Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, July 27, 2016

THE 'CONMAN' VS 1MDB


Hal-hal yang kompleks, berselirat dengan fakta, tanggapan dan pengubahan (editing dan seumpamanya) memudahkan pihak-pihak berkepentingan mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Kalau tak , masakan wujud New Tastement dan Old Tastement , Katolik dan Protestan, Syiah, Wahabi dan sebagainya. Hal-hal sebegini mudah dimanipulasi oleh banyak pihak yang berkepentingan. Tak terkecuali dengan hal yang panas diperkatakan ketika ini iaitu 1MDB .



Pelbagai pesepsi diwujudkan sejak beberapa tahun lepas, momentum demi momentum digerakkan untuk menjahanamkan 1MDB. Sejak awal ditubuhkan, syarikat ini bergerak dengan lancar sehingga mula disabotaj oleh pihak dalaman dan luaran . Perdana Menteri mempertanggungjawabkan individu-individu tertentu untuk menggerakkan operasi 1MDB, percaya dengan kemampuan dan kemahiran mereka untuk menjalankan syarikat yang dikatakan akan menamatkan penguasaan kroni-kroni pihak tertentu yang telah membuat untung atas angin sekian lamanya.

Pembangkang khususnya sering membangkitkan kisah kroni-kroni ini dan kegiatan mengambil untung atas angin secara melampau. Lama kelamaan rakyat percaya, pentadbiran BN lebih mengutamakan kroni berbanding rakyat dan sokongan mula terhakis sedikit demi sedikit bermula dengan 'swing' yang mendadak melalui keputusan pilihanraya ke-12. Sesuatu perlu dilakukan untuk menghentikan sentimen kroni yang kerap kali dimainkan, 1MDB ditubuhkan bagi mengambil alih aset-aset kroni. Sejak itu, strategi dan susun atur bagi menjahanamkan 1MDB mula dirangka. Segala 'loop-holes' diperhati untuk senjata di kemudian hari.

Individu-individu yang bertanggungjawab kemudiannya dilantik untuk menjayakan agenda 1MDB, tentu PM Najib Razak tak pernah menjangkakan ada di kalangan mereka yang dilantik ini akhirnya menjadi duri dalam daging . Di sebalik kesibukan menjalankan tugas Perdana Menteri dan mempengerusikan beberapa syarikat berkaitan kerajaan termasuk 1MDB, PM mungkin sepenuhnya percaya dengan kemampuan mereka yang menjaga kepentingan GLC-GLC ini . Nak belek dan teliti satu persatu adalah agak mustahil. Oleh yang demikian tak mustahil akan ada yang ambil kesempatan menyeleweng. 

PM pada satu ketika telah memberi isyarat bahawa beliau tidak akan melindungi sesiapa pun yang terlibat dalam isu berkaitan 1MDB .CEO 1MDB sebelum ini juga tidak menafikan terdapat kepincangan dalam menguruskan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat itu menanggung hutang yang besar . Apa yang dinyatakan oleh PM dan Arul itu merupakan indikasi bahawa memang wujud 'culprit' sebenar dalam isu 1MDB ini , malangnya musuh-musuh politik PM Najib Razak mengambil kesempatan dalam kecelaruan kes ini dengan menghalakan meriam terus kepada beliau, sedangkan 'culprit' sebenar sedang bersenang lenang  dengan wang yang diseleweng melalui beberapa penama dan rakan subahat dari Timur Tengah. Cr

SIAPA "AH-LONG" 'WOLF OF THE WALL STREET' ?

Wolf of Wall Street Producer Was Jho Low’s Party Planner – HOLLYWOOD EXCLUSIVE!
Pertuduhan yang dibaca itu diberi tafsiran seolah-olah menunjukkan hukuman telah dijatuhkan. Kita sendiri tertipu bila hal ni kecoh diperkatakan di media sosial, namun selepas melihat rakaman barulah dapat difahami ia hanya pertuduhan langsung terhadap beberapa penama dan dari 4 penama yang dituduh itu, PM Najib Razak tiada dalam senarai walhal selama ini yang dicanang-canang WSJ / SR ialah Najib Razak yang dikatakan mastermind.


Merujuk blog Bidaman setelah dokumen pertuduhan dibaca, dan kertas pertuduhan diterbitkan secara online, baru lah kita nampak yang jadi tukang putar alam, dan tukang menghuru harakan ialah Jho Loh . Melalui transaksi-transaksi yang ditunjukkan orang yang dok buat untung ialah Jho Loh,kiri kanan makan pergunakan orang itu dan orang ini.


