Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label TPPA. Show all posts
Showing posts with label TPPA. Show all posts

Tuesday, January 12, 2016

Filipina dan Thailand Tidak Mahu Sertai TPPA, Jomo KS Perlu Banyak Membaca

Cadangan pennganalisis ekonomi, Jomo Kuwame Sundram supaya Malaysia mengkaji mengapa Filipina dan Thailand tidak mahu menyertai Perjanjian Perkongsiap Trans-Pasific (TPPA) sangat melucukan dan mengelirukan.

Jomo Kwame Sundaran melontarkan soalan mengapa Malaysia begitu berminat untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sedangkan negara-negara seperti Thailand dan Filipina memilih untuk menjauhkan diri.

"Mengapa Thailand tidak berminat? Mengapa Filipina yang begitu rapat dengan Amerika Syarikat, tidak berminat? Adakah terdapat begitu banyak manfaat yang Filipina dan Thailand tidak nampak?" soalnya.

Sebagai penganalisis ekonomi yang diketahui anti kerajaan Barisan Nasional, Jomo tidak harus mengelirukan rakyat dengan analisa dan pandangan yang palsu kerana realitinya Filipina, Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Taiwan turut menyatakan minat untuk menyertainya.

Namun negara-negara ini perlu menunggu 12 buah negara asal termasuk Malaysia menyelesaikan perjanjian ini. Pembabitan awal Malaysia telah membolehkan negara ini mengadakan rundingan terhadap terma-terma dalam TPPA bagi menjaga kepentingan negara. Negara-negara yang akan menyertai selepas perkongsian ini dimuktamadkan tidak akan mempunyai apa-apa kuasa rundingan kecuali mengikut persetujuan sedia ada.

Kenyataan Malaysia perlu mengkaji mengapa Filipina dan Thailand tidak mahu menyertai perkongsian ekonomi ini satu pembohongan sama sekali.


tppa-filipinaPada Oktober 2015, Presiden Filipina Benigno Aquino dengan jelas menyatakan Filipina mahu menyertai TPPA kerana ia merupakan peluang perdagangan yang besar.


Bercakap dalamForum Perniagaan majalah Forbes tahun lalu, Aquino menyatakan "We really want to participate in it." Aquino told a business forum organized by Forbes magazine.


Bagaimanapun Filipina perlu menunggu kerana mereka hanya diundang menyertai Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) ini untuk pusingan kedua setelah 12 negara pengasas ini menyelesaikan perjanjian.
Thailand juga telah menyatakan hasrat untuk menyertai TPPA ini. Timbalan Perdana Menteri Thailand, Somkid Jatusripitak, pada November lalu dengan jelas menyatakan negara tersebut sangat berminat menyertai TPPA. "Thailand is highly interested in joining TPP"

jokowi-tppaMalah untuk pengetahuan Jomo, Indonesia juga menyatakan hasrat untuk untuk menyertai TPP ini kerana menyedari peluang pertumbuhan ekonomi yang sangat besar. Presiden Indonesia, Joko Widodo menyatakan hasrat tersebut kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, keperluan untuk Indonesia turut serta.
Isu Perkongsian Trans-Pasifik bukan lagi sama ada mahu sertai atau tidak. Jika ia diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat, sukar untuk Malaysia tidak menyertai atau menolaknya kerana kita akan ketinggalan dan hilang antara pasaran eksport utama kita.

Masalah Malaysia lebih serius sekiranya Malaysia tidak menyertai tetapi sebahagian negara Asean yang mempunyai pasaran besar seperti Indonesia, Filipina dan Thailand menyertainya kemudian.

TPP pasti akan memberi beberapa kesan negatif kepada negara. Namun jika ia berjaya dilaksanakan dengan penyertaan sebahagian besar pasaran Asean tanpa Malaysia, kita akan berhadapan masalah lebih besar. Kita akan kehilangan pelaburan asing dan sebahagian pasaran eksport negara yang sekaligus akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan mengakibatkan pengangguran.

Malaysia sebenarnya bertindak bijak apabila berada dalam kelompok terawal membolehkan kita melakukan rundingan menjaga kepentingan kita dalam penentuan terma-terma perjanjian.-MYKMU.NET


Tuesday, August 13, 2013

NAJIB!! TOLONG BANGUN DARI LAMUNAN....

 

What The Hell Are You Doing To The Country?

Laporan blog ini http://cinakawkaw.blogspot.com/2013/08/ksu-miti-dont-gamble-this-country-to.html amat mengejutkan kami namun ini berita penting untuk dikongsi bersama. 

Nampaknya, KSU MITI punya agenda tersembunyi di sebalik usaha menjayakan TPPA di Malaysia. 

Persoalan besar yang diutarakan blog itu ialah khabarnya KSU MITI ini semasa menggerakkan TPPA ini tidak membuat kajian malah tidak melaporkan kepada Menteri dan Kerajaan! 

Nampaknya, ada orang mahu berlagak bijak dengan memperjudikan masa depan negara ini untuk agenda politik beliau!

Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), yang melibatkan 12 negara termasuk Malaysia bakal meletakkan rakyat dan negara kita berada dalam keadaan caca-merba dan kucar-kacir!

Khususnya kepada Usahawan Bumiputera, Pekebun Kecil, Petani, Usahawan Kecil, monopoli Ubatan oleh Gergasi Amerika dan pelbagai isu yang merugikan rakyat Malaysia.

Secara mudahnya, idea TPPA adalah idea Amerika Syarikat untuk menghalang kemaraan Ekonomi kuasa ekonomi baru dunia yakni negara China.

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria, di mana suaminya orang Singapura cuba bermain silap mata dengan rakyat Malaysia! Singapura dan Amerika !!!

Paling sadis, KSU MITI cuba memperbodohkan Menteri MITI dan Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan.

Soalan pertama kita kepada KSU MITI ini, adakah dia membuat study terlebih dahulu apakah dia TPPA, risiko TPPA, kos melepas dan "win-win situation" ?

Soalan kedua, adakah KSU MITI membuat briefing awal kepada Menteri MITI dan adakah KSU MITI ini ada memberi Laporan kepada Kerajaan??? 

Dalam bahasa orang putih (English Man), "Please don't gamble this Country to your Political Agenda!"...kami ulang ,"Please don't gamble this Country to your Political Agenda!"

Amaran kami kepada KSU MITI, jangan fikir orang lain tidak tahu apa yang sedang kamu lakukan!

KSU MITI, agenda kamu dan suami Singapura kamu, apakah kami fikir semua rakyat Malaysia buta?

Lastly but not least, What the hell are you doing?. Again, "Please don't gamble this Country to your Political Agenda!".

Nota : Baru-baru ini, MITI memanggil pengamal media untuk sesi penerangan dan dialog mengenai TPPA. Program ini gagal, Menteri MITI kasihan kelihatan diperbodohkan dan KSU MITI bijak menyembunyikan diri tidak menjawab isu-isu TPPA! Again, what are you doing to this Country?

Patutlah Tun Dr. Mahathir Mohamad menentang TPPA di sini Chedet





DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.