Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label bandar malaysia. Show all posts
Showing posts with label bandar malaysia. Show all posts

Wednesday, May 1, 2019

Dengan Modal RM1 Juta, 1MDB Mampu Jana RM140 Bilion Untuk Projek Bandar Malaysia, Masih Berdosakah Lagi DS Najib?




 

Dengan Bangga PM ke 7 kata Projek 1MDB Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion (BACA DI SINI)...

Sekarang PH bolehlah jilat ludah sendiri, bila sendiri terkejut dengan kehebatan projek hasil dari 1MDB...

Sesungguhnya yang teraniya ialah DS Najib (BACA DI SINI)...

Kerana ini adalah hasil kerja beliau untuk bangunkan ekonomi negara...

Dan boleh mengukuhkan nilai Ringgit serta memberi impak yang besar ke atas ekonomi Malaysia dan bakal menjadi hab global untuk menarik lebih banyak kewangan global, teknologi dan firma keusahawanan berimpak tinggi...

Tapi apa bezanya projek Bandar Malaysia zaman DS Najib dengan zaman Mahathir sekarang nie?

Banyak bezanya, projek Bandar Malaysia zaman DS Najib adalah projek 1MDB dan hasilnya dipulangkan kepada rakyat...

Apa buktinya?

Tanyalah Tok Imam dan Tok Bilal yang pernah ditaja menunaikan fardu haji oleh 1MDB dan pelajar2 miskin yang di berikan biasiswa, mereka boleh menjelaskan...

Tapi projek Bandar Malaysia bawah Mahathir pula?


 

 Ingat The Loaf, ingat Bandar Malaysia (BACA DI SINI)...

 

Mahathir dan kroni adalah ibarat irama dan lagu, yang tak boleh di pisahkan...

Hasil 1MDB Bukan Setakat Bandar Malaysia Tapi TRX Juga

 

Menteri Kewayangan pula kata projek 1MDB TRX bernilai RM40 bilion dan antara aset negara terbesar negara (BACA DI SINI) dan (DI SINI)...


 

Tiba2, hutang RM30 bilion 1MDB tidak akan bankrapkan negara dan bukan lagi beban untuk generasi2 akan datang...

Tiba2, 1MDB akan menjana keuntungan sangat besar dan memberi manfaat ekonomi dan menjamin masa depan untuk negara...

Belum masuk lagi RM400 bilion di selamatkan untuk negara dari penyelesaian perjanjian penjana kuasa besar berat sebelah dengan pertolongan 1MDB pada tahun 2012...

Belum ambil kira pangkalan baru TUDM Sendayan yang amat besar...


 

Pangkalan baru Udara PDRM di Subang dan 6 lagi pangkalan TUDM yang di naiktaraf kerana 1MDB...

Belum termasuk juga perjanjian penyelesaian dengan IPIC untuk mendapat balik semua wang yang di katakan hilang setelah di hantar kepada mereka...

Di manakah maruah kerajaan PH bila menjilat balik ludah dan kahak yang mereka keluarkan?

Semasa kempen PRU 14, nama2 1MDB, Bandar Malaysia, TRX dan lain2 lagi menjadi zikir harian mereka untuk menanamkan perasaan benci rakyat pada kerajaan BN...

Kononnya, terdapat penyelewengan!!!

Kononnya, kerajaan BN boros dalam membelanjakan duit rakyat ketika rakyat di himpit dengan kos kehidupan!!!

Kononnya, projek2 mega tu telah menjual kedaulatan negara kepada China...

Tapi sekarang, ketika mengumumkan keputusan meneruskan projek2 tersebut, di manakah maruah kerajaan PH bila mengakui projek2 tersebut sebenarnya mampu menjana pendapatan yang tinggi pada negara...

Waktu membuat keputusan meneruskan projek2 tersebut, apakah kehidupan rakyat sekarang ini dalam keadaan mewah?

Waktu sujud di kaki pemimpin China untuk merayu simpati supaya di teruskan projek tersebut, apakah Mahathir tak merasakan ianya tidak menggadai maruah dan kedaulatan negara?

Kalau menggadai maruah Mahathir dan menteri2 bangangnya, rakyat tak kisah sebab memang pun mereka tak ada harga diri...

Ribuan umat Islam yang di hantar oleh 1MDB untuk menunaikan ibadah Haji serta anak2 muda yang mendapat biasiswa dari 1MDB lebih faham...



Saturday, May 20, 2017

60% Untuk RM7.41 Bilion Atau 50% Untuk Projek RM43.5 Bilion, Mana Lebih Baik?



