Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, March 31, 2015

Seorang Guru Di Kelantan Tersedar Rahsia Terbocor Cepat Cepat Padam Posting Mengenai Anti GST di Facebook


GURU PAS DI KELANTAN BARU TERSEDAR, DIA SUDAH TERBOCOR RAHSIA, CEPAT-CEPAT PADAM POSTING ANTI-GSTNYA DI FACEBOOK!!!

Seorang guru yang mengajar di SMK Bukit Jawa telah membuat posting awal tentang bagaimana dia terpaksa menutup gerainya di KB Mall yang telah dibukanya selama 10 tahun. Alasan penutupan adalah GST.

Untuk makluman, KB Mall terletak di Kota Bharu dan merupakan pemilikan salah satu anak syarikat kerajaan negeri. Kota Bharu terletak di Kelantan. Kelantan pula berada di bawah Kerajaan Negeri PAS semenjak tahun 1990.

Paling menarik ialah apabila Husam Musa, orang yang paling banyak membuat 'penemuan menggemparkan' di Kota Bharu dan Kelantan, termasuklah penemuan telaga minyak, turut menyambut posting berkenaan sebagai bukti betapa buruk dan zalimnya GST.

Para macai Pakatan Rakyat terutama sekali yang tegar menyokong DAP yang cuba melindungi kebuasan para peniaga DAP mengaut keuntungan besar, turut menggunakan posting tersebut sebagai bahan untuk mereka menyerang Kerajaan kerana implementasi GST.

Bagaimanapun, setelah terdedah, wanita berkenaan telah melupuskan posting tersebut. Dan lebih menarik lagi ialah, rupa-rupanya wanita itu bukanlah peniaga sepenuh masa, sebaliknya merupakan seorang guru!!!

Kakitangan awam rupa-rupanya di pengkomplen itu!

Pada ketika para guru kononnya tidak mempunyai banyak masa kerana terlalu dibebankan oleh kerjaya dengan sebahagian daripada mereka pula mengeluh kerana terpisah dengan suami atau isteri sehingga ada yang kononnya hampir bercerai, guru ini pula mempunyai banyak masa lapang untuk berniaga.

Apa yang ditulis oleh guru ini, sememangnya menarik perhatian daripada golongan yang cukup dikenali sebagai pemacai tegar DAP seperti di bawah tanpa dia sedar, posting berkenaan telah pun dilupuskan oleh penulisnya sendiri

LAGI DRAMA PAS-DAP, TETAPI PAS KEKAL BERSAMA DAP TANPA CUBAAN FASAKH DAN MUFARAKAH!!!

Tuesday, March 31, 2015

Ibarat rumahtangga pasangan suami isteri yang bermadu, sedang bergolak dan sudah di ambang keruntuhan.

PAS bolehlah diibaratkan sebagai isteri yang bermadu suami. Suami pertama yang sangat garang, sangat dominan dan sangat bersifat memerintah adalah DAP, manakala suami kedua pula adalah PKR yang cuba untuk menyembunyikan hubungan terlarang berkongsi isteri dengan DAP, terpaksa bersilat ikut rentak DAP agar kudis tokak pada tubuhnya tidak ditunjal oleh DAP.

Di Kedah, DAP tak tolak PAS. Di Pulau Pinang, DAP halau PAS. Di Perak, DAP benci PAS. Di Johor, DAP nak kerjasama dengan UMNO untuk bentuk rumahtangga baru. Di Sarawak, DAP putuskan semua hubungan dengan PAS sebab PAS hanyalah janda hanyir yang sudahlah tidak cantik, lebam dan lembam pulak. Di Sabah, PKR bersama DAP baru petang tadi mengumumkan, mereka sudah tidak inginkan PAS dalam sebuah rumah tetapi masih berharap PAS akan terus membantu mereka melakukan serangan ke atas UMNO dan Barisan Nasional.

Di Selangor, DAP dan PKR yang cukup takut kalau-kalau PAS berpaling tadah, bersikap lebih lembut dan kurang menyerang. Dek kerana itulah, PAS seperti semulajadinya sebagai betina jalang yang lapar jantan, segera cuba melakukan pujukan dengan Pemuda PAS Kawasan Gombak mahu mengadakan tunjuk perasaan anti-GST di kawasan yang diketahui kubu kuat Azmin Ali kerana sokongan ahli-ahli PAS walaupun pada masa yang sama, Azmin Ali telah menyatakan bahawa PKR tidak akan menyokong hudud yang dibawa oleh PAS.

Begitulah PAS...

Walaupun ditunjal, walaupun diludah, walaupun dikeji dan disumpah seranah oleh PKR dan DAP, sedikit pun mereka tidak mempunyai maruah diri. Bagi mereka, yang penting, DAP dan PKR akan terus menyimpan mereka, bergilir-gilir menyetubuhi mereka dan bergilir-gilir memberikan kenikmatan yang kadar dan tahapnya berbeza-beza.

Disebabkan untuk menutup malu, UMNO dan Barisan Nasional yang tidak ada kena-mengena dengan Pakatan Rakyat dan usul hudud yang mahu dibentangkan oleh PAS, dipersalahkan, dan cuba dijadikan kambing hitam.

Bersungguh-sungguh PAS menyalahkan UMNO bagi mengiyakan tuduhan DAP bahawa pembentangan hudud di DUN Kelantan dan usul yang akan dibuat di Parlimen, adalah perbuatan UMNO manakala PAS pula sekadar menjadi pak turut UMNO yang telah terpedaya.


Sunday, March 29, 2015

Khalid Samad Ditangkap Jam 3 pagi Tadi dibawah Akta Hasutan 1948

Friday, March 27, 2015

BANGANG TAHAP UNTA, JENIS APA PEMIMPIM PEMIMPIN PAS NI? RAMAI PEMIMPIN PAS TOLAK HUDUD TK NAK TANYA, NAK SIBUKKAN UMNO.

Thursday, March 26, 2015

Hari ini, Mahfuz Omar diarah keluar Dewan apabila terus mendesak dan marah apabila pada 11 Mac dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Kerajaan tidak membawa usul hudud. Kata Mahfuz, Kerajaan atau lebih tepat lagi UMNO memungkiri janji dalam JawatanKuasa Teknikal Hudud.

Baghal apa agaknya Mahfuz Omar dan Ahli-Ahli Parlimen PAS dalam kes ini?

DUN Kelantan hanya luluskan Pindaan Enakmen Undang-Undang Syariah (II) Kelantan pada 19 Mac. Majlis Raja-Raja bersidang pada 11 Mac, 8 hari sebelum tarikh itu. Kalau berselang 8 jam pun tak boleh mendahului inikan 8 hari. Bangang tak bagi kat orang langsung.

Bukankah sehingga 11 Mac, malah sampai sekarang pun, di kalangan PAS dan Pakatan Rakyat sedang bercempera kerana tidak menyokong dan menentang hudud?

Kenapa nak salahkan UMNO dan Kerajaan kerana tidak membawa usul hudud ke Majlis Raja-Raja dan mengamuk apabila mendapat tahu ianya tidak dibawa ke persidangan tersebut?

