Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label macai. Show all posts
Showing posts with label macai. Show all posts

Sunday, December 4, 2016

Melayu Memang Majoriti Dan Tidak Hilang Kuasa Politik.... Tetapi Dengan DAP Melayu Hanya Macai!!!

Betullah kata-kata Lim Kit Siang itu bahawa Melayu-Bumiputera tidak mungkin akan hilang kuasa politik kerana Melayu-Bumiputera adalah majoriti di negara ini. Nama-nama Melayu juga menduduki jawatan-jawatan penting baik di dalam Kerajaan mahupun GLC dan entiti-entiti Kerajaan yang lain.

Betullah juga dakwaan bahawa kalaupun DAP menang 60 kerusi Parlimen, kuasa politik tetap di tangan Melayu kerana daripada 222 kerusi Parlimen yang ada sekarang, Melayu-Bumiputera mungkin menguasai lebih dua pertiga.

Sekali imbas apa yang dikatakan oleh Lim Kit Siang adalah benar belaka.

Maka untuk menilai kembali kebenaran kata-kata Lim Kit Siang itu, ianya perlu kembali merujuk kepada sejarah lampau. 

Sejarah di mana Melayu-Bumiputera menjadi minoriti dan kemudian kembali menjadi majoriti dalam tempoh yang sangat singkat sebelum pemberian kewarganegaraan secara besar-besaran diberikan untuk tidak menghilangkan kuasa politik kaum imigran yang gagal menjadi warganegara United Kingdom atau British apabila ditinggalkan oleh kuasa penjajah itu setelah membawa mereka beramai-ramai ke negara ini.

Dari tahun 1955 menerusi PRU 1, kuasa politik di tangan Melayu. Seandainya MCA dan MIC tidak bergabung dalam Perikatan pun, ianya tidak akan menjejaskan apa-apa. Bahkan Melayu-Bumiputera mungkin akan menjadi lebih kuat dan lebih ekstrem berbanding sekarang. Malah, besar kemungkinan juga pemberian kewarganegaraan secara besar-besaran pada tahun 1957 dan 1974 juga tidak akan berlaku melainkan kepada mereka yang benar-benar boleh berbahasa Melayu dan menerima teras negara ini yang berlatarbelakangkan masyarakat Nusantara (Melayu-Bumiputera).

Namun bermula pada 1961, tahun di mana Lee Kuan Yew dan PAP mula mempertikaikan kedudukan orang Melayu, kemudian berlarutan sehingga Lee Kuan Yew dan PAP serta Singapura dikeluarkan dari Wilayah Melayu pada 1965 biarpun sudah ribuan tahun pulau tersebut diduduki oleh Melayu-Bumiputera, sehinggalah kemunculan DAP menggantikan PAP pada tahun yang sama. Maka dalam tempoh 3 tahun kemudian berlaku pertumpahan darah besar-besaran melibatkan etnik dan agama. 

Kuasa politik masih di tangan Melayu!

Bagi mengelakkan tragedi yang sama, DEB digubal. Walaupun di atas kertas dan teorinya, Dasar Ekonomi Baru adalah untuk Melayu-Bumiputera, tetapi pada penghujung DEB terutama pada zaman Mahathir sebagai Perdana Menteri, DEB untuk Melayu-Bumiputera itu telah ditelan dan dilahap oleh taukeh-taukeh yang menjadi kroni dan proksi Mahathir. DEB telah digagalkan oleh Mahathir tetapi bijak diselindungi dengan cerita-cerita kononnya orang Melayu-Bumiputera lebih berjaya dari zaman pentadbiran sebelumnya, walaupun hakikatnya Melayu-Bumiputera kekal sebagai macai melainkan sekelompok yang menikmati keistimewaan berada dalam GLC dan badan kerajaan serta korporat yang dibantu sepenuhnya oleh Kerajaan.

Tetapi apa pun, kuasa politik masih di tangan Melayu!

