
BANGI,
Isnin – Jika sebelum ini Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah sering
membelasah puak ultra kiasu DAP, hari ini beliau dilihat menyindir
Cina dalam MCA yang seolah-olah tamakkan kuasa.
Ini
berikutan baru-baru ini, MCA menegaskan mahu merampas kembali kerusi
Parlimen yang ‘dipinjamkan’ kepada Umno dalam Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU-13) iaitu Gelang Patah, Wangsa Maju dan Kuantan.
Sambil
menyindir tindakan itu, Ustaz Ridhuan Tee berkata, sebelum MCA
merancang untuk mengambil kerusi tersebut, parti berkenaan perlu
mencermin diri terlebih dahulu.
“Kuatkah
MCA pada hari ini? Kerusi yang dimenangi selama ini di kawasan
majoriti Melayu atau Cina?
“Jika
rasakan diri kuat, menangi dahulu kerusi-kerusi majoriti Cina di
kawasan bandar /seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Petaling Jaya dan
lain-lain lagi.
“Jika
boleh menang, baharulah boleh cakap besar. Ini tidak, berkokok
keterlaluan, menyakitkan hati. Belajarlah berterima kasih, kerana
kerusi yang dimenangi selama ini adalah undi ehsan Melayu,” katanya
dalam tulisan terbarunya berjudul ‘MCA perlu jadi jambatan’ dalam
blog beliau, hari ini.
Ustaz
Ridhuan Tee yang seorang pendakwah bebas, berkata, MCA menjadi kuat
sebelum ini pun kerana tidak terlalu perkauman dan boleh dikatakan
dekat di hati Melayu.
“Namun
hari ini tidak, pantang ada orang cuit sahaja pasal sekolah
vernakular, melompat tidak tentu pasal, tanpa menyiasat hujung
pangkal. Sudah tentu tindakan sebegini tidak disenangi oleh orang
Melayu.
“Jadi
MCA perlu mengatur strategi dan bertindak seperti pengasasnya, Tun
Omar Ong Yoke Lin, yang tidak terlalu perkauman,” katanya.
Beliau
berkata, sudah tiba masanya MCA memikirkan strategi untuk meramaikan
pemimpin seperti Tun Omar.
“Salah
satu strategi adalah dengan menubuh Biro Agama Islam, kalangan Cina
Islam yang berada dalam MCA. Biro ini boleh menjadi jambatan kepada
MCA supaya bertindak secara berhemah, terutama ketika berhadapan
dengan orang Melayu.
“Saya
fikir, orang Melayu tidak mempunyai masalah untuk memberi sokongan
kepada MCA, jika MCA tidak terlalu celupar.
“Yang
kedua, MCA perlu meletakkan calon Cina Muslim di kawasan yang
majoriti Melayu, yang ditandinginya. Jika MCA meletakkan juga
calonnya yang terlalu kecinaan, memang sukar untuk menang.
“Maaf
cakap, ramai calon MCA yang BM mereka tunggang-langgang. Apatah lagi
untuk memahami selok-belok adat dan budaya Melayu. Calon sebegini
menempah tiket untuk kalah.
“Ketiga,
MCA tidak boleh mengharapkan lagi untuk dilantik menjadi Senator bagi
menduduki kerusi menteri atau timbalan menteri pada masa akan datang,
jika gagal membuktikan kekuatannya,” katanya.
Sementara
itu, menyentuh mengenai calon wakil rakyat, Ustaz Ridhuan Tee
berkata, beliau mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya melantik
kalangan wakil Cina yang terdiri daripada ahli perniagaan atau ahli
akademik, menggantikan MCA jika gagal menunjukkan prestasinya.
“Saya
amat yakin, keadaan ini jauh lebih baik daripada berpolitik yang
tidak mendapat sokongan. Menghabiskan beras sahaja.
“Saya
tidak pasti sama ada Umno mahu menerima pandangan saya atau tidak.
Tetapi, PRU akan datang adalah penentu kepada hidup matinya BN. Jika
BN terus meletakkan calon Cina totok MCA di kawasan majoriti Melayu,
BN akan kalah,” katanya lagi. -ismaweb