Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts
Showing posts with label Pemuda UMNO. Show all posts

Wednesday, December 25, 2013

Ibdil#LifeStyle, Gaya Yang Mempercepatkan Talkin UMNO


31 Disember 2013 semakin hampir. Pakatan Rakyat semakin rancak mempromosikan acara yang bakal mereka jalankan. Sambutan juga nampaknya semakin memberangsangkan. Walaupun isu kenaikan harga dan barangan di Selangor serta Pulau Pinang, jauh lebih hebat, namun hangatnya tidak terasa. Bukan sahaja tidak terasa, bahkan rakyat Selangor juga tidak tahu kenaikan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim berbanding kenaikan yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat yang bakal berlaku bermula 1 Januari 2014.

Pemuda UMNO yang bercakap gah tentang Briged Kesatria Muda mereka, nampaknya masih tidak bergerak. Ibdilillah yang telah dilantik mengetuai jentera maya Pemuda UMNO, nampaknya lebih seronok bergaya sakan untuk dimuatkan di dalam Instagram dan dihantarkan kepada para follower.

#LifeStyle yang dikatakan mampu membangkitkan UMNO semula, nampaknya jauh daripada realiti. UMNO masih belum sedar-sedar. MCA dan MIC juga masih tidak bangun-bangun. GERAKAN pula sudah lama tidak celik-celik walaupun sesekali kedengaran mereka bising di Pulau Pinang mendedahkan penyelewengan dan salah tadbir Lim Guan Eng.

Serangan yang dilakukan oleh komponen BN dari Semenanjung itu saling tidak ubah seperti serangan kecil-kecilan menggunakan batu oleh penduduk Palestin ke atas kereta kebal dan angkatan perang Israel yang lengkap bersenjata serta lengkap pula dengan peta dan strateginya.

Jentera penerangan UMNO nampaknya telah lumpuh sama sekali. Baik Penerangan UMNO Malaysia yang diketuai oleh Ahmad Maslan, mahupun oleh Ibdilillah bagi pihak Pemuda UMNO. Barisan Exco Pemuda UMNO yang baru juga nampaknya tidak mampu berbuat apa-apa, walaupun di dalam Whatsapp Group, sembang mereka cukup kemas dan azam mereka boleh menggegar gunung.

Itu senario yang sedang dihadapi oleh Barisan Nasional di Semenanjung. Kesemuanya sudah nazak dan lumpuh sepenuhnya. Pelbagai isu tidak dapat ditangani dan dijawab. Lebih menyakitkan hati para penyokong ialah apabila melihat gelagat para pemimpin yang mereka lantik dan pilih, berlagak seolah-olah kemenangan sudah berada dalam genggaman.

Perhatikan sahajalah gaya yang ditunjukkan oleh Pengerusi BMB Pemuda UMNO. Adakah gaya sebegini akan membuatkan lebih ramai yang menyokong perjuangan UMNO? Atau sebenarnya lebih meruntuhkan UMNO yang semakin goyang dalam pegangan kuasa yang tidak menentu?

Mana usaha Pemuda UMNO yang bercakap besar tentang Briged Kesatria Mudanya untuk mengekang kebangkitan rakyat pada 31 Disember 2013? Mana penjelasan daripada Penerangan UMNO tentang kenaikan yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang? 


Thursday, November 7, 2013

Menteri terang-benderang langgar undang-undang!

Kenapa tunggang motorsikal tak pakai topi keledar?

KJmotor1

Gambar diambil dari superblog The Unspinners.

Tajuk berita terkini The Unspinners hari ini ialah ‘BN kalah sebab Pemuda tak keluarkan 2 ribu pengundi putih‘.

The Unspinners menganggap Umno kalah di Sg Limau kerana sayap Pemuda tak buat kerja. Hanya makcik-makcik selendang merah sahaja yang bertungkus-lumus … sampai ditumbuk muka (laporan Utusan, sini).
 
Biasalah Wanita Umno ke depan. Ketua Pemuda Umno main motor je.
 

Norsidah Abu Bakar
 
 
Kata The Unspinners: “Tamparan pada Umno hanya datang dari Pemuda Umno.”
The Unspinners memetik laporan-laporan akar umbi yang mengatakan, “Pemuda tak buat apa”.
 