Akai letak kat kepala lutut ka.... DUN  belum luluskan dah nak bawa ke Majlis Raja Raja. Ini bukan mesyuarat ranting PAS weiii.

Sepatutnya Mahfuz Omar dan Ahli-Ahli Parlimen PAS yang keluar Dewan lebih sibukkan dengan para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri yang sedang menentang Hudud, selain memastikan DAP akur dengan rancangan hudud PAS, bukannya menentang seperti sekarang.

Lagipun, PAS adalah rakan sekutu DAP, bukannya rakan sekutu UMNO. Yang Mahfuz nak mengamuk tu pasai apa?

Sepatutnya selepas DUN, isu tersebut dibentangkan di Parlimen. Keputusan di Parlimen, barulah dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja, bukannya terbalik dan songsang sana sini.

Mahfuz dan Ahli-Ahli Parlimen PAS ni cerdik ke tidak? Ke sebab kalut sangat nak cover penentangan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan DAP, selain mahu menuduh UMNO menentang hudud untuk mudah dipersalahkan, walaupun pada 19 Mac, UMNO Kelantan telah terbukti menyokong dengan sokongan sebulat suara berbanding Husam Musa yang lari kononnya ke Turki tetapi setelah 'ditangkap' berceramah di PRK DUN Chempaka pada malamnya sehingga memaksa esoknya dia hadir sidang DUN?

Nampak sangat kerja-kerja bodoh ini didalangi DAP yang cuba mengelak daripada dipersalahkan kerana menentang kuat hudud. Nampak sangat Ahli-Ahli Parlimen PAS itu cuba menyembunyikan pendalangan dan jenayah DAP terhadap hudud dengan cuba menjadikan UMNO dan Majlis Mesyuarat Raja-Raja sebagai kambing hitam mereka.

Dah boleh baca dah!!!

Terserlah kebangangan dan ketololan!!!

The savouir

Thursday, March 26, 2015

SIAPA SEBENARNYA YANG NAK GAGALKAN HUDUD NI. THE MALAYSIA INSIDER SANGGUP FITNAH MAJLIS RAJA RAJA

Setan punya M Insider!!! Jahabar Saddiq layak jadi ahli nerakan!!!

Jika tak putarbelit fakta, tak habis2 Msia Insider mereka2 cerita bohong dan fitnah. Berbohong dah jadi kelaziman.

Banyak ahli neraka dari orang2 yg pembohong dan penipu tegar.

Sebelum berhadapan dengan hukuman tuhan kerana fitnah ini bertujuan menggagalkan hukum islam dan mempermainkan institusi raja, elok polis bertindak. Hukuman dunia masih tidak seazab hukunan tuhan.

Harap ada buat laporan segera pd polis dan polis segera bertindak!!!! Dah melampau ni

RAFIZI, TONY PHUA HILANG KETIKA SESI PEBGGULUNGAN KEMENTERIAN KEWANGAN

Setakat Berani Menyalak Tepi Longkang

Ramai yang menjangkakan sesi penggulungan titah DiRaja oleh Kementerian Kewangan akan hangat dengan soalan-soalan panas oleh pembangkang. Tapi tekaan tersebut meleset kerana Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dapat selesai dalam tempoh sejam.

Dua ahli parlimen pembangkang iaitu Rafizi Ramli dan Tony Phua yang selama ini kerap mengkritik dan membuat tohmahan terhadap kerajaan berhubung 1MDB dan GST, hilang entah ke mana. Ramai yang menjangkakan dua nama terbabit akan berada di Dewan Rakyat ketika penggulungan kememterian terbabit.

Semasa sesi penggulungan oleh YB Menteri, hanya beberapa  ahli parlimen pembangkang saja yang bangun bertanya soalan antaranya  ahli parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang bertanyakan sumber wang RM2 bilion yang digunakan untuk membayar faedah pinjaman 1MDB, ahli parlimen PAS Sepang, Hanipa Maidin mengenai kegagalan 1MDB bertindak terhadap akhbar yang memfitnahnya serta soalan Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Sim Tze Tsin mengenai duit pelaburan 1MDB yang berada di bank Singapura.

Semuanya dijawab Ahmad Husni malah beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional, (BN) turut berkesempatan mencelah antaranya Bagan Serai, Lipis, Kuala Selangor, Kalabakan dan Kinabatangan yang bertanyakan beberapa persoalan mengenai pelaksanaan GST.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani pula mengingatkan barisan ahli parlimen pembangkang bahawa kerajaan sedang melakukan kajian forensik audit akaun 1MDB sekaligus tidak wajar mengemukakan soalan-soalan berasaskan laporan media dari sumber-sumber tidak pasti.

Setiap persoalan yang diutarakan oleh ahli parlimen pembangkang mengenai 1MDB dan GST semuanya sudah terjawab malah pembangkang langsung gagal untuk mengemukakan hujahan balas.

Jadi moralnya, pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Rafizi dan Tony Phua sekadar mempolitikkan isu yang berkaitan 1MDB, GST dan Hutang Negara hanya untuk menggugat keyakinan rakyat terhadap usaha berterusan kerajaan menjaga kepentingan rakyat dan memajukan negara.

Mereka akan terus mempolitikan setiap dasar dan polisi yang dilaksanakan kerajaan demi survival politik mereka tetapi realitinya mereka akan menghilangkan diri bilamana berada dalam situasi sebenar.

Lantaran itu, sila nilai semula segala dakwaan yang dibuat pembangkang terhadap kerajaan selama ini!

-BNBBC


Wednesday, March 25, 2015

Ancaman Media Sosial Ubah tindakan Punutif Dq

Wednesday, 25 March 2015

Ancaman Media Sosial Ubah Tindakan Punitif Dan Pencegahan PDRM

Ancaman media sosial hari ini mengubah landskap tindakan punitif dan pencegahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan penguatkuasaan undang-undang selari dengan cabaran semasa yang dilihat semakin kompleks.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata penularan ancaman ekstremisme dan radikalisme serta hak kebebasan bersuara yang digunakan bagi 'menghalalkan' perbuatan atau kenyataan berbaur hasutan di laman sosial bukan isu yang boleh dipandang remeh.

Sebaliknya ia memerlukan pendekatan yang lebih tegas dalam memastikan pencegahan secara holistik, tambahan apabila isu yang dimainkan melibatkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Isu utama yang perlu dihadapi PDRM hari ini antaranya hasutan di laman sosial, penyebaran ajaran sesat, kumpulan pelampau agama, pengganas dan liberisme. Fahaman politik dan agama yang cenderung kepada ekstremis dan radikal adalah penyumbang ancaman keganasan dari dalam dan luar negara yang mampu mengganggu-gugat perpaduan nasional kita.

"Isu perkauman dan keagamaan yang dimainkan secara bebas tanpa kawalan mempunyai impak yang serius terhadap masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah penting isu-isu yang melibatkan perkauman dan keagamaan mesti dikekang tanpa jejaskan hak kebebasan bersuara rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Khalid berkata demikian dalam wawancara khas bersama media sempena sambutan Hari Polis ke-208 yang bertemakan 'Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada'.

