Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label dap. pas. bisu.. Show all posts
Showing posts with label dap. pas. bisu.. Show all posts

Wednesday, August 21, 2013

Hot! Gambar Gengster 04 Ugut Bunuh Polis dan Sekitar Perarakan Pengebumian Penjenayah


Ucapan setinggi penghargaan,tahniah dan berbanyak terima kasih kepada pihak polis kerana berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes bunuh lrentetan daripada kejadian di persimpangan jalan oleh kumpulan penjenayah upahan yang berpengkalan di Pulau Pinang setelah terbunuhnya 5 anggota geng 04 pagi tadi.

Namun begitu, kita menjangkakan pembangkang pastinya tidak akan duduk diam menyaksikan pihak polis  diberi penghargaan sebegitu rupa atas kejayaan tersebut memandangkan pembangkang sememangnya diketahui sangat anti dengan pihak polis.

Malahan bukan lagi satu rahsia umum yang mana salah satu dari komponen Pakatan Haram sekarang mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan gangster yang mendalangi ’pertumbuhan’ pesat rumah urut dan pusat judi haram di Selangor.

Inilah pembangkang.

Bila banyak kejadian tembak dan bunuh berlaku, kerajaan dan polis dituduh gagal mengawal keadaan.  Tapi sebaliknya bila polis berjaya menumpaskan kumpulan jenayah terbabit dengan menembak mati mereka yang terlibat, pembangkang akan mempolitikkan tindakan tersebut dan berusaha menjadikannya sebagai isu perkauman.

Nyawa anggota polis yang terancam dengan tindakan penjenayah melepaskan tembakan sewaktu menjalankan operasi menahan mereka, tidak langsung menjadi keutamaan pembangkang.

Justeru yakinlah, pada bila-bila masa dari sekarang, pembangkang (terutama PKRdan Dap) serta  para pemanipulator undang-undang dalam parti tersebut akan menukar kes ini kepada isu politik yang berbaur perkauman.

Melihat kepada beberapa kejadian yang hampir serupa sebelum ini, pembangkang biasanya akan mempersoalkan kenapa kekerasan maksimum perlu digunakan, tidak bolehkah mereka ditangkap dan sebagainya.  Alasannya mudah saja, kalau penjenayah ini ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah, cuba teka siapa yang akan dapat untung dari hasil yuran guaman?

Pendek kata, mana-mana pun pembangkang akan untung, jika ditembak mati, ada untung politik, jika ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah, ada untung dari segi wang hasil yuran guaman.

Kalau itu berlaku, penulis berharap kerajaan dan polis sudah bersedia dengan komunikasi yang betul kepada rakyat untuk berhadapan dengan pembelitan pembangkang yang bakal berlaku nanti.

Malah, polis dan kerajaan juga patut bersedia untuk menyiasat dengan sedalam-dalamnya kaitan pembangkang dan kumpulan gangster yang ditumpaskan pihak polis pagi tadi atau mana-mana kumpulan ganas yang bakal dikenakan tindakan selepas ini.






Sumber : Pisau.net

Sunday, July 14, 2013

PAS JADI 'SYAITAN BISU' TATKALA DAP BERSUARA MAHUKAN SUBJEK TAMADUN ISLAM DIGUGURKAN.


Oleh : Beruang Biru

Manusia dianugerahkan dengan otak yang terbahagi beberapa bahagian kegunaannya. Di bahagian pemikiran, otak manusia dibahagikan pula kepada dua iaitu kanan dan kiri. Satunya berfungsi untuk memproses maklumat logik, seperti perkataan dan matematik manakala satu lagi untuk memproses perkara seni, abstrak dan emosi. Kedua-dua bahagian akan berfungsi dalam tahap tertentu tetapi berbeza dalam otak manusia normal.  Perbezaan inilah yang membentuk seseorang itu cenderung ke arah menjadi seorang seniman ataupun seorang saintis.