Tahun 1999 mula menyaksikan perubahan besar apabila PAS-Anwar Ibrahim bergabung dengan DAP. DAP berjaya memperolehi lebih banyak kerusi Parlimen berbanding PRU-PRU sebelum itu. DAP yang kurang menjadi perhatian, kini mula menampilkan para pemimpin yang bersuara lantang. Melayu-Bumiputera, Islam dan Bahasa Melayu kembali menjadi topik hangat mereka terutama menjelang PRU tahun 2004. Kehangatan tersebut berakhir seketika apabila Mahathir meletak jawatan pada tahun 2003 dan pada tahun 2004, BN yang dipimpin oleh Abdullah Badawi mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah.

Namun 2008, keadaan mula berubah apabila dasar-dasar yang lebih liberal dan terbuka diperkenalkan oleh Abdullah Badawi. Mahathir dan segerombolan orang UMNO bersatu menjatuhkan Abdullah Badawi menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional kehilangan majoriti dua pertiga pada PRU 2008.

2008 juga menyaksikan bagaimana DAP yang tetap berkata, kuasa politik kekal di tangan Melayu, berebut jawatan Menteri Besar Perak dan Pengerusi DAP Perak pada waktu itu, Ngeh Kor Ham memberi kata dua kepada Institusi Kesultanan Melayu, khususnya Perak kerana dia tidak boleh diangkat menjadi Menteri Besar akibat kekangan Undang-Undang Tubuh Negeri yang hanya mengkhususkan Melayu dan Islam sebagai Menteri Besarnya.

Nizar Jamaluddin dilantik mewakili 6 kerusi DUN PAS di Perak. Selebihnya adalah DAP dan PKR. Nizar Jamaluddin menjadi boneka dan paling terkenal dengan pelupusan pajakan tanah 99 tahun sebaliknya ditukarkan menjadi 999 tahun. Dasar-dasar serta penguasaan sepenuhnya dalam pentadbiran dan pengurusan negeri, dipegang oleh DAP. Melayu-Bumiputera masih pegang kuasa politik tetapi tali pacunya pada tangan Ngeh-Nga DAP.

Selangor juga memperlihatkan fenomena yang sama. Pulau Pinang, DAP berkuasa sepenuhnya. Di sebalik laungan kata, Melayu-Bumiputera adalah majoriti dan tidak mungkin DAP boleh menjadi Perdana Menteri walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan bangsa atau kaum atau agama tertentu khusus untuk jawatan Perdana Menteri, tetapi Melayu-Bumiputera bahkan masyarakat India dikejami dengan penuh sistematik. Mereka tidak sahaja dihalau menerusi kenaikan mendadak hartanah tetapi juga kemasukan pekerja-pekerja asing bagi jawatan-jawatan dan kerja-kerja rencam. Malah Lim Guan Eng yang mengepalai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, pernah berusaha untuk mendapatkan dua bidang tanah wakaf perkuburan bertujuan membangunkan projek perumahan mewah yang tidak mungkin dapat dibeli atau dimiliki oleh Melayu-Bumiputera Pulau Pinang.

Bagaimanapun, kerana bijak berputarbelit dan dengan bantuan orang Melayu yang pro-DAP, isu tersebut dipulas balik dengan menyalahkan Kerajaan Persekutuan yang kononnya tidak MEMBELI DAN MENGKHUSUSKAN LAPAN LOT TANAH TERSEBUT sejak 1999 lagi bagi tujuan dijadikan tanah perkuburan. Umum mengetahui, tanah merupakan bidang kuasa kerajaan negeri yang terletak di Pulau Pinang yang ditadbir-urus oleh DAP.

Menjelang PRU 2018, DAP semakin galak menentang apa sahaja yang berkaitan Melayu-Bumiputera, Islam, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu. DAP berselindung dan menggunakan NGO seperti BERSIH yang mendapat dana langsung daripada George Soros yang mahu menghapuskan "MALAY RULING". Ini membuktikan apa yang diikrarkan oleh Lim Kit Siang, hanyalah dongengan semata-mata.