"Saya juga berpendapat mencegah adalah lebih baik dan ia dapat dilihat melalui tindakan kami yang begitu drastik dalam tempoh satu dua minggu kebelakangan ini yang jelas menggambarkan betapa seriusnya kami dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba hasut menggunakan media sosial," kata Khalid.

Beliau berkata tindakan drastik dari segi arahan yang diberikannya melalui laman sosial adalah bagi memastikan tindakan dapat diambil dengan pantas dan cepat dalam apa jua perbuatan yang melanggar peraturan khususnya dalam kegiatan menghasut dan menyebarkan perkara-perkara yang tidak benar.

Berdasarkan pandangannya, Khalid berkata ini adalah satu cara yang segera dan pantas untuk pastikan perkara seperti ini (hasutan di laman sosial) tidak merebak dan memberitahu masyarakat bahawa tindakan ini tidak betul dan perlu dihentikan serta-merta.

"Polis sentiasa menjaga dan menghormati hak kebebasan bersuara tetapi hak kebebasan bersuara ini ada hadnya, khususnya dalam negara kita yang berbilang kaum, berbilang bangsa dan berbilang agama, jika ada orang yang melanggar atau melampaui hak ini, saya macam 'referee' dan tindakan akan diambil," katanya.

Katanya kadangkala masyarakat mahu PDRM bertindak pantas dan apabila beliau berbuat seperti itu, mereka mengatakan tidak betul pula dan melanggar hak kebebasan bersuara.

"Saya telah beri amaran banyak kali khususnya kepada pemimpin politik serta badan bukan kerajaan supaya berhati-hati bila suarakan pendapat dan pandangan khususnya di media sosial kerana ia boleh menjurus kepada keadaan yang mengancam keselamatan awam," katanya.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya, terdapat pengurangan dalam aktiviti menghasut melalui laman sosial ketika ini, dan berharap ia berterusan serta tiada lagi pihak cuba menyalahgunakan platform itu.

Khalid menegaskan, pihaknya tidak akan memberikan sebarang amaran khususnya berkaitan kesalahan yang berbaur hasutan sebaliknya tindakan serta-merta akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar mana-mana peraturan.-Bernama

Tuesday, March 24, 2015

SEBAB DAP SERANG HAJI HADI AWANG DAN BUKAN PARTI PAS DIDEDAH

Tuesday, March 24, 2015

SEBAB DAP SERANG ABDUL HADI AWANG DAN BUKANNYA PARTI PAS DIDEDAHKAN !

Isu CEC DAP yang hanya menghentam, mengutuk dan menghina Abdul Hadi Awang, Presiden PAS seorang sahaja dan bukannya PAS Kelantan dan parti PAS, telah terjawab.

Sebelum ini, kita mempersoalkan motif CEC DAP yang hanya menunding jari kepada Abdul Hadi Awang dan DAP bertindak pengecut apabila masih lagi bergayut kepada parti PAS dan Pakatan Pembangkang.

Ini jawapannya :

Nik Abduh yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berpendapat, tindakan DAP yang hanya memutuskan hubungan dengan Hadi dan bukannya PAS secara keseluruhannya sebagai "tekanan luar" kepada presiden PAS itu.

"Ia tekanan supaya dalaman PAS bergolak. Ia dilihat sebagai tekanan dari luar PAS kepada ahli PAS menolak Hadi ketika parti ini bakal berhadapan pemilihan.
"Tindakan ini jelas menunjukkan DAP mencampuri urusan dalaman PAS," kata anak kepada bekas mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Ada logiknya kenyataan Nik Abduh ini untuk menjawab kejanggalan dan betapa peliknya keputusan CEC DAP. Yang lebih pelik tahap bangangnya ialah kenyataan DAP yang berkata,

…sekiranya ahli Parlimen Marang itu masih mahu meneruskannya, beliau harus melaksanakannya sebagai ahli Parlimen dan bukan sebagai anggota PR.
"Di sini kita tidak persoalkan hak demokrasi Hadi untuk bentang apa-apa usul, beliau memang ada hak sebagai ahli Parlimen.
"Tetapi, kalau nak buat usul sedemikian, jangan laksana sebagai ahli PR. Kerana, kalau beliau buat sedemikian, lebih baik beliau tinggalkan PR,"

Nampak sangat wujud cubaan parti DAP untuk memisahkan Abdul Hadi Awang daripada parti PAS padahal semua tahu bahawa Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS yang sah dan dipilih oleh perwakilan PAS.

Dan tindakan parti DAP yang tanpa malunya masih lagi bergayut pada parti PAS ini menguatkan lagi kenyataan Nik Abduh PAS itu.

Persoalannya, siapakah balaci atau pencacai DAP yang ada di dalam parti PAS?

Apakah pelan mereka untuk menjatuhkan Abdul Hadi Awang?

Dalam masa yang sama, kepimpinan tertinggi DAP gagal menjelaskan tindakan DAP beberapa negeri yang 'menggantung' kerjasama dengan PAS. Kenapa mereka bertindak bersendirian tanpa keputusan CEC DAP?

Apakah mereka sudah tidak menghormati Lim Guan Eng dan kroni tegarnya, Lim Kit Siang DAP?  

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan DAP malam tadi sesuatu yang janggal kerana parti itu tidak boleh memutuskan hubungan dengan Hadi seorang.

Sebaliknya, Tuan Ibrahim berkata keputusan itu satu isyarat DAP mahu memutuskan hubungan dengan parti Islam itu.
"Keputusan itu keputusan yang kita rasa janggal, sebab presiden mewakili parti. Tiada istilah putus dengan presiden, tetapi putus dengan PAS.
"Kami mendukung kepimpinan presiden dan apa-apa yang berlaku pada presiden bermakna berlaku pada PAS.

"Bagi PAS, kami bersama dengan presiden. Sebarang keputusan khusus untuk presiden, bagi PAS itu keputusan yang janggal dan pelik," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mengulas gesaan Lim supaya Hadi meninggalkan PR jika ingin meneruskan pembentangan rang undang-undang persendirian hudud di Parlimen, Tuan Ibrahim berkata DAP yang perlu meninggalkan gabungan itu.

Katanya, bukan sesuatu yang janggal bagi DAP meninggalkan PR kerana parti itu pernah berbuat demikian ketika isu hudud dibangkitkan PAS sebelum ini.

"Mereka pernah buat benda yang sama dulu. Dulu DAP pernah tarik diri dari PR. Kalau mereka rasa tak selesa, mereka harus buat keputusan yang sama untuk tarik diri.

