
Singapura
boleh menuntut Pulau Pisang sekiranya republik itu mengamalkan ‘pendudukan
efektif’ di pulau berkenaan untuk satu tempoh yang lama mengikut Undang-undang
Laut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS).
Pemerhati
undang-undang, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata, jika Malaysia
mengakui sebagai pemilik bagi sesebuah kawasan maka perkara itu perlu
dibuktikan kepada negara-negara lain dan juga seluruh dunia.
“Dari sudut UNCLOS,
cara sesuatu tempat boleh dituntut oleh negara lain ialah dipanggil ‘effective
occipation’ (pendudukan efektif). Maknanya kawasan itu diduduki atau diuruskan
oleh negara berkenaan.
“Saya tidak pasti situasi sebenar di Pulau Pisang tetapi
sekiranya pulau itu juga ditadbir oleh Singapura bagi tempoh masa yang panjang
dan kita tidak ambil apa-apa tindakan untuk menunjukkan bahawa kita adalah tuan
punya pulau itu, maka Singapura boleh buat tuntutan,” katanya kepada wartawan.

Beliau
turut mengingatkan bahawa Pulau Batu Puteh telah diuruskan oleh Singapura dan
perkara itu menjadi asas tuntutan republik tersebut.
Beliau
yang juga seorang peguam itu menyarankan agar Malaysia segera mengambil langkah
berwaspada dengan mentadbir pulau yang terletak kira-kira 8 kilometer di luar
perairan Pontian itu.
Sekiranya
Malaysia melakukan pendudukan efektif ke atas pulau tersebut seperti
mentadbirnya, kita mungkin tidak akan hilang kelayakan untuk mengatakan pulau
itu adalah hak milik kita.
“Setakat
ini Singapura memang tidak membuat sebarang tuntutan lagi tapi kita perlu
berwaspada. Pulau Batu Puteh itu satu isu yang sangat sedih buat sejarah
Malaysia,” katanya. Menurutnya, pulau itu perlu didiami warga Malaysia meskipun
hanya dalam bilangan yang kecil. “Kerajaan perlu sentiasa menunjukkan kepada
Singapura dan dunia bahawa kita melakukan pentadbiran kesemua pulau di
Malaysia.

“Cara
terbaik adalah Malaysia menempatkan kem tentera dan juga penduduk yang menetap
di pulau itu.
“Walaupun
jumlahnya kecil tapi penduduk itu mestilah warganegara Malaysia dan mentadbir
urus pulau tersebut,” katanya.
Tambahnya,
“kita mesti ambil langkah-langkah untuk membangunkan apa saja yang kita boleh
buat. Mungkin bangunkan sektor pelancongan di sana.”
1
Julai 2008 lalu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata,
isu kedaulatan Malaysia terhadap Pulau Pisang tidak perlu timbul ekoran pulau
itu sudah diwartakan dalam mukim Pontian dan menjadi sebahagian daripada pentadbiran
Majlis Daerah Pontian.
Pulau
Pisang terletak 5 kilometer dari bandar Benut itu mempunyai kedudukan strategik
iaitu di bahagian selatan laluan perkapalan yang sibuk di Selat Melaka.
Terdapat sebuah rumah api setinggi 53 meter yang dikendalikan oleh Kakitangan
Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.
Di
kawasan sekitarnya pula terdapat tiga buah pulau lain iaitu Pulau Sauh, Pulau
Kemudi dan Pulau Tunda. Sumber