Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label limguan eng. Show all posts
Showing posts with label limguan eng. Show all posts

Thursday, August 20, 2015

JKR DAN UEM JADI KAMBING HITAM TUTUP KELEMAHAN KETUA MENTERI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB




Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, menyalahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan United Engineering Malaysia (UEM) atas kesesakan luar biasa di Kawasan Perdagangan Bebas Bayan Lepas-Batu Maung, Isnin lalu merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bersifat menyelamatkan diri dari menyelesaikan masalah.

Lim Guan Eng dilaporkan berkata kesesakan yang menyebabkan kenderaan tersangkut selama tiga jam ialah satu krisis yang gagal ditangani oleh JKR/UEM.

Jalan tersebut ditutup Sabtu lalu untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan “flyover” melintasi Sungai Keluang bagi kemudahan Lebuh Raya Bayan Lepas Expressway (BLE) namun menyebabkan kesesakan teruk pada hari Isnin lalu yang merupakan hari kerja pertama sejak penutupan.

“Kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan cara JKR mengendalikan penutupan jalan ini yang menyaksikan kesesakan jalan raya paling teruk di kawasan ini dalam sejarah Pulau Pinang,” kata Lim Guan Eng dalam satu sidang akhbar bersama JKR.

Perangai Lim Guan Eng yang suka menyalahkan pihak lain atas sebarang kelemahan dalam pentadbiran Pulau Pinang sangat memalukan.

Sebagai Ketua Menteri, Lim sepatutnya mengambil tanggungjawab dan memperbetulkannya.

Mengadakan sidang akhbar bersama JKR dan UEM tapi kemudiannya menyalahkan JKR dan UEM atas kesesakan ini adalah merupakan perbuatan biadap dan tidak bermoral.

Ini kerana keputusan penutupan jalan ini sepenuhnya dibuat oleh oleh Kerajaan Negeri.

Apa perasaan para pegawai JKR dan UEM dalam sidang akhbar tersebut sedangkan ia keputusan kerajaan Negeri?

Tiada jalan di Pulau Pinang boleh ditutup tanpa kebenaran atau arahan kerajaan negeri.

Lim tidak boleh menafikan bahawa beliau bersetuju dengan penutupan keseluruhan jalan tersebut walaupun JKR dan UEM mengemukakan dua pilihan kepada beliau, iaitu (i) penutupan sebahagian jalan atau (ii) tutup sepenuhnya.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan menutup sepenuhnya dan ia mengakibatkan kesesakan luar biasa ini.

Lebih mengecewakan Lim langsung tidak memberi peluang kaedah ini berjalan beberapa hari sebelum melihat apakah ia boleh diuruskan atau tidak.

Lim sebagai Ketua Menteri sepatutnya menjadi pengimbang antara agensi pelaksana dengan rakyat.

Sebaliknya beliau pada hari pertama lagi sudah menjadi batu api kepada rakyat dengan menyalahkan JKR dan UEM sepenuhnya.

Adalah lumrah berlaku kesesakan akibat pembangunan. Jika sesiapa tinggal di Kuala Lumpur berhampiran laluan pembinaan MRT dan LRT pasti tahu seksanya.

Kadangkala terperangkap sehinga dua – tiga jam dalam kesesakan jalan raya waktu pagi. Ini pengorbanan yang perlu dilakukan.

Sudah tentu kita tidak mahu rakyat terperangkap berjam-jam lamanya. Namun ia hari pertama penutupan jalan dan kaedah penyuraian trafik yang baharu.

Lim sepatutnya mendapat laporan terlebih dahulu dan mendengar cadangan pihak pelaksana sebelum membuat sebarang keputusan.

LGE-Jam


Namun sama seperti mengarahkan penutupan sepenuhnya biar pun ada cadangan alternatif, beliau sudah membuat keputusan penutupan tersebut gagal dan mengarahkan pembukaan semula jalan tersebut.

Lim harus sedar bahawa beliau kini adalah Ketua Menteri Pulau Pinang bukannya pemimpin pembangkang “ala koboi” yang tidak punya apa-apa tanggungjawab pentadbiran.

Membakar sentimen pengguna jalan raya dengan mengeluarkan kenyataan menyalahkan JKR dan UEM serta mengarahkan jalan dibuka esok melalui akaun Twitter bukan gaya Ketua Menteri yang bertanggungjawab.

Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri harus belajar bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat, bukannya menyalahkan pihak lain.

Memalukan!


–MYKMU.NET

Friday, October 25, 2013

BONGKAR !!! CEC DAP !!! SEKALI LAGI LIM GUAN ENG SALAHKAN UMNO !!! APA CERITA NI ??? TAKUT KER ???

 
Sebelum Lim Guan Eng tergopoh-gopoh menyalahkan UMNO,ROS,mahupun komputer atau pun cuaca sekali pun atas kontroversi yang melanda pemilihan CEC,eloklah beliau meneliti sejenak fakta isu ini agar tidak perlu menutup malu dengan cara yang memalukan juga.Secara dasarnya,pemilihan CEC telah berlaku 3 kali.Iaitu kali pertama di mana keputusan dikatakan telah tersalah kira kerana kesilapan komputer.Kali kedua adalah sebenarnya ‘kiraan semula’ undi yang berakhir dengan keanehan di mana kiraan undi untuk beberapa perwakilan menyaksikan perbezaan yang tinggi,sedangkan perwakilan lain tidak pula banyak bezanya.Kiraan ini didapati tidak menepati masalah matematik yang kononnya berpunca dari komputer.Kemudian,terdapat juga aduan kepada ROS bahawa 753 perwakilan telah tidak menerima notis mesyuarat sekali gus dinafikan hak mengundi.
 