"Bagi PAS, tiada parti yang boleh memecat atau mengeluarkan mana-mana parti dalam PR kecuali parti tersebut nak tarik diri.
"Mereka pun dah kemukakan satu pakatan baharu seperti kata Lim Kit Siang dua hari lepas. Saya fikir mereka kena bergerak begitu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Dan parti DAP juga didedahkan sebagai satu parti yang tidak boleh dipercayai. Sebelum ini, kerajaan DAP Pulau Pinang telah membawa usul pilihan raya kerajaan tempatan di Dewan Undangan Negeri dengan membelakangkan Pakatan Pembangkang.
"Kalau atas alasan DAP, kononnya PAS membelakangkan PR, DAP pun tak boleh dipercayai sebab bawa usul pemilihan kerajaan tempatan dalam Dewan Undangan Negeri tanpa bawa kepada PR.
"Alasan itu sebenarnya balik pada dia.

Berapa banyak keputusan mereka membelakangkan PR? Saya fikir mereka perlu buat keputusan tarik diri, itu lebih baik," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Hadi sebagai "kebudak-budakan".

Katanya, hubungan dalam politik termasuk dalam PR, ialah antara parti dengan parti, bukannya antara parti dengan mana-mana pemimpin parti.
"Ini keputusan kebudak-budakan dan tidak matang," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas perkara tersebut.

Beliau berpendapat, sekiranya DAP matang, parti itu akan membuat keputusan dengan parti itu sendiri, bukan dengan mana-mana pemimpinnya.
"Setiap parti melantik pemimpin masing-masing. Jadi, jika ingin bekerjasama, kena terima pemimpin yang dipilih parti itu," katanya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar, kanan) pula berkata sukar menerima keputusan DAP itu dan berpendapat memutuskan hubungan dengan Hadi bukan penyelesaian terbaik, sebaliknya ia harus dibawa ke dalam mesyuarat.
"Hadi presiden saya dan presiden lebih satu juta ahli PAS.
"Rumit dan sukar bagi saya menerima sepenuhnya keputusan DAP yang mahu memutuskan hubungan dengan Hadi tetapi mahu terus kekal dengan PAS dan PR," katanya.

Pokoknya, parti DAP telah cuba untuk membohongi ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya dengan keputusan yang kebudak-budakkan dan janggal itu.

Keputusan DAP itu juga menunjukkan bahawa parti DAP sebenarnya hanya tin kosong dan pengecut tidak berani untuk meninggalkan parti PAS dan Pakatan Pembangkang.

Segala riuh rendah kepimpinan DAP itu hanyalah untuk mengaburi serta menipu penyokong-penyokong DAP yang sebelum ini mengharapkan agar parti DAP dapat memaksa parti PAS mengugurkan Hudud.

Malah, kenyataan terbaru Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke yang berkata, pengumuman keputusan mesyuarat CEC DAP akan 'menghampakan Barisan Nasional' juga menyakinkan kita kepada sandiwara parti DAP.

"Tunggu esok, kita akan umumkan menerusi kenyataan media pada awal pagi" kata Anthony Loke.

Tidak perlulah kita tunggu. Kita sudah tahu bahawa parti DAP 'tiada telur' untuk meninggalkan parti PAS. 

Cr : drmim

Rara Pakai SELUO KETAT Tapi Tuntut TURUN.... Nak Tengok TAK BOLEH NAIK

Rara muncul di demo GST di pejabat kastam di Kelana Jaya.
 
Dah orang jeling-jeling dan seronok, dia surun turun pulak ...

Kah kah kah

GST tu bukan untuk menuntut orang supaya TURUN dan TAK BOLEH NAIK.

Ianya supaya rakyat TAK DITIPU ditipu oleh peniaga-peniaga yang tak bayar cukai, ambil cukai tapi tak salorkan kepada kerajaan, dan hentikan SST 11% diganti cukai 6%.

Oleh itu Rara usah nak menipu.

Pembetulan: Cukai yang dikutip untuk ayam boleh dapat rebate untuk peniaga.

Barang asas tidak terjejas dan tiada GST. Hanya barang tambah nilai saja yang naik.

Takpa Rara, sewa semalam di lokap tak kena GST. Malah makan free dari kerajaan Malaysia.

Rara dan kawan-kawan SSMM ni semua faham kah cukai consumption sebagai mengemaskinikan sistem cukai negara ini yang terlalu bergantung kepada hanya 1 juta rakyat bayar cukai dan 65% kutipan cukai hanya bergantung kepada Petronas dan GLC?

Usah nak auta rakyat tertindas sebab Rara bela orang Cina DAP yang banyak menipu kerajaan dan mengelak cukai. Janganlah layan mereka yang suka kata mereka tax payer maka nak hak bersuara dengan kuat-kuat.

Cukai pun tak bayar dan kerajaan Malaysia yang selama ini cari pendapatan sendiri untuk biayai kerajaan. Pembayar cukai sepatutnya bersyukor sebab sudahlah sumbangan hanya cifut tapi macam-macam manafaat diperolehi!!!

Baik Rara dan kawan-kawan tu habiskan belajar dan jadi pembayar cukai dahulu sebelum nak tuntut apa-apa dari kerajaan. Kamu belum ada hak yang muktamad selagi kamu tiada sumbangan kepada kerajaan sebagai pembayar cukai.

Cr : The Unspinners

Cina Yang Mengaku Melayu Dalam DAP Diarah Burukkan Imej Hadi Awang

Cina Yang Mengaku Melayu Dalam DAP Diarah Burukkan Imej Hadi Awang?

Serangan habis-habisan daripada dalam PAS sendiri masih belum cukup untuk menumbangkan Haji Hadi daripada terus kekal sebagai Presiden PAS. Jadi Pakatan yang teringin melihat Hadi jatuh kerana menjadi batu penghalang atas beberapa perkara, menggunakan taktik lain pula.

Selain daripada tekanan dalaman, DAP mengarahkan ahlinya yang bukanlah Melayu tulen tetapi bernama seperti Melayu  untuk menghentam dan memburukkan imej Haji Hadi. DAP yang telah ditanam didalam kepala ahli PAS sebagai 'yang bagus' kemungkinan akan terpengaruh.

Tetapi apa kaitan masa depan Pakatan dengan kedudukan Haji Hadi sebagai Presiden PAS? Seperti semua sedia maklum, akar-umbi PAS mudah dipergunakan jadi mereka ingin ganti Presiden PAS kepada orang yang akan sentiasa tunduk kepda PKR-DAP.

Lihat sendiri kedudukan Hadi Awang sememangnya dalam bahaya. Kemungkinan PAS bukan lagi parti Islam tetapi parti sekular yang berfahaman liberal biarpun beragama Islam. Keterbukaan melampau yang akan PAS hadapi telah pun terlihat sedikit demi sedikit.

Apabila wujudnya PasMa, itu petanda PAS sedang menuju kehancuran. Tetapi puak satu lagi telah bersedia untuk 'menghancurkan' PAS kemudian 'membina' semula dengan cepat. Berbeza dengan puak Ulama yang menyokong Hadi Awang.

Apapun kita akan lihat lebih ramai lagi yang 'menyumpit' Hadi Awang supaya beliau tidak bernafas ketika pemilihan PAS kelak. Apa agaknya yang akan berlaku? Pemilihan paling menarik dalam PAS sejak 2002 akan berlaku.

