di Asia Tenggara, dan Washington melakukan apa
yang boleh untuk meluaskan lagi pengaruh pakatan pembangkang selepas
kejayaan dalam pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008. Pada tahun
2013, pakatan pembangkang bergantung kepada undi dari mereka yang
tidak berpuas hati dengan status quo serta demografi besar pengundi
muda yang mahu mencabar parti pemerintah dalam pilihanraya.
Di
bawah parti pemerintah, Malaysia telah berubah daripada menjadi
sebuah negara pengeksport getah dan bijih timah kepada pemain utama
industri dengan industri automobil tempatan yang kukuh. Parti
pemerintah telah berjaya mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang stabil,
manakala menjanjikan 3.3 juta pekerjaan baru dalam sektor
berpendapatan tinggi dan menarik pelaburan berjuta-juta dolar. Dalam
situasi pilihan raya yang kritikal di negara ini, pengkritik bertanya
samaada pembangkang yang belum dicuba kemampuannya ini dapat menjamin
pertumbuhan berterusan.
Perbincangan
dikalangan pengundi juga yang menjurus antara parti pemerintah dan
pembangkang juga secara tidak langsung mewujudkan elemen memilih
antara China dan Amerika Syarikat. Keputusan pilihanraya akan datang
dijangka menjadi penentu masa hadapan dasar luar Malaysia selain
berpotensi menjadi satu pergolakan politik yang berterusan.
Berjuta-juta dolar Amerika telah disalurkan kepada pembangkang di
Malaysia, bukti bahawa Washington mempunyai agenda tersendiri di
rantau ini.
Semua
rakyat Amerika tahu Steve
Clemons seorang
blogger terkemuka. Dia juga merupakan pemikir politik Amerika dan
penulis terkenal. Di bolgnya, The Washington Note, dia dedahkan Anwar
Ibrahim terlibat dalam dua organisasi paling bahaya di Amerika. Dua
organisasi rahsia yang dimaksudkan itu berkait dengan badan perisikan
luar Amerika (Foreign Policy).
"Foreign
Policy" bermaksud badan perisikan luar atau CIA
Laporan
RAND Corporation, menyebut istilah "Foreign
Policy" (Dasar
Luar Amerika) merujuk kepada badan perisikan luar Amerika Syarikat
yang mendapat latihan CIA. Bidang kewartawanan adalah target CIA.
Sama ada anggota CIA dilatih menjadi wartawan atau wartawan yang
sedia terpilih direkrut menjadi agen CIA.Kedua-dua maksudnya sama,
kedua-dua agen CIA.
Media antarabangsa rangkaian CIA
atau nama enak "Foreign Policy" seperti Time,
Newsweek,U.S. News, World Report, The New York Times, The Wall Street
Journal, The Washington Post, CNN, ABC, CBS, NBC.
Kebanyakan media ini dikawal oleh kumpulan Yahudi Amerika. klik di
sini
Menurut
RAND Corporation watak seperti Anwar Ibrahim dikenali sebagai "exile
figures"(tokoh-tokoh
terbuang). Modus operandi "exile
figures"
diperkenalkan sejak zaman Perang Dingin (Cold War) ketika Amerika
melawan Komunis. Dalam cadangan RAND Corporation kepada kerajaan
Amerika, model "exile
figures"
semasa Cold War hendaklah diadaptasi semula dalam memerangi teroris
Islam.
Menurut modus itu, CIA akan mengenal pasti beberapa
"exile
figures"
yang bermasalah di negaranya seperti tokoh yang dipecat atau melawan
kerajaan yang sedia ada dan "tokoh-tokoh terbuang" itu akan
diberi suaka politik di Amerika.
Langkah pertama CIA
akan meletakkan "exile
figures"
ini di universiti-universiti tertentu. Langkah kedua, menjadikan
"exile
figures"
itu sebagai penceramah dalam program anjuran Amerika di luar negara
atau mengendalikan program-program tajaan Amerika.
