Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label Pengundi Hantu. Show all posts
Showing posts with label Pengundi Hantu. Show all posts

Tuesday, May 5, 2015

2013 - Pengundi Hantu Bangla, 2014 - Myanmar, 2015 - Pengundi Hantu India Pulak? PR Rasis!#PRKPermatang Pauh

May 4, 2015

Setiap kali tiba Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun Piliha Raya Kecil (PRK), pembangkang seolah-olah telah kehabisan modal apabila sering membangkitkan isu pengundi hantu. Jika pada tahun 2013, Ketua Umum (KETUM) PKR, Anwar Ibrahim cuba membakar sentimen kemarahan rakyat dengan membangkitkan isu 40,000 pengundi hantu.

2014, anak saudaranya, Badrul Hisham Shaharin turut dilihat cuba menggunakan isu yang sama. Badrul Hisham atau Chegubard mengubah genetik kaum daripada Bangladesh kepada Myanmar. CheguBard mendakwa ribuan warga asing dari Myanmar dikesan berada di Kajang, sewaktu PRK Kajang berlangsung.

Kini 2015, DAP mengubah polarisi kaum yang menjadi pengundi hantu. Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patoo mendakwa MIC akan membawa masuk 3,000 pengundi hantu berbangsa India. Sungguh rasis dakwaan pemimpin DAP.

Adakah pembangkang merasakan Rakyat mudah tertipu dengan pembohongan mereka? Berapa ramai daripada 40,000 warga Bangladesh dan Myanmar yang dianggap pengundi hantu berjaya pembangkang tangkap setakat ini? 40,000 pengundi hantu berkeliaran di pusat mengundi dan pembangkang tidak dapat menangkap satu?

Sekarang pembangkang cuba menipu Rakyat sekali lagi dengan dakwaan tidak berasas dan dan bersifat perkauman dengan mengatakan mendapat 3,000 pengundi hantu India di Permatang Pauh? Mengapa tidak lagi 40,000 atau 5,000? Kenapa hanya tinggal 3,000 bilangannya? Bajet berkurangan sebab GST kah?

Cr :  CTS

Wednesday, June 5, 2013

PKR Pertahan Fitnah Bangla 40K, Confirm Jiwa Sakit!!

sakit_jiwa

SETELAH kedutaan Bangladesh dan bekas Ketua Pengarang Harakah, Sayuti Omar mendedahkan bahawa cerita 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh yang disebutkan Anwar Ibrahim sebelum PRU13 yang lepas sebagai satu pembohongan, parti anak beranak Anwar PKR, masih berkeras dengan pembohongan tersebut.

Sayuti lebih teruk lagi apabila berterus terang bahawa cerita pengundi Bangla 40 ribu orang ini hanyalah satu permainan psikologi semata-mata, bukan benar-benar berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pun dalam perhimpunan bulanan dengan kakitangan JPM di Putrajaya kelmarin mengesahkan bahawa cerita bohong pengundi bangla 40 ribu orang ini sudah dirancang sebelum pilihanraya umum lagi untuk menjatuhkan kredebiliti SPR.

Dengan semua itu pun, kita pelik kenapa PKR masih berkeras untuk pertahankan pembohong tersebut, gila jenis apa macam ini?  Dan bukan setakat ini saja cerita-cerita macam blackout di pusat mengundi pun sama juga bohongnya, pun depa galak percaya juga.

Nak juga tanya, apa masalah sebenar dengan PKR dan penyokongnya ni?

Dulu pun kita dah tahu yang PKR ni ala-ala gila sikit sebab tertubuhnya parti ini tanpa ada tujuan dan matlamat selain membebaskan Anwar dari penjara dan kemudiannya nak meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri di Putrajaya.  Tapi dengan perkembangan terbaru ini, tidak ada dalih-dalih lagi, memang confirm PKR ini parti orang tak betul aka Gila.

Jadi confirm la dah, Ketua Umum gila nak jadi PM, bini Ketua Umum gila nak jadi First Lady, anak sulung gila berzina belakang pintu dan seterus-seterusnya.

Peliknya, ramai menganggap PKR ini parti paling educated antara 3 parti lain dalam pakatan pembangkang.  Inilah kononnya parti yang mewakili suara melayu baru, melayu liberal, suara anak muda dan ntah apa-apa jadah yang lain lagi.

Tapi dok rekacipta, malah tak cukup dengan itu pertahan pulak cerita bohong (konon atas nama ‘psywar’), educated apa macam itu?

Kalau dibenarkan, penulis nak bagi cadangan.  Sementara kerajaan perhebat usaha untuk cari jalan macam mana nak perbaiki prestasi dalam PRU yang lepas, termasuk menangani orang Cina, melayu bandar dan sebagainya, sesuatu juga perlu dibuat untuk menangani  penyokong parti politik yang rosak fikiran macam yang menyertai PKR sekarang.


Selagi penyakit mental macam ini (percaya apa saja pembohongan yang keluar dari mulut Anwar) masih ada, apa pendekatan pun yang dibuat untuk menyedarkan puak-puak ini dari lamunan, hanya akan jadi sia-sia.  Sama sia-sia macam nasihat kononnya kalau beri makan percuma pada orang Cina, komuniti itu akan beri undi pada BN.

Baca seterusnya : Di sini


Saturday, May 11, 2013

Video Dedah !! 90,000 Pelawat Dari China "Over Stay" !! Kemana Mereka ? Video Samseng Dap.



Siapa nak tipu siapa ?
Siapa yang masuk dan tinggal secara haram d Tanah Melayu ?
Siapa yang dapat ic palsu ?

