Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label the edge. Show all posts
Showing posts with label the edge. Show all posts

Thursday, November 12, 2015

The Edge Serang 1MDB Tetapi Sokong YTL Buat Duit Atas Angin

Semalam, The Edge menulis betapa tidak adilnya Petronas dan TNB terhadap YTL.

Mereka berkata kedua-dua GLC menjadikannya sukar bagi YTL untuk menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan TNB dipersetujui oleh Suruhanjaya Tenaga.

Biar saya ringkaskan:

1) YTL hanya mendapat lanjutan 2 tahun 10 bulan kepada hanya satu daripada dua loji IPP milik mereka.

2) Petronas segera menghentikan gas subsidi kepada kedua-dua loji kuasa YTL sebaik Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) mereka tamat tempoh.

3) Petronas juga enggan menandatangani lanjutan daripada perjanjian perkhidmatan gas (GSA) dengan YTL sehingga isu pajakan tanah mereka dengan TNB diselesaikan.

The Edge menuduh bahawa ini mungkin disebabkan kes YTL menyaman Petronas RM700 juta kerana selama beberapa tahun, gas subsidi Petronas tidak disubsidikan dengan cukup atau tidak cukup murah untuk YTL.

4) TNB mahu menandatangani Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) baru di negeri di mana dua janakuasa YTL berada walaupun pajakan hanya tamat pada 2018.

TNB mahu merundingkan semula untuk mengambil kembali beberapa tanah yang YTL tidak guna kerana tanah itu sangat luas dan salah satu daripada dua loji kuasa tidak akan diperbaharui.

5) Dan TNB enggan menandatangani PPA akhir dengan YTL kerana YTL tidak menandatangani GSA, yang bergantung kepada penandatanganan LLA.  

Nampaknya kerajaan tidak memberi laluan mudah untuk kroni IPP era lalu. Ia pasti tidak adil kepada YTL kerana artikel The Edge sendiri menyatakannya tidak adil.

Tetapi The Edge terlupa untuk menyebut betapa tidak adilnya 20 tahun perjanjian konsesi IPP milik YTL yang tamat pada September 30, 2015.

Tolonglah kerajaan, jangan jadikan orang tua itu dan rakan-rakannya lebih marah dengan arahkan Petronas dan TNB menutup mulut dan menandatangani perjanjian.

Apa yang anda akan buat seterusnya, kerajaan? Membatalkan projek BestariNet?

Oleh Lim Sian See, https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1734940896724697&set=a.1505290066356449.1073741832.100006264096443&type=3&theater 

Diterjemah WakeUp Malaya 

Saturday, February 21, 2015

SELEPAS 'LAWATAN' PEMIMPIN PKR KE AUSTRALIA, SIRUL AZHAR MAHU BERCAKAP, AKHBAR THE ADGE PUN TURUT MENYEBARKAN BERITA.... PELIK TAK?

Saturday, February 21, 2015

Kini ada persoalan-persoalan menarik yang sedang ditimbulkan selepas Sirul Azhar secara misteri melarikan diri ke Australia. Persoalan, siapa yang menyediakan pasportnya walaupun dia adalah banduan hukuman mati dan menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan, sudah mula timbul. Bagaimana dia boleh melepasi kawalan imigresen di sempadan negara sehingga butiran tentang jenayah dan kes yang dihadapinya, tidak terlibat, juga dipersoalkan.

Namun kini, sudah ramai yang bertanya, mengapa Rafizi Ramli bersusah payah ke Australia mencari Sirul Azhar dan selepas itu keluar cerita, Sirul Azhar bersetuju untuk membuat konferens 15 minit dengan Mahfuz Omar menerusi telefon dan disiarkan secara langsung menerusi siaran dalam talian.

Apa peranan Rafizi dalam isu yang dibangkitkan secara kelam-kabut ini? Mengapa semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Agung dan Mahkamah Persekutuan, Rafizi Ramli tidak memintas terlebih dahulu dan kemudian mendesak Sirul Azhar menceritakan perkara sebenar sebagaimana yang sedang cuba dilakukannya sekarang?

Mengapa perlu ditunggu sehingga hukuman mati dijatuhkan?

Kalau berdasarkan teori, kononnya orang yang hampir mati akan menceritakan perkara sebenar, ia adalah teori kosong dan bohong. Ramai banduan mati tetap bertegas mereka tidak melakukan pembunuhan. Ramai pembunuh bersiri yang tidak mengakui perbuatan mereka. Ramai penjenayah yang berada di penjara, tidak mengakui jenayah mereka. Malah ramai PELIWAT SEPERTI ANWAR IBRAHIM, yang tidak akan mengaku sampai mati pun perbuatan mereka, walaupun peguamnya mengakui liwat yang berlaku adalah SUKA SAMA SUKA.