Tujuannya
sebagai proses re-branding (penjenamaan)
semula "exile
figures"
supaya dikenali semula di persada dunia. Dalam proses re-branding itu
media-media antarabangsa akan memainkan peranan untuk memberi
publisiti kepadanya supaya lebih cepat popular.
Langkah
terakhir, "exile
figures"
itu akan memainkan peranan semula di negara asalnya, dalam bidang
politik untuk mencapai visi Amerika. (Rujuk Laporan RAND Corporation,
"Building Moderate Muslim Networks", muka surat
14-15)
Sejauh
mana pendedahan Steve Clemons berwibawa ?
Steve
Clemons mempunyai blog popular bernama The
Washington Note.Fokus
tulisan "foreign
policy". Tulisannya
berwibawa hingga dijemput menjadi kolumnis di dua blog terkemuka lain
di Amerika iaitu The
Huffington Post dan Daily
Kos.
Selain
itu, dia adalah salah seorang ahli think
tank Amerika
yang mampu keluar masuk ke White House. Dia salah seorang pemikir
kerajaan Amerika. Dia tahu luar dalam apa yang sedang dan akan
dilakukan oleh White House. Dia adalah Pengarah the
American Strategy Program salah
satu cabang organisasi kepada badan pemikir terkemuka Amerika
iaitu the
New America Foundation.
Dia juga bekas Pengarah the Japan Policy Research
Institute.
Maknanya pengalaman Steve Clemons dalam
bidang "foreign policy" cukup luas. Bukan setakat di White
House, malah dia juga tahu mendalam tentang dunia Timur kerana pernah
menumpukan kajian di negara Jepun.
Banyak
lagi jawatan Clemons yang glamour seperti bekas Naib
Presiden Economic Strategy Institute, bekas Pengarah the Nixon Center
for Peace and Freedom,
pernah berkhidmat sebagai Lembaga penasihat the
Center for United States - Japan Relations di RAND Corporation dan
sekarang berkhidmat sebagai Senior Policy Advisor dalam bidang
Economic and International Affairs kepada Senator
Jeff Bingaman .
Satu
lagi perkara menarik mengenai Clemons adalah penulisannya bercorak
penyiasatan yang berpandukan fakta. Penulisannya bercorak pendedahan,
tetapi pendedahan yang benar dan akhirnya dia menang.
Misalnya
pendebatannya dengan Doug
Bandow, fellow kanan di Cato Institute berakhir
dengan kemenangan apabila Clemons berjaya membongkar perkaitan Doug
Bandow dan Institut Cato dibayar oleh pelobi Yahudi, bernama Jack
Abramoff.
Clemons mendedahkan berlaku korupsi dalam badan pemikir Amerika
termasuk Doug Bandow, Institut Cato dan Jack Abramoff.
Anwar
Ibrahim juga terlibat dalam "foreign policy" Amerika.
Pengkhususannya di Asia dan Asia Tenggara. Bermakna Anwar dan Clemons
saling mengenali kerana kedua-duanya terlibat dalam dasar luar
Amerika Syarikat.
Apakah
Clemons bongkar tentang Anwar ?
Ketika
Presiden Bush membicarakan proses rundingan damai Israel-Palestin
yang dinamakan Annapolis Summit, Clemons dedahkan senarai penyokong
yang menandatangani perjanjian itu yang terdiri daripada tiga badan
pemikir tajaan Amerika iaitu The
International Crisis Group (ICG), The New America Foundation dan
United States Middle East Project.
Nama Anwar juga turut tersenarai.
Ketika nama Paul
Wolfowitz menjadi
bualan hangat di Amerika kerana skandalnya di Bank Dunia dengan teman
wanitanya, Shaha
Ali Riza,
sebuah badan rahsia yang mempunyai kaitan dengan mereka berdua turut
disebut. Badan itu adalah Foundation
For The Future (FFF).
Sekali lagi nama Anwar turut disebut yang menjadi bahan bukti laporan
jawatankuasa tatatertib Bank Dunia.
Sekali lagi Clemons
bongkar bahawa badan itu (FFF) merupakan projek rahsia pemerintahan
Bush di Timur Tengah yang mendapat tajaan sepenuhnya kerajaan
Amerika.
