Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label PRK PMTG PAUH. Show all posts
Showing posts with label PRK PMTG PAUH. Show all posts

Friday, May 8, 2015

Tanpa Presiden PAS, Wan Azizah Mampu Kekalkan Kemenangan Di Permatang Pauh


AIDCNews – 7/5/15 – Facebooker pro PAS, Kameel Abuya secara sinis menyindir tanpa bantuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mammpu menang di Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh.



PERMATANG PASIR kawasan paling ramai pengundi dari kalangan Ahli PAS dalam Parlimen Permatang telah memberikan majoriti yg cukup besar pada Kak Wan Azizah dalam PRK kali ini…Alhamdulillah..

Ini adalah isyarat jelas bagi pucuk pimpinan PAS bahawa Ahli PAS tetap menyokong Perjuangan yg dibawa oleh Datok Seri Anwar Ibrahim bagi memartabatkan rakyat.

Nampaknya selepas ini pimpinan atasan PAS wajar memikirkan kembali niat mereka mahu berbaik2 dgn UMNO…
Keputusan PRK Permatang Pauh kali ini menjadi penanda aras buat Parti PAS dalam menilai semula perjuangan mereka DAN keputusan PRU ini pasti akan menghangatkan lagi suasana Muktamar PAS pada bulan June yang akan datang.

Terima Kasih buat Abg Mat Sabu di atas kerja keras beliau bagi membantu kempen PRK Permatang Pauh.,”katanya dengan menyelitkan satu foto wanita yang turut menyindir penyokong Hadi, Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah.



Menurut laporan Malaysiakini, wan Azizah berjaya mengekalkan kemenangannya di Permatang Pauh dengan majoriti 8,841.
Wan Azizah mendapat 30,316 undi, manakala calon BN, Suhaimi Sabudin mendapat 21,475 undi.
Pada Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, Anwar Ibrahim mengalahkan calon BN dengan majoriti 11,721 undi.
Anwar mendapat 37,090 undi, manakala calon BN, Dr. Mazlan Ismail mendapat 25,369 undi. 


Realiti dan Hakikat #PRKPermatangPauh



Dikatakan, PAS akan memboikot PRK Permatang Pauh....
Realitinya, PAS U-Turn pada saat-saat akhir dan Wan Azizah serta PKR tetap menang dengan majoriti selesa, sama seperti BN menang di Rompin dengan majoriti selesa biarpun ramai pengundi tidak keluar mengundi.

Dikatakan, Pakatan Rakyat berantakan di Permatang Pauh...
Realitinya, secara luaran mereka berantakan tetapi dalaman tetap bersatu hati dna bersatu padu biarpun mimpi lain-lain.




Dikatakan, Wan Azizah dan keluarganya tidak lagi mendapat tempat di Permatang Pauh....
Realitinya, sesiapa pun dari kalangan keluarga Anwar Ibrahim diletakkan di Permatang Pauh, tanpa perlu berkempen pun, mereka akan menang dengan majoriti besar kerana imej Anwar Ibrahim sekeluarga telah dipublisitikan sebagai Islamik, bersih dan jujur semenjak dari awal lagi.

Dikatakan, ada angin perubahan di Permatang Pauh...
Realitinya, Saluran 3, 4 dan 5 langsung tidak memihak kepada UMNO-BN walaupun di beberapa peti undi majoriti Cina, Barisan Nasional berjaya menukar kekalahan sebelum ini kepada kemenangan.

Dikatakan, gelombang anak muda semakin meninggalkan PKR dan Wan Azizah...
Realitinya, walau sebaik mana pun calon yang ditampilkan oleh BN di Permatang Pauh, anak muda tetap akan menolaknya dan lebih memilih yang bukan UMNO-BN.




Realiti dan hakikatnya, UMNO hanya ada tiga tahun untuk bekerja keras. Dua PRK iaitu Rompin dan Permatang Pauh adalah bukti, terlalu banyak kelemahan yang tidak diambil peduli dan diberatkan.

Walau sesiapa pun yang dipersalahkan dalam post-mortem nanti, yang pasti, kelemahan-kelemahan ini yang akan terus menghantui sekiranya tidak diatasi sebaik-baik mungkin!!

Tahniah kepada PKR dan Wan Azizah... tahniah juga kepada para pengundi Permatang Pauh yang telah membuat pilihan dari awal lagi....


# Kena terima hakikat, walau apa pun terjadi dengan idola pakatan rakyat, pengundi tegar tetap memilih mereka sebagai wakil rakyat.