Guna Melayu untuk bunuh Melayu..

Cr : Keris Tujuh Lok

Dr MiM: SEBAB DAP SERANG ABDUL HADI AWANG DAN BUKANNYA PARTI PAS DIDEDAHKAN !

Dr MiM: SEBAB DAP SERANG ABDUL HADI AWANG DAN BUKANNYA PARTI PAS DIDEDAHKAN !

Dr MiM: PRESIDEN PAS TERUK DIHINA & CARA DAP PERBODOHKAN RAKYAT !

Dr MiM: PRESIDEN PAS TERUK DIHINA & CARA DAP PERBODOHKAN RAKYAT !

KEJATUHAN RINGGIT BERBANDING DOLLAR AMERIKA SYARIKAT, RAKYAT MALAYSIA AKAN MATI TERLEBIH MAKAN RUMPUT DAN PASIR

Monday, 16 March 2015

KEJATUHAN RINGGIT BERBANDING DOLLAR AMERIKA SYARIKAT, RAKYAT MALAYSIA AKAN MATI KERANA TERLEBIH MAKAN RUMPUT DAN PASIR!

Sekarang ini para zombie dan pecacai Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk menanamkan kepercayaan dalam otak rakyat, Kerajaan Malaysia dipimpin dan ditadbir oleh pemimpin yang lemah dan tidak pandai menguruskan kewangan serta ekonomi negara.

Alasan dan indeks yang mereka gunakan adalah kejatuhan nilai Ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat. Seolah-olah Malaysia hanya berdagang dengan Amerika Syarikat dan hanya menggunakan Dollar Amerika Syarikat sebagai tukaran. Dan seolah-olah ekonomi Malaysia bergantung sepenuhnya kepada Amerika Syarikat.

Sekiranya anda adalah rakyat Russia, Colombia, Brazil, Serbia, Sweden, Norway, Romania, Croatia, Czech Republic, Denmark, Austria, Belgium, Cyprus, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Belanda, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Kosovo, Montenegro, Andorra, Monaco, San Marino, Vatican City, Bulgaria, Poland, Australia, Algeria, Hungary, Turki, Iceland, Japan, Morocco, Kanada, Tunisia, Israel, New Zealand atau Mexico dan sekiranya anda menggunakan logik bongok Pakatan Rakyat, huru-hara jadinya.

Ini adalah kerana semenjak Jun 2014, matawang-matawang negara-negara berkenaan melemah berbanding Dollar Amerika Syarikat. Kebanyakan daripada matawang negara-negara berkenaan mengalami kemerosotan jauh lebih teruk berbanding ringgit Malaysia.

Ikutkan logik otak kacang Pakatan rakyat, pemimpin dan kerajaan negara-negara yang disebutkan di atas sangat kuat rasuah dan langsung tidak berguna berbanding pemimpin Kerajaan Malaysia.

Malah ikut logik mereka juga, negara-negara berkenaan akan berhadapan dengan kebankrupan pada tahun hadapan, manakala generasi akan datang mempunyai peluang cerah untuk menjadi hamba atau pun pekerja migran di negara asing.

Malah besar kemungkinan juga rakyat negara ini akan mati beramai-ramai kerana terpaksa makan rumput atau pasir kerana kejatuhan Ringgit berbanding Dollar Amerika Syarikat.

Cr : sengal berita

Sunday, March 22, 2015

ANALISA HUTANG NEGARA PART 1

Hutang negara baru-baru ini yang mencecah 50 % daripada KDNK begitu menjadi isu oleh puak pembangkang. Rata-rata daripada mereka mengatakan bahawa Malaysia akan bankrap pada LINGKUNGAN 2015 - 2020 kalau hal ini berterusan. Lantas, Malaysia dibandingkan dengan Greece. Ada yang mengatakan bahawa hutang negara yang meningkat ini akan membawa kepada bankrapsi.

Benarkah sedemikian?

Pertama, sebelum bercakap mengenai hutang negara, kita perlu tahu bahawa hutang negara pun boleh terbahagi kepada dua. Iaitu Internal Debt dan External Debt.

Apa itu Internal Debt?

Internal Debt boleh dikatakan sebagai hutang dalaman. Biasanya melibatkan proses penghutangan antara kerajaan dan rakyat. Rakyat boleh jadi siapa sahaja seperti badan yang meminjamkan wang di dalam negara tersebut. Pendek kata, internal debt itu ialah segala yang melibatkan apa hutang di dalam negara.

External debt pula ialah hutang dalam negara yang terjadi antara kerajaan dan pemiutang daripada luar negara. Badan yang berhutang boleh jadi kerajaan, organisasi ataupun individu sendiri. Badan yang menawarkan hutang pula boleh jadi kerajaan negara lain, IMF, dan Bank Dunia. Kita akan mengulas benda ini dalam perbincangan kita yang akan datang.

Benarkah dakwaan pembangkang yang mengatakan bahawa kalau kita berbelanja lebih daripada pendapatan maka kita akan bankrap?

Seperti mana yang kita tahu, isi rumah menambah pendapatan mereka melalui kerja dan pelaburan. Manakala syarikat pula, mereka mendapat pendapatan melalui penjualan barang-barang dan perkhidamatan mereka misalnya. Pendapatan kerajaan pula datangnya daripada cukai langsung dan tidak langsung.

Di sini dah cukup untuk membangkang apa yang dikatakan oleh pembangkang bahawa kerajaan dan isi rumah lebih kurang sama fungsi dengan isi rumah. Kita juga kena faham bahawa cukai ini dikawal oleh kerajaan. Bila-bila masa sahaja kerajaan boleh menaikkan cukai dan menurunkan cukai. Jadi, tiada kekangan dalam pendapatan kerajaan berbanding isi rumah.

Kalau melalui perbelanjaan kerajaan mampu menimbulkan keupayaan produktif ekonomi, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan dengan tanggapan pembangkang yang berfikir bahawa hutang negara sama seperti isu rumah – sekiranya kerajaan membelajakan lebih daripada pendapatan KDNK, maka negara akan bankrap.

Kita teruskan perbincangan kita mengenai kadar hutang yang ditanggung oleh negara. Seperti mana yang kita tahu, hutang sesebuah kerajaan itu boleh dibahagi dua iaitu Internal Debt dan External Debt.

Kerajaan memerlukan wang untuk menguruskan negara. Kerajaan bukannya mencetak wang dikilang. Selain daripada sumber cukai, cara lain kerajaan menambahkan pendapatan ialah melalui pinjaman wang daripada BNM. Jadi, kerajaan menjana pendapatan dengan meminjam duit daripada BNM dan secara tidak langsung, kita akan melihat pertambahan hutang negara. Hutang seperti itu dikategorikan sebagai internal debt.

Jadi, seperti mana yang kita tahu, selagi kerajaan mampu menjanakan ekonomi, maka tidak ada yang perlu dirisaukan melaluinya. Lainlah, kerajaan berhutang melalui external debt.