1. Anwar
terlibat International Crisis Group(ICG) - tandatangan Annapolis
Summit -iktiraf negara Israel
Sebelum
menjelangnya pemilihan Presiden baru Amerika, Presiden Bush berusaha
mengembalikan sokongan Israel untuk parti Republikan dengan cara
menganjurkan usaha damai antara Palestin (diwakili Mahmod Abbas)
dengan Israel (diwakili Ehud Olmert) yang dinamakan The
Annapolis Summit.
The
Annapolis Summit diadakan pada 27 November 2007, di United States
Naval Academy di Annapolis, Maryland, United States. Presiden Bush
mengusulkan cara terbaik penyelesaian konflik Israel-Palestin dengan
cara mengiktiraf Dua
Negara iaitu
Negara Israel dan Negara Palestin (two-state solution).
The
Annapolis Summit 2007 anjuran Presiden Bush di antara Ehud Olmert
(Israel) dengan Mahmoud Abbas (Palestin). Ehud Olmert bersetuju
dengan perjanjian itu kerana dia akan mendapat pengiktirafan dunia
Islam, Israel sebagai sebuah negara yang sah. Mahmoud Abbas juga
bersetuju kerana dia dan kumpulan Fatah akan dilantik menjadi
Presiden Palestin boneka Israel dan Amerika Syarikat.
Majoriti
Palestin tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana menguntungkan
Israel kerana Presiden Palestin yang bakal dilantik adalah boneka
Israel dan Amerika Syarikat iaitu Mahmoud
Abbas.
Klik di
sini.
Manakala negara jiran terutama Iran dan Syria tidak bersetuju dengan
Annapolis Summit kerana dapat mengesan taktik jahat Amerika dan
Israel untuk mewartakan Israel
sebagai sebuah Negara Yang Sah.
Sedangkan
masa depan rakyat Palestin masih samar-samar , keranaMahmoud
Abbas yang
bakal dilantik Presiden Palestin merupakan mewakili minoriti penduduk
Palestin. Majoriti rakyat Palestin diwakili oleh Hamas melihat
perjanjian itu sebagai gula-gula Israel hanya semata-mata untuk
mendapat status sebagai Sebuah
Negara Sah,
dan dalam masa sama melantik presiden boneka Israel di Palestin.
Klik di
sini
Pada
10 Oktober 2007 (sebulan sebelum berlangsungnya persidangan Annapolis
Summit) tiga badan pemikir Amerika iaitu United
States Middle East Project; International Crisis Group (ICG) dan New
America Foundation/American Strategy Program telah
menghantar surat kepada Presiden Bush dan Condoleeza Rice sebagai
tanda sokongan dengan memberi beberapa cadangan tambahan.
Mereka
amat berharap Annapolis Summit mencapai objektif sepenuhnya, dan
tidak gagal seperti Camp
David yang
pernah diusahakan sebelum ini.
Di sinilah Steve Clemons
mendedahkan nama-nama yang telah menandatangani surat sokongan
Annapolis Summit itu. Turut disenaraikan adalah nama Anwar
Ibrahim.
Senarai nama itu diperolehi oleh Steve Clemons kerana
dia merupakan salah satu badan penganjur (New America
Foundation/American Strategy Program) yang terlibat menyediakan draf
surat sokongan dan dia sendiri turut menandatanganinya.
Kesemua
yang menandatangani surat sokongan itu terdiri daripada bekas
pimpinan kerajaan Amerika dari bekas CIA, USAID dan badan pemikir
Amerika. Kesemuanya beragama Kristian dan Yahudi. Hanya Anwar Ibrahim
dan beberapa orang Muslim pro-Amerika yang beragama Islam yang
menandatangani surat itu.
Ketika menandatangani surat
itu Anwar merupakan pensyarah pelawat di Universiti Georgetown
Amerika Syarikat.
