Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label omar ong. Show all posts
Showing posts with label omar ong. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

Omar Ong (PEMANDU) letak keling tak layak jadi CEO FGV

CEO FGV keling tak layak dan penipu!!!

Majoriti BN di Jempol, kawasan banyak rancangan Felda merosot walaupun calun BN adalah Pengerusi Felda dan bekas MB yang popular, Tan Sri Isa Samad menentang penyanyi yang ada masaalah sikap dan sinar matahari sudah tenggelam.

Dari majoriti 12 ribu jatuh ke majoriti hampir 9 ribu atas sebab beberapa bekas pegawai Perbadanan Felda seperti Dato Zul yang tikam belakang usaha kerajaan nak senaraikan FGV.  Macam-macam fitnah bodoh seperti Isa gila kuasa dan untung dapat saham dilempar. Kalau Isa CEO Sime Darby, tawaran saham untuknya bukan 180,000 saham tapi 3,000,000 hoi!


 


Oleh yang demikian, perlu difahami pengundi Felda amat delicate sekali. Tak boleh silap ... boleh lari. Jangan buat silap tak mahu dengar nasihat dan amaran lalu jadi angkuh. Masaklah pada PRU14 kelak.

Ini ditimbulkan kerana pertukaran CEO dari Dato Sabri kepada seorang ahli Lembaga Pengarah FGV yang mewakili PEMANDU yang diatur dari belakang tabir oleh Omar Ong, Ethos dan konsultan Yahudi McKinsey and Company. 

Difahamkan Dato Sabri memang dah patut pencen pun kerana usia yang dah agak lanjut. Disamping itu, Isa Samad tidak berkenan lagi sejak Sabri ditangkap berbuat sesuatu yang tak berapa betul. Malas nak cakap pasal dia pun nak pencen.

Pasal nak sangat tukar CEO, wakil PEMANDU dalam Lembaga Pengarah FGV, Dr. Mohammed Emir Mavani Abdullah telah di letakkan sebagai  CEO sementara. Tanpa fikir panjang, Isa dicadangkan oleh pejabat PM untuk ambil terus Emir Mavani sebagai CEO. Baca Bigdogdotcom SINI

Masaalahnya bukan pasal Emir Mavani ini Hindu masuk Islam yang nama asalnya Pradeep Kumar    tetapi kerana kepakarannya pun bukan dalam perladangan tetapi dalam bidang petroleum dan tenaga. Dia hanya salah seorang dari yang terlibat dalam NKEA bahagian oil and gas.

Satu lagi bab, lab-lab yang dibuat oleh dia dan PEMANDU bukan lab yang sebenar di mana pandangan dan syor mereka terlibat dikumpulkan dan diambilkira. Sebenar mereka hanya diguna untuk menjustifikasi syor-syor McKinsey dan agenda Omar Ong si Cina menyamar sebagai Melayu Liberal (atau dipanggil juga Melayu Baru). Langsung tak dipeduli syor-syor yang ratusan ide dari pengamal dalam industeri.

Bab ketiga pula adalah sebab EMir Mavani ini PENIPU. Dia kata dia ada Phd tapi Universiti yang dikatakan tidak wujud langsung. Baca Bigdogdotcom SINI. Maka segala apa yang diakuinya kini sepatutnya dipersoalkan kesahihannya!

Dengarnya ada 4 orang dari PEMANDU telah dibawa masuk ke dalam pengurusan FGV. Semuanya muda-muda tapi tiada pengalaman yang releven tetapi menuntut gaji pulohan ribu sebulan.

Kebanyakan staf PEMANDU adalah dari kaum bukan Melayu, datang dari keluarga berada dan tidak berpijak didunia nyata. Kebanyakan adalah anak-anak orang Bangsar dan Damansara dan menghabiskan masa lebih di luar negara hingga agak terlalu kebaratan. Cakap omputih pun penuh slanga British atau American.

Mereka hanya berfikir mengikut kerangka pemikiran barat Neo Liberal dan tidak tahu dan faham masaalah dan hasrat generasi ke dua tiga dna empat peneroka Felda. dan seorang petani.

Dalam FGV ada anak Felda yang naik hingga jadi Senior VP tapi kenapa bukan dia yang jadi CEO dan apa perlu bawak orang luar yang LANGSUNG tidak ada ijazah, ilmu dan pengalaman yang relevan.

Pasti sebaik diletak 4 badigol-badigol dari PEMANDU supaya Ethos, McKinsey dan lain-lain Kroni Konsultan akan dapat business!!!

Dari orang Felda mengaruk hingga enggan undi BN di masa depan, baik didedahkan sekarang.  Omar Ong, Emir Mavani, EThos, McKinsey dll tak akan jatuh miskin jika tak dappat kontrak ini tapi orang Felda yang akan lebih teraniaya diguna oleh conman conman yang berlagak seperti bagus.


