Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label anwar hina pas dap.. Show all posts
Showing posts with label anwar hina pas dap.. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

PAS dan Vatican City dah sama tetapi tak serupa wajahnya


Baru-baru ini Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino telah mengeluarkan kenyataan terbuka menyokong tuntutan penganut Kristian di Malaysia supaya kalimah Allah S.W.T boleh diguna pakai dalam kitab Bible.


Kenyataan kontroversinya itu nyata mendapat sokongan sesetengah penganut Kristian khususnya di dunia maya untuk fokus pada tuntutan yang sama tapi tanpa disedarinya ia telah mengundang bantahan umat Islam dari seluruh negara.


Gara-gara keceluparan dan kegagalannya memahami sensitiviti majoriti rakyat negara ini yang terdiri dari kalangan umat Islam, akibatnya isu kalimah Allah S.W.T yang pernah dicetuskan oleh Gereja Kristian dan DAP kembali hangat diperkatakan.


Menyedari timbulnya banyak bantahan besar-besaran dari pelbagai lapisan masyarakat Islam termasuklah NGO-NGO, barulah Biskop Marino mengakui kesilapannya dan mengambil langkah susulan memohon maaf dalam perjumpaannya dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.


Tindakannya meminta maaf atas keterlanjuran itu boleh dikira baik untuk meredakan keaadaan disamping mencegah kemarahan masyarakat Islam dari terus meluap-luap, tapi apa gunanya lagi setelah nasi menjadi bubur?


Perlu ada jaminan dari Biskop Marino mahu pun pihak lain yang mewakili penganut Kristian untuk bertekad tidak akan mengulangi lagi tuntutan yang sama, jika itu dapat dilakukan nescaya ia memberi kelegaan kepada semua pihak.


Dalam pada itu, sepanjang kekalutan isu ini berlangsung sehinggalah Biskop terbabit meminta maaf, peliknya langsung tak kedengaran sebarang kenyataan bantahan pucuk pimpinan PAS seolah-olah pada mereka kontroversi yang dicetuskan oleh Duta Vatican City itu perkara biasa.


Barangkali kerana isu kalimah Allah S.W.T turut melibatkan tuntutan yang diperjuangkan oleh rakan sekedudukannya iaitu DAP, maka sebab itulah PAS mengambil sikap berdiam diri dan lebih selesa membicarakan isu lain bagi mengalih perhatian ramai.




Bila diingatkan kembali sikap flip-flop PAS dalam isu kalimah Allah S.W.T maka fahamlah kita tiada peliknya bila mana PAS menjadi kura-kura yang menyorokkan mukanya kerana PAS selaku sebahagian dari PR pernah bersetuju sebulat suara untuk membenarkan kesucian kalimah Allah S.W.T tergadai dalam kitab Bible.

http://din.huluselangor.net/wp-content/uploads/2013/02/kalimah-allah-nik-aziz-setuju.jpg

Malah ramai antara kita pastinya tidak lupa bila mana Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sendiri pernah beriya-iya menyokongnya dan tanpa segan silu menyifatkan isu kalimah Allah S.W.T untuk kegunaan bukan Islam (Kristian) adalah seumpama satu bentuk dakwah.


Dari konteks tersebut, jelaslah wujud keselarian pemikiran antara PAS dan Vatican City, walau pimpinan masing-masing berbeza anutan agamanya tapi kedua-duanya seia sekata berkongsi pemikiran yang sama dalam menyokong tuntutan DAP dan Gereja Kristian dalam isu ini.


Jika andaian ini tersasar, bukankah sewajarnya PAS secara terbuka mengisytiharkan menolak keputusan bersama PR berhubung kalimah Allah S.W.T?


Saturday, April 20, 2013

[VIDEO] : #UbahSelangor - Kaum India Perlu Beri Peluang Kepada Zul Nordin! #PRU13 #

Semalam dilaporkan sekitar 20 orang pemuda MIC  mengadakan bantahan secara terbuka di Shah Alam dengan berpakaian BN. Isunya adalah video ceramah Zul Nordin yang dirakamkan 10 tahun lalu ketika beliau masih menjadi ahli Pas.  Khalayak sedia maklum yang Pas merupakan sebuah parti yang ekstrem agama manakala Zul Nordin membuat kenyataan  atas kapasiti beliau sebagai ahli Pas dan peguam anwar Ibrahim ketika itu. 

Atas nama kebebasan beragama, kita mengutuk sebarang perbuatan mengutuk dan mengeji agama lain sebagaimana  kenyataan Zulkifli Nordin dalam video tersebut.


Namun perlu diingat, kenyataan yang dirakam di atas adalah 10 tahun lalu - kenapa tidak siarkan sahaja apa kenyataan Anwar Ibrahim ke atas PAS semasa beliau bersama UMNO?


Zulkifli Nordin telah melakukan kesilapan, mempersendakan kepercayaan sahabat-sahabat berbangsa Hindu, namun sekurang-kurangnya beliau bertindak memohon maaf di atas keterlanjuran tersebut.


Anwar Ibrahim, PKR, DAP dan PAS juga harus menjawab desakan supaya pembangkang memohon maaf serta menghentikan perobohan kuil, penghinaan dengan menyamakan perayaan Thaipusam sebagai perhimpunan jalanan, serta memohon maaf kepada Gobalakrishnan yang digelar  'paria'.

Dalam isu kalimah Allah, pembangkang wajib memohon maaf  kerana memohon menggunakannya serta   kenyataan Melayu boleh murtad, disamping memohon maaf di atas penggunaan 'mampos Melayu' ketika peristiwa 13 Mei.

Dalam apa jua situasi sekalipun, pencalonannya Zul Nordin atas tiket BN bagi  kerusi bagi Parlimen BN Shah Alam yang disandang Khalid Samad sebenarnya telah memberikan banyak kelebihan kepada BN.

MIC dan sahabat-sahabat India, satu movie untuk anda tonton :



Anwar Al Juburi adalah ciptaan Mat Sabu dari Pas.... Tak nak minta maaf ker....


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.