Kali ketiga merupakan pemilihan semula pada September lalu yang menyaksikan senarai pemenang yang sama.Pun begitu,ia tetap penuh dengan kontroversi apabila lebih ramai perwakilan yang ‘hilang’ berbanding sebelumnya.Turut didapati begitu ramai calon menarik diri saat akhir selain kes pengundi hantu di mana mereka yang dipecat juga telah mengundi.Antaranya ialah Jenice Lee dan juga David Dass.Pemecatan mereka berdua ini pula bukannya kerana melanggar disiplin parti tetapi kerana mempersoalkan tindakan kepimpinan sahaja.Jelas sekali,bahawa kepimpinan DAP tidak boleh dipersoal dan jauh sekali ditegur. Jika sebarang kesilapan atau kesalahan mereka didedah, maka pecatlah jawabnya.Untuk itu,David Dass mendedahkan bahawa beliau telah dipecat serta merta pada 2 Julai lalu kerana mempersoalkan tindakan kepimpinan dalam isu pemilihan CEC tetapi telah turut membuang undi pada 29 September lalu bagi memilih senarai CEC.Beliau juga menunjukkan surat pemecatan beliau yang bertarikh 7 Oktober 2013 yang diterimanya pada 10 Oktober 2013.
Saya tidak faham kenapa begitu sukar untuk DAP mengadakan pemilihan dengan teratur ??? Susah sangatkah untuk menghantar notis dan memastikan kehadiran mahupun memecat mana-mana ahli mengikut prosedur ??? Apakah DAP benar-benar begitu bodoh sekali ??? Bayangkan,hampir setahun,iaitu sejak Disember tahun lalu sehingga Oktober tahun ini,DAP masih belum dapat menyelesaikan isu undi yang hanya melibatkan 2000 lebih perwakilan.Inikah yang dikatakan ‘cekap’ ??? Kes perwakilan tidak menerima notis tidak terjawab, dan kemudian kes perwakilan ‘hilang’ juga tidak terjawab.Inikah yang dikatakan ‘telus’ ??? Begitu juga apabila aduan dibuat,pemimpin DAP langsung tidak menyiasat malah enggan mengaku salah pula.Inikah yang dikatakan ‘amanah’ ???
Lim Guan Eng sering menafikan tuduhan bahawa beliau adalah penipu,kuku besi,korup dan rasis.Tetapi,beliau tidak mampu pula membentangkan hujah untuk menjawab semua persoalan mudah di atas.Satu-satunya hujah yang beliau tahu adalah menyalahkan UMNO,ROS dan segala-galanya yang berkaitan kerajaan atau Melayu dan satu-satunya tindakan yang beliau mampu lakukan untuk menangani kesilapannya ialah dengan memecat orang yang mengkritiknya.Inikah yang dikatakan sebagai ‘bijak’ dalam konteks DAP ??? Memandangkan pemilihan semula CEC juga penuh dengan persoalan yang tidak berjawab,mungkinkah DAP perlu membuat pemilihan semula sekali lagi ??? Jika tidak,maka integriti DAP akan selama-lamanya dipersoal serta barisan kepimpinan CEC tidak akan dihormati oleh lawan,mahupun ahli-ahli sendiri.
 APA KATA ANDA ???
Baca seterusnya : di sini


Thursday, September 12, 2013

LAPORAN YANG TAK MUNGKIN DISIARKAN OLEH MEDIA PEMBANGKANG !!

Sebelum ini pemimpin pembangkang merwar-warkan kononnya matawang ringgit telah hilang nilainya dan susut secara mendadak dalam tempoh sebulan yang lepas.




Kononnya ia disebabkan oleh ketidakmampuan DS Najib Razak dan kerajaan BN pusat untuk mentadbir negara ini tanpa mereka memikirkan faktor-faktor luaran yang mempengaruhi nilai ringgit.

Dan kita yakin, laporan di bawah tidak akan disiarkan oleh media pro-pembangkang!

Kuala Lumpur 11 Sept. - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS,meneruskan peningkatannya selama tiga hari berturut-turut, dirangsang oleh kenaikan indeks pengeluaran perindustrian (IPP) Malaysia dan unjuran positif ekonomi Malaysia bagi suku ketiga tahun ini, kata para peniaga. 
IPP naik 7.6 peratus tahun ke tahun bagi Julai. 
Ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada 3.2600/2630 daripada 3.2785/2815 semalam.   
Mata wang tempatan itu mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.5710/5735 daripada 2.5807/5849 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.2506/2542 daripada 3.2742/2789 pada Selasa. 
Ringgit tinggi berbanding pound British kepada 5.1469/1529 daripada 5.1486/1546 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.3267/3313 daripada 4.3434/3480 pada Selasa. - Bernama


Begitu juga dengan kenyataan Lim Guan Eng DAP yang dilihat membuka pekung beliau sendiri. BACA SINI  


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.