Kedua-dua bahagian ini perlu ‘dilatih’ dan ‘dijana’ sebaiknya bagi membentuk seorang yang bijaksana. Oleh kerana itulah di negara barat, misalnya, matapelajaran kesusasteraan dan sejarah tetap akan diperkenalkan di peringkat awal, walaupun dunia mereka amat mementingkan sains dan matematik. Matematik dan sains mungkin menjadikan seseorang itu bijak, tetapi kesusasteraan dan sejarah mampu menjadikan beliau ‘bijaksana’ kerana ia melatih seseorang itu berinteraksi dan berfikir secara mendalam.


Justeru, tidak hairanlah seorang bijakpandai di barat termasuk saintis selalunya mampu memetik bait-bait Shakespeare dan mengupasnya dengan baik.

Di Malaysia, matapelajaran Tamadun Islam di pusat-pusat pengajian tinggi sebenarnya membawa objektif yang sama. Lebih dari itu, ia juga turut merupakan pengetahuan am yang tidak rugi jika dipelajari.


Justeru, kita amat terkejut dengan kecetekan minda Ahli Parlimen DAP yang bergelar Doktor, iaitu Ko Chung Sen yang mendesak agar subjek tersebut tidak dijadikan subjek wajib di IPTS.

Dr. Ko menyangkakan yang Tamadun Islam adalah subjek berkaitan agama Islam hanya kerana terdapat nama ‘Islam’ di situ. Akibat diselubungi emosi anti Islam yang amat kuat maka beliau tidak dapat melihat sebarang kaitan, jauh sekali kelebihan matapelajaran tersebut. Kita percaya jika nama subjek tersebut adalah Tamadun Dunia atau lain-lain, maka ia tidak akan begitu menjadi masalah kepada Dr. Ko dan DAP.


Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan UKM telah pun menjelaskan bahawa kursus tersebut yang dikenali sebagai Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) iaitu merangkumi huraian topik Islam dan bukan Islam serta membincangkan topik hal ehwal Melayu dan bukan Melayu.

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah Dr. Ko nampaknya ingin kembali ke era tertutup China.
Pemikiran Dr. Ko amat konsisten dengan pemikiran rakyat negara China dahulu kala di mana segala-galanya adalah searah dan arah itu pula hanya menjurus kepada ‘keuntungan’. Ini berdasarkan kepada hujahnya bahawa subjek Tamadun Islam adalah ‘tidak berguna’ kepada pelajar-pelajar yang ingin menjadi Jurutera. Mana mungkin skil berfikir dan bersosial tidak berguna kepada mana-mana manusia? Dan apa jenis graduan yang tidak punya pengetahuan am?

Jika kita biasa bergaul dengan kaum Cina dari negara China, kita akan dapati bahawa mereka mempunyai pengetahuan am yang cukup rendah. Kebanyakan mereka tidak tahu langsung tentang budaya dan agama orang lain dan negara lain.  Justeru, mereka sering bersikap tidak wajar ketika berada di negara orang.


Contohnya, memberi hadiah berbentuk ‘tokong’ kepada jabatan kerajaan Malaysia atau meraikan pelanggan Islam dengan hidangan tidak halal. Perkara sebegini tidak mungkin berlaku jika berurusan dengan orang-orang Barat.

Kita pasti bahawa punca warga China menjadi begitu tidak sensitif ialah kerana mereka meremehkan subjek yang membentuk ‘skil’ berfikir dan bergaul, sama seperti Dr. Ko.

Jelas sekali bahawa cara pemikiran Dr. Ko akan membawa Malaysia ke belakang. Apa yang membahayakan ialah pemikiran beliau turut dikongsi oleh sebahagian besar masyarakat Cina negara ini yang meremehkan skil berfikir dan bersosial yang termasuk di dalamnya adab, patriotisme, toleransi, hormat-menghormati dan belas kasihan. Masyarakat Cina hari ini telah meletakkan objektif hidup kepada ‘untung’ semata-mata.

Kita percaya cara pemikiran sebegini masih terus giat dipupuk di sekolah-sekolah vernakular yang mana hasilnya telah mula dilihat hari ini di mana anak-anak Cina amat biadap sekali dan tidak tahu menghormati sesiapa lagi. 

Baca seterusnya : di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.