Dengan menggunakan kebolehan berkomunikasi dalam Ereb, dan syarikat2 Pak Ereb, duit dipusing-pusing secara sistematik yang akhirnya bagi keuntungan pada beliau. Di satu ketika bila Riza Aziz buat kenyataan bahawa modal pembikinan filem Wolf of Wallstreet itu adalah investment Pak Ereb, kenyataan yang dibuat bertahun dulu dilihat masih konsisten dengan laporan yang dikeluarkan oleh DoJ itu.


Cuma sekarang kita jelas syarikat Pak Ereb ini ada hubungkait dengan Jho Loh. Mungkin pelaburan oleh syarikat Ereb kepada Red Granite itu diuruskan Jho Loh yang ambil peluang buat keuntungan atas keterdesakan kewangan Red Granite dan dari situ saja entah berapa keuntungan yang diperoleh beliau hasil dari jual nama PM je... Apa pun, seperti yang kita tau filem berkenaan meletop di seluruh dunia dan Red Granite beroleh keuntungan. 






Jabatan Kehakiman Kata Ya, 1MDB Kata Tidak



Image result for doj tidak pernah saman riza aziz di mahkamah


Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ mendakwa berbilion wang dicuri daripada 1MDB dan melancarkan pembekuan aset kononnya bagi mendapatkan semula ‘kehilangan’ itu namun 1MDB menegaskan ia tidak kehilangan wang dan semua aset sudah dikira.

Ringkasnya, DOJ mendakwa ada orang mencuri wang anda dan mereka akan dapatkan semula wang itu, disebalik 1MDB sudah katakana, “Tidak. Ia bukan wang kami.”

Mengapa kejadian pelik ini berlaku?

Mari kita jejaki wang itu, khususnya tiga sumber dana yang didakwa DOJ, sebagai sumber wang dicuri.

SUMBER DANA DIDAKWA DICURI 1:

Good Star, sebagai sebahagian daripada Perkongsian antara PetroSaudi dan 1MDB.

Apa yang dibayar 1MDB:

USD1.83 bilion di mana USD1.03 bilion dipindahkan kepada Good Star dan USD800 juta kepada PetroSaudi.

Apa terjadi kepada wang itu:

Usahasama itu diubah menjadi pinjaman. Pinjaman itu sudah dibayar oleh PetroSaudi kepada 1MDB melalui unit pelaburan berjumlah USD2.32 bilion (prinsipal + faedah/dividen).

Apa terjadi kepada unit pelaburan itu?

USD1.4 bilion ditebus dan digunakan 1MDB untuk tujuan modal kerja dengan bakinya sebanyak USD940 juta dalam bentuk unit pelaburan.

Apa terjadi kepada baki USD940 juta unit pelaburan itu?

Baki USD940 juta dalam bentuk unit itu dijamin oleh syarikat yang dipertikaikan Aabar Investments PJS Ltd yang diperbadankan di British Virgin Islands (Aabar-BVI) dan sudah dikenalpasti sebagai pertukaran aset dan hutang antara 1MDB dan IPIC, namun kini melalui proses timbang tara.

Hakikatnya:

1MDB tidak boleh berkata atau mendakwa wang Good Star atau PetroSaudi adalah milik mereka.

Apa terjadi seterusnya?

Tiada apa apa.

Setakat apa melibatkan 1MDB, PetroSaudi sudahpun membayar kembali pelaburannya dan tambahan USD481 juta keuntungan dan dividen. Tiada wang yang perlu dituntut daripada Good Star mahupun PetroSaudi.

Agak menariknya di sini, jika Jho Low dan Riza dinamakan dan dituduh atas salahlaku kerana menerima wang daripada Good Star, maka adalah mengejutkan mengapa Gabenor Turki sebelum ini, Putera Turki yang juga anak ketujuh Raja Abdullah dan pengasas PetroSaudi, Tarek Obaid tidak dikenakan tindakan biarpun turut disebut FBI, mereka juga menerima wang daripada Good Star.

SUMBER DANA DIDAKWA DICURI 2:

Syarikat dipertikaikan Aabar-BVI yang menjadi sebahagian daripada perkongsian Abu Dhabi dan 1MDB.

