Kita
tidak boleh nafikan Air Asia telah membuka satu lembaran baru dalam
industri penerbangan negara. Jika dulu hanya orang kaya-kaya sahaja
yang mampu naik kapal terbang kerana industri penerbangan negara pada
masa itu hanya dikuasai oleh MAS sahaja.
Selepas
wujudnya Air Asia industri penerbangan negara semakin berkembang
pesat. Wujudnya pula Firefly dan yang terbaru adalah Malindo Air.
Sumbangan
Air Asia dalam membawa masuk pelancong ke Malaysia juga tidak boleh
dinafikan. Bukan faktor tambang semata-mata yang membuatkan orang
ramai atau pelancong memilih Air Asia, tetapi cara pengiklanan mereka
yang membuatkan orang ramai tertarik. Bab tambang bila campur tolak
kali bahagi antara tambang Air Asia dengan syarikat penerbangan lain
ianya akan jadi lebih kurang sahaja, malah Air Asia ada yang lebih
mahal.
Satu
lagi kejayaan Air Asia yang tidak boleh dinafikan adalah kejayaan
mereka bertapak di negara-negara luar. Contohnya, Thailand,
Indonesia, Jepun dan yang masih dalam perundingan adalah India. Sikit
sebanyak kita boleh tumpang rasa bangga apabila sebuah syarikat dari
Malaysia berjaya bertapak di negara-negara berkenaan dan namanya
menjadi sebutan dunia.
Namun
begitu itu semua bukan alasan untuk Air Asia menunjukkan sikap
sombong dan bongkak kepada kerajaan. Jika tanpa sumbangan atau
pertolongan kerajaan Air Asia pun tidak akan berada di tempat yang
mereka berada sekarang. Bohonglah jika Air Asia kata kejayaan mereka
hari ini adalah hasil usaha mereka sendiri. Walaupun Tony Fernandez
keturunan India, beliau sendiri berhadapan dengan seribu satu masalah
hari ini untuk membolehkan Air Asia India diwujudkan. Sampai hari ini
pun beliau masih belum mendapat kelulusan untuk bertapak di India.
Tetapi di Malaysia Air Asia tidak menghadapi masalah-masalah besar.
Kalau
kita nak ungkit bab jasa atau sumbangan untuk membolehkan kita
menuntut macam-macam, babi pun banyak boleh menuntut dari manusia.
Jangan ingat babi tiada sumbangan kepada manusia. Jalan-jalan yang
ada kebanyakannya adalah jalan dirintis oleh babi. Dulu kita mana ada
jalan, semuanya hutan. Babi berjalan beramai-ramai dalam hutan sampai
botak rumput. Kemudian manusia tengok, oh sini jalannya. Manusia pun
guna jalan itu untuk ke sana sini. Kemudian apabila negara dah maju
sikit, manusia pun turap jalan itu jadi jalan raya. Asalnya adalah
jalan babi….
Air
Asia enggan berpindah ke klia2 atas alasan keselamatan, keselesaan
dan kos kepada penumpang. Apakah di LCCT sekarang ianya selamat dan
selesa kepada penumpang ?
Waktu
kita keluar dari balai pelepasan menuju ke pesawat atau turun
daripada pesawat menuju ke balai ketibaan, kita sendiri dapat rasakan
bagaimana suasana yang tidak selesa dan tidak selamat. Dengan
debunya, bunyi bising pesawat dan kenderaan Air Asia yang lalu
lalang. Itu selamatkah ? Itu selesakah ?
Air
Asia berkata kos yang dikenakan kepada penumpang di klia2 akan
membantutkan usaha Air Asia memberikan penerbangan tambang murah
kepada penumpang. Ini boleh dikirakan sebagai lawak april fool 2014
yang dibuat Air Asia.
Air
Asia sedar atau tidak yang mereka menyembelih pengguna selama ini
dengan bermacam-macam caj yang tidak logik ?
Mana
ada syarikat penerbangan lain yang mengenakan bayaran caj daftar
masuk kepada penumpang ? Tetapi Air Asia kenakan bayaran RM 10.00
kepada seorang penumpang. Kadang-kadang waktu di lapangan terbang
saya kasihan melihat orang-orang yang tidak mahir menggunakan
teknologi, seperti orang tua atau orang kampung yang pergi daftar
masuk kemudian diminta membayar RM 10.00. Pernah satu ketika saya
melihat seorang bapa yang membawa 5 anak dan isteri untuk merasai
naik kapal terbang, dan tidak tahu untuk menggunakan mesin daftar
masuk layan diri, diminta membayar RM 70.00 caj daftar masuk.
Begitu
juga dengan bayaran bagasi yang didaftar masuk. Penumpang perlu
membayar setiap bagasi yang didaftar masuk bergantung kepada berat
beg. Sedangkan rata-rata syarikat penerbangan memberikan percuma
kepada penumpang untuk mendaftar masuk bagasi antara 15kg-20kg.
Berikut
adalah harga yang dikenakan oleh Air Asia untuk bagasi yang didaftar
masuk
Ini
jika kita beli talian, jika yang tidak pandai menggunakan teknologi
pula penumpang perlu bayar lebih daripada itu di kaunter daftar
masuk.
Paling
rendah yang dijual adalah 15kg dengan harga Rm 25.00. Kalau beg kita
10kg, maka 5kg dapat percuma sahaja kepada Air Asia. Kalau beg kita
18kg pula, maka kena bayar tambahan. Mereka tak akan beri percuma
kepada kita.
Bercakap
bab tambang pula, ramai diantara kita yang tertarik dengan iklan Air
Asia dan percaya bulat-bulat kepada iklan mereka. Sedangkan
hakikatnya tambang mereka tidak semurah yang kita jangka.