Secara bodoh, memang 60 kerusi DAP tidak akan mampu mengambilalih pentadbiran dan pengurusan negara. Tetapi 60 kerusi tersebut pasti akan bercampur dengan kerusi-kerusi dari parti-parti lain yang menyertai DAP.  Sebagai parti dominan, DAP sudah tentu akan mengutamakan dasar-dasarnya MALAYSIA MALAYSIAN yang tidak lagi dilaung-laungkan tetapi terus berjalan seperti tahun 1963.

Bukankah gabungan itu yang diamalkan oleh Barisan Nasional sehingga membolehkan UMNO menerajui negara? Mengapa pula DAP perlu dikesampingkan sebagai sebuah parti individu walhal sekarang pun, gabungannya dengan PKR dan PAS (di Selangor), menjadikan DAP sangat dominan?

Selepas mengambil kira apa yang berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor, betulkah Melayu-Bumiputera tak hilang kuasa politik kalau DAP dibenarkan menguasai Putrajaya?

Temberang pukau apakah Lim Kit Siang nak buat?

Friday, September 27, 2013

WEI MINYAK TAK NAIK HARGA LA BANGANG!


Aku tak faham betul rakyat Malaysia ni. Dengar fitnah pembangkang bukan main lagi. Mana ada minyak naik?

Heboh sejak petang tadi mengatakan minyak naik. Yang memulakan benda fitnah macam nie sudah tentu puak macai pembangkang. Yang pelikna aa  jugak kerana yang naik angin adalah penyokong kerajaan sendiri. Korang tak dapat maklumat serta info rasmi tapi pepandai buat andaian.

Berikut adalah penjelasan dari Timbalan Menteri Kewangan 11.


Inilah bukti pembangkang punya macai nak perbodoh dan menyusahkan rakyat. Dari dulu lagi mereka tabur fitnah, peliknya ada gak manuisa bangang yang percaya.

Aku diberitahu seleuruh negara terutama sekali di KL semua steaten minyak tengah sesak akibat dari 'panic buying'

Apa ke bodoh korang ni boleh percaya kata-kata pakatan hanjing ni? Pastu untuk cover story ada macai pembangkang kata harga rokok pulak alkan naik.

Wei rakyat malaysia yang kurang cerdik, sampai bila lu orang mau kena tipu? Orang yang jaga negara siang malam korang kutuk. Orang yang kuat fitnah dan selalu janji mimpi basah korang percaya.

Are we that sick!? 




Wednesday, September 4, 2013

Hakikat Harga Petrol : Berlaku Adilah Kepada Kerajaan dan Rakyat















Pengumuman kerajaan mengurangkan subsidi petrol RON95 sebanyak RM 0.20 (20 sen) telah disambut dengan kemarahan orang ramai seolah-olah dengan kenaikan ini akan ada mereka yang tidak cukup makan, tidak boleh ke sekolah atau terpaksa hidup seperti fakir miskin.

Memang benar harga petrol naik 20 sen yang akhirnya akan meningkatkan kos sara hidup sekitar RM 8 sehari dan RM 240 sebulan. Ini pun dengan anggapan kita menggunakan petrol sehingga 40 liter sehari.

Mengikut kajian rambang di kalangan kawan-kawan yang bising mengenai kenaikan harga petrol. Mereka terdiri daripada perokok (RM 10 satu hari), kaki teh tarik (RM 5 sehari), kaki facebook (RM 2 sehari), ada dua telefon bimbit, ada yang bawa kereta macam pelesit (penggunaan petrol yang tinggi), ada pemilik motor besar, ada kaki wayang (seminggu sekali tengok wayang), membayar setiap minggu untuk “ringtone” telefon bimbit dan bermacam lagi perkara yang tidak penting dalam hidup kita tapi kita sanggup bayar tanpa sebarang isu.