Baca seterusnya : di sini


Saturday, June 8, 2013

Tiga Penasihat PM Yang Perlu Dipecat

tun-daim11

Tun Daim Zainuddin bukan jenis orang yang bercakap banyak. Beliau tidak juga tidak bercakap kosong atau bercakap mengarut. Namun begitu apabila sekali-sekala beliau bercakap apa yang diungkapkannya benar-benar bernas.  Tun Daim adalah orang yang awal yang meramalkan kekalahan BN di beberapa negeri sebelum pilihan raya umum ke 12 pada tahun 2008.

Menjelang pilihan raya umum ke 13, Tun Daim menjadi buruan media masa untuk mendapatkan pandangan beliau. Tun Daim hanya berkata BN akan kekal memerintah negara dan yakin BN akan tawan semula Kedah.


aelis nor 2
Apabila keluar keputusan PRU 13 sekali lagi apa yang diuangkapkan oleh Tun Daim menjadi kenyataan. Selesai pilihan raya sekali lagi Tun Daim diburu media bagi mendapatkan penjelasan beliau berhubung keputusan pilihan raya umum ke 13. Antara ulasan Tun Daim yang menjadi perhatian apabila beliau meminta Perdana Menteri memecat penasihat-penasihatnya yang memberi maklumat atau pandangan yang salah kepada PM selama ini. Mungkin ada pihak yang panas dengan kata-kata Tun Daim menggunakan cybertrooper untuk menyerang peribadi Tun Daim. Satu tindakan yang menjengkelkan. Mereka hanya mahu mendengar yang indah-indah mengenai mereka, tetapi mencerca apabila dikritik. Itulah amalan yang mereka guna pakai selama ini terhadap Perdana Menteri. Mereka hanya melaporkan yang baik-baik 
sahaja kepada Perdana Menteri.

Sebelum ini pun telah ada pihak yang membangkitkan tentang kegagalan war room BN yang dikuasai oleh penasihat-penasihat Perdana Menteri berhubung kegagalan BN mendapat kemenangan yang memuaskan.

Hasil siasatan sel13.com tiga orang penasihat utama Perdana Menteri yang gagal menjalankan tugas mereka dengan baik. Bukan setakat gagal menjalankan tugas, malah mereka mahu semua pandangan atau arahan mereka didengari oleh semua pihak termasuklah dalam soal pemilihan calon. Mereka adalah Datuk Seri Osman Razak, bekas ketua pegawai penyelidik di JPM, Datuk Aleis Anor dan Omar Ong.

omar-sitting
Setelah gagal menjalankan tugas mereka dengan baik untuk memberikan kemenangan bergaya kepada BN , selepas pilihan raya pun mereka masih lagi campur tangan untuk menentukan barisan kabinet. Sehingga saat akhir difahamkan ketiga-tiga penasihat punah ranah itu masih mahukan Perdana Menteri mengekalkan Hishamuddin Tun Husein sebagai menteri dalam negeri. Perdana Menteri bertindak menukar Hishamuddin setelah mendapatkan pandangan akar umbi termasuklah dari pemimpin-pemimpin Umno peringkat bahagian. Jika mengikut nasihat mereka untuk mengekalkan Hishamuddin di KDN , kedudukan Najib sendiri pun pasti akan tergugat hari ini kerana rata-rata akar umbi menolak beliau sebagai menteri berkenaan. Mereka penasihat punah ranah tidak turun ke akar umbi dan bercampur dengan rakyat bawahan. Mereka semua golongan elit. Berbeza dengan pemimpin peringkat bahagian yang bercampur dengan semua peringkat orang. Pemimpin bahagian lebih tahu kehendak akar umbi.


Penasihat-penasihat punah ranah itulah yang membawa kempen menjulang Najib ala-ala pilihan raya presiden Amerika. Sedangkan terang-terangan sistem pilihan raya Amerika dengan Malaysia berbeza. Betullah apa yang dikatakan oleh Tun Daim bahawa BN tidak perlu terikut-ikut rentak Anwar.

Selain daripada tiga orang di atas Perdana Menteri dan BN turut menjadi rosak kerana penasihat media seperti Farid Ridzuan TV3. Tindakan mempromosi Perdana Menteri dan BN secara keterlaluan di televisyen bukannya tindakan yang membantu, sebaliknya ia tindakan untuk membunuh. Rata-rata rakyat bercakap tentang tiga suku masa untuk siaran berita TV3 semasa kempen pilihan raya digunakan untuk PM dan BN. Ianya menimbulkan rasa loya orang ramai.


Untuk hadapi pilihan raya umum ke 14 maka adalah wajar Perdana Menteri menggugurkan tiga orang di atas dan bersama dengan Farid Ridzuan. Mereka telah ternyata gagal dan jangan lagi cuba mengharapkan mereka akan berubah. Jika tidak nahas sedang menunggu di pilihan raya umum ke 14

Baca seterusnya :Di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.