Secara
rasmi, bermula hari ini, pengisytiharan perang antara dua kumpulan
besar UMNO (dan bekas UMNO) dengan salah satu kumpulan yang diketuai
oleh penaung/pelindung taukeh-taukeh konglomerat yang menaja
deklarasi anti-Najib hari ini, manakala satu kumpulan lagi adalah
UMNO yang sedang menjadi kerajaan yang enggan menjadi proksi Mahathir
untuk taukeh-taukeh konglomeratnya yang telah meratah dan menghirup
setiap titisan peluh dan rakyat Malaysia selama hampir 3 dekad
selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Pakatan
Rakyat dicipta oleh Anwar Ibrahim dalam usahanya menjadi Perdana
Menteri dan merampas kuasa Putrajaya pada PRU-12. Pakatan Rakyat
bermula apabila berlakunya krisis kepimpinan Perak apabila tiada
mana-mana pihak yang berhak menjadi Kerajaan Negeri selepas Barisan
Nasional kehilangan majoriti. Anwar Ibrahim melihat peluang tersebut
dan kemudian menggabungkan PKR-DAP-PAS selain drama 16 September
untuk kumpulannya menguasai Perak. Kompromi PAS-DAP menerusi
penasihat Parti Amanah Negara sekarang ini, membolehkan Nizar
Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak paling gila yang telah menukar
status tanah di Perak dengan sewenang-wenangnya mengikut kehendak
DAP.
11
bulan kemudian, Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, hancur apabila tiga
orang ADUN mereka melompat keluar dari parti.
Pakatan
Harapan pula dicipta oleh Lim Guan Eng membabitkan DAP-PKR-PAN
apabila PAS dan kepimpinan utama PAS tidak berminat lagi untuk akur
dengan kehendak DAP yang cuba bertindak sebagai taukeh besar yang
menguasai segala-galanya ke atas PAS. Apatah lagi, DAP tidak
bersembunyi-sembunyi untuk menaja kumpulan-kumpulan tertentu di dalam
PAS untuk merampas parti tersebut bagi dijadikan macai DAP bagi
menguasai undi-undi orang Melayu-Islam. Keengganan Majlis Syura dan
penentangan Majlis Ulama PAS, akhirnya menolak PAS dari Pakatan
Raekyat dan Pakatan Harapan.
Namun
Pakatan Harapan tidak terlalu hebat dan mendapat sambutan ramai. Mat
Sabu yang mengetuai Parti Amanah Negara, tidak mampu mengulangi
kecemerlangan dan kegemilangannya di dalam PAS. PAN kurang mendapat
sambutan. Malah, DAP sendiri tidak lagi menaruh keyakinan besar
kepada Parti Amanah Negara biarpun hampir keseluruhan kepimpinan
parti tersebut terdiri daripada muka-muka glamour yang mendapat
publisiti sewaktu mereka di dalam PAS.
Kemarahan
Mahathir kepada Najib kerana merampas kekayaan mudah kroni-kroni
konglomeratnya telah dilihat sebagai peluang terbesar untuk
mewujudkan satu lagi Pakatan yang dirasakan lebih kuat dan lebih
berpengaruh.
Lebih
kuat dan lebih berpengaruh kerana di dalam Pakatan baru ini, terdapat
para pemimpin UMNO yang masih lagi aktif, kaya-raya kerana UMNO,
hidup senang-lenang kerana menjadi pemimpin UMNO, dibela walaupun
tindak-tanduk mereka amat mencurigakan kerana mereka pemimpin UMNO,
malah anak-beranak, kaum keluarga hidup dengan projek-projek dari
UMNO.
Antara
mereka adalah Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir yang sekarang ini
mencabar UMNO untuk bertindak ke atas mereka.
Namun
begitu, setakat ini, pengaruh daripada para pemimpin UMNO yang berada
dalam KUMPULAN PAKATAN PAKATUN yang telah melancarkan deklarasi
anti-Najib itu masih diragui. Kecuali Mukhriz Mahathir yang kononnya
sansgat berpengaruh di kalangan anak-anak muda, keupayaan anak lelaki
Mahathir yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah tetapi lebih banyak
berada di luar Kedah itu, amat diragui.
Ini
adalah kerana cubaannya untuk mewujudkan gelombang di Kedah, bukan
sahaja gagal, malah ditertawakan!
Justeru,
berapa lamakah hayat PAKATAN PAKATUN berbanding Pakatan Rakyat dan
Pakatan Harapan?
{Artikel asal
di sini}