Dengan kata lain, kita sanggup berbelanja besar untuk perkara yang sebahagiannya merosakkan kita seperti rokok dan teh tarik, tetapi mahu kerajaan tanggung sebahagian kos penting dalam hidup kita. Kos petrol adalah kos untuk kita ke tempat kerja bagi mencari nafkah iaitu antara elemen terpenting dalam hidup kita, dan kita mahu kerajaan menanggungnya.

Kerajaan masih menanggung kos petrol ini cuma kurang jumlahnya. Namun kita masih menyalahkan kerajaan. Adilkah kepada kerajaan?

Pertanyaan lebih wajar, adilkah kepada anak-anak di Sabah, Sarawak dan luar bandar semenanjung Malaysia yang mengharapkan pembangunan sekolah, elektrik dan air di kawasan mereka? Namun wang ini terpaksa dibelanjakan untuk rakyat di bandar yang melebih-lebih membazir terhadap perkara yang tidak perlu.



Kenyataan mungkin ini akan menimbulkan kemarahan ramai orang dan pelbagai alasan lain bahawa kenaikan harga petrol akan menyebabkan kenaikan berangkai perkhidmatan lain. Sekali lagi kita mahukan kerajaan menyelesaikan masalah ita tetapi enggan membantu diri sendiri.

Kebanyakan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di negara ini disebabkan permintaan melebihi penawaran. Sekiranya kita mengurangkan sedikit perbelanjaan sudah tentu banyak pembekal terpaksa mengurangkan sedikit harga bagi meningkatkan jualan.

Fakta Lain

Kerajaan juga diserang secara tidak adil kononnya menipu rakyat mengenai harga RON 95. Menurut ahli-ahli propaganda Pakatan

RON 95 =RM 2.10 + RM 0.63 (subsidi)
= RM 2.73
RON 97 = RM 2.70 (tanpa subsidi)
Persoalannya disini ialah, kenapa harga minyak RON97 lebih rendah harganya daripada RON95?
Sedangkan kita semua tahu bahawa kualiti RON97 lebih tinggi daripada RON95 dan kenaikan harga RON95 sebanyak RM 0.20 telah membuatkan harga minyak tersebut lebih tinggi daripada RON97.

Jawapan – harga sebenar RON 97 seliter untuk pasaran ialah RM 3.28. Bagaimanapun kerajaan tidak mengambil cukai sebanyak 58 sen seliter menyebabkan harga runcit di negara ini ialah RM 2.70.

Kerajaan telah membuat penjelasan ini sejak beberapa tahun lalu tapi masih ada yang cuba memutar belitkan fakta dan mahu mengelirukan rakyat. Adilkah kepada kerajaan? Adilkah kepada Perdana Menteri?
KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah mengenakan cukai jualan bagi pembelian petrol kerana tidak mahu membebankan rakyat. 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, cukai jualan bagi petrol adalah 58 sen seliter dan kerajaan tidak pernah mengutipnya daripada pengguna. 
Ketika menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa harga petrol premium RON97 kini lebih murah berbanding RON95, beliau berkata mereka yang membuat dakwaan itu meninggalkan aspek cukai jualan apabila membandingkan harga pasaran sebenar kedua-dua gred tersebut. 
Mereka sengaja cuba mengelirukan rakyat dengan meninggalkan aspek cukai jualan terhadap RON97,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival India Global 2012 di sini, semalam. 
Harga pasaran sebenar bagi RON95 sepatutnya RM3.18 yang mana subsidi kerajaan sebanyak 70 sen dan cukai jualan 58 sen ditambah pada harga di pam iaitu RM1.90 seliter. “Bagi RON97, harga pasaran sebenar dengan cukai ialah RM3.38 (RM2.80 + 58 sen cukai jualan,” katanya. 
Ini bermakna, katanya kerajaan bukan sahaja memberi subsidi bagi petrol RON95 tetapi juga tidak mengenakan cukai jualan terhadap petrol gred itu. Sehingga hari ini, harga petrol RON95 masih RM1.90 seliter, manakala RON97 pula turun 10 sen kepada RM2.80 susulan penurunan harga minyak mentah dunia. 
Harga RON97 tidak disubsidi tetapi ditentu mengikut harga pasaran dunia.
Saya harap rakyat faham bahawa apabila harga RON97 turun tidak bermakna harga RON95 juga turun,” katanya. 
Bernama
Walaupun jika dicampur cukai kepada RON 95 ia masih menunjukkan RON 95 lebih mahal darpada RON 97, kerana kesalahan kiraan, namun ia masih tidak menafikan hakikat bahawa harga petrol di Malaysia berada di bawah harga pasaran dan kerajaan memberi subsidi kepada petrol ini.  


