Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label dakwat kekal. Show all posts
Showing posts with label dakwat kekal. Show all posts

Monday, January 12, 2015

RUPA-RUPANYA PECACAI PAKATAN TAK DAPAT BEZA ANTARAMAHKAMAH SIVIL DENGAN MAHKAMAH TENTERA!

Monday, 12 January 2015

RUPA-RUPANYA PECACAI PAKATAN TAK DAPAT BEZA ANTARA MAHKAMAH SIVIL DENGAN MAHKAMAH TENTERA!

Rupa-rupanya para pecacai dan penyokong Pakatan Rakyat yang sedang 'bergembira' dan mengiktiraf Mejar Zaidi yang telah dipecat daripada jawatannya dalam TUDM dan kehilangan segala keistimewaan serta imbuhannya, tidak dapat membezakan antara Mahkamah Tentera dan Mahkamah Awam.

Mahkamah yang menghukum dan memutuskan bahawa Mejar Zaidi dipecat daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah MAHKAMAH TENTERA, bukannya mahkamah sesyen, mahkamah tinggi, mahkamah agung atau mahkamah persekutuan mahupun mahkamah syariah.

Itulah mengapa Mejar Zaidi tidak didenda dan dipenjarakan sebaliknya hanya dipecat. Hukuman tersebut telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Tentera, Kolonel Saadon Hasnan.

"Kesalahan yang dilakukan oleh Zaidi merupakan kesalahan yang sangat serius kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)," kata Kolonel Saadon Hasnan ketika hukuman dijatuhkan.   

Zaidi telah didakwa melanggar Perenggan 13, No. 12 Arahan Lembaga Angkatan Tentera dan juga melanggar Perenggan 3 kerana mendedahkan komunikasi rasmi kepada media tanpa keizinan daripada pihak atasannya - dalam kes ini, membabitkan perbualannya dengan media tentang dakwat kekal tanpa kelulusan pegawai tertingginya.

Sebagai seorang pegawai kanan, sekiranya dia membuat kenyataan di media tanpa kelulusan pegawai tertingginya seperti menceritakan bagaimana dia dimarahi oleh pegawainya atau betapa teruknya mutu makanan di kantin, dia juga boleh dikenakan tindakan termasuklah dipecat daripada perkhidmatan angkatan tentera.

TUDM merupakan unit yang menguatkuasakan undang-undang dan disiplin yang sangat ketat, selain pematuhan terhadap sebarang undang-undang dan peraturan yang telah dibuat. Tiada negara di dunia ini yang membenarkan pegawai yang telah ditauliahkan dalam angkatan tentera tetapi tidak diberikan kuasa untuk membuat kenyataan di media tanpa kelulusan pegawai tertingginya.

Pastinya angkatan seperti TUDM dan unit-unit ketenteraan mahupun polis mempunyai undang-undang tegas kepada penjawat-penjawatnya. Mereka adalah benteng utama pertahanan dan keselamatan negara. Sebarang tingkah laku para penjawatnya perlu diselia dan dikawal terutama sekali sekiranya kenyataan-kenyataan yang dibuat, akan menambahkan kucar-kacir dalam skop keselamatan negara biarpun sekadar hanya DAKWAT KEKAL YANG TIDAK KEKAL.

Barangkali para pecacai dan penyokong Pakatan Rakyat tidak tahu kedudukan Mahkamah Tentera berbanding mahkamah-mahkamah awam lain sehinggakan mereka dengan BODOH dan TOLOLnya membuat tuduhan, Mahkamah Tentera membuat keputusan memecat Zaidi kerana bersekongkol dengan UMNO-BN dan di bawah arahan UMNO-BN!!!

cr : sengal berita 

Friday, October 4, 2013

Apa Kes, Dakwat Kekal DAP Hilang Dalam Masa 5 Minit?

IMG-20131003-WA0002

KALAU diingat-ingatkanlah, DAP adalah antara parti paling lantang menyerang Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berikutan penggunaan dakwat kekal dalam proses pengundian PRU13 pada 5 Mei yang lepas.  Bila selak balik, sakit hati pun ada baca ulasan pemimpin-pemimpin DAP tentang perkara tersebut.

Padahalnya, dakwat kekal ini bukan cadangan orang lain, cadangan dia juga dulu, tapi tetap tak terlepasdari dijadikan isu sensasi.