Senarai nama lengkap penyokong Annapolis
Summit didedahkan Clemons, klik di
sini
Kandungan
surat kepada Presiden Bush
Surat
yang ditandatangani oleh Anwar itu mengesyorkan lima perkara utama
iaitu;
1. Matlamat Dua
Negara (two-state
solution), berdasarkan garis panduan yang pernah dibuat pada 4 Jun
1967, dengan proses pindaan kecil, antara satu sama lain dan
dipersetujui bersama seperti yang dinyatakan dalam pertukaran tanah
2. Jerusalem
sebagai rumah kepada dua ibu negara,
dengan kawasan kejiranan Israel jatuh di bawah kedaulatan Israel
manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan
Palestin
3. Penyusunan
semula The Old City of Jerusalem dengan
memberikan hak kepada setiap pihak penguasaan berdasarkan tepat suci
masing-masing dan laluan tanpa halangan kepada setiap penduduk tempat
tersebut. Nota : Old City merujuk the Temple Mount and its Western
Wall for Jews, the Church of the Holy Sepulchre for Christians, and
the Dome of the Rock and al-Aqsa Mosque for Muslims.
4.
Penyelesaian masalah pelarian secara konsisten dengan penyelesaian
dua negara, mengutarakan rasa ketidakadilan mendalam terhadap
pelarian Palestin, dan juga memberikan mereka pampasan kewangan dan
bantuan penempatan semula
5. Mekanisme keselamatan yang
mengemukakan kebimbangan penduduk Israel dan dalam masa sama
menghormati kedaulatan Palestin
Daripada lima perkara itu,
perkara pertama merupakan inti utama yang menjadi matlamat mereka.
Mereka mahu Israel
diiktiraf sebagai sebuah negara sah.
Itu sahaja matlamat sebenar surat itu. Klik di
sini
Sejak
bila kumpulan Yahudi dan pro-Amerika bersimpati dengan nasib Islam di
Palestin. Mereka mahu negara Israel diiktiraf. Siapa tidak
kenalTheodore
C. Sorensen, Zbigniew Brzezinski, Harriet Babbitt, Shlomo Ben-Ami,
Edward Djerejian, Samuel M. Hoskinson, Flynt Leverett, Theodore
Roosevelt IV.
Mereka semua bangsa Yahudi yang tidak pernah simpati kepada
Palestin.
Ketika majoriti negara Islam termasuk Malaysia tidak
mengiktiraf kewujudan Negara Israel, Anwar pula menandatangani
persetujuan penubuhan negara Israel sah, atas alasan penyelesaian
perdamaian, two state solution.
Anwar iktiraf negara
Israel ?
Bagaimana
nama Anwar boleh terlibat ?
Gareth
Evans,
Presiden International Crisis Group mengumumkan pelantikan Anwar
Ibrahim sebagai Board
of Trustees mulai
1 Julai 2006, semasa persidangan ICG di Brussels. Turut dilantik
bersama Anwar adalahShlomo
Ben-Ami,
bekas Menteri Luar Israel. Klik di
sini
Pada
4 Oktober 2006, ICG melancarkan kempen penyelesaian masalah
Israel-Palestin berasaskan resolusi UN Security Council 242 of 1967
and 338 of 1973, the Camp David peace accords of 1978, the Clinton
Parameters of 2000, the Arab League Initiative of 2002, and the
Roadmap proposed in 2003 by the Quartet (UN, US, EU and Russia) iaitu
berasaskan solusi pengiktirafan Dua Negara.
Anwar
Ibrahim dalam mesyuarat International Crisis Group. Gareth
Evans(kanan),
Presiden dan CEO International Crisis Group (ICG) dan Anwar Ibrahim
(no 2 dari kanan), Executive Committee ICG Klik di
sini.
ICG merupakan badan yang menyediakan draf surat sokongan Annapolis
Summit kepada Presiden Bush yang mencadangkan resolusi "two
state solution" iaitu mengiktiraf Isarel sebagai sebuah negara
yang sah.
