Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Showing posts with label zahid.. Show all posts
Showing posts with label zahid.. Show all posts

Sunday, September 20, 2015

ISU 'ZAHID SETUJU CINA KEPARAT YANG KOYAK PASPORT MALAYSIA' DAPAT SEMULA KERAKYATAN, SENGAJA DITIMBULKAN UNTUK BERI TEKANAN BAGI MEMBUKTIKAN RASISNYA KERAJAAN DAN UMNO!!!



April 2014, Rottweiler Penang, Ng Wei Aik dengan penuh bangga kerana 'kemenangan besar' ke atas Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia mengumumkan, Kementerian Dalam Negeri telah membenarkan 1000 orang Cina, bekas rakyat Malaysia yang tersangat teringin menjadi warga negara United Kingdom atau Kanada, yang telah mengoyak pasport dan menggunting kad pengenalan mereka, datang kembali ke negara ini dan memperolehi semula hak kependudukan di Malaysia.

Golongan berkenaan yang cukup dibela oleh DAP dan dikenali sebagai 'THE STATELESS MALAYSIAN' dibenarkan pulang ke Malaysia?, walaupun mereka sebenarnya sudah tiada ada hak untuk pulang, kerana mereka bukan rakyat Malaysia lagi.

Ng Wei Aik jadi juara konon dalam isu BOC dan Cina yang mengoyak pasport serta melucutkan kewarganegaraan Malaysia mereka untuk menjadi warganegara Britain.

Menariknya, isu ini juga menyebabkan Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri terkena tempias, kerana kenyataan yang dikeluarkan bahawa golongan tersebut akan dibenarkan masuk dan tinggal di negara ini semula secara undang-undang, datangnya daripada Zahid sendiri.

Bagaimanapun, Zahid tidak pula menyatakan yang dia bersetuju memberikan status kewarganegaraan kepada mereka semua. Kenyataan Ng Wei Aik bahawa mereka semua telah diberikan taraf kewarganegaraan bagi tujuan bermegah-megah dengan 'kejayaan besarnya' adalah PEMBOHONGAN dan PENDUSTAAN SEMATA-MATA.

Pembohongan dan pendustaan sudah menjadi darah daging puak spesis Ng Wei Aik!

Zahid dalam satu kenyataan menafikan dia pernah mengeluarkan sebarang surat untuk memberikan kerakyatan kepada para pemegang passport British Overseas Citizens (BOC) melainkan berdasarkan jawapan kepada soalan Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik pada 3 April 2014 yang kemudian SECARA SENGAJA DAN BERNIAT JAHAT, telah diputarbelitkan untuk disalah-ertikan.

Menurut Zahid, sehingga 11 April 2014, hanya tiga orang pemegang pasport BOC sahaja yang telah diterima pulang oleh Kerajaan Malaysia. Ketiga-tiga mereka ini pula hanya dikeluarkan dengan kemudahan Pas Residen dan bukannya bertaraf kewarganegaraan.

Pengeluaran Pas Residen kepada para pemegang pasport BOC, tidak bermakna mereka diberikan taraf kewargangaraan. Ini adalah kerana berdasarkan kepada model permohonan kewarganegaraan, seseorang bekas warganegara perlukan sekurang-kurangnya 17 tahun untuk mendapatkan semula status kewarganegaraan Malaysia mereka.

Isu 'ZAHID BAGI KERAKYATAN KEPADA 1000 ORANG BOC' nampaknya sengaja ditimbulkan semula selepas DAP dan MCA kelihatan cukup bersemangat menaikkan isu RASIS yang dicetuskan daripada Himpunan Baju Merah.

Sedangkan pada masa yang sama, kerajaan dan parti tunggak kerajaan yang dikatakan RASIS itulah juga yang diharapkan akan meluluskan kembali kerakyatan kaum yang bukan sahaja tidak mengenang budi, bahkan sanggup membuang kerakyatan negara ini bagi mendapatkan kerakyatan negara lain tetapi kemudian merayu-rayu untuk kembali menjadi rakyat Malaysia selepas mereka tidak layak menjadi rakyat negara yang diingini.

Cerita Zahid bagi kerakyatan itu sebenarnya merupakan salah satu daripada kaedah yang digunakan oleh DAP untuk menimbulkan rasa bersalah kerana tidak membenarkan penyokong DAP luar negara menjadi warganegara Malaysia semula. Cerita ini sengaja diputarbelit dan disalahfahamkan untuk membuatkan Melayu dan UMNO rasa bersalah dan akhirnya terpaksa akur dengan permainan Ng Wei Aik dan DAP.

Tiada keperluan untuk Malaysia menerima puak-puak KURANG AJAR dan TIDAK MENGENANG BUDI itu kembali menjadi rakyat Malaysia sekalipun para penyokong DAP cuba mencipta tekanan baru agar mereka dilihat sebagai perwira kaum Cina!

Yang pasti, cerita 'pemberian 1000 kerakyatan Malaysia' kepada puak yang tidak mengenang budi itu TIDAK BENAR dan SENGAJA DIADA-ADAKAN bertujuan memberi tekanan kepada isu RASIS yang mereka timbulkan.

