Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, October 5, 2017

Duit Hilang RM32 Billion Tidak Tahu, Hal MAS Beli Boeing Tahu Serba Serbi


Mahathir ada bersamakah dalam bilik perbincangan di White House semasa Datuk Seri Najib dan Presiden Trump bincang mengenai pembelian Boeing?

Tiada, tapi tahu semuanya. Bila duit hilang sampai RM32 billion di Bank Negara, Mahathir kata “tidak tahu”. Macai macai Mahathir gunakan hujah Mahathir memang tidak tahu kerana tiada dalam bilik urusniaga mata wang pada ketika itu.

Bila MAS beli Boeing, macam macam cerita yang keluar dan tuduhan dibuat pembangkang. Mahathir dan pembangkang tahu serba serbi, biarpun mereka tidak berada sama pun dalam lawatan ke Amerika Syarikat itu.

“Adakah ia keputusan membeli 58 kapal terbang Boeing itu dibuat MAS atau keputusan peribadi Najib sebagai habuan untuk peluang bergambar dengan Trump?”,tuduh Mahathir dalam Malaysiakini, 25 September 2017.

Kalau hendak bergambar, Najib dan Trump sudah jumpa beberapa kali sebelum ini, termasuklah ketika di Arab Saudi. Malah Trump anggap Najib sahabatnya, beri layanan yang istimewa melebihi protokol biasa.

 

Tuduhan Mahathir ini jelas mengarut sama sekali. Pembelian Boeing dirancang sejak November 2016 lagi. MAS sudah umum lama dah mahu beli 25 lagi pesawat untuk menggantikan 15 pesawat yang telah agak lama, serta menambah 10 lagi pesawat bagi menjana keuntungan buat syarikat.

Mahathir pusing dan putar habis kenyataan Datuk Seri Najib semata mata bertujuan hendak bagi rakyat marah.

“Semalam saya baca berita di Turkish Online bahawa kerajaan Turki membeli 40 buah pesawat Boeing bagi meningkatkan industri penerbangan negara tersebut, tapi malangnya kenyataan saya tetap diputar-belit oleh pembangkang,” kata Datuk Seri Najib.

Mengapa perlu beli yang baru? Ini kerana, banyak kapal terbang MAS yang sedia ada bukanlah milik MAS, tetapi menggunakan cara “aircraft leasing”.

Cuba tanya Mahathir siapa yang lingkupkan MAS pada tahun 1994? Masa Mahathir jadi Perdana Menteri. Mesti Mahathir kata “tidak tahu”.

MAS alami kerugian teruk melalui dasar penswastaan Mahathir sehingga dibail-out dan dibeli balik oleh kerajaan Mahathir pada tahun 2001.

Untuk memulihkan MAS, suatu pengstrukturan yang dipanggil “Wide Asset Unbundling” (WAU) dijalankan pada tahun 2002.

Pindahkan aset-aset kapal terbang bernilai RM4 bilion dan liabiliti MAS sejumlah RM7 bilion kepada suatu syarikat yang bernama Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) yang dimiliki oleh Khazanah.

PMB yang memiliki kapal terbang MAS. Kemudian PMB pajak semula pesawat kepada MAS dengan konsep “leasing”.

Sehingga kini, MAS juga menggunakan model ini dan sebahagian besar kapal-terbang Airbus mereka juga dipajak dari syarikat-syarikat “aircraft leasing”.

Tempoh pajakan Airbus MAS juga akan tamat tidak lama lagi dan amat perlu bagi MAS untuk mengganti pesawat-pesawat itu dengan Boeing 787-9 ataupun A330-900neo.

Mahathir yang menjadikan model MAS sebagai “aset-light” dengan menggunakan konsep “aircraft leasing”.

Tetapi kini, Mahathir dan orang-orangnya mempersoalkan mengapa MAS hendak pajak pesawat pesawat ini dan bukan milik MAS sepenuhnya.

Masa zaman Mahathir dulu, itulah cara yang Mahathir gunakan. Pajak pesawat. Macam mana hari ini, orang orang Mahathir boleh jadi mudah lupa dan serba “tidak tahu”?

Konsep pajakan pesawat ini bukan satu perniagaan yang pelik dan luar biasa. Semua syarikat penerbangan dunia guna kaedah “aircraft leasing” ini.

Pesawat-pesawat AirAsia juga dimiliki oleh syarikat “aircraft leasing” bernama Asia Aviation Capital Limited. AirAsia guna konsep yang sama macam yang dibuat oleh MAS.

Mahathir dan pembangkang turut buat persepsi bahawa mana laluan baru pesawat baru Boeing hendak pergi. Laluan baru sebenarnya bukan lagi isu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew sudah menjawab. Pesawat Boeing yang baru dan berangka besar penting dalam mengembalikan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan premium dan menawarkan produk lima bintang.

“Jarak luar biasa 787-9 akan membolehkan kami beroperasi ke mana-mana destinasi di Eropah dan beberapa destinsi di US pada masa depan dari Kuala Lumpur” kata Peter Bellew.

Malah Boeing sendiri sudah tawarkan lorong terbaik di dunia buat MAS. Pembangkang tidak ada masa persefahaman antara Boeing dan MAS ini dimetrai, mereka hanya main tuduh sahaja.

“Boeing menawarkan pesawat berangka besar dan satu lorong terbaik di dunia, dan kami gembira Malaysia Airlines terus memberikan kepercayaan dan keyakinan ke atas Boeing menerusi MoU untuk 16 kapal terbang Boeing ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Boeing Commercial Airplanes, Kevin McAllister.

Hanya dengan membaca laporan sebuah portal, Mahathir tahu serba serbi pasal pembelian Boeing oleh MAS ini. Macam mana Mahathir tahu serba serbi pasal hutang 1MDB melalui WSJ dan Sarawak Report. Bila 1MDB selesai bayar hutang, Mahathir boleh pula buat tidak tahu.

6 Julai 2006, Tan Sri Tajuddin Ramli dedahkan di mahkamah, beliau diarah oleh Mahathir dan Daim untuk beli saham MAS yang dimiliki oleh Bank Negara Malaysia bagi membantu sebahagian kerugian kerugian uruniaga forex yang kini terbukti berjumlah RM32.5 bilion.

Jadi, Mahathir tidak usahlah pertikai apa yang MAS lakukan sekarang. Yang hilang sampai RM32 billion dulu masa dia jadi PM pun tidak tahu. Masa jadi Pengerusi Pakatan Harapan boleh pula tahu semua benda. Ini amat melucukan.




1 comment :

Unknown said...

ASS..WR.WB.SAYA pak alresky TKI BRUNAY DARUSALAM INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN AKI SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN SAWAH YANG DULUNYA SEMPAT DI GADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA KEPADA KAMI DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355) JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN NYA TERIMAH KASIH
NO HP EYANG WORO MANGGOLO (0823-3744-3355)
BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL EYANG WORO MANGGOLO
>>>>>TOTO TOGEL 2D 3D 4D KLIK DISINI <<<<<
DIJAMIN TIDAK MENGECEWAKAN ANDA APAPUN ANDA MINTA INSYA ALLAH PASTI DIKABULKAN BERGAUNLAH SECEPATNYA BERSAMA KAMI JANGAN SAMPAI ANDA MENYESAL















DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.