Turut
hadir dalam mesyuarat itu adalah semua Ahli Jawatankuasa ICG
termasuk, Anwar
Ibrahim, Gareth Evans, Shlomo Ben-Ami, George Soros, Desmond Tutu,
Mary Robinson, Surin Pitsuwan, Morton Abramowitz dan
lain-lain. Senarai lengkap klik di
sini
Bermakna
jika Steve Clemons mendedahkan nama Anwar tersenarai dalam
menandatangani surat sokongan Annapolis Summit kepada Presiden Bush,
pada 10 Oktober 2007, perkara ini bukan sesuatu yang mengejutkan
kerana ICG terlebih dahulu telah mengadakan mesyuarat yang sama pada
4 Oktober 2006.
Lagipun selain Anwar Ibrahim, terdapat
beberapa nama lain yang turut disenaraikan mewakili ICG. Mereka
adalah Gareth
Evans, Lee H. Hamilton, Carla Hill, Shlomo Ben-Ami,Christopher
Patten dan
lain-lain.
Siapa
di belakang ICG ?
Bagaimana
Anwar boleh terlibat dalam organisasi ICG yang menghukumMajelis
Ulama Indonesia (MUI) sebagai
bahaya ?. Dalam kes ICG dan MUI, kumpulan mana yang bahaya ?. Klik di
sini
Bahayakah
MUI kerana mengharamkan Islam Liberal dan Ahmadiyah di Indonesia ?
Klik di
sini
Jadi
apakah matlamat ICG, polis dunia yang menghalalkan Islam Liberal ?.
Siapa sebenarnya di belakang ICG dan apakah matlamat mereka
?
Menurut wikipedia, ICG ditubuhkan pada 1995 oleh Bank Dunia.
Cadangan ini diusulkan oleh Mark
Malloch Brown (Vice-President
World Bank),Morton
Abramowitz (bekas
diplomat US ) dan Fred Cuny, untuk 'memantau' bencana di Chechnya.
Klik di
sini
Menurut
Source Watch, ICG ditaja oleh beberapa yayasan Yahudi antaranya; Ford
Foundation, Open Society Institute, the Sarlo Foundation of the
Jewish Community Endowment Fund, Carnegie Corporation of New York dan
lain-lain. Klik di
sini
Penglibatan George
Soros,
sebagai US Board member ICG menjelaskan lagi matlamat ICG. Soros
merupakan Yahudi Amerika yang menjadi penaja utama ICG melalui
badannya iaitu Open
Society Institute.
Anwar
terlibat dalam organisasi yang dibiayai oleh Yahudi ?
2. Anwar
terlibat Foundation For The Future - salurkan dana & senjata
Fatah perangi Hamas ?
Penubuhan
Foundation For The Future (FFF) tidak diketahui oleh majoriti rakyat
Amerika. Tetapi hanya diketahui oleh Jabatan Negara Amerika dan
badan-badan pemikirnya. Kes ini meletup apabila penyiasatan
terperinci dilakukan ke atas Shaha
Ali Riza, teman
wanita Paul Wolfowitz yang menjadi isu di Bank Dunia dan badan ini
(FFF) dikaitkan dengan peranan Shaha Ali Riza.
Ketika
rakyat Amerika dan masyarakat dunia tertanya-tanya, siapakah Shaha
Ali Riza dan apakah perkaitannya dengan FFF dan kerajaan Amerika,
Steve Clemons pada 14 April 2007 sekali lagi membuat pendedahan di
blognya, The Washington Note bertajuk "America
Spent $35 million on Foundation for the Future Where Wolfowitz Lover
Worked -- but State Department Does Not Know Where the Office is
Located" Klik di
sini
Namun
Anwar dalam kenyataan medianya pada 20 Mei 2007, menafikan yayasan
yang dipimpinnya mempunyai kaitan dengan Amerika, apatah lagi lagi
ditaja oleh Amerika.