Tapi bila dikata taksub, tak mengaku lah pula.



Seterusnya

Thursday, May 7, 2015

[VIDEO][PKR GANAS] Tumbuk Menumbuk di PRK Permatang Pauh


Keadaan di depan Pusat Mengundi Sek Keb Permatang Tok Kandu juga panas. FRU dikerahkan ke tempat kejadian utk mengawal keadaan.
Juga dimaklumkan seorang anggota polis dilaporkan cedera akibat perbuatan ganas penyokong PKR.


Berlaku pergaduhan antara penyokong BN, PKR dan pihak polis di sebuah sekolah di Permatang Pauh.

Ia menyaksikan terdapat penyokong yang cedera semasa pergaduhan itu telah dihantar ke hospital.

Puluhan anggota polis antirusuhan berkawal di hadapan sekolah tersebut.

Seramai kira-kira 200 penyokong BN dan PKR berada bertentangan jalan di sekitar Tanah Liat.

Video di bawah menunjukkan Pemuda PKR  memukul penyokong BN dengan topi keledar di SMK Guar Perahu. PKR betul-betul main politik ganas dan samseng dalam PRK kali ini.




Video di bawah pula menunjukkan berlaku kekecohan apabila penyokong PKR menumbuk penyokong BN.

"The altercation earlier near SMK Guar Perahu becomes heated after a PKR supporter threw the first punch at an Umno supporter. The police however broke up the fight." lapor KiniTv.  






Wan Azizah MENANG di Permatang Pauh dengan MAJORITI MEROSOT



Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kembali ke Parlimen selepas kiraan tidak rasmi keputusan pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh menunjukkan beliau menang bagi kali keempat.

Keputusan  Rasmi

PRU 13

BN: 25,369
PKR: 37,090
Maj: 11,721

PRK P44 Permatang Pauh

BN: 21,428
PKR: 30,285
Maj: 8,857

Beza

BN: -3,941
PKR: -6,805
Maj: -2,864

PRU13

88.52% = 11,721 Maj

1% = 132.41 Maj

PRK P44 Permatang Pauh (tidak rasmi)

*sekiranya % sokongan PKR kekal sama seperti PRU13, PKR akan mendapat:

73% = 30,587 undi
Undi sebenar = 30,285
Beza = -302 (-0.97%)

PKR kehilangan 302 (-0.97%) pengundi

Sekiranya % sokongan BN kekal sama seperti PRU13, BN akan mendapat

73% = 20,921
Undi sebenar =21,428
Beza = +507 (+2.42%)

BN bertambah undi 507 (+2.42%) pengundiWan

Analisis Majoriti:

73% = 9,666 Maj
Maj sebenar = 8,857
Beza = -809 (-8.3%)

Prestasi PKR menurun sebanyak 8.3%  




Sunday, May 3, 2015

USAH PURA PURA Tak.Sedar.... Pmtg Pauh Dibiarkan dan Guan Eng Angkuh

Sunday, May 3, 2015

Usahlah dap nak pura2 dan tutup keangkuhan Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng memang tak peduli dan niat mahu diskriminasikan melayu. Permatang Pauh akan terbiar.

Orang luar pun tahu ...

Bila Cina dah masuk beli tanah dan banyak flat dan kondo di duduki cina serta pengundi cina dah ramai ... baru mereka akan peduli.

Tak kira ini kawasan anwar ka nenek wan ka ... pas lagi. Merela akan buat tak tau ....

Orang pkr tahu dan akui. Orang pas lama sedar tapi demi politik semua bisa diatur.

Nenek jijah lagi tak ambil kisah macam doa serahkan bontang2 kajang pada azmin.

Malam jumaat guan eng akui bahawa mereka kasi rm100 setahun kepada ibu2 tunggal. Perihatin bijik betty chiew!!!

Duit banyak tu boleh beli apa? Bekalan beras SETAHUN????

Cina DAP mendominasi PR. Permatang Pauh walaupun diperintah dibawah PR tapi seperti tiada pelan pembangunan! Kadangkala pelik juga Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai juara melayu dalam politik pembangkang terlepas pandang soal pembangunan di Permatang Pauh. Kalau Lim Guan Eng boleh terfikir untuk melaksanakan terowong bawah laut takkan kerajaan negeri tak mampu keluar tender buat kerja-kerja pembersihan longkang/parit dan samapah sarap?

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.