Bilik gerakan Pemuda dilihat seperti tiada kegiatan.”
 
Pemuda Umno tidak membawa petugas-petugas yang sebelum ini dijanjikan untuk turun padang memberi bantuan logistik.
 
KJmagCover1
 
Bos Pemuda tu yang dok singgah di Sg Limau nampak melepak sahaja. “Pemuda hanya melepak” —

Sesampai VVIP Pak Menteri Khairy – urm, Setiausaha Akhbarnya ada ikut tak (?) – di Sg Limau maka si macai pun mula riuh dengan sorakan “hooray hooray” mereka.
 
Bapa borek anak rintik. Parti papa Parti Paling Tidak Apa, parti anak lagi PPTA.

Norsidah Abu Bakar2
 
Kaum ibu pula yang “dibiar bersendirian meraih undi hingga ada sampai ditumbuk!!!” (memetik The Unspinners).
 
Kerja” yang menonjol hanya terserlah di jaringan Twitter Jerusubang — lihat bawah, tweet oleh @reginalah, Sang Setiausaha Akhbar Scissorati Khairy.
 
Regina Lee (reginalah) on Twitter

Hullo, Dapster-Dapster bukan pengundi berdaftar Sg Limau lah. @reginalah ini konsultan yang digaji untuk membuat kerja tak berbaloi.
 
The Unspinners membongkar bahawa “pucuk kepimpinan Pemuda hanya mengarahkan Pemuda untuk tunjuk muka atau lain kata show your presence’ supaya ada Menteri dan pucuk kepimpinan nampak kewujudan Pemuda dan anggap mereka ada hadir bersama” … Harap-harap @mykmunet akan ambil maklum akan perkara ini.

mukhrizKJ

TENGOK RAUT MUKA TIGA-TIGA ORANG NI …

Mukhriz makan nasi lemak bungkus; KJ sedang berdiet (temankan Puan Speaker yang asyik merengek di Twitter tentang melambung berat badannya)
Tambah The Unspinners lagi:
 
Rata-rata petugas dan sukarelawan luar nampak Pemuda seolah-olah macam VVIP untuk hanya duduk di majlis-majlis yang sepatutnya di duduki oleh pengundi.”

 Intipatinya:
 
Pemuda menggagalkan dengan tidak terlibat dalam membawa keluar 2,000 pengundi putih untuk mengundi.


KJ's convoy of Range Rovers
Kereta Khairy berplet nombor ‘KJ10Q’

Disambung lagi cerita oleh The Unspinners:
 
Kita sudah tahu PAS akan buat konvoi dan blok jalan dari pukul 1 tenggahhari dan kita sepatutnya dapatkan pengundi keluar sebelum waktu tersebut. “
 
Ya lah. Kan KJ ada banyak kereta-kereta besar untuk dibuat konvoi?
 
Tapi sebab harga minyak dah naik, dan gaji Regina tinggi kot, justeru dijadikannya KJ kedekut dan memutus untuk disimpan saja kereta-kereta konvoinya dalam garaj.
 
Lagipun kereta KJ cantik dan berkilat. Kalau dibawa ke bendang, nanti kotor pula.
 
KJcatwalk

Dan kalu pun hendak juga turun sawah, agaknya terpaksa si Ketua Pemuda Umno membeli wardrobe yang lebih bersesuaian dengan keadaan.
 
Ujar The Unspinners:
 
Tak kan perempuan ditugaskan bawa kereta dan motor untuk bawa orang keluar mengundi?”
 
Nampak semacam ada peluang keemasan di sini.
 
Mana dia si kroni yang nak rembat kontrak untuk membekalkan topi keledar bagi kegunaan Kementerian Belia dan Sukan? Sesiapa yang berminat boleh hantar e-mel kepada Regina@kbs.gov.my
 
khairyMOTORBIKE

Red is my colour, yeah oh yeah 

Seterusnya : di sini


Monday, September 23, 2013

Ketua Pemuda UMNO : Pertandingan lima penjuru


Proses pencalonan yang berakhir menyaksikan Khairy, yang juga ahli Parlimen Rembau dicabar empat lagi calon iaitu Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak dan Ketua Cawangan Umno Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi.
Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Abdul Karim Ali juga turut sah akan bertanding menentang Khairy.
Pencabar Khairy, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, 37, hari ini melabel pemimpin yang tidak pernah "bersekolah" di Malaysia, tetapi ingin memperjuangkan komunit Melayu adalah ibarat Bangla.
Beliau yang mengakui mempunyai kelebihan bersekolah di dalam negara menegaskan, hanya mereka yang membesar di dalam negara memahami perjuangan mempertahankan Melayu.
"Di kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun, dia ibarat macam bangla datang, umur
20 tahun datang Malaysia, nak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang apa? Dia tak pernah bersekolah di Malaysia pun.


