Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label PM pakatan. Show all posts
Showing posts with label PM pakatan. Show all posts

Monday, January 15, 2018

Azmin Taruhan Terbaik Anwar Untuk Gagalkan Rancangan Mahathir?

 

Secara tiba-tiba nama Datuk Seri Azmin Ali menjadi sebutan hangat di kalangan para penyokong Pakatan Harapan. 

Semuanya gara-gara PKR Selangor telah mencadangkan nama Pengerusi PKR Selangor berkenaan sebagai salah seorang calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sekiranya pakatan pembangkang berkenaan berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Walaupun namanya dicalonkan oleh PKR Selangor namun ianya tidak mendapat sambutan di kalangan rakan pembangkang yang lain. Pengerusi PAN, DAP dan PPBM Selangor menolak sama sekali nama Azmin Ali untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri. Mereka berpendapat, adalah lebih elok sekiranya mereka kekal dengan keputusan Majlis Kepimpinan Presiden Pakatan Harapan untuk kekal mencalonkan Tun Dr Mahathir Mohamad.


Ironinya, sebaik sahaja namanya ditolak oleh ketiga-tiga pengerusi parti negeri, Azmin seperti cuba untuk mensabotaj dan memperlekehkan Mahathir, samada secara terbuka mahupun menerusi media sosial. Lihat sahaja bagaimana dia memerli Mahathir sewaktu dia cuba untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hospital di Cheras.

Tidak cukup dengan itu, dia secara tiba-tiba memberi laluan buat Mahathir untuk bertanding di Parlimen Gombak yang mana umum sedia maklum bahawa kerusi berkenaan secara amnya menjadi kubu kuat PAS. Adakah Azmin sengaja mahu menyaksikan Mahathir tewas dan seterusnya berpeluang untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan?

Melihat akan keadaan semasa ini, timbul persoalan, adakah segala yang dilakukan oleh Azmin ini adalah arahan terus dari Anwar untuk menggagalkan rancangan Mahathir? Jika kita renungkan sejenak apa yang berlaku sepanjang tempoh dua minggu kebelakangan ini, teori ini ada asasnya.
Ianya bersandarkan kepada dua perkara iaitu sewaktu Mahathir cuba melawat Anwar, cubaannya menemui kegagalan. Dalam sidang medianya, Mahathir mendakwa, kegagalannya menemui Anwar ini disebabkan oleh arahan Kementerian DAlam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia itu sendiri.

Namun, dari kenyataan balas oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau berkata, memang wujud larangan berkenaan namun semuanya terpulang kepada banduan itu sendiri samada mahu ataupun tidak menemui pelawat. Ianya senada dengan kenyataan Jabatan Penjara itu sendiri yang pada masa yang sama meminta Mahathir menghantar surat permohonan untuk melawat Anwar.


Bukankah ianya sesuatu yang agak pelik kerana jika dinilai dari dua kenyataan ini, Anwar boleh sahaja menjawab ingin bertemu dengan Mahathir. Namun dalam kes ini, Anwar seolah-olah enggan menemui Mahathir walaupun berpeluang berbuat demikian.

Perkara kedua pula adalah perasaan dendam Anwar terhadap Mahathir. Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selama 5 tahun dan dijangka dibebaskan pada 8 Jun 2018. Sudah tentu, Anwar tidak mampu berbuat apa-apa seandainya nama Mahathir masih kekal menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan menggantikan dirinya.

Oleh yang demikian, taruhan terbaik Anwar untuk menggagalkan rancangan Mahathir ini adalah dengan mempergunakan sepenuhnya Azmin Ali untuk merosakkan rancangan Mahathir ddan kepimpinan Pakatan Harapan. Andai Azmin berjaya menumbangkan Mahathir samada menerusi pencalonan atau meletakkan kedudukan Mahathir di kerusi yang bukan selamat bagi Mahathir sehingga membolehkan Mahathir tewas, sudah tentu segala perhatian akan berpusat kepada Azmin dan Anwar.

Mungkin bagi Anwar, tidak kiralah siapa yang dilantik untuk menjadi Perdana Menteri, yang penting orang berkenaan bukanlah Mahathir. 

Walaupun secara amnya mereka mampu untuk bersekutu namun sejarah telah membuktikan bahawa Mahathir boleh sahaja merosakkan hubungan sekutunya walaupun hubungan berkenaan berada pada tahap terbaik.




Saturday, June 3, 2017

Itulah Sebabnya Tun M Halang Pakatan Harapan Namakan Siapa Calon PM





MAHATHIR dan Pakatan Harapan sebenarnya curiga mencurigai antara satu sama lain. Mahathir dalam satu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 30 Mei berkata "calon PM tidak dibincangkan semasa mesyuarat itu"

Dua hari lepas itu sahaja, Mahathir buat pengumuman dia mahu jadi Perdana Menteri lagi dalam satu temubual live di Facebook.

Ini bukan berpakat, ini pakatan untuk sebat apa yang patut dapat. Sebab itu mereka masing masing mahu ambil kesempatan sahaja.