Bagaimanapun, bila terdedah bahawa dakwat kekal yang digunakan dalam pemilihan Jawatankuasa Ekskutif Pusat Parti (CEC) Ahad lepas, pun ‘tidak kekal’ juga, maka ini sudah jadi persoalan serius yang memerlukan jawapan segera dari pemimpin-pemimpin DAP.

Terutama ahli CEC nombor 5, tapi dapat kekal sebagai Setiausaha Agung – Lim Guan Eng.

Memang Anthony Loke kata dakwat itu kekal 3 jam, tapi seorang perwakilan yang juga calon dalam pemilihan Ahad lepas, Zulkifli Mohd Nor menegaskan yang dakwat tu tahan tak sampai 5 minit pun!!  Lagipun, kok betullah apa yang Anthony Loke kata, nak tanya juga ni, apa jenis dakwat kekal yang hanya bertahan 3 jam?  Itu bukan dakwat kekal, itu dakwat yang susah nak dicuci.

Bodoh atau tak faham bahasa Malaysia, masuk sekolah jenis kebangsaan lagi.

Anyway, kalau tak memekak pasal dakwa kekal SPR itu hari, munasabahlah jugalah.

Tapi dia punya bising kan main lagi ya, sekarang bila dakwat kekal dalam pemilihan DAP pun ‘melurut’ juga dalam tempoh yang jauh lebih singkat (malah dikatakan tak payah susah-susah cuci pun), maka apa agaknya kata DAP sekarang?

Apa ramai sangat ke perwakilan DAP yang terlibat itu hari sehingga dibeli dakwat yang tidak berkualiti?  Takkan perwakilan lebih sikit seribu setengah pun dakwat yang digunakan kualiti rendah juga?  Atau mungkinkah berlaku penyelewengan dalam soal pembelian dakwat ini?  Yelah, order lain, beli lain, baki?  Masyukkkk..

Jadi apa pun nak cakap selepas ini, yang nyata DAP sudah hilang intergriti dalam apa kapasiti sekalipun untuk menyoal SPR.  Pemilihan dia pun kantol dakwat kekal, tak usahlah lagi membuang masa nak menyalahkan orang lain pulak.

Sudahlah isu Janice Lee yang asalnya dipecat (bertanding sebagai calon Bebas) boleh jadi perwakilan, malah mengundi pula dalam pemilihan Ahad lepas, masih tak selesai hingga sekarang. Tambah dengan skandal berkaitan dakwat tak kekal ni, mahu rasanya Guan Eng lepas jawatan dan bagi orang yang berhak untuk jadi Setiausaha Agung, Liew Chin Tong atau Gobind Singh Deo yang dapat undi jauh lebih tinggi dari Guan Eng.

Awak Nombor 5, buat cara nombor lima la maa.....jadi Pengerusi Biro sudahla, nak jugak jadi Setiausaha Agug, tak MALU. 


Baca selanjutnya di sini

Thursday, July 4, 2013

KANTOI!!! YUSUF KALLA MEMANG SAH PEMBOHONG!!!

"Hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bekas Menteri Kewangan Malaysia selama 8 tahun tampil di Ibupejabat Polis Bukit Aman bagi memfailkan saman malu bersama isterinya.
"Beliau bertindak sedemikian setelah pendedahan yang dibuat oleh Mantan Naib Presiden Indonesia, Yusuf Kalla yang mendakwa beliau menipu kepada rakyat Malaysia." - Media Massa.
Demikian serba sedikit laporan untuk seluruh rakyat Malaysia nak dengar dan baca. Jika perkara tersebut berlaku, tak mustahil Si Ketua Penipu tu boleh jadi PM.

Mana tidaknya. Buat kali pertama dalam seumur hidup dia, Si Ketua Penipu tu dengan beraninya tampil untuk menegakkan Kebenaran.

Buat kali pertama dalam sepanjang hayat dia sebagai seorang pemimpin, Si Ketua Penipu tu Berani mempertahankan imej dia kepada masyarakat dunia.

Dan, buat sekali sebelum dia meninggal dunia, Si Ketua Penipu tu Berani tampil dan menjaga maruah keluarga dia dari terus diaibkan. Tapi, semua itu hanya impian.

Semua itu hanya angan - angan kosong kita sahaja. SEBAB, Hakikatnya, Si Ketua Penipu tu memang terang - terangan seorang manusia yang PENAKUT! 

Dia TAKUT nak menegakkan Kebenaran. Dia TAKUT nak mempertahankan imej dia. Dan dia TAKUT nak menjaga maruah keluarga dia sendiri. Jadi, adakah orang yang PENAKUT macam itu yang nak dijadikan sebagai Perdana Menteri? Korang fikir la sendiri!!!