Kenapa saya tekankan external debt? Sebenarnya external debt inilah yang sangat berbahaya. Pakar ekonomi semuanya sependapat bahawa external debt sebenarnya membawa kepada ranapnya sebuah negara. Mungkin ada yang bertanya apa bezanya hutang dengan luar dan dalam negara? Namanya tetap hutang.

Sebenarnya begini, kita kena faham bagaimana sebuah kerajaan dan bank dunia berkerja. Philip Bagus, seorang pakar ekonomi daripada German merumuskan bahawa external debt empat kali ganda lebih berbahaya daripada Internal Debt.

Antara alasan beliau ialah apabila kerajaan meminjam wang daripada kuasa luar, secara automatic kerajaan tersebut telah dikawal oleh kerajaan negara lain, dan sekaligus boleh dimonopoli kuasanya dalam sebuah pentadbiran.

Beliau mengambil contoh kenapa Jepun yang mempunyai hutang 200 % daripada KDNK negara mereka masih dianggap stabil oleh para pelabur kerana hampir semua hutang negara Jepun menurut beliau berpunca daripada Internal Debt yang sebenarnya lebih senang ditangani daripada external debt.

Beliau mengangkat Sepanyol sebagai negara contoh yang sedang mengalami krisis ekonomi pada waktu ini di mana walaupun hutang negara Sepanyol hanyalah dalam lingkungan 80 % daripada KNDK negara mereka, tetapi oleh kerana jumlah hutang external debt itu ialah hutang majoriti negara berkenaan yang menjerumuskan Sepanyol ke dalam kancah krisis.

Sekarang, kita ambil contoh negara Malaysia. Berdasarkan rekod terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, kita menduduki tangga ke-48 dunia dengan jumlah external debt negara kita dalam angka 30 % daripada KDNK.

Kalau IKUT LOGIK PEMBANGKANG, Malaysia yang berhutang 30 % ini dikatakan akan bankrap pada tahun 2015 misalnya, maka kita akan melihat ada lebih kurang 47 negara lagi yang akan bankrap lebih awal daripada Malaysia.

USA misalnya mempunyai external debt lebih kurang 103 % daripada KDNK mereka. Negara Jepun yang diambil contoh oleh pakar ekonomi di atas hanya mempunyai 45 % sahaja hutang external debt daripada KDNK mereka walaupun kita tahu hutang mereka mencecah 200 %. United Kingdom, 390 % daripada KDNK mereka, Belanda – 344 %, Belgium dengan 266 % daripada KDNK mereka, Turki dengan 40 % daripada KDNK mereka sudah cukup untuk membuktikan kalau mengikut logik pembangkang, ada puluhan negara lagi yang sedang menanti untuk bankrap lebih awal daripada Malaysia.

Dan tahukah anda jumlah negara yang berhutang di atas ranking daripada Malaysia semuanya terdiri daripada negara-negara maju? USA, Jepun, China, Italy, Jerman, Hong Kong, Ukraine, Korea Selatan, Denmark, Austria, Finland.

Kenapa tiada seorang pun suara pembangkang mengatakan bahawa negara-negara ini akan bankrap?

Seterusnya, dakwaan pembangkang mengatakan bahawa Malaysia akan jadi seperti Greece – BANKRAP dalam 10 tahun lagi, ada yang cakap beberapa tahun lagi.

Benarkah dakwaan ini? Kita buat perbandingan, Malaysia tidak pernah untuk mencarum untuk hutang luar manakala Greece memang terkenal melakukan perkara itu sejak sekian lama. Greece mempunyai hutang kepada nisbah pendapatan lebih 100% untuk dua puluh tahun yang lalu, nisbah pada waktu ini mencecah 150 %. Hutang Malaysia jika dilihat dari KDNK mempunyai nisbah sebanyak 70 % pada 25 tahun yang lalu dan pada hari ini, sekadar 50 % daripada KDNK. Greece juga berhutang hampir 2/3 daripada KDNK mereka kepada negara luar manakala Malaysia sekadar 1/5 sahaja. Kita juga kena ingat bahawa negara seperti Greece tidak mempunyai kawalan terhadap insuran duit mereka kerana mereka berada dalam zon eropah dan ini sangat berbeza dengan Malaysia.

P.S: Part dua akan membincangkan mengenai inflasi dan defisit serta banyak lagi sub-tajuk yang berkaitan dengan Hutang Negara, In Sha ALLAH.

Rujukan:

1. http://www.bis.org/ifc/events/5ifcconf/dias.pdf

2. http://www.imf.org/external/pubs/ft/eds/Eng/Guide/file1.pdf

3. http://www.imf.org/external/np/hipc/2001/lt/042001.pdf

4. http://www.macroscan.com/fet/may05/fet250505State_Government_Debt.htm




PENILAIAN SEMULA KISAH HUDUD PAS 1993

PENILAIAN SEMULA KISAH HUDUD PAS 1993.

UMNO TELAH MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA PAS KELANTAN SEJAK 1993 LAGI.

TAHNIAH PAS ATAS PEMBENTANGAN PINDAAN ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH II(1993) 2015.

Apabila tiba sahaja musim pilihanraya maka PAS mula mencanang isu basi mereka iaitu Hudud PAS. Lagu UMNO menolak hudud akan didendangkan sekuat yang mungkin. Namun rakyat sudah mula sedar bahawa UMNO tidak pernah menolak hukum Hudud Allah s.w.t. UMNO hanyalah menolak hudud PAS yang ternyata sesat sesesat sesatnya dalam menjaga akidah dan pegangan umat Islam kerana hanya UMNO sahaja yang mampu membela nasib bangsa Melayu dan maruah umat Islam.

Mari kita imbas kembali janji kerajaan PAS Kelantan yang mahu melaksanakan hudud sebaik sahaja berjaya merampas Kelantan dari tangan UMNO.Perlu kita ingat setelah berpuluh tahun PAS memerintah Kelantan, sekelumit hudud pun tidak dapat mereka laksanakan.

Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 untuk menyediakan draf Hudud. Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Rupa-rupanya setakat itu sahaja proses hudud mereka. Janji untuk melaksanakan hudud adalah janji-janji palsu sebagaimana janji-janji pilihanraya pakatan yang lain. Sehingga kini ada terdapat tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.

Satu tamparan yang hebat kepada retorik hudud PAS apabila Sultan Brunei mengumumkan perlaksanaan hukuman hudud di Brunei , termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina. Ianya merupakan satu langkah yang cukup bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di Brunei.

Isu kesesatan yang paling ketara dalam hudud PAS adalah isu perlantikkan hakim bukan Islam pun boleh jadi hakim dalam enakmen hudud PAS. Manakala dalam isu qazaf, empat saksi pula sekiranya empat saksi beri keterangan betul ada berlaku zina maka akan jatuh hukum. Akan tetapi sekiranya tiba-tiba salah seorang saksi itu tarik diri, maka ketiga orang tadi itu akan dihukum pula.