Rafizi perlu menerangkan peranan yang telah dimainkannya di Australia, sehinggakan akhbar Australia tersalah lapor dan meletakkan gambar seorang penyanyi Korea yang telah membunuh diri yang dikatakan sebagai Altantuya Shiiribu. Rafizi Ramli juga perlu menceritakan berapa banyak bayaran yang telah dibuat kepada Akhbar The Age Australia yang terkenal dengan prinsip 'SIAPA BAYAR, BERITANYA DISIARKAN'.  Mengapa terlalu ketara sangat, selepas bergegas pemimpin PKR melawat Australia dan mencari Sirul Azhar, benda-benda ni pun mulai disiarkan di Australia?

Mengapa Rafizi Ramli sedangkan mungkin pemimpin PKR lain yang terlibat? Sebab dia adalah Setiausaha Agung PKR. Sebagai Setiausaha Agung PKR, dia pasti ada segala butiran yang berkaitan.

Persoalan yang lebih utama ialah, sampai bila akta berkaitan pengkhianatan negara terus didiamkan? Mengapa tidak digunakan? Mengapa pengkhianat-pengkhianat negara dibiarkan berleluasa dan mereka sekadar dikenakan tindakan ringan di bawah Akta Hasutan 1948 sedangkan mereka sepatutnya dikenakan tindakan di bawah hukuman mati kerana mengkhianati negara dan berusaha menghancurkan negara ini!!!

- The Saviour at 11:10 AM

Monday, February 2, 2015

SENSASI! PEMILIK PORTAL TERKENAL DIDAKWA MEMBUAT KEUNTUNGAN USD1.4 BILLION AKIBAT KEJATUHAN RINGGIT!

1. Pemilik Portal Media Tong Kooi Ong "Edge Group and The Malaysian Insider" didakwa MalaysianExpose membuat keuntungan berbilion USD disebalik kejatuhan ringgit yang berlaku mutakhir ini dalam transaksi "Short Position Trading".

2. Menurut MalaysianExpose Sumber dalaman Bank Negara Malaysia, pemilik Portal ini telah mengeluarkan transaksi USD1.4 Billion melalui proksi bermula Ogos 2014 sehingga Januari 2015.


Apa itu Short Position Trading?

 

3. Short Position Trading adalah satu transaksi jangkaan bahawa Ringgit akan jatuh dan menyusut. Justeru , para pedagang "short position" ini akan memperdagangkan Ringgit Malaysia kepada USDollar. Jika kemudian hari, nilai ringgit menyusut , para pedagang dan pelabur matawang ini akan menerima banyak keuntungan apabila mereka membeli balik ringgit yang mempunyai nilaian yang rendah.


4. Apabila nilai matawang menyusut, Bank Pusat (dalam konteks Malaysia adalah Bank Negara) akan masuk campur untuk mengeluarkan rizab simpanan negara untuk menyeimbangkan nilai matawang.


5. Dalam senario Malaysia, ketika ini Ringgit sememangnya merudum, untuk menyelamatkan Ringgit dari terus merudum, BNM akan membeli ringgit sebagai pertukaran kepada Rizab USD yang mengalir keluar.

6. Spekulator matawang akan mengambil kesempatan (menggunakan wang sendiri atau wang pinjaman bank) untuk membeli USD dengan RM sehinggalah BNM kekurangan rizab, dan akan menyebabkan matawang merudum teruk.

7. Kemudian, pedagang akan kembali ke Bank dalam negara yang mereka pinjam duit untuk membeli matawang USD tadi dan membayar balik pinjaman tersebut dengan nilai ringgit yang mereka pinjam tersebut telah jatuh.


CONTOH KIRAAN SHORT TRADING

8. Contohnya , pada awalnya mereka pinjam di CitiBank sebanyak RM 1,000 000 untuk membeli USD . 1 US Dollar pada asalnya berkadaran RM3.30 , maka dengan RM1Juta tersebut, pedagang akan dapat membeli $ 303, 030.30 US  Dollar. 

9. Bayangkan ketika ini Ringgit jatuh, dan US Dollar mengukuh (either way, USDollar mengukuh sebab ringgit jatuh). Nilai Ringgit ketika ini didagang RM3.60 per 1 USD. Maka,Sekarang untuk kadar $ 303, 030.30  USDollar yang dipegang oleh Pedagang tadi adalah berkadaran RM 1, 090 909.90. Mereka membuat keuntungan RM 90,909.90!

10. Inilah adalah contoh RM1juta, biasanya Spekulator seperti ini bukan hanya bermain 'Short Position' RM1juta sahaja, malah sehingga BILLION USDollar.