Perkembangan terbaru telah mendedahkan pertemuan Anwar dengan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla selepas pilihanraya, yang mana Jusuf Kalla telah mempersoalkan dakwat yang masih ada di jari Anwar. 
Jusuf Kalla dilaporkan berkata pada Anwar, “kamu kata isu dakwat, lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih ada dakwat yang belum hilang.” 
Nampaknya, Anwar berbohong lagi.  Bagaimana Anwar membuat laporan polis konon dakwat di jarinya hilang sedangkan Jusuf Kalla masih boleh melihatnya beberapa hari kemudian?   Apakah Anwar akan menuduh Jusuf Kalla berbohong bagi menyelamatkan dirinya?
Dalam pertemuan yang sama, Jusuf Kalla mempersoalkan kewarasan Anwar kerana berdegil ingin menjadi Perdana Menteri.   Katanya, “Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen, Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!”. 
Tambahnya lagi, jika kamu (Anwar) di Indonesia, ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral (parti)”. 
Beliau juga turut menempelak penipuan Anwar berkenaan pengundi hantu,Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya”.
Baca seterusnya : di sini

Tuesday, May 28, 2013

TERKINI! DAKWAT KEKAL : KENYATAAN KONTROVERSI DALAM LAPORAN POLIS ANWAR DIDEDAHKAN!


Setelah beberapa perhimpunan haram dan ceramah yang sarat dengan keraguan dan kononnya penipuan semasa PRU13, Anwar hanya mampu membuat laporan polis tentang dakwat kekal! 
Saya Anwar Bin Ibrahim telah mengundi di dalam PRU ke-13 pada 5/5/2013 di Daerah Mengundi Kubang Semang Parlimen Permatang Pauh pada jam 9.30 pagi. 
 “Saya basuh jari yang tercalit dakwat kekal pada jam 5 petang hari yang sama dan mendapati semua dakwat yang dicalitkan pada jari saya telah habis tertanggal." tulis Anwar dalam laporannya. seterusnya
Memang kelakar kerana sebelum ini Pakatan Pembangkang pernah buat sidang akhbar siap dengan power point dan 'kes-kes' yang didakwa berlaku semasa PRU13. Dan Anwar hanya buat laporan polis tentang dakwat kekal! Kelakar!


Yang menjadi persoalan sekarang ialah laporan polis yang dibuat oleh Anwar sendiri. Ada yang menimbulkan soalan,
Anwar basuh jari pada jam 5 petang sahaja? Tak ada sebelum itu? 
Anwar tak ambil air sembahyang untuk sembahyang zuhur ke?
Mungkin Anwar boleh jawab soalan mudah ini.

Dan jika 'dakwat kekal' yang menyebabkan Anwar 'riuh sekampung', ianya sudah dijawab sebelum ini! Di bawah adalah temuramah penuh dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), TS Abdul  Aziz Mohd Yusof yang menjawab segala tuduhan dan tohmahan Pakatan Pembangkang tentang PRU13.

Sila baca :



 
Jawapan kepada isu dakwat kekal :
S: Ada pihak mendakwa terdapat penipuan dalam soal penggunaan dakwat kekal dan salah laku. Apa penjelasan Tan Sri dalam hal ini? 

J: Saya mengakui SPR tidak mempunyai pengalaman langsung dalam hal menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya. PRU-13 adalah kali pertama SPR menggunakan dakwat kekal yang disyorkan Jawatankuasa Khas Parlimen.

Walaupun begitu, 
a. dakwat kekal yang SPR gunakan masih tertakluk kepada syarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang menghendaki ramuan dakwat itu tidak ada unsur haram dan tidak menyekat air wuduk kepada orang Islam. 
b. Syarat dikenakan Jabatan Kesihatan pula dakwat kekal itu mengandungi tidak lebih  satu peratus silver nitrat iaitu logam perak yang digunakan dalam dakwat berkenaan.
c. Walaupun pada peringkat awalnya SPR bercadang menggunakan antara empat hingga tujuh peratus silver nitrat. Kandungan logam inilah yang menjadi ramuan penting untuk menentukan ketahanan dakwat kekal itu.
d. Tetapi, Jabatan Kesihatan menulis secara rasmi kepada SPR, jika kandungan silver nitrat itu melebihi satu peratus, akan mengakibatkan risiko penyakit buah pinggang dan kanser kerana dakwat itu menyerap dalam tubuh.
Pembangkang sembunyikan bahaya Silver nitrate - toksik dan carcinogenik !! 
Tapi negara lain, seperti Kemboja mahu guna sehingga 25 peratus kandungan silver nitrat. Dalam hal seperti ini, untuk tujuan masa akan datang SPR akan berunding dengan Jabatan Kesihatan supaya dakwat ini tidak memudaratkan kesihatan. 
Jangan kerana terlalu ghairah hendak guna dakwat kekal, ada pula pengundi yang menghidap penyakit buah pinggang dan kanser selepas pilihan raya.