Namun persoalan yang paling penting adalah kesalahan yang terlalu banyak yang bercanggah dengan Islam dalam hudud PAS. Isu liwat dalam – seksyen 14 hudud PAS – liwat. Tafsiran liwat ialah satu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur selain daripada isterinya, maknanya kata kalau seorang lelaki, suami main dubur isteri dia itu tidak liwat dalam ‘hudud PAS’ ini. Ini merupakan antara kesesatan yang nyata yang wajib ditolak oleh seluruh umat Islam.

Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan bercanggah dengan hukum hudud Allah di mana banyak perkara yang perlu diperbetulkan yang sesuai dengan al-Quran, hadis-hadis, pendapat juga ulama dan mazhab Imam Syafii kerana di antaranya diperjelaskan tidak terdapat dalam elemen tersebut contoh 21 mengikut fasal 10(1) enakmen PAS watissubahah sahaja yang dikecualikan daripada zina. Manakala rogol, zina paksa tidak dikecualikan. Apakah wanita yang mengaku dirogol boleh dihukum hudud sedangkan ia dipaksa berzina?

Enakmen Hudud Hisab dan Ta’zir PAS ini ia bukannya daripada undang-undang Islam yang sebenarnya. Mukalaf mesti 18 tahun itu amat jelas bertentangan dengan Islam. Begitu juga Hudud PAS yang membenarkan liwat isteri bukan liwat jelas dan nyata bercanggah sama sekali dengan Islam. Enakmen Hudud PAS ini pun bukan hudud yang dibawa oleh Rasulullah.

Ini merupakan antara sebab utama Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak hudud PAS yang amat jelas bercanggah dengan hudud Islam. Percanggahan yang cukup jelas isteri dibenarkan boleh diliwat, mukalafnya 18 tahun. Betapa jahat dan busuk hatinya PAS apabila Tun Dr. Mahathir telah dituduh menolak hudud sedangkan Tun hanya menolak hudud PAS yang sesat. Tun tidak pernah menolak hudud Allah.

Namun begitu dengan sikap dan mentaliti yang cukup rendah PAS terus menuduh UMNO menolak hudud Allah walaupun hakikatnya UMNO tidak pernah menolak hudud Allah. UMNO hanya menolak hudud PAS yang sesat. Oleh itu, rakan-rakan semua mempunyai tanggungjawab yang cukub besar untuk membetulkan semula fitnah yang telah disebarkan oleh PAS supaya semua rakyat dapat membuat pilihan yang betul dan bijak dalam pilihanraya yang akan datang.

PKR Secara Rasmi Akan Tolak Usul Persendirian PAS Mengenai Hudud di Parlimen Namun Harapan Untuk 'LEPAS' Masih Ada

Berdasarkan perkiraan majoriti mudah dari 222 Ahli Parlimen memerlukan 112 undi.

Jika campur 21 Ahli Parlimen PAS dan 88 UMNO cuma ada 109.

Makanya diatas kertas jumlahnya kurang 3 undi untuk itu.

Ini belum kira lagi 10 Ahli Parlimen beragama Islam dari Parti Pesaka Bumiputra Sarawak (PBB).

Juga satu bekas PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim yang kini Ahli Parlimen Bebas Bandar Tun Razak.

Jika katakan mereka semua sokong maka jumlahnya 120 undi.

Kalau tolak pula Ahli Parlimen UMNO/BN kawasan Beluran Sabah,Datuk Ronald Kiandee yang bukan beragama Islam,jumlahnya 119.

Kalau kira kasar begitu jawabnya cukup untuk lepas majoriti mudah.

Pendirian rasmi PKR tidak sokong diumum menerusi satu kenyataan awal petang Sabtu.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan semua barisan pimpinan utama parti itu.

Alasan yang diberi ialah kerana PAS telah ambil langkah bersendirian dan melanggar mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada 8 Februari.

DAP juga secara terbuka sudah awal-awal tolak.Dua Ahli Parlimen Islam DAP ialah Zairil Khir Johari dari kawasan Bukit Bendera dan Dato Mohd Ariff Sabri dari Raub.

Saturday, March 21, 2015

AWAS - Anak Anak Gadis Melayu Sedang Dirosak Dan Koyak-Rabakkan

Saturday, March 21 2015

Terbaru seorang gadis bernama Aisyah Jamaluddin telah dipergunakan oleh sebuah stesyen radio dengan menyiarkan komen dan persendaan terhadap hukum hudud melalui sebuah video klip yang disiarkan di Youtube. Mengapakah stesyen radio itu menggunakan seorang gadis Melayu sebagai bahan propagandanya sudah dimaklumi bahawa untuk merosakkan institusi Islam- Melayu. Untuk itu modus-operandi nya  itu mestilah dari kalangan  orang Islam-Melayu sendiri. Dari kalangan orang Melayu pula yang lebih senang di pengaruhi dan dirosakkan adalah gadis-gadis yang masih tidak matang atau yang telah matang tetapi punyai pegangan agama yang tidak kental.

Anehnya ada ibu bapa yang masih buta dan keliru dengan perilaku sianak seperti mana si bapa gadis bernama Aisyah ini tampil membuat kenyataan menyokong kebiadaban anaknya serta menyalahkan masyarakat sekeliling apabila anaknya menerima ugutan bunuh, rogol dan bakar. Tanpa rasa malu sibapa menyatakan bahawa hidup mereka sudah tidak lagi selamat di negara ini selepas anaknya dikecam membuat kenyataan menghina dan memperlekehkan institusi agamanya sendiri.

Apa yang meresahkan ialah apa sahaja peristiwa yang membawa kontroversi di negara ini adalah didahulu dengan gelagat yang tidak terkawal oleh gadis-gadis Melayu. Lihatlah betapa anak-anak gadis Melayu (kebanyakannya bertudung) terkinja-kinja memegang anjing dalam penganjuran I Want To Touch A Dog. Anak-anak gadis Melayu juga terkedepan dengan peristiwa memeluk artis-artis K-pop baru-aru ni. Ada yang sibuk menyertai parti politik yang terang-terang tidak mesra-Islam dan berbagai peristiwa lagi.

Dalam kes-kes murtad pula ia juga dijuarai oleh para gadis-gadis Melayu. Disana sini berita murtad adalah dikalangan gadis Melayu!. Anak gadis Melayu sedang dirosakkan dan dipergunakan untuk mengoyak rabakkan institusi Agama Islam!

Puak-puak diluar sana sanggup dan bersedia membela dengan menyediakan bantuan kewangan, para peguam, sebaran media dan apa sahaja asakan tujuannya untuk menghancur-musnahkan kemuliaan Agama Islam tercapai. Segala apa tidakan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama akan di viralkan supaya Islam kelihatan lebih buruk. Kebanyakan anak gadis kini lebih mudah dipengaruhi dan tanpa rasa segan silu berbuat apa sahaja perkara terlarang mungkin untuk tujuan glamour atau minta untuk diberi perhatian, sebab kewangan atau cinta.
 