Maka dengan cara itu lah mereka membuat keuntungan atas masalah negara.

Maka , tidak mustahil , kita tengok Portal-portal mereka teruk menghentam negara. Mungkin untuk melihat ekonomi negara terus merudum dan mereka mendapat kesenangan ini!

MalaysianExpose dikhabarkan telah membuat laporan terhadap 'Enemy of State' ini kepada BNM . Rujuk MalaysianExpose.

Akhir Kalam "Kenal Musuh Sebenar Anda "

Sekian,


Sumber rujukan dari Sumber .

Friday, May 17, 2013

Tolonglah Jangan Biarkan Anwar Bersara Sekarang…


Anwar-Ibrahim-Berhenti-Politik

Saya ada terbaca tentang sebuah kajian yang dijalankan oleh media, The Edge, yang menunjukkan bahawa 81 peratus responden mahu Anwar Ibrahim bersara dari politik sepenuhnya jika Pakatan Rakyat gagal menjajah negara pada PRU ke-13 baru-baru ini.

Keinginan untuk melihat Anwar bersara itu adalah ekoran kenyataan “pemilik jam tangan OMEGA yang hilang” itu sebelum ini berulang kali menyatakan untuk bersara dari politik sekiranya Pakatan Haram kalah pilihanraya lagi.

Menurut The Edge, seramai 10,396 orang responden mahu Anwar bersara dari jumlah 12,736 orang yang terlibat dalam tinjauan tersebut.

Dengan itu, saya ingin memohon kepada semua rakyat Malaysia supaya tolonglah jangan biarkan Anwar bersara dari politik. Kalau Anwar bersara, tak menariklah nanti dunia politik tanahair, kan? Selama ini kita sangat “seronok” melihat telatah Anwar sejak dia menceburi bidang politik…

Sejak Anwar di universiti, dia sudah mula buat kecoh. Dia huru-harakan negara dengan keganasan dan demonstrasi ganas yang kemudiannya mengheret dia ke Pusat Tahanan Kamunting. “Hebat” dia, kan?

Kalau Anwar tidak ada lagi dalam dunia politik negara, siapa pula yang akan menggantikan dia dengan pembabitan pelbagai skandal yang menggempar negara?

Dulu ketika Anwar di dalam kerajaan, para “balaci”nya mengelar Anwar sebagai “Mr. Pink Form”. Dia “beli” sokongan politik dari rakan-rakan dalam UMNO melalui “pink form” dan memikat hati akar umbi dengan ceramah auta penglipur laranya yang mengasyikkan.

Setelah “bapa politik wang” itu dipecat dari UMNO, boleh dikatakan sudah tidak meriah lagi “rasuah politik” di dalam parti. Kroni-kroni Anwar makin hambar dan kecewa apabila budaya yang diperkenal Anwar itu semakin terhakis dan boleh dikatakan hampir pupus di dalam UMNO, kini.

Bila dia dipenjara, kita gelihati melihat telatah lakonan “pembalut leher” Anwar. Sekejap ada, sekejap tidak ada. Dalam penjara dan kereta tak pakai, tapi bila depan penyokongnya di mahkamah tergopoh gapah dia pakai. Padahal, lehernya tidak ada masalah pun!


Lagipun kalau Anwar tidak ada pemimpin politik mana yang layak gantikan Anwar sebagai “pelakon filem” bertaraf antarabangsa? Lakonannya disiarkan hingga ke Jepun dan para penyokongnya masih lagi memujanya sebagai “hero”. Isterinya sendiri menggelarnya “pemimpin anugerah Tuhan”!

Papa Nurul Izzah memang “hebat”. Anwar sangat menjiwai wataknya sehingga kadangkala terlupa tentang jam tangannya yang berjenama mewah, OMEGA. Mana nak cari pemimpin politik yang mampu berlakon “sehebat” Anwar?


Kalau dilihat pula “koleksi mangsa Anwar” sepanjang pembabitan dirinya di dalam dunia politik, rasanya Bill Clinton pun boleh “tabik spring” padanya. Bill Clinton hanya seorang saja skandalnya, tapi Anwar bukan saja lebih dari 10 orang, malah berbilang bangsa dan jantina pulak tu!

Oleh itu, saya memohon pada Anwar supaya janganlah bersara sampai mati. Kami nak ketawakan siapa nanti kalau disebut “16 September”? Susah nak cari pemimpin pembangkang yang buruk perangainya seperti Anwar, kan?

Rakyat Malaysia perlu tahu. Kalau Anwar tak ada, pada siapa lagi rejim Zionis Yahudi Israel nak salurkan wang mereka untuk tawan Malaysia? Siapa lagi yang nak diharapkan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan Israel kalau bukan Anwar?


Baca seterusnya :di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.