Kita juga merujuk kepada Jabatan Kimia untuk mengenal pasti ramuan dicampurkan untuk menghasilkan dakwat kekal. Dilema SPR ini, jika kita tidak memikirkan kandungan silver nitrat, memang kita guna mana yang dikehendaki pihak yang menuntut penggunaannya. 

Isu yang timbul dalam penggunaan dakwat kekal ini ialah,  
1. Kalau botol dakwat tidak digoncang dengan sepenuhnya maka ramuan terdiri daripada herba dan bahan kimia di dalamnya tidak akan menjadi sebati. Apabila ini berlaku, hanya cecair yang disapu dijari. 
2. Jari yang hendak disapu itu hendaklah tidak berminyak, kering dan tidak kotor serta cara menyapu hendaklah berkali-kali supaya penuh ruas pertama jari telunjuk kiri. Calitannya perlu sempurna.
3. Dakwat kekal pula ada dua warna iaitu merah untuk pengundi awal dan biru untuk pengundi biasa. seterusnya  
Laporan lain tentang dakwat kekal yang telah dijelaskan sebelum ini :
...Aziz admitted that the failure of indelible ink in some cases was caused by teething problems with using the ink for the first time. 
The EC is not here to cheat. As an organisation, we would like to be transparent, we don’t like to cheat. We don’t have an agenda,” he stressed.  
EC deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar told reporters this morning that he was not worried the ink could be washed off, stressing that voters cannot vote twice with one identity card (IC) number. 
I’m not worried about indelible ink washed off today because tomorrow you cannot vote,” he said. 
How is he going to vote without a MyKad or an IC number? One rakyat’s name is only stated once.” more
Satu lagi fakta penting yang tidak dinyatakan oleh Pakatan pembangkang : KLIK SINI


Seterusnya
 

Wednesday, May 1, 2013

KANTOI !!! #PRU13 #TOLAKPR !!! PENGUNDIAN AWAL !!! PENIPUAN PUAK PR DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!


kantoi sudah, puak PR mengatakan dakwat kekal boleh hilang masa dicuci dan siap publish kat fb.last-last kantoi juga,kerana ada kesan lagi di jari.apa cerita ni ??? nak menipu pun agak-agaklah.apa yang dikatakan oleh Zulkifli noordin dah berlaku,cuma angle lain. Zulkifli sebelum ini mengatakan ada kejadian tumbuk menumbuk.yang ni dakwat kekal hilang. Kalau hilang,apa cerita dengan gambar di atas ??? anda nak lagi ??? kita lihat gambar di bawah


HILANG 100 PERATUS ATAU TAK ???

NURUL IZZAH PULAK KANTOI MENIPU !!!

nak lagi ??? saya letak 1 lagi gambar


Wife aku off duty hari ini pagi dia pergi mengundi lepas mengundi dia balik cuci baju sekolah anak2 dengan tangan bukan washing machine baju anak-anak sekolah 8,7 tahun tentu kotor sangat ...dia guna CLOROX n lpas tu VANISH nak hilangkan bau CLOROX pada baju anak2 stok 2hari ...smbil tu cuci jari yg ada dakwat kekal tu.....tgoklah sendiri shbt2 semua.....masih kekal lagi

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

KITA TUNGGU APA PULAK PENIPUAN 5HB INI !!!

DULU NAK SANGAT DAKWAT KEKAL !!!

SEKARANG MASIH NAK MENIPU LAGI !!!

KALAU SPR TAK TELUS DAN MENIPU !!!

MACAM MANA PR DAPAT TAWAN 4 NEGERI DAN NEGERI SEMENTARA IAITU PERAK ???

JANGAN TUNJUK BENGAP ANDA BOLEH TAK PUAK PR ???

RENUNG-RENUNGKAN

Baca seterusnya : di sini



DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.