Kalut puok kera ni tuduh BN cuba menipu dalam PRU13..kecoh kononnya BN hantar Bangla, Indon dan Myamar ke pusat mengundi untuk undi BN..semuanya SANDIWARA !!

90,000 orang cina dari China d dapati tinggal lebih masa d Malaysia dua tahun lalu..itu yang ada rekod..yang tak de rekod dan masuk haram..d seludup masuk melalui jalan darat ? berapa weyy..tuuihhhH la lu !!

Dalam dok sibuk canang kononnya ada bas yang d tahan bawa Bangla dan Indon.. Ni ha dipaparkan d sini video yang d dakwa itu..gilOO !!

Perangai samseng puok kera ni jelas kelihatan..belum dapat Malaysia..semua bangsa lain dia buat macam sampah !!








Friday, May 10, 2013

Anwar Ibrahim Kemukakan Bukti Gambar-gambar Kehadiran Pengundi Bangla PRU13

Adus Anwar sudah nekad untuik membuktikan kebanjiran pendatang asing semasa PRU13 hingga mencecah 60'000 orang. Hebat betul Anwar kita tengok sendirilah.


"Hey, sini ada satu lagi pengundi hantu. Ini Bangla," suara dari satu kumpulan yang menerjah ke arah Tajudeen Anvar Batcha, 50, 5 Mei lalu apabila dia dikatakan pemilik MyKad palsu.

Tajudeen, kelahiran Taiping, Perak, berang apabila dituduh sebagai warga asing. Paling menyedihkan apabila dia turut dipukul dan ditendang kumpulan yang memakai baju kemeja-t berwarna kuning. "Saya bukan Bangla, Saya orang Malaysia. Saya ada MyKad sah dan saya ada hak mengundi," balas Tajudeen namun tiada reaksi positif daripada kumpulan itu.

Pengalaman mengundi kali pertama di Dewan Serbaguna Bt 17, Rawang memberi seribu satu kenangan pahit buat dirinya. Berketurunan India-Muslim, inilah pengalaman paling ngeri dalam sejarah hidupnya.

"Ini kali pertama saya mengundi di Rawang walau sudah menetap di sini hampir 10 tahun. Sebelum ini saya mengundi di Ampang. Apabila berpindah, saya tukar pusat mengundi. "Semangat saya pada pagi itu bagai disentak. Ketika saya berjalan menuju ke pusat semakan mengundi, kumpulan ini datang ke arah saya dan menjerit-jerit ke arah saya. Mereka mahu tengok kad pengenalan saya. Kerana tak tahu apa-apa, saya berikan sahaja. Selepas itu, saya dihalau daripada kawasan itu," katanya.

Katanya, kumpulan itu terus berang apabila melihat MyKad miliknya berwajah baru.

"Beberapa hari sebelum mengundi, MyKad saya patah dan saya buat yang baru. Bila mereka tengok, terus naik angin dan menghalau saya. "Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan kepada saya. Puas saya menafikan, tapi tidak diendahkan. Saya cuba mengawal emosi saya kerana tidak mahu kejadian tidak baik berlaku tetapi ada yang bertindak menendang dan memukul dada saya," katanya.

Tajudeen, pengurus di pusat latihan memandu di Rawang mengakui rasa amat marah dan terus men dapatkan pegawai polis yang bertugas.

"Selepas membuat laporan, saya kembali ke tempat pengundian, tetapi, perkara sama berlaku. Kerana tidak mahu terlepas peluang, saya diiringi beberapa pegawai polis menunaikan tanggungjawab mengundi," katanya.

Suami kepada Deputi Superintendan Aisha Be Abdul Kadir ini berharap kejadian ini tidak akan berlaku pada masa akan datang. "Janganlah menilai seseorang daripada paras rupa sahaja. Buat masa ini saya sedang menunggu hasil siasatan pihak polis sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Apa yang akan saya buat nanti, bukan mahu mengaibkan sesiapa, cuma memberi kesedaran terhadap mereka sahaja," katanya.

Dalam kejadian sama, seorang lagi berketurunan India-Muslim menerima nasib yang sama. Niaz Ahmad Mohd Zubir, 35, turut dikecam gara-gara wajahnya dikatakan seperti 'Mat Bangla'.

Kejadian yang berlaku sekitar 10 pagi di di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) San Yuk, Rawang apabila kumpulan yang sama turut menghalau Niaz daripada mengundi.

Adiknya, Nisar Ahmad Mohd Zubir, 28, berkata, abangnya dikepung sebelum dapat meloloskan diri. "Ketika itu, abang saya sedang beratur untuk menyemak kawasan mengundi. Pada masa itulah, kumpulan yang memakai baju Selangorku datang dan mengherdik abang saya.

"Mereka meminta MyKad, tetapi abang saya enggan memberikannya. Abang saya juga dipaksa meninggalkan kawasan itu, tetapi abang saya berjaya juga mengundi," katanya. Katanya, abangnya tidak sangka kejadian itu melanda dirinya kerana itulah pertama kali abangnya mahu mengundi.

"Kami dalam proses menyaman pihak terlibat," katanya. Katanya, tindakan tersebut bukan kerana wang, tetapi sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya tidak bertindak sedemikian.

"Memang wajah kami ini tak macam orang Melayu lain, kerana kami ini keturunan campur. Tapi kami warganegara Malaysia yang sah. Jangan lihat pada paras rupa. Kami sudah tinggal di Rawang lebih 20 tahun," katanya.


## Anwar boleh guna gambar bawah untuk bawa kes...


 







Baca seterusnya : Di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.