Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label pahang.. Show all posts
Showing posts with label pahang.. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

VIDEO | HOTLINE NEWS CAMERON HIGHLAND DILANDA TANAH RUNTUH DAN BANJIR ~ Kira-Kira 80 Buah Rumah Hanyut, 2 Maut




KUANTAN, 23 Okt (Bernama) -- Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini.
Kejadian pada 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing maut manakala seorang lagi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.

"Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Rabu.

Beliau berkata dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

Beliau berkata dianggarkan 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu.
"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.

Mohd Zahari berkata seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

"Kedua-dua mayat mangsa kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Kalsom, Cameron Highlands," katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan seawal jam 7.30 pagi ini selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu.

"Seramai 243 anggota penyelamat terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi itu," katanya.

-- BERNAMA

Sunday, October 20, 2013

PANAZZZZ ..... Gereja HALAU Sekolah St Thomas Sebab Nak Ambil Balik Tanah ! ?

 
Sekolah Kebangsaan ( SK ) St Thomas dan Sekolah Menengah ( SM ) akan dipindahkan, menumpang sementara di sekolah lain bermula 1 Januari 2014 sementara KPM juga dalam cadangan membina satu kompleks sekolah untuk SK St Thomas dan SMK St Thomas tetapi perlu mengambil masa beberapa tahun untuk disiapkan sepenuhnya.
 
Tapi tiba2 pihak gereja rasa nak pakai tanah itu - selepas berpuluh tahun - maka dihalaunya semua dan kerajaan terpaksa memindahkan semua pelajar, guru2 dan kakitangan sekolah. Notis pulak tu beberapa bulan saja.
Memang nak cari pasal la ni !
 
Tindakan memindahkan sekolah ini bukan saja akan memberi kesan kepada murid2 tersebut tapi juga kesan kepada murid2 disekolah yang beri mereka tumpang..... selama beberapa tahun sehingga tapak baru ditemui, dibeli dan dibangunkan sekolah baru.
Baca selanjutnya paparan oleh Din Turtle


Thursday, September 19, 2013

Gerakan boikot dimulakan orang Cina

CinaMelayu1

Disebabkan tiada sambutan daripada orang Cina, maka dalam persembahan tarian ketika pesta Hari Malaysia baru-baru ini di Pahang, hanya budak Melayu saja (berdiri di tengah atas pentas) yang terpaksa menggayakan pakaian Cina — adik berbaju warna merah muda, skirt jalur melintang.

Laporan TV9 bertajuk ‘Hari Malaysia Di Pahang Hambar Tanpa Golongan Cina’
Di Kuantan, Pahang, Hari Malaysia disambut dalam suasana hambar.

Hampir tiada seorang pun pemimpin mahu pun masyarakat Cina hadir. 
Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Pahang diadakan di Taman Gelora, pagi tadi. 
Hampir 2,000 hadir. 
Namun sebahagian besar adalah kaum Melayu. 

Tiada pemimpin kaum mahupun komuniti kaum Cina setempat hadir. 
Cuma yang kelihatan hanya sebilangan Ahli Dewan Perniagaan Cina serta India. 
Menurut Datuk Seri Adnan, masyarakat Cina turut dingin terhadap sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Pahang baru-baru ini. 
Lebih menyedihkan tegas beliau, pemasangan jalur gemilang di kedai-kedai yang dimiliki kaum Cina terpaksa dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan.”(sumber)
 sumber

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.