Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Pas Pkr. Show all posts
Showing posts with label Pas Pkr. Show all posts

Sunday, November 10, 2013

Minoriti di Tanah Sendiri

Nasib Melayu Islam di Malaysia semakin tidak menentu. Hasil kajian yang dijalankan oleh Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) dengan Merdeka Centre For Opinion Research menunjukkan bahawa jumlah rumah ibadah tidak seimbang dengan bilangan populasi penduduk.
Situasi yang berlaku ini mencabar umat Islam. Ianya tidak adil dan bertentangan dengan pernyataan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan seperti yang termaktub perlembagaan perkara 3(1) Islam; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Adil yang dimaksudkan bukanlah konsep sama rata tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ini termasuklah jumlah rumah ibadat perlulah berkadaran dengan keperluan penganut sahaja dan tidak berlebihan.

Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan Jun 2006), jumlah penduduk di Malaysia adalah sebanyak 26.64 juta orang. 24.8 juta orang ini, merupakan warganegara Malaysia. Manakala baki 1.84 juta orang lagi merupakan bukan warganegara Malaysia. Daripada 24.8 juta warganegara Malaysia, lebih separuh iaitu 13.48 juta orang (54%) adalah Melayu. (Bancian penduduk dan demografi ini dilakukan sebanyak 10 tahun sekali).

Di Selangor, penduduk berjumlah 4.8 juta. Daripada jumlah itu orang Melayu mewakili 2.5 juta dengan kapasiti 259 masjid dan 939 surau. Orang Cina Buddha berjumlah 1.3 juta mempunyai 1,015 tokong. Orang India berjumlah 647,000 dengan 810 kuil berdaftar, manakala, Kristian berjumlah 50,000 dengan 27 buah gereja. Jumlah gereja ini tidak termasuk gereja-gereja yang berada di rumah kedai. Statistik ini tidak termasuk kuil-kuil dan rumah ibadat yang berselerak di sana sini yang tidak didaftarkan.

Logiknya, bilangan masjid dan surau mesti mengatasi semua rumah ibadat yang lain, jika mengambil kira majoriti penduduk Islam melebihi 54 peratus dan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan. Tetapi keadaan sebenarnya tidak berlaku. Ini baru perbandingan satu negeri, bayangkan negeri-negeri lain. Begitu besar bezanya.

Dalam kajian yang dijalankan pihak YADIM pula, pada bulan September 2009, di Kuala Lumpur sahaja terdapat 64 buah gereja, 192 buah kuil Hindu, malah bilangan tokong Buddha mencecah 819 buah, dan hanya ada 59 masjid dan 218 surau/madrasah. (Sumber Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia 2009)

Rumah Ibadah3

Terkini, gereja terbesar dan tercanggih Asia Tenggara bakal bertapak di Malaysia. Gereja ini yang diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre sedang dibina bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club. Sebuah gereja yang terbesar di Malaysia dengan kos pembinaan melebihi RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta. Gereja 6 tingkat ini adalah antara gereja yang tercanggih di dunia. Dengan kapasiti auditoriumnya yang mampu memuatkan 5 ribu orang pada satu-satu masa .

 
Calvary-CCC2

Apa tujuan gereja yang begitu besar dibina di negara ini?

Sedangkan rakyat Kristian lebih ramai di Filipina dan Indonesia.

Sebuah kuil Hindu yang disifatkan unik juga bakal didirikan di Putrajaya, sebaris dengan dua buah masjid yang telah dibina. Kuil ini boleh memuatkan seramai 10 ribu orang dengan ruang pejabat yang turut disediakan. Sedangkan majoriti penduduk Putrajaya adalah beragama Islam, dan penduduk beragama Hindu hanya seramai 1,500 orang.

Kovil-Putrajaya

Inilah nasib umat Islam di Malaysia. Bukan sahaja banyak tanah tergadai untuk pembinaan rumah-rumah ibadat tanpa keperluan ini, malah kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan digugat secara senyap ibarat musuh dalam selimut. Walaupun dikatakan ada garis panduan dikeluarkan tetapi garis panduan itu masih bersifat berat sebelah. Malah bantuan turut diberikan untuk pembinaan rumah ibadat ini oleh pemerintah Islam.

Namun, dalam kecelaruan ini masih ada yang menganggap ia sebagai kebebasan beragama. Tanggapan salah ini tidak seharusnya dipandang sebelah mata kerana ia berkait langsung dengan kedaulatan dan maruah umat Islam sejagat.

Angka dan maklumat di atas adalah pergerakan yang dinilai dengan mata kasar. Namun di sebalik ini, mereka terus bergerak mengedar bible bahasa Melayu di sekolah-sekolah, murid sekolah rendah diajar lagu memuja agama lain, penulisan buku-buku motivasi yang mengandungi dalil rekaan mereka dan mendakwa ianya ayat Al-Quran dan banyak lagi pergerakan mereka yang halus dalam menyebarkan agama.