Umum mengetahui bahawa kedudukan orang orang Melayu di persada politik tanahair semakin lama semakin lemah.

Sejak Tun Dr.Mahathir menyerah kuasa, kedaulatan orang orang Melayu selaku bangsa induk di Semenanjung Tanah Melayu ini semakin rapuh angkara pemimpin yang mengganti beliau ternyata amat lemah.

Lemah membuka ruang dan peluang kepada jendalu dan kaduk menyusup masuk mereputkan kuasa dan kedudukan Melayu diperingkat pentadbiran negara.

Segala hak hak Melayu mula dipersoal dan diungkit oleh mereka yang merasa diri turut empunya suara mempertikai hak kedaulatan Islam dan Kesultanan Melayu di bumi bertuah ini!

Pergerakan Pemuda UMNO yang merupakan nadi kewujudan bangsa dan kaum Melayu sejak Malaya mula merdeka ternyata hilang punca angkara kepimpinan mereka yang mula lemah sejak dua peralihan kuasa yang sudah!

Secara jujur, cuba kita pertimbangkan kedudukan suara Pergerakan Pemuda UMNO sejak di pimpin oleh Hishamuddin Tun Hussein Onn dan kemudiannya di ambil alih oleh menantu Tun Abdullah Badawi, mantan PM ke 5, Khairy Jamaludin.
Apakah Pergerakan Pemuda UMNO sebagai tunjang kekuatan parti UMNO dengan pelapis kepimpinan parti UMNO di peringkat nasional masih dihormati oleh parti parti komponen BN seperti MCA, MIC dan lain lainnya
Apakah Pakatan Pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS gerun terhadap Pergerakan Pemuda UMNO sejak dipimpin oleh dua pemimpin Pemuda yang mempunyai pertalian darah dan kekeluargaan dengan mantan2 Perdana Menteri Malaysia terdahulu seperti Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi?

Penzina tegar seperti Presiden MCA Chua Soi Lek pun tak hairan dengan KJ dan selamba sahaja menghina kedudukan Agama Islam yang menjadi teras kehidupan kita semua didalam Malaysia ini!

Adakah KJ berani menegur Chua Soi Lek supaya jangan kurang ajar serta biadap terhadap kedaulatan Islam di bumi tanahair kita?

Jawapan nya tuan puan sendiri tahu bahawa KJ belum terakam didalam lipatan sejarah sebagai seorang Ketua Pemuda UMNO menyuarakan sebarang bantahan atau memberi amaran terhadap Chua Soi Lek berhubung kenyataan celupar Presiden Parti MCA tersebut!

Begitu juga dengan segala macam penghinaan terhadap Agama Islam, Bangsa Melayu dan Raja serta Sultan2 Melayu yang menjadi teras jatidiri kita di bumi Semenanjung Tanah Melayu ini oleh pemimpin2 parti pembangkang seperti DAP, PKR dan juga PAS yang bersekongkol dengan penghina2 Islam dari DAP!

Maruah Pergerakan Pemuda UMNO seringkali di calar balarkan oleh pemimpin2 DAP seperti Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo serta oleh Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng!

Apakah saudara saudari, tuan dan puan mempunyai bukti KJ selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO telah mencabar malaon2 terbabit dan mempertahankan maruah Agama Islam kita? Bangsa Melayu? Raja dan Sultan2 Melayu?

Tak ada!!!

Dah la pemimpin atasan UMNO seringkali sujud kepada desakan desakan yang berterusan dari masyarakat Cina dan menganaktirikan kaum Melayu sendiri dengan terus tunduk kepada permintaan2 tak munasabah dari Persatuan Dong Zhong Sekolah2 Cina dan begitu begini!

Fikir-fikirkanlah dan selamat membuat keputusan.

MPA > Pemuda sejak 1980 sekarang dah veteran.



DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.