Alang-alang sudah digelar RASIS, mengapa tidak rasis yang sebenar-benarnya!!! Seterusnya

Saturday, October 12, 2013

OPS CANTAS - 6 PENJENAAH REBAH KETIKA BERBALAS TEMBAK DENGAN POLIS.....


Dalam dua tiga hari ini kita rakyat Malaysia dikhabarkan dengan berita gembira berikutan kejayaan pihak PDRM menumpaskan 6 penjenayah merbahaya di Kuala Lumpur  dan Ipoh. 3 semalam manakala 3 lagi ditumpaskan hari ini.

Bagi kita orang awam apabila disebutkan penjenayah bersenjatapi tentunya kita merasa gerun kerana mereka mempunyai senjatapi dan boleh memberi ketakutan kepada orang awam apabila mereka melakukan jenayah.

Ini merupakan kejayaan KDN yang diterajui Menterinya Datuk Seri Zahid Hamidi dengan kerjasama erat PDRM dibawah pimpina KPN Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam apa yang dipanggil Ops Cantas Khas.

Setinggi tahniah  atas kejayaan ini dan diharap lebih ramai lagi penjenayah bersenjata merbahaya ini ditumpaskan. Ini kerana Kuala Lumpur berada di tangga ke 6 sebagai kawasan paling tidak selamat, sebagaimana dakwaan DAP-PKR dan puak Anwaris.

Jika ikut pembangkang, tiada satu apa pun yang betul dengan polis ni? Orang awam ramai ditembak, polis yang salah kononnya tidak bertindak tegas serta gagal mengurangkan kadar jenayah. Namun apabila penjenayah ditembak, pihak polis pula disalahkan yang kononnya tidak mengikut prosedur dan sebagainya. Lebih melucukan saranan salah seorang pemimpin kanan pakatan pembangkang meminta polis "bersilat" jika penjenayah membawa parang.

Itulah dia pembangkang di Malaysia, hanya fikir masyuk saja. Lagi banyak kejadian jenayah, dia lagi suka sebab boleh dapat wang hasil membela para penjenayah ini bila di hadapkan ke Mahkamah.






Apabila melihat gambar diatas di muka depan Utusan Malaysia dua hari lepas meremang jugalah bulu roma saya. Meremang bukan sebab gatal....tapi sebab bangga bila melihat polis wanita berbangsa melayu dengan pakaian begitu dan siap pegang senjata lagi.

Bangga beb....bangganya tak mampu nak diluahkan dengan kata-kata apabila melihat ada wanita melayu yang boleh sampai ke tahap itu.

Inilah pasukan Ops Cantas Wanita yang ditubuhkan khas oleh Bukit Aman untuk memerangi penjenayah yang sering dibela oleh PKR dan DAP.




Sunday, July 21, 2013

Pengganas Sulu Jangan Mimpi Mahu Balas Dendam – Zahid

kiram2

Kerajaan memberi amaran kepada pengganas Sulu supaya jangan cuba mengugut untuk masuk semula ke Sabah bagi tujuan membalas dendam selepas insiden pencerobohan Februari lepas. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan polis dan tentera yang bertugas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sentiasa dalam keadaan bersiapsiaga bagi menghadapi sebarang ancaman kumpulan itu.

Jangan cuba ugut kami. Jangan cuba melakukan sesuatu kerana bukan sekadar pihak polis dan tentera malah rakyat Malaysia akan bangun menentang ancaman daripada pengganas Sulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 455 orang miskin dan orang kelainan upaya (OKU) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup di Bagan Datoh, Sabtu.

Ahmad Zahid mengulas tindakan Polis Sabah yang memulakan siasatan ke atas surat yang kononnya ditulis oleh militan Sulu yang mendakwa mereka akan datang ke Tambunan, Sabah untuk membalas dendam. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dilaporkan berkata polis telah mengesan sumber surat itu walaupun ia disyaki tiada kaitan dengan pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.

Menurut laporan itu, surat bertarikh 3 Julai yang ditandatangani oleh ‘Komando Militan’ bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan memberi amaran bahawa mereka mahu memulakan perang di daerah Tambunan sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampong Tanduo, Lahad Datu, menjelang Ogos ini.

Ahmad Zahid berkata pelbagai khabar angin termasuk kononnya bekas pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari juga akan datang ke Sabah. “Jangan dengar sebarang khabar angin. Tidak ada orang nak bagi ugutan atau nak masuk…beritahu (kita) lebih awal. Jika benar mereka hendak masuk dalam bulan Ogos, bulan Julai kita sudah tunggu,” katanya.


Beliau mengingatkan seluruh rakyat Sabah jangan memandang ringan ancaman daripada luar kerana pengganas Sulu sememangnya terkenal dengan budaya membalas dendam. “Kita jangan leka. Kalau kita leka memang mereka akan menceroboh masuk,” katanya. –
BERNAMA

Baca seterusnya : di sini


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.