
Sepanjang
pemerintahan 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamed, Penyedia Tenaga IPP
adalah terletak didalam tangan beliau sendiri dimana segala keputusan
harus dibentangkan kepada beliau terlebih dahulu sebelum sebarang
perlaksanaan dilakukan.
Hari
ini, dengan kewujudan 1MDB, hak mutlak IPP yang selama ini dikuasai
oleh kroni-kroni Tun M dilihat semakin terhakis. Tambahan pula segala
penyedia tenaga kini dihimpunkan dibawah satu bumbung dan dikawal
sepenuhnya oleh kerajaan-satu tindakan yang merugikan kroni-kroni
beliau.
Inilah
diantara punca kenapa Tun M menyerang kepimpinan hari ini dan cuba
menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana
Menteri dan 1MDB selaku syarikat pelaburan yang dimiliki oleh
kerajaan. Terkini, kroni terbesar Tun M, YTL dilaporkan bakal
mengalami kemerosotan pendapatan akibat daripada tindakan kerajaan
yang enggan lagi menyambung kontrak IPP yang telah tamat pada bulan
Ogos yang lalu.
Sebenarnya
legasi Penyedia Tenaga Bebas (IPP) Tun M telah berkubur. Perjanjian
Power Purchase Agreement (PPA) bersama YTL berusia 21 tahun
ditamatkan pada 30hb September yang lalu. Dan orang yang
bertanggungjawab menamatkan perjanjian yang tidak adil kepada TNB itu
adalah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, individu yang cuba
digulingkan oleh Tun M.
Kenapa
perjanjian ini dikatakan paling kejam? Ini kerana TNB dipaksa membeli
“tenaga” dengan harga paling mahal daripada YTL yang menyebabkan
tarif elektrik di Malaysia menjadi mahal dan membebankan rakyat. Ini
bermakna YTL selepas ini tidak akan memiliki sebarang IPP lagi di
Malaysia.
Sebelum
ini, YTL pernah menyatakan dalam satu majlis forum dengan angkuh
menyatakan kejayaan YTL hari ini adalah kerana ia tidak pernah
mendapat projek dari kerajaan. Semuanya diperolehi melalui merit dan
bidaan di luar negara. Kini nampaknya tembelang mereka telah pecah
dan mereka menelan semula keangkuhan mereka sendiri.
YTL
yang merupakan kroni utama Tun M semasa dia jadi Perdana Menteri
didapati telah melakukan penipuan besar tehadap rakyat Malaysia.
Apakah IPP ini bukan projek kerajaan? Bagaimana dengan keretapi laju
ERL dari KLIA ke KL Central? Apakah projek Bestari.net yg melibatkan
kos hampir RM1 Bilion itu juga bukan projek kerajaan? Sekarang
terbukti, projek Bestari.net gagal terutama untuk sekolah di kawasan
luar bandar.
Semua
pihak mengkritik perjanjian (PPA) IPP YTL sebagai paling tidak adil
dalam sejarah dunia. Tun M membenarkan syarikat YTL yang dikuasai
oleh taikun perniagaan kaum Cina mengaut “wang percuma” selama 21
tahun. Jesteru, ribuan terima kasih diucapkan kepada Datuk Seri Mohd
Najib kerana berjaya menamatkan kerakusan YTL terhadap TNB dan
rakyat. Semua ini berlaku melalui 1MDB yg membeli beberapa IPP
tersebut.
Untuk
makluman, dalam perjanjian PPA tersebut TNB dipaksa membeli “tenaga”
dari IPP YTL sama ada TNB perlu atau tidak tenaga tersebut atau jika
TNB sudah pun mempunyai “lebihan” tenaga. Ini adalah “perintah”
mandatori dari Tun M sewaktu beliau berkuasa. Atas sebab itu
perjanjian PPA ciptaan Tun M itu dianggap paling kejam di dunia.
Paling
kejam sekali adalah didalam PPA tersebut ada klausa yg mengatakan YTL
dijamin dengan kadar harga minyak yg tetap dan tidak berubah.
Bermakna, jika berlaku kenaikan harga petrol, TNB wajib bayar
pampasan kepada YTL. Adakah ini dikategorikan sebagai tidak kejam?
Allahyarham
Tan Sri Ani Arope pernah mendedahkan perjanjian kejam ini kepada
khalayak. Beliau dilaporkan di pecat oleh Tun M daripada jawatan
beliau selaku CEO TNB pada tahun 1996. Dalam pendedahan beliau, kos
sebenar TNB untuk mengeluarkan “tenaga” ialah 8 sen sahaja.
Tetapi EPU melalui Tun M memaksa TNB untuk bayar kepada YTL sebanyak
RM23 sen.
Akibatnya
beliau bersemuka dengan Tun M dan pernah menyatakan “Sir, your
Economic Planning Unit (EPU) sekarang sudah bertukar kepada Economic
Plundering Unit. So i will not signing it”. Inilah yang dikatakan
menjadi punca utama kepada pemecatan Allahyarham Tan Sri Ani Arope
selaku CEO TNB pada tahun berkenaan.
Berapakah
keuntungan yang dijana oleh YTL setelah “memeras” rakyat menerusi
bantuan Tun M? Dianggarkan YTL mencatatkan keuntungan sebanyak RM 1
Bilion setahun untuk selama 19 tahun sepanjang memegang lesen
penyediaan tenaga ini. Apakah Tun M buta terhadap perkara ini?
Kini,
Datuk Seri Mohd Najib tidak lagi mahu menyambung lesen YTL Energy.
Adalah amat menyedihkan kerana Allahyarham Tan Sri Ani Arope yang
begitu berani menyanggah pendapat Tun M pada ketika itu tidak sempat
melihat kezaliman IPP YTL Energy ciptaan Tun M telah berkubur
selamanya. Allahyarham Tan Sri Ani Arope telah meninggal dunia pada
bulan Disember 2014.
Oleh
kerana itu, bukan Datuk Seri Mohd Najib yang mesti digulingkan tetapi
Tun M yang mesti bermuhasabah bahawa dia bukan manusia maksum yang
semuanya mesti dipercayai dan diikuti. Adakah Tun M berani menyanggah
perkara ini? Seperti biasa, Tun M tidak akan berani menyentuh walau
satu pun dasar yang pernah beliau buat sebelum ini kerana bagi
beliau, semua itu sudah lama berlalu.
Selama
hampir 20 tahun, Allahyarham Tan Sri Ani Arope membawa duka kutukan
orang ramai diatas kenaikan tarif elektrik yang beliau sendiri tidak
mampu kawal. Kini beliau telah pergi dengan membawa dosa-dosa Tun M
bersamanya dan sekaligus menyelamatkan lagi imej Tun M dimata
pentaksubnya.Baca seterusnya PRU14tv