Image result for bandar malaysia


Di Beijing, PM Najib bertemu dengan pemilik Kumpulan Wanda untuk mengadakan sidang akhbar bersama mengenai Bandar Malaysia.

Optimis perbincangan dengan kumpulan Wanda akan berjaya, Najib berkata, “Kami mempunyai peluang untuk mencipta sesuatu yang istimewa. Kita mahu ini menjadi satu perkembangan yang ikonik, ia seharusnya menjadi sesuatu yang istimewa dengan konsep hijau, kandungan budaya dan hiburan yang hebat.”


60% Untuk RM7.41 Bilion Atau 50% Untuk Projek RM43.5 Bilion, Mana Lebih Baik?

60% Untuk RM7.41 Bilion Atau 50% Untuk Projek RM43.5 Bilion, Mana Lebih Baik?
Pemilik Kumpulan Wanda dan manusia terkaya di China, Wang Jianlin, mengakui mengadakan perbincangan mengenai Bandar Malaysia dengan Najib.

“Hari ini, saya juga bercakap dengan Perdana Menteri mengenai projek ini. Ia adalah projek besar bernilai lebih US$10 bilion (RM43.4 bilion) dan kami belum memuktamadkan tawaran lagi. Kami amat yakin tentang pelaburan di Malaysia dan iklim komersial. Kami sanggup dan bersedia untuk menyumbang perkongsian kami untuk pembangunan ekonomi Malaysia dan mewujudkan satu-satunya pusat perdagangan unik di Malaysia,” katanya.

Itulah dia. WSJ dan Pakatan telah berbohong mengatakan bahawa perjanjian sebelum itu hancur kerana Kerajaan China telah menyekat pembiayaan bagi projek itu yang menyebabkan pasaran saham kita tidak stabil.
__________________________________________________________________ 


_____________________________________________________________________________

Ia kini terbukti salah.

Mengabaikan pembohongan WSJ sebelum ini, saya telah berhujah bahawa perjanjian itu telah dibatalkan semata-mata atas sebab-sebab komersial dan tidak ada sebab untuk tergesa-gesa dengan nilai Bandar Malaysia yang telah meningkat dengan ketara. (Baca sini)

Maka sekarang, adakah projek bernilai US$10 bilion (RM43.4 bilion) bagi luas separuh tanah lebih baik daripada RM7.41 bilion bagi 60% projek ini?

Adakah rakyat akan mendapat nilai yang lebih baik dengan tawaran baru? Ya. Berkali ganda atau berpuluh bilion lebih nilai untuk kita.

Dan Pakatan menyerang Kerajaan kerana membatalkan perjanjian lama sambil menyebarkan pelbagai khabar angin?

Selain daripada beberapa kali ganda nilai yang lebih besar untuk kita, saya telah berkata sebelum ini mengapa dengan membenarkan Wanda membangunkan separuh tanah untuk hab mega hiburan sementara membolehkan syarikat tempatan membangunkan separuh lagi baki tanah lebih masuk akal. (Baca sini)





Friday, May 5, 2017

Kementerian Kewangan Yang Batalkan Perjanjian Dan Bukan Sebaliknya – Penjualan 60% Bandar Malaysia




Pengumuman pembatalan perjanjian jual beli tanah-tanah di Bandar Malaysia oleh Kementerian Kewangan Malaysia mengejutkan ramai pihak. Ini berikutan tarikh luput tempoh masa memenuhi syarat-syarat perjanjian jual beli tanah-tanah Bandar Malaysia yang dibuat oleh TRX City Sdn Bhd (TRX), iaitu syarikat milik Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengambil alih projek itu dari 1MDB.

Pengumuman itu menyatakan bahawa syarikat usahasama milik Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering (M) Sdn Bhd (CREC) yang dimiliki anak syarikat Kerajaan China telah gagal membayar jumlah yang ditetapkan bagi pegangan 60% di dalam pembangunan Bandar Malaysia (yang diumumkan berjumlah RM7.42 bilion).

Saya tidak faham mengapa ada di media dan pembangkang politik antarabangsa mengatakan bahawa ia adalah China yang membatalkan Bandar Malaysia apabila ia adalah jelas bahawa pembatalan itu telah dilakukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan bukan sebaliknya. Jika pembatalan itu disebabkan oleh Kerajaan China atau dimulakan oleh pembeli, mengapa pembeli akan mengeluarkan kenyataan akhbar berikut mengadu tentang pembatalan berkenaan? CTS

IWH CREC Sdn Bhd (ICSB) has today received a notice of termination issued by TRX City Sdn Bhd (TRXCSB) in relation to the share sale agreement entered into between ICSB and TRXCSB on 31 December 2015 (termination notice).
ICSB is concerned with the content of the termination notice and the subsequent press release issued by TRXCSB, which, given the factual matrix, does not fully and accurately reflect the circumstances and conduct of the parties in this matter.