Apakah ianya berlaku kerana semua pihak terlepas pandang?

Atau toleransi yang keterlaluan?

Atau pihak yang terlibat mempunyai kepentingan tersendiri?

Dan adakah istilah toleransi dalam agama?

Isu tuntutan rumah ibadat ini perlu diteliti dengan baik sebelum menjadi semakin keruh. Ianya isu kritikal. Nasib umat Islam semakin terancam!

Bukan semata-mata kedudukan mereka di Malaysia, malah kedudukan aqidah dalam hati setiap Muslim. Adalah tidak wajar jika pembinaan yang berterusan ini tidak disertai dengan usaha untuk meramaikan pengikut.

Mereka telah menyusun strategi, sedang kita masih terperangkap dengan isu ‘kerusi’. Keluarlah daripada kepompong ini dan binalah kerangka pemikiran untuk kemaslahatan ummah. Pilihlah calon Muslim yang amanah dalam menjaga hak Islam disamping membina perpaduan antara semua kaum seperti yang pernah dibina oleh Rasulullah s.a.w satu ketika dahulu. 
 
Seterusnya : di sini
 

Tuesday, September 10, 2013

Keputusan Rayuan Kes Kalimah Allah



Keputusan rayuan kalimah Allah pada Oktober

PUTRAJAYA 10 Sept - Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan keputusan rayuan pihak kerajaan terhadap penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly seawalnya pada Oktober.

Keputusan itu diambil oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Zawawi Salleh yang mendengar rayuan pihak kerajaan hari ini.

"Keputusan tidak akan memakan masa ini mengambil kira keprihatinan rakyat terhadap isu ini. Keputusan dijangka diumum seawalnya pada Oktober. Tarikh akan diberitahu kelak," kata Mohamed Apandi sebaik mendengar hujah pihak kerajaan dan Herald.

Pihak kerajaan merayu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila pihak Herald memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja itu serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Herald menuntut, antara lain satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam mingguan Katolik itu adalah tidak sah dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan Herald – The Catholic Weekly.

Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan majlis agama Islam dan pihak kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald

Pada 22 Ogos lalu Mahkamah Rayuan menolak permohonan berkenaan sekaligus membenarkan pihak majlis agama Islam dan kerajaan meneruskan rayuan.– UTUSAN ONLINE


Sunday, May 5, 2013

. Konvoi BN Diserang, Ditendang dan Dibaling Batu oleh Penyokong PAS dan PKR Di Stesen 18 Pengkalan


Kejadian berlaku lebihkurang jam 4:30 petang tadi sewaktu konvoi bermotorsikal seramai 1000 buah melalui lampu isyarat di hadapan kompleks Pasabina




Ketika itu kelihatan lebih 15 orang Melayu dan 5 orang cina berbaju bertulisan "INI KALI LA" yang berlambag salib telah menyekat laluan konvoi bermotorsikal.

Bukan itu sahaja malah mereka menendang dan membaling batu ke arah pemuda BN yang sedang mengikuti konvoi.

Batu yang dibaling mengenai kepala pemuda Konvoi sehingga menyebabkan helmet yang dipakainya pecah(seperti gambar di atas)


Akibat marah diperlakukan demikian lebih 20 pemuda meletakkan motorsikal ditepi jalan lalu mengejar sipembaling batu dan budak yang menendang motor pemuda konvoi. Maka berlakulah sedikit pergaduhan.


Difahamkan provokasi dimulakan oleh 2 orang cina yang juga penyokong calon Ahli Parlimen Gopeng Lee Boon Chye seperti video dibawah:




Untuk pengetahuan video yang dikeluarkan oleh pembangkang melalui Yop TV adalah selepas penyokong pembangkang menendang, membaling batu dan menyekat konvoi pemuda.


Ini adalah satu laporan polis yang dibuat oleh Mashall ke atas provokasi yang dibuat oleh pembangkang.

Pembangkang sebenarnya telah menunggu konvoi dengan peralatan kamera kemudian mereka membuat provokasi agar mencetuskan ketegangan terhadap pemuda BN.

Memang sudah dijangka perancangan ini telah dibuat oleh Radzi Zainon dan Anuar Ibrahim kerana pada ketika itu Anuar Ibrahim yang merupakan wakil kepada calon Pas Dun Sungai Rapat seolah-olah memberi arahan kepada penyokong pakatan haram.

Maklumat Selanjutnya akan menyusul sebentar lagi.

baca seterunya :di sini




DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.