Kenyataan media Foundation for the Future
Anwar berbunyi;
"Dari
awal, sebanyak US$56 juta telah dijanjikan kepada Yayasan. Setakat
ini, Yayasan hanya menerima dana dari Turki, United Kingdom dan
Jordan, antara lain. Amerka Syarikat tidak memberikan sebarang dana
kepada Yayasan"klik di
sini
Tetapi
Steve Clemons memberi bukti kenyataan media Jabatan Negara Amerika
yang menunjukkan FFF ditaja sebanyak $35 milion oleh Amerika
Syarikat. Klik di
sini
Anwar
Ibrahim Pengerusi dan Presiden Foundation For The Future. Sandra
Day O'Connor (no
3 dari kanan), bekas hakim Mahkamah Tinggi Amerika semasa
pemerintahan Ronald Reagan dilantik khas oleh kerajaan Amerika untuk
menjadi master mind sebenar dalam yayasan itu. Klik di
sini
Malah
laman Jabatan Negara Amerika menceritakan secara terperinci,
maklumat-maklumat Faoundation For The Future yang cuba disembunyikan
oleh Anwar. Yayasan ini tidak ditubuhkan oleh Anwar sepertimana yang
didakwa tetapi ditubuhkan oleh BMENA (digerakkan oleh Shaha Riza dan
Liz Cheney) dan diumumkan oleh Condoleeza
Rice,
Setiausaha Negara Amerika di Bahrain pada 2005. Klik di
sini
Pada
2 Februari 2006, Jabatan Negara Amerika mengumumkan pelantikan Anwar
sebagai board
of director FFF.
Klik di
sini Jabatan
Negara juga melaporkan beberapa orang lagi board
director dilantik,
termasuk Sandra
Day O’Connor dari
United States yang menjadi pemain utama yayasan itu. Klik di
sini
Untuk
mengetahui rahsia Foundation For The Future yang cuba disembunyikan
Anwar, baca artikel sebelum ini, bertajuk "Di
sebalik Anwar Ibrahim & Foundation For The Future". Klik di
sini
Kenapa
Anwar sembunyikan fakta FFF, apa agenda badan ini ?
Masyarakat
Amerika mempertikaikan kenapakah ibu pejabat FFF dirancang akan
dibina di Beirut,
Lubnan.
Kenapa Beirut ? kenapa tidak di Baharin, tempat yayasan itu
dilancarkan ?
Menjawab persoalan ini, Billmon,
blogger Amerika terkemuka di the Daily Kos menulis;
"Ok,
sila kaji persoalan ini dengan laporan terkini Seymour
Hersh (seorang
wartawan penyiasat terkemuka Amerika) berhubung sokongan
gelap CIA kepada kumpulan-kumpulan militan anti-Hezbollah Sunni di
Lubnan.
Selepas menghayatinya, sila renungkan kembali dengan mendalam
mengenai skandal
Iran-Contra dan
pengunaan yayasan-yayasan
kebajikan palsu sebagai
topeng untuk usaha gelap menyalurkan wang kepada pihak Contra DAN
membiayai beberapa tokoh neocon"
Iran-Contra
yang dimaksudkan oleh Billmon merujuk "Iran-Contra
Affair"semasa
pemerintahan Ronald
Reagan,
di mana kegiatan CIA menjual senjata haram kepada Iran melawan Iraq
dan bantuan kewangan CIA kepada kumpulan penentang (Contra)
kepada Anastasio
Somoza Debayledi
Nicaragua.
Skandal Iran-Contra menjadi isu utama di
Amerika apabila dibongkar oleh para wartawan, akhirnya Reagan
menjadikan Oliver
Laurence North,
dari National Security Council (NSC) sebagai kambing hitam dan
dihukum penjara.