Baca seterusnya : di sini


Saturday, May 4, 2013

PECACAI PAKATAN SUDAH MULA MENGGANAS... REPORT POLIS SEMAKIN BANYAK!!!



Di Putrajaya... lebih tepat lagi Precint 7...
Jam: 6:49 petang

Seorang lelaki bernama Mohamad Nor Saufiq bin Abdul Halim, 23 tahun, dan merupakan seorang kakitangan sementara telah membuat aduan kepada polis menyatakan, pada 3 Mei 2013, lebih kurang jam 11:53 malam, sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat yang menggunakan 15 buah motosikal dan 30 kereta dan merupakan bukan penduduk Putrajaya telah cuba melakukan provokasi.

Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat tersebut membawa bendera parti PAS, PKR dan DAP. Mereka telah berkumpul dan mula melakukan kekacauan di hadapan khemah Markas BN yang terletak di hadapan Sekolah Presint 9(2).

Mereka dengan sengaja mengadakan kekecohan, sekaligus membuatkan para petugas BN yang sedang memasang bendera terpaksa melakukan laungan balas. Dalam masa yang sama, salah seorang daripada petugas BN telah ternampak SEBILAH PARANG yang diselit di bahagian belakang pinggang salah seorang penyokong Pakatan itu.

Bukti yang terdapat pada rakaman video dan gambar yang diambil oleh salah seorang petugas BN, membuatkan Mohamad Nor Saufiq membuat laporan polis kerana bimbang berlaku perkara yang lebih teruk terhadap para petugas BN.

Keadaan ini juga telah menimbulkan keresahan kepada pengundi terutama untuk keluar mengundi pada esok pagi

Di Petaling... lebih tepat lagi di Kuchai Avenue, Jalan Kuchai Lama...
Jam 2:00 petang

Seorang lelaki, Nur Aliff bin Mohd Tafid, seorang kakitangan JPAM telah membuat laporan polis apabila dia dipukul dan diugut oleh sekumpulan 5 orang lelaki berbangsa India dan Cina yang memakai vest tertera lambang DAP.

Dalam kejadian tersebut, pengadu sedang memasang bendera BN di kawasan Kuchai Avenue, Jalan Kuchai Lama, Kuala bersama-sama seorang rakan. Ketika itu datang seorang lelaki India dan empat orang lelaki Cina yang menaiki motosikal dan memakai vest tertera lambang DAP. Kelima-lima lelaki tersebut telah menyuruh pengadu menurunkan bendera yang dipasang .

Bagaimanapun, pengadu tidak mengendahkan arahan tersebut. Suspek kemudiannya cuba memukulnya dan rakannya. Bagaimanapun pukulan tersasar dan mengenai bahagian leher dan bahu. Pengadu membalas dan menolak suspek untuk mempertahankan diri.

Suspek-suspek itu kemudiannya memberi amaran supaya berjaga-jaga dan beredari dari kawasan tersebut

Baca seterusnya : di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.