Saya
buktikan kepada anda melalui perbandingan di bawah. Saya membuat
pencarian di talian untuk perjalanan daripada Kuala Lumpur-Kota
Kinabalu-Kuala Lumpur pada tarikh 13 dan 14 April 2014.
Air
Asia : Tambang yang dikenakan RM 628.00 tidak termasuk caj daftar
masuk. Makan dan minum kena bayar lain. Berlepas dari LCCT dan kena
panjat tangga.
MAS
: RM 580 dengan layanan 5 bintang. Daftar masuk penumpang dan bagasi
20kg tanpa sebarang bayaran. Makanan percuma. Berlepas daripada KLIA
dan pakai jambatan udara.
Malindo
Air : RM 388.00 termasuk bayaran insuran, daftar masuk bagasi 15kg
dan penumpang percuma. Berlepas dari KLIA dan pakai jambatan udara.
Jika anda tidak memilih untuk membeli insuran harga kurang lagi RM
30.00 kepada RM 358.00
Bukti-bukti
diatas cukup untuk saya buktikan bahawa Air Asia adalah sebuah
syarikat yang menekan pelanggan. Kemudian guna alasan tidak mahu
berpindah ke klia2 kerana untuk memastikan mereka dapat mengekalkan
tambang murah kepada pelanggan. Kepala hotak dia !
Apa
yang mereka buat itu adalah untuk memainkan sentimen rakyat agar
membenci kerajaan. Kononnya bukan mereka yang menekan pelanggan
tetapi kerajaan yang menekan pelanggan hingga mereka tidak dapat lagi
menyediakan perkhidmatan tambang murah kepada pelanggan. Sebabnya
apabila berpindah ke klia2 , macam-macam caj yang dikenakan MAB
hingga mereka tidak dapat lagi memberikan tambang yang murah.
Sedangkan caj-caj yang dikenakan MAB berapa sen sangat dan itu semua
untuk keselesaan penumpang. Penumpang tak perlu lagi nak berpanas,
berhujan atau berdebu kerana dapat masuk ke pesawat dengan
menggunakan jambatan udara. Percayalah cakap saya, selepas ini mereka
akan tekan pelanggan dengan pelbagai caj lain lagi, atas alasan caj
di klia2 yang tinggi.
Orang-orang
Malaysia kena buang daripada pemikiran mereka bahawa Air Asia adalah
sebuah syarikat penerbangan tambang murah. Bila ingat murah, terus
ingat Air Asia. Itulah yang tertanam dalam pemikiran rakyat Malaysia
selama ini. Semuanya kerana termakan dengan iklan. Mulai hari ini
orang Malaysia kena tanam dalam pemikiran mereka bahawa Air Asia
sebuah syarikat yang suka menekan pelanggan dengan pelbagai caj yang
tidak masuk akal. Sebab itu mereka untung berbelas bilion setahun.
Kemudian kutuk MAS. Sedangkan MAS dalam masa yang sama banyak buat
kerja amal termasuklah untuk penerbangan pendalaman Sabah dan
Sarawak. Dulu kerajaan bagi kepada Air Asia untuk uruskan penerbangan
tempatan di Sabah dan Sarawak. Selepas setahun cabut lari…Mas juga
yang terpaksa ambil balik...
7 comments :
Yang memberi peluang kepada Tony F untuk tubuh Air Asia dulu pun orang Melayu juga yang terhegeh2 jumpa Mahathir bernama Pahamin Rejab dulu tu. Itulah Melayu tak sedar diri dah dapat peluang bagi kat bangsa asing bagi menyapu peluang perniagaan tersebut habis2an.Sekarang ada satu lagi syarikat Melayu memohon untuk bentuk syarikat penerbangan baru tidak lagi diluluskan.Sampai bila Ds Hisham/Najib nak luluskan syarikat Melayu ini.Come on lahhhh bagi cepat Sani Air ini diluluskan supaya dapat bersaing dengan Air Asia yang dah kaya raya tu.
Saya memang dah lama x guna perkhidmatan airasia. Memang penipu besar..
Aku sekeluarga balik kampung dari tawau ke kl biasanya pilih flight mana paling murah. Setakat ni, dalam 10x balik, airasia 8x kot. So, cakap banyak ke apa, yg penting duit poket sendiri. Kerajaan susah ke apa ngan airasia, dah kena pilih jadi kerajaan mmg gitulah.
Saya lebih prefer air asia
lebih prefer mas. tetap d hti. service yg bgus.. tnpa perlu bersusah2 seperti aa.
Bagus lg MAS daripada airasia...air asia service kurang bagus..ada jg yg xberbudi bahasa....airasia cekik darah....MAS memng selesa....service bagus...sy n family dah xnak dh naik airasia....goodbye airasia...
statement paling bangang pernah aku tgk... lain kali ko fahamkan business concept AA tu, baru ko boleh citer kat sini... first, kita kena terima kasih kat AA sebab mereka laa, diorg bagi kita celik IT (check-in) dan pasal hal2 penerbangan ni.. kalau tak tau, belajar.. malas belajar nak check-in camner, terpaksa laa keluar duit... pasal baggage allowance semua tu, memang camtu laa concept tambang murah.. ko gi laa kat mana2 airline tambang murah pon, sama je concept dia... lastly, pasal harga dia mahal yg ko ckp tu.. ko paham tak AA akan bagi harga murah utk 3 bulan ke depan... mereka melatih kita utk merancang trip kita 3 bulan lebih awal... ko try tgk harga lagi 2-3 hari nak terbang, memang laa mahal... bangang...!!!!
Post a Comment