Hakikatnya pemenjaraan Oliver North
sebagai usaha untuk menutup rahsia penglibatan pentadbiran Ronald
Reagen, Presiden Amerika menggunakan CIA dalam aktiviti jahat
menumbangkan sesebuah kerajaan di negara luar. Oleh kerana operasi
CIA di luar negara telah terbongkar, Reagen telah menubuhkan NED
sebagai Yayasan Projek Demokrasi dan semua operasi jahat CIA sebelum
ini diserapkan ke dalam NED. Klik di
sini
Anwar
Ibrahim Panel NED : Kesemua yang berada di dalam gambar di atas
adalah peneraju utama NED. Dari kiri Anwar Ibrahim (Panelis/Islam),
Tom Donahue (Naib Pengerusi NED), Judy Shelton (Ahli lembaga Pengarah
NED) , Senator US, Bill Brock (bekas Pengerusi NED ), Lorne Craner
(Presiden IRI /Yahudi), Zainab Bangura, (Panelis/Islam) , Robert
Miller (Bendahari NED), Jean Bethke Elshtain (Setiausaha NED
/Yahudi),Ellie Larson (Pengarah Eksekutif Solidarity Center) , John
Earl Haynes
(Perpustakaan Kongres Amerika, Bahagian Manuskrip), Carl Gershman
(Presiden NED/Yahudi) , Howard Wolpe (ahli lembaga Pengarah NED /
Yahudi) ,Tom Daschle Ahli Lembaga Pengarah NDI/Yahudi) , Gregory
Meeks (ahli Lembaga Pengarah NED) , Ken Wollack (Presiden NDI/Yahudi)
, John Sullivan (Pengarah Eksekutif CIPE) dan Donald Payne (bekas
Ahli Lembaga Pengarah NED)
Jawapan
Billmon masih samar, tetapi difahami bahawa tujuan penubuhan badan
seperti FFF adalah seumpama modus operandi Iran-Contra di mana CIA
akan mewujudkan yayasan-yayasan kebajikan palsu untuk membiaya wang
secara gelap kepada pihak yang disokongnya.
Jawapan ini
dijelaskan lagi oleh laman web Moon of Alabama, bertajuk,"Wolfowitz,
CIA, Lebanon - Get the picture? ". Pemilihan
Lubnan sebagai ibu pejabat FFF bertujuan untuk membantu secara gelap
kumpulan Fatah melawan kumpulan Hamas. Klik di
sini
Lebih
menarik lagi Morton
Abramowitz, Richard
Allen yang
terlibat dalam ICG adalah bekas pegawai CIA Reagan yang terlibat
dalam skandal Iran-Contra. Klik di
sini
Kenapa
Dr Bakri Musa memperaku Anwar Ibrahim sama dengan Anwar Sadat
?
Ketika
selesai Anwar menyampaikan ceramah bertajuk "Democracy
and the Muslim World" pada
11 Oktober 2006, salah seorang penonton yang mendengar ceramah itu di
Stanford University membuat kesimpulan bahawa inti ceramah Anwar
seperti saranan Anwar Sadat.
Penonton yang membuat komentar
itu adalah Dr
Bakri Musa,
rakyat Malaysia yang menjadi tenaga pengajar di Stanford dan menetap
di Amerika.
Persoalannya, kenapakah Dr Bakri Musa, pakar bedah
yang pintar boleh menyamakan peranan Anwar Ibrahim seperti Anwar
Sadat ?
Lihat video di bawah untuk mendengar ceramah Anwar dan
komen Dr Bakri Musa.
Persoalannya
siapa Anwar Sadat ? Kenapa Anwar Sadat disamakan dengan Anwar Ibrahim
?
Anwar
Al Sadat adalah nama kepada Muhammad Anwar Al Sadat, bekas Presiden
Mesir yang mati dibunuh pada 6 Oktober 1981 kerana menandatangani
perjanjian damai antara Mesir-Israel anjuran Presiden
Amerika Syarikat, Jimmy Carter di
Washington DC, pada 26 Mac 1979.
Perjanjian itu dibuat
antara Anwar
Al Sadat, Presiden Mesir denganMinster
Menachem, Perdana Menteri Israel selaras
dengan Camp
David(1978)
anjuran Amerika Syarikat.
Persoalannya
benarkah peranan Anwar Ibrahim sama dengan Anwar Al Sadat sepertimana
yang didakwa oleh Dr Bakri Musa ?
Kalau tidak benar kenapa
pula Dr Bakri Musa, seorang blogger terkenal boleh membuat dakwaan
seperti itu ?
Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.