Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label pembangkang.. Show all posts
Showing posts with label pembangkang.. Show all posts

Wednesday, April 2, 2014

Mat sabu mengulas isu video seks Pakatan Rakyat


Siapakah Pengarah Filem Lucah?

Dalam masa orang tertanya-tanya, ada pula yang mengaku....

Apa yang memelikkan, sendiri yang buat, orang lain yang disalahkan.

Thursday, October 3, 2013

Black Day' Jika PCA Tidak Diluluskan


KUALA LUMPUR 3 Okt - Kesemua mangsa penjenayah akan berhadapan dengan 'Black Day' sekiranya Akta Pencegahan Jenayah (PCA) tidak diluluskan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengakui keputusan akta baru yang tengah malam tadi tidak mampu memuaskan hati semua pihak terutamanya Ahli Parlimen Pembangkang.

"Kalau PCA tidak diluluskan 'black day' untuk mangsa jenayah.

"Tiada pihak akan puas hati 100% dengan keputusan Parlimen. Bagaimanapun, kita cuba untuk memuaskan hati majoriti populasi (rakyat Malaysia). PCA disasarkan kepada jenayah terancang oleh pertubuhan rahsia," katanya katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Parlimen di sini hari ini.

Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah 2013 (Pindaan dan Pemerluasan) yang mempunyai kuasa menahan tanpa bicara telah dikembalikan akhirnya diluluskan pada pukul 12.53 pagi.

Hampir kesemua ahli parlimen BN hadir termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum undi belah bahagian dijalankan.RN


Friday, July 19, 2013

Zahid Jawab Peguam Negara – 90% jenayah berat dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat

zahidhamidi


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tampil menafikan kenyataan Peguam Negara bahawa tiada bukti bekas tahanan Ordinan Darurat terbabit dalam jenayah berat.

Menurut Zahid Sebanyak 90 peratus kejadian jenayah berat kebelakangan ini terutama kes bunuh dilakukan bekas tahanan penjara Simpang Renggam yang dibebaskan daripada tahanan Ordinan Darurat.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua pihak termasuk Jabatan Peguam Negara memahami permasalahan polis yang disifatkan beliau sebagai ‘tidak bergigi’ selepas ordinan itu dihapuskan.

Katanya, polis menghormati transformasi undang-undang tetapi Jabatan Peguam Negara juga tidak seharusnya melihat kepada aspek perundangan semata-mata sehingga terlepas pandang kaedah membanteras jenayah.

Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap akta baharu yang bakal menggantikan Ordinan Darurat kelak perlu mempunyai unsur menyamai ordinan itu sekalipun tiada penangkapan pencegahan.

Lihat aspek bagaimana masyarakat keseluruhan harus dijaga, bagaimana jenayah perlu dibanteras dan bagaimana ‘kuman’ harus dibuang kerana tidak semua perlakuan jenayah ini ada saksi, tetapi polis dan masyarakat tahu siapa suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama penagih yang sedang menjalani proses pemulihan serta anak-anak yatim di Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini malam ini.

Dalam majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada rumah perlindungan wanita iaitu Teratak Arfidah selain sumbangan kepada para penagih dan anak-anak yatim.

Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika mengulas perkembangan akta baharu bagi menggantikan Ordinan Darurat berkata, beliau tidak menyokong sebarang pembentukan undang-undang yang membenarkan penahanan untuk pencegahan (preventive detention).

Mengenai desakan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming supaya beliau meminta maaf kepada Dewan Rakyat berhubung jawapannya mengenai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), Ahmad Zahid berkata, perkara itu tidak perlu.

Suruh dia baca jawapan saya yang terkandung dalam hansard Dewan Rakyat betul-betul. Kalau dia faham bahasa Melayu, saya tak perlu minta maaf sebaliknya dia yang sepatutnya meminta maaf,” katanya.

Menyentuh mengenai AADK pula, beliau berkata, sebuah pusat pemulihan berbayar akan dibangunkan sebagai pelengkap kepada pusat rawatan sedia ada bagi merawat penagih tegar yang masih mempunyai peluang disembuhkan.

Pusat pemulihan sebegini sudah dibuat pihak swasta tetapi tidak mencukupi. Saya harap masyarakat menyambut baik langkah proaktif ini kerana berkonsep terbuka iaitu kita tidak menahan penagih tetapi mereka sendiri yang datang,” katanya.

MYKMU.NET/UTUSAN


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.