ICSB takes this matter very seriously and is at present reviewing the content of the termination notice and press release, with its advisors and legal counsel. A further announcement on this matter will be made in due course.
Sumber - The Star
Kedua, sekiranya pihak swasta atau pihak pembeli adalah pihak yang mengalami kerugian dan kehilangan kawalan ke atas aset yang amat berharga, pihak mana yang memperolehi keuntungan sebenarnya? Kerajaan Malaysia tidak mengalami sebarang kerugian hasil daripada penamatan perjanjian ini memandangkan High Speed Railway (HSR) telah ditandatangani dan lokasi Bandar Malaysia yang strategik tidak menyulitkan TRX untuk mencari potensi pembeli baru.

Ketiga, jika bakal pembeli sebelum ini (IWH) sendiri menilai tanah Bandar Malaysia pada RM26 bilion sekarang, iaitu dua kali ganda daripada penilaian RM10.35 bilion semasa perjanjian jualbeli ditandatangani pada Disember 2015 dan pembeli telah gagal membuat pembayaran mereka mengikut perjanjian walaupun 12 penangguhan pembayaran telah diberikan, adakah Kerajaan perlu berdiam diri dan tidak menamatkan perjanjian sewa beli?



Keempat, pembatalan perjanjian TRX City dan IWH-CREC telah mengakibatkan saham Ekovest jatuh mendadak. Inilah kesan dan dan nilai Bandar Malaysia. Ini soal perniagaan. Jangan ingat Bandar Malaysia tidak ada nilai. Sebelum ini ada 40 pihak yang menghantar cadangan dan tawaran usaha sama untuk bangunkan Bandar Malaysia, bukan hanya satu syarikat sahaja.
"Ekovest's shares hit limit-down to RM1.01 in early Thursday trade on news that the Ministry of Finance (MoF) decided to call off the Bandar Malaysia deal with Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) and China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd (CREC)."
Sumber - The Star 

Kelima, apabila penjualan 60% pembangunan Bandar Malaysia semasa diumumkan di hujung tahun 2015 lalu telah mengundang kemarahan pembangkang kononnya tanah negara akan dijual kepada syarikat yang dimiliki sebuah kerajaan asing, iaitu Kerajaan China. Apabila perjanjian ini dibatalkan dan Kerajaan akan mencari pembeli lain yang berpontensi, pembangkang juga turut bising. Apa yang mereka mahu sebenarnya?

Kesimpulannya, dakwaan pembangkang sebelum ini yang mengatakan Kerajaan Malaysia menjual negara kepada China adalah fitnah. Kalau tidak, masakan Kerajaan Malaysia membatalkan perjanjian jual beli ini, kalau betul Malaysia telah dijajah.



Saturday, January 2, 2016

Jawapan Fitnah Rafizi 2016 Tahun Jual Negara

Kepada yang masih tak faham bagaimana Bandar Malaysia hanya 24% dimiliki oleh Syarikat Dari Negara China, ini penjelasannya:

1) 1MDB hanya menjual 60% ekuitinya di Bandar Malaysia.

2) Syarikat yang membeli 60% ekuiti tersebut adalah sebuah syarikat yang 60% dimiliki oleh IWH, manakala baki 40% dimiliki oleh China Rail.

3) IWH 100% Milik Malaysia. 60% dimiliki oleh ahli perniagaan warganegara Malaysia dan 40% dimiliki oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor.

4) Ini bermakna China Rail hanya menguasai 24% ekuiti Bandar Malaysia.

5) ini juga bermakna 57% ekuiti Bandar Malaysia dikuasai Syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dan Johor.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa Rafizi Ramli memanipulasi fakta demi untuk membentuk persepsi jahat terhadap Kerajaan Malaysia, khususnya Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak.

Apa yang perlu kita sedar adalah, plan Rasionalisasi 1MDB sudah pasti tidak perlu dilakukan sekiranya kita berjaya memperolehi RM 20 Bilion melalui penyenaraian Edra Energy.

Tapi semua ini akibat daripada fitnah dan sabotaj yang berterusan oleh Rafizi Ramli, Tony Pua dan Tun Dr. Mahathir, akhirnya rakyat juga yang menanggung kerugian.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.