Tiada niat memikirkan hal rakyat pun.

Pakatan Harapan tetap berhati hati dengan “burung hinggap pada waktu malam”. DAP takut dengan PPBM dan PKR juga bimbang dengan PPBM. Masing masing gila rebut kuasa dan curiga antara satu sama lain.

Mahathir terpaksa namakan dirinya sebagai calon Perdana Menteri jika PH menang PRU14 kerana tidak mempercayai DAP, PKR dan PAN.

Apa sebenarnya muslihat Mahathir? Sebab itu dari awal lagi Mahathir tidak menamakan langsung siapa bakal PM Pakatan Harapan dan tidak mahu angkat plakad Anwar PM ke-7.

Mahathir mahukan anaknya menjadi Perdana Menteri tetapi  menggantikan nama anaknya kepada dirinya sendiri, memandangkan PH pasti menolak pencalonan nama anaknya, Mukhriz sebagai PM. Ini muslihat Mahathir.

Inilah dia sebenarnya nama yang Mahathir mahukan sebagai PM. Inilah yang menyebabkan dia menjatuhkan Abdullah Badawi dan kini mahu menjatuhkan Najib pula sebagai Perdana Menteri.

Bukan kerana 1MDB atau apa apa alasan yang diberi olehnya.

Bersama Mahathir ada banyak bagasi yang menyebabkan “kuasa Perdana Menteri” mesti milik legasinya atau dirinya sendiri.

Mahathir takut jika penggantinya tidak melindungi skandal kewangan yang pernah dilakukannya. Skandal yang yang belum pernah disiasat dan projek mega yang mengalir kepada kroni kroninya.

Mahathir mahu sendiri jawatan PM untuk menjadi "seat warmer" sahaja seperti Wan Azizah. Mahathir tiru strategi Wan Azizah yang mahu beri "seat" itu nanti pada suaminya. Mahathir pula mahu beri "seat" itu pada anaknya.

Mahathir takut jika Anwar atau Wan Azizah menjadi Perdana Menteri anaknya akan "terlepas bas" nanti. Berputih matalah tidak dapat jadi PM.

Mahathir mahu jadi PM sebab mahu Wawasan 2020 diisytiharkan oleh legasinya sendiri dan bukan Perdana Menteri lain.

Sebab lain kenapa Mahathir mahu jadi Perdana Menteri adalah kerana mahu kuasa PM itu dalam tangan legasi atau dirinya sendiri. Sebab ada perkara yang tidak boleh diberitahu kepada orang lain untuk diluluskan.

Jika diberitahu kepada Abdullah atau Najib , maka ia akan terdedah bahawa dia ada buat perkara tidak elok. Maka atas sebab itulah Mahathir mahu kuasa Perdana Menteri itu  pada dia sendiri atau legasinya, bagi meluluskan perkara sulit yang disyaki berada di luar negara.

Maka terjawablah semuanya, kenapa Mahathir bersungguh sungguh mahu jatuhkan Najib mengikut jadualnya.

Pada cita cita asal Mahathir,  dia mahu Perdana Menteri yang isytihar pencapaian 2020 adalah warisnya sendiri.  Lalu ketika warisnya isytiharkan, maka dia pun  akan berkata “perjuangan saya kini sudah pun selesai”.

Tapi semua rencana Mahathir ini menerima “set back” kerana Najib belum berjaya diturunkan, dan Allah SWT tidak mengizinkannya.

Semua terjawab kini sebab apa Mahathir larang Pakatan Harapan menamakan calon Perdana Menteri. Mahathir sendiri enggan menyebut nama nama khusus, selain sekali sekala sebut nama itu dan ini dalam nada yang tidak pasti.

Alasan diberi adalah akan menyebabkan perpecahan Pakatan Harapan.  Sebenarnya bila Mahathir tahu nama anaknya tidak akan diterima PH, maka Mahathir pun masuklah dalam bakul, angkat namanya sendiri.

Selama ini rakyat Malaysia diperbodohkan dengan isu 1MDB yang dipersepsikan oleh Mahathir hanya untuk kempen membenci Najib semata mata.

Bila Najib dibenci, Mahathir anggap akan senanglah digantikan oleh orang yang dia tunjuk sebagai pengganti. Namun Allah SWT tidak izinkan perancangan Mahathir ini.

George Bush yang masih hidup pun tidak minat untuk jadi Presiden Amerika kembali. Hanya Mahathir yang mahu jadi PM kembali. Bolehlah kawan dengan Robert Mugabe yang sudah berusia 93 tahun dan jadi Presiden Zimbabwe.

Sudah sudahlah Mahathir. Dah lama sangat dah. Hendak kuasa apa lagi? Anak anak dah jadi jutawan dah. Hendak luluskan apa lagi?

Janganlah huru harakan Malaysia lagi. Duit dah banyak. Eloklah Mahathir pergi beli satu pulau dan jadilah Perdana Menteri di situ sampai bila bila. Itu lebih baik. Ambil yang berjiran dengan Zimbabwe. 



DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.