Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label arul. Show all posts
Showing posts with label arul. Show all posts

Friday, November 6, 2015

RAFIZI SOTONG BERHELAH LAGI, 'ADAKAH SAYA BERGURAU' JUGA KE?

Sotong kata, demi menghormati keputusan Speaker, maka Arul Kanda perlu berdebat dengannya.

Tony Pua tidak boleh berdebat kerana akan mengancam kedudukannya sebagai ahli PAC. DAP takut, kalau Tony Pua gugur sebagai Ahli PAC, maka Ahli Parlimen BN akan mengambilalih tempatnya.

Itulah alasan yang diberikan oleh kelompok penakut.

Baton debat telah diserahkan kepada Rafizi Ramli. Arul Kanda kata, dia akan berdebat dengan Rafizi Ramli setelah selesai prosiding PAC membabitkan 1MDB yang bermula pada 1 Disember nanti.

Ulas The Saviour, Speaker Dewan Rakyat menyatakan kalau Arul terbabit dalam perdebatan itu, dia secara automatik tidak boleh lagi menjadi saksi yang boleh dipanggil untuk memberikan keterangan dalam siasatan PAC terhadap 1MDB.

Rafizi dan Anthony Loke terus memperolok-olokkan Arul Kanda kononnya Arul Kanda penakut untuk berdebat dengan Rafizi Ramli.

Bab Tony Pua, dikatakan menghormati keputusan Speaker.

Bab Arul Kanda, boleh pula mereka tak hormat keputusan Speaker?!

Atau sebenarnya mereka sangat mengharapkan Arul Kanda tidak dipanggil sebagai saksi utama dalam siasatan PAC ke atas 1MDB, selain mengharapkan orang yang lebih tidak tahu, akan dipanggil dan kemudiannya boleh ditekan, diugut, diperas dan ditakut-takutkan agar bercakap dengan nada serta keterangan yang akan memenangkan mereka?

Itukah keputusan yang dibuat selepas Tony Pua hilang telur kerana enggan letak jawatan dari PAC dan berdebat dengan Arul Kanda setelah membuat pelbagai cabaran dan menggelar Arul dengan pelbagai gelaran yang mengaibkan?

SEBENARNYA DAP dan Tony Pua yang sangat takut untuk berhadapan dengan Arul Kanda termasuklah semasa prosiding PAC kerana sudah tentu siasatan tersebut akan membabitkan pelbagai dokumen yang tidak dimiliki oleh Tony Pua sekaligus menyebabkan sukar pula untuk SARAWAK REPORT dan WALL STREET JOURNAL mengeluarkan pelbagai artikel menfitnah 1MDB dan Najib Abdul Razak serta Malaysia khususnya.

Debat Arul vs Tony Pondan .... Rafizi Jangan Sebuk

KUALA LUMPUR: Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda menerusi kenyataan akhbarnya hari menegaskan beberapa perkara penting. 

Berikut merupakan ringkaskan kenyataan tersebut: 

1) Arul mengelarkan Tony Pua sebagai pengecut dan pembohong  apabila beliau bertindak mencabar sedangkan beliau mengetahui sebgai ahli PAC, beliau tidak dapat memenuhi dan bersembunyi di sebalik jawatan tersebut. 

2) Arul juga mengesahkan bahawa beliau mahu berdebat dengan Tony Pua dan bukannya ada orang lain - kerana beliau yang bertindak mengeluarkan cabaran dan menghina Arul dengan pelbagai nama. 

3) Arul turut mencadangkan supaya Rafizi menggantikan Tony Pua dalam PAC supaya Tony kemudian bebas untuk berdebat. 

(Adakah Rafizi akan melakukannya? Dan adakah Pakatan berfikir bahawa Rafizi cukup bijak untuk menggantikan Tony?) 

4) Arul juga menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak takut terhadap Rafizi kerana beliau telah berhadapan dengan Rafizi sebelum ini. 

5) Arul juga mengatakan speaker mesti membenarkan beliau untuk berdebat tanpa menyikirkan kelayakan beliau sebagai saksi dalam siasatan itu pada masa hadapan. 

Begitu juga seperti mana yang ditegaskan oleh Tony Pua iaitu beliau mempunyai hak untuk mempersoalkan 1MDB dalam PAC, Arul turut percaya beliau juga mempunyai hak untuk mempertahankan 1MDB. 

(Jika Arul dikatakan pengecut, beliau hanya akan pergi dan berbahas serta tidak lagi perlu menghadiri siasatan PAC. Selain daripada ini, tidak ada sebarang tindakan yang boleh diambil oleh Speaker terhadap Arul kerana beliau bukannya seorang ahli Parlimen.) 

6) Arul juga mengesahkan bahawa beliau akan menjawab kesemua 10 soalan yang diajukan oleh Tony Pua - sama ada dalam perdebatan itu, jika dibenarkan oleh Speaker atau dalam PAC sendiri. 

Itu isunya ...

Maka melantik Rafizi sebagai pengganti dah tak releven. Ini adalah game antara Arul vs Tony Pua yang mana Tony Pua ni anjing.

Dok salak2 tapi bila orang hadapi anjing ini, dia lari menyalak2.

Rafizi pun dah keluarkan dirinya dari isu 1mdb. Dah setahun dia tak libatkan diri. Reputasi pun teruk ... Seterusnya

Monday, November 2, 2015

LEPAS SATU, SATU HELAH TONY PUA....TAKUT CAKAP LA TAKUT, KOMUNIS!

Lepas Satu, satu HelahTony Pua ... Takut cakaplah takut, komunis!

Ada pula dilaporkan dia kata contempt of parliament untuk dia jawab soalan oleh arul.

Padahal dia yang mulakan cabaran ...

Tino Pua mudah lupa ...atau dia takut dengan pelbagai sebab.

Sudahlah komunis! Takut cakapla

Cr: the unapinners

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.