Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label PBB.. Show all posts
Showing posts with label PBB.. Show all posts

Wednesday, November 4, 2015

Wajarkah Anwar Dibebaskan Hanya Semata-mata Untuk RAwatan Perubatan?

Hampir semua penyokong Pakatan Harapan terutamanya keluarga bekas Ketua Pembangkang dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan kerajaan membebaskan beliau daripada penjara kerana beliau dikhabarkan menderita menanggung kesakitan di bahagian bahu yang memerlukan rawatan dan pembedahan dari pakar bebas dan profesional.

Sebagaimana dilapurkan PRU14tv, setiap hari, keluarga Anwar mengwar-warkan kondisi kesihatan beliau yang kononnya sedang terlalu menderita dan berhadapan kemungkinan lumpuh separuh bahagian akibat kesakitan berkenaan. Malah, pihak keluarga Anwar dilaporkan sanggup ke Amerika SYarikat bagi merayu campur tangan pihak Amerika dalam usaha membebaskan Anwar.

Ironinya, semua pembangkang termasuk pentaksub Tun Dr Mahathir Mohamed kononnya amat membenci Amerika berikutan kemungkinan Malaysia menyertai perjanjian Trans Pasifik (TPPA) bersama-sama Amerika. Namun dalam hal Anwar, mereka sanggup menyembah Amerika demi membebaskan Anwar. Pelik bukan?

Sebenarnya, Anwar tidak perlu untuk dibebaskan kerana keselamatan dan kesihatan beliau di Penjara Sungai Buloh sentiasa terjaga. Ini disahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamadketika menjawab soalan yang dikemukan oleh Nurul Izzah Anwar di Parlimen kelmarin.

Beliau menegaskan, undang-undang tidak mengenal pangkat mahupun rupa. Anwar, sama seperti rakyat Malaysia yang lain tidak mendapat sebarang keistimewaan yang ketara berbanding banduan yang lain. Malah tahap kesihatan beliau sentiasa dipantau oleh pihak penjara kerana disebalik perlu menjalani hukuman, faktor keselamatan dan kesihatan juga sentiasa ditekankan oleh pihak penjara.

Perkara ini dibuktikan dengan kebenaran Anwar untuk bertemu dengan barisan peguamnya sebanyak 65 kali, ahli keluarga sebanyak 15 kali, solat Jumaat sebanyak 35 kali dan solat berjemaah sebanyak 60 kali. Disamping itu Anwar juga diberi kebenaran khas oleh pihak KDN untuk menghadiri pengebumian bapanya dan perjumpaan dengan SUHAKAM pada 20 Oktober lalu.

Jika dilihat kepada penerangan berkenaan, secara asasnya, tiada keperluan untuk Anwar dibebaskan terus dari penjara hanya semata-mata mendapatkan rawatan di luar terutamanya di luar negara. Mengambil contoh bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo yang tetap menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang walaupun beliau menghidap penyakit jantung yang agak serius.

Adakah Anwar menidakkan keupayaan doktor-doktor pakar di Malaysia? Alasan lama beliau kononnya beliau bimbang akan disuntik virus Aids, dipukul malah mungkin diracun sebenarnya tidak wujud sama sekali. Sejarah penjara Malaysia, belum pernah ada walau seorang banduan pun menemui ajal dipenjara akibat tidak diberi perhatian oleh warden yang bertugas.

Dalam hal ini, kerajaan mungkin boleh membenarkan barisan doktor pakar samada dalam mahupun luar negara merawat Anwar di penjara. Malah, mungkin kerajaan boleh membenarkan Anwar dirawat di Hospital terbaik negara, Hospital SUngai Buloh secara berkala andai itu boleh menjamin kesihatan Anwar.

Alasan untuk mewajarkan Anwar dibebaskan dari penjara sebenarnya hanya alasan kosong semata-mata. Bukan sekali Anwar bersandiwara mengatakan beliau dalam keadaan uzur dan memerlukan perhatian sewajarnya. Namun setiap kali beliau mendakwa sakit, keesokan harinya beliau kembali cergas, seperti tiada apapun yang berlaku seperti yang beliau dakwa.

Dalam hal ini, beliau berjaya menewaskan nama-nama hebat ini seperti Datuk Shah Rukh Khan, Rajnikanth, Salman Khan mahupun pelakon gred A Hollywood.

Monday, October 5, 2015

Pembangkang Bodoh! Cuba Spin PM @NajibRazak Bertembung Dengan PM Israel






Setelah pembangkang dan pihak-pihak yang senang dengan PM Najib terkesima dengan ucapan berapi yang diberikan oleh Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengecam pendudukan dan kezaliman Israel, pembangkang tidak ada cara lain selain dari membuat fitnah ke atas satu gambar kononnya DS Najib Razak hanya bersandiwara di dalam ucapannya sedangkan beliau mesra dengan Perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu di luar.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah DS Najib terserempak Netanhayu di pintu masuk dewan berkenaan. Ini bukan satu pertemuan tetapi terserempak secara kebetulan. Perkara ini juga telah disahkan oleh Menteri Luar dan Wakil Duta Amerika Syarikat. Pandai pulak puak-puak pembangkang baca hanya sekeping gambar? Adakah dalam gambar berkenaan DS Najib Razak berpelukan dengan PM Israel? 

Perdana Menteri juga terserempak dengan Perdana Menteri Turkey di luar dewan berkenaan juga. Lihat gambar di bawah.



Allahyarham Yassir Arafat pernah berjumpa secara berdepan dengan pemimpin Israel. Adakah beliau bertumbuk dengan mereka? 






MILAN: Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata beliau sebenarnya telah bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap dan giliran beliau pula selepas itu.

"Bukan saya jumpa...terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap," beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai gambar beliau yang dikatakan bertemu dengan Netanyahu yang disebarkan di laman sosial.


[ARTIKEL BERKAITAN: Akhbar puji Najib kerana ‘mesra’ Israel, agama Yahudi]
[ARTIKEL BERKAITAN:  The Times of Israel: Malaysian PM calls for ‘new dawn’ in Muslim-Jewish relations]

Beliau berkata demikian pada akhir lawatan kerja ke Itali selama tiga hari mulai Jumaat.

Beliau berkata pada masa itu pemimpin itu sedang menunggu keretanya.

"Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh Menteri Luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaysia di PBB," katanya.

Najib berkata jika beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel itu tentulah ia dalam keadaan yang lebih formal.

Beliau berkata orang ramai dapat membezakan perkara yang benar dan sebaliknya.
"Apa-apa boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi gambaran salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial," katanya. Baca juga di SINI

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.