Kurangnya didikan yang diterima dari ibu bapa, atau hidup diluar lingkungan agama maka segala tindak tanduk anak-anak gadis diberi sokongan walaupun didalam perkara yang menyesatkan. Ada ibu bapa yang sanggup membela tindakan anak-anak tanpa mampu untuk menasihatkan apa yang betul dan tidak betul.

Ingatlah para ibu bapa, abang, adik. Perhatikan dan berilah perhatian yang serius kepada anak gadis anda. Kawal lah anak -anak gadis kita. Jangan kita terpedaya hanya kerana mereka keluar memakai tudung. Lihatlah di internet betapa banyaknya anak-anak gadis Melayu bertudung merakam aksi maksiat mereka dan dimuat naik kelaman sosial tanpa rasa bersalah!

Jangan kelak selangkah memasuki syurga tiba-tiba kita direntap keneraka oleh gelagat anak gadis kita. Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka..”.(At-Tahrim: 6)

WANITA MELAYU KONGSI CERITA 'SEDAP' BERZINA DENGAN LELAKI NEGRO

WANITA MELAYU KONGSI CERITA 'SEDAP' BERZINA

AMBOI.. meriah gile kami tengok perbualan di aplikasi mesej yang menggunakan nama grup No rules ini.

Mana tak meriahnya, seorang ahli perempuan buka topik panas (gambar bawah) bahawa dia baru lepas melakukan seks dengan lelaki Negro.

Yang tak tahan tu, tanpa malu dia siap describe ciri-ciri milik lelaki Negro yang membuatkannya amat puas hati.

Antara tukang sambut pula adalah wanita bertudung yang difahamkan merupakan seorang jururawat…

Dari sini dapat dilihat betapa murahnya maruah sesetengah perempuan zaman ini dan perasaan malu nampaknya dah tak wujud lagi dalam diri budak-budak sekarang bila berbicara bab seks.

Masih ada sedikit simpati di hati untuk menutup wajah mereka-mereka yang berkongsi kisah panas lagi mengaibkan diri sendiri ini, tapi diharapkan selepas ini bawa-bawalah bertaubat ye.

Jangan nanti dah dapat penyakit kelamin baru tahu langit tinggi ke rendah dik oi..!

Cr : - MYNEWSHUB.CC

130,000 Pemandu Pengangkutan Awam Sama Ramai Dengan Anggota Tentera Kita

Saturday, 21 March 2015

Dalam kecoh berkenaan kenaikan kadar tambang teksi ramai juga yang masuk campur kurang bermaklumat berkenaan nya.

Dengar sahaja kenaikan sesiapa pun akan marah, di tambah lagi dengan akan ada nya perlaksanaan GST oleh negara kita pada awal bulan depan.

Gambaran di beri seolah olah seronok lah yang mengumumkan kenaikan nya, malah ada yang menuduh cuba memburuk kan kepimpinan negara dengan kadar tambang baru itu.

Sedikit sahaja yang bermaklumat bahawa kali terakhir di naik kan ada lah pada tahun 2009, dan lebih ramai lagi tidak tahu kajian kenaikan dibuat 3 tahun lalu dan bukan nya semalam atau kelmarin.

Selain itu ramai juga tidak tahu tiap hujung minggu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengada kan operasi sulit bergelar Ops Tegar.

Operasi melalui penyamaran ini lah yang berjaya menangkap puluhan teksi tiap kali ia di jalan kan. Sehingga pembawa teksi semua menggelarkan SPAD sebagai Yahudi, Zionis dan zalim.

Maka sedikit juga orang yang tahu bahawa dengan operasi demi operasi dan bertus ratus teksi di angkut termask dengan kaedah baru SPAD menggunakan treler ini telah menjadi data in-put oleh SPAD dalam mengkaji “the why and the what” berkenaan pemandu dan cara hidup mereka dan kenapa mereka tidak suka guna meter tambang.

Selain itu serangan pelbagai pihak kepada SPAD oleh mereka yang mahu popular dengan membela pemandu teksi dan syarikat teksi  kerana konon nya SPAD tidak peka dan buta perut tidak mahu menaikan kadar tambang.

Bagi yang sedikit bermaklumat pula mereka menjurus kepada harga petrol sahaja sebagai sandaran debat.

Mereka terlupa kos kos lain, hidden kos, tunggu lama lama dapat sedikit, sudah dapat tersekat sekat dalam jem jalan raya.

Bagi yang nak jadi hero fly by night, seronok hentam SPAD konon tidak peka kepada industri teksi dan rakyat. Rakyat di iktiraf sebagai pengguna sahaja, pemandu teksi bukan rakyat.

Itu sebelah sini,  sebelah sana pula , kata SPAD tidak buat kerja, duduk diam, sedang teksi lenjan wang rakyat.

Mereka tidak tahu SPAD tidak memakai baju uniform ketika menjalan kan kerja kerana risikan termasuk anggota SPAD lepak berjam jam di tempat tertentu seperti restoren mahumemerhati gelagat pemandu dari kaum atau puak tertentu yang hanya duduk berbual kerana mahu elak jalan sesak dan akan keluar bila jalan sudah tidak sesak.

Mereka ini pula mahu sapu wang sekali kaup untuk satu destinasi sehari pendapatan sedang kan yang jujur terpaksa kerja sepanjang hari untuk dapat jumlah yang sama.

Jumlah pemandu teksi di Malaysia hampir sama jumlah angkatan tentera kita.

Jika di kali 3 bersama anak dan isteri ia meliputu periuk nasi hampir setengah juta rakyat.

Pemandu pula ramai bekas tentera , Polis dan tidak kurang juga yang kena buang kerja dari syarikat lain.

Malah ada juga ibu tunggal yang tiada kemahiran lain untuk cari nafkah.

Mungkin dari segi timming nya SPAD agak tersilap sebab masalah lain ia itu GST di anggap masalah SPAD juga. Sedang dunia SPAD ada lah pengangkutan Awam. Jadi menaikan kadar tertangguh 6 tahun di waktu negara mahu melaksana GST ada lah dosa besar.

Bagai mana pula Persatuan teksi dan bas yang sering menggodak SPAD?

Malah ada yang berdemo dan melaung laung slogan di hadapan pejabat SPAD

Mana pergi mereka semua, seharus nya mereka juga patut tampil bersama SPAD demi menjelaskan kewajaran kenaikan.

Isu ini harus di layan dengan teliti tanpa emosi,

Jumlah individu terbabit bukan kecil anak, 130,000 ia sama dengan jumlah anggota tentera kita, belum di kali kan dengan anak dan isteri mereka.

Tapi di harap sangat pihak mana pun baik mereka yang mahu political mileage atau pun yang jujur, elok di selesaikan secara rasional.

SPAD ada kertas kerja nya, jika waktu kenaikan menjadi penyebab, maka ia boleh di tunda , SPAD bukan pihak mendapat untung dari kenaikan  ini.

Bak kata seorang pegawai tinggi SPAD “damn if you do damn if you dont”.

Jika Buat salah jika tak buat pun salah, buat kena tibai dengan rakyat pengguna, tak buat kena tibai dengan rakyat pemandu. Take your pick.

Cr: thechulan

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.