Apa yang dibayar 1MDB?

USD3.51 bilion kepada Aabar-BVI sebagai cagaran, pelaburan perkongsian dan opsyen penarikan diri dalam perjanjian. Sebagai tambahan, terdapat USD940 juta jaminan dalam unit pelaburan Cayman dan jaminan kepada USD1.5 bilion dana GIL seperti disyorkan bank berpangkalan di Switzerland, BSI Bank.

Apa terjadi kepada aset dijamin dan wang diberikan 1MDB?

Keseluruhan pembayaran dan jaminan USD6 bilion itu dikenalpasti sebagai aset perjanjian pertukaran 1MDB-IPIC dengan IPIC sebagaimana berikut:

Aset daripada 1MDB:

USD3.5 bilion deposit tunai dibayar kepada Aabar BVI.

USD1.5 bilion dana GIL (Pengurus dana disyorkan BSI dan dijamin Aabar BVI)

USD940 juta unit dana Brazen Sky (Dijamin oleh Aabar Investments Abu Dhabi – bukan syarikat dipertikaikan, Aabar BVI dan ini turut dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara serta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam, PAC).

Aset daripada IPIC:

Mengambil alih bon prinsipal 1MDB, USD3.5 bilion

Mengambil alih faedah bon 1MDB, USD1.5 bilion

Membayar tunai USD1 bilion kepada 1MDB yang dilakukan pada Jun 2015

IPIC kini sedang menafikan yang Aabar-BVI adalah syarikat mereka dan membatalkan perjanjian pertukaran aset namun 1MDB menegaskan Aabar-BVI adalah syarikat milik IPIC. Lantaran itu, ia kini melalui proses timbang tara.

Kes itu kini melalui prosiding di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London yang bermula bulan lalu.

Mengapa 1MDB memindahkan atau membuat perjanjian dengan Aabar-BVI biarpun IPIC dan Aabar Abu Dhabi tidak memiliki syarikat itu?

Ketika 1MDB menandatangani perjanjian perkongsian dengan Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, perbincangan adalah dengan Pengerusi Aabar, Khadem Abdullah al-Qubaisi dan Pengarah Urusan mereka, Mohamed Badawy Al-Husseiny, di mana kedua-duanya juga dinamakan FBI bersama Jho Low.

Ketika perjanjian dimeterai, 1MDB turut mendapatkan peguam dalaman dan dari luar bagi mengesahkan Aabar Investments PJS Ltd di British Virgin Island dimiliki Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Dokumen lampiran adalah Sijil Pengesahan Pemilikan yang dikeluarkan bagi syarikat Aabar di BVI yang dipertikaikan. Sijil ini dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited (OIL) beribupejabat di Hong Kong dan teraju antarabangsa dalam perkhidmatan syarikat dan perbadanan antarabangsa.



Sijil Pengesahan Pemilikan ini mengesahkan dua pengarah Aabar Investments PJS Ltd di BVI adalah Pengerusi dan Pengarah Urusan Aabar Investments PJS dan pemilik tunggalnya ialah syarikat Abu Dhabi, Aabar Investments PJS.

MENGENAI OIL:

Beribupejabat di Hong Kong, OIL juga mempunyai pejabat di BVI, Singapura, Taiwan, Shanghai, Beijing, Shenzhen, Guangzhou, United Kingdom, Cyprus dan Dubai serta mempunyai 220 kakitangan.

Oil adalah anak syarikat Kumpulan Vistra yang mempunyai 2,300 kakitangan di 40 negara dengan ibupejabatnya di Hong Kong.

Dalam dokumen rasmi perbadanannya, Pengerusi dan Pengarah Urusan daripada syarikat induk serta peguam daripada dalaman dan luar melalui proses usaha wajar (due diligence) mengesahkan kepada 1MDB, syarikat Aabar Investments PJS Ltd di BVI secara sah dimiliki Aabar Investments PJS di Abu Dhabi. Maka apa lagi yang perlu dilakukan 1MDB dan untuk mendapatkan pengesahan ia bukan sebuah syarikat palsu?

Pemilikan Aabar BVI dan pemindahan dana turut disahkan oleh audit dilakukan firma luaran, KPMG dan Deloitte selepas itu dan tiada amaran tercetus mengenai pemilikan syarikat itu. Kedua-dua firma audit itu tentunya sudah bertemu atau menghubungi Aabar di Abu Dhabi bagi mengesahkan transaksi itu.

Bagaimanapun, bagi alasan yang tidak diketahui, IPIC bersetuju kepada perjanjian pertukaran itu, membayar USD1 bilion, membayar faedah bon USD3.5 bilion dan hanya pada April 2016, selepas 10 bulan perjanjian ditandatangani dan bertahun selepas 1MDB menyatakan mereka sudah membuat kesemua pembayaran kepada Aabar dalam penyata kewangan yang boleh diakses orang awam.

Perkara Utama:

1MDB tidak boleh menyatakan atau mendakwa wang yang dipindahkan daripada Aabar BVI kepada Jho Low, Red Granite atau sesiapapun sebagaimana didakwa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah milik mereka. Bagi 1MDB, Aabar BVI adalah sah dan dimiliki IPIC. Jika terdapat wang dicuri daripada Aabar BVI, ia dicuri daripada IPIC dan bukannya 1MDB.

Jika 1MDB mendakwa wang itu milik mereka bermakna keseluruhan prosiding timbang tara di London antara IPIC dan syarikat itu akan runtuh dan 1MDB akan terpaksa membayar berbilion manakala IPIC akan terlepas, disebalik hakikat, kedua-dua eksekutif kanan IPIC, Pengarah Urusannya daripada 2007 hingga 2015, Khadem dan Pengarah Urusan Aabar PJS, Mohamed Badawy Al-Husseiny adalah penama dalam kes penyitaan aset Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Apa akan terjadi seterusnya?

1MDB perlu focus untuk memenangi kes timbang taranya dengan membuktikan yang dua eksekutif kanan Aabar dan IPIC telah bertindak menggunakan kuasa mereka di dalam Lembaga Pengarah dua syarikat itu dan kesemua pemeriksaan telah mengesahkan Aabar BVI adalah milik Aabar Investments PJS Abu Dhabi dan IPIC.

1MDB yakin mereka mempunyai bukti mencukupi dan fakta yang kukuh bagi memenangi kes ini berikutan keengganan mereka untuk membayar faedah bon yang dijadualkan biarpun memiliki RM3 bilion dalam simpanan dan membiarkan dua bon yang dijamin IPIC untuk tertunggak hingga menyebabkan IPIC untuk membayarnya.

Jika 1MDB memenangi kes ini, aset bernilai USD4.5 bilion akan dapat dimiliki semula daripada IPIC. Jika berlaku demikian, yang kemungkinannya sangat tinggi, IPIC akan mengambil alih bon USD3.5 bilion dan membenarkan 1MDB untuk menyimpan USD1 bilion yang mereka bayar sebelum ini. IPIC kemudian akan menjadi pihak bertanggungjawab untuk menuntut semula aset USD4.5 bilion dalam Aabar BVI.

SUMBER DANA DIDAKWA DICURI 3:

Wang USD1.5 bilion yang dilaburkan 1MDB untuk dana pelaburan BSI Bank.

Apa yang dibayar 1MDB?

USD1.5 bilion yang dilaburkan dalam dana pelaburan berdaftar sebagaimana disyorkan BSI Bank. USD1.5 bilion ini adalah sebahagian daripada perolehan bon USD3 bilion pada 2013 (turut dikenali sebagai dana GIL 1MDB yang diraih daripada cadangan perkongsian dengan Aabar bagi memajukan Bandar Malaysia pada 2013. Baki USD1.5 bilion digunakan 1MDB sebagai modal kerja bagi membangunkan Tun Razak Exchange (TRX), Bandar Malaysia dan perniagaan janakuasa.

Putera Diraja Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan, 
menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian pada 2013.

Perjanjian perkongsian Bandar Malaysia ditandatangani pada Mac 2013 di mana 1MDB dan Aabar masing-masing dicadangkan untuk meraih USD3 bilion dan kedua pihak itu akan menyumbang kepada syarikat 1MDB-GIL bagi membangunkan Bandar Malaysia.

Berikutan kegagalan Aabar untuk meraih USD3 bilion pada tempoh ditetapkan dan perkongsian itu tidak berjalan lancer, 1MDB membuat keputusan untuk menggunakan separuh wang itu sebagai modal kerja manakala selebihnya digunakan dalam dana pelaburan bagi mengelak tanggungan negatif (atau membayar faedah bagi dana yang tidak digunakan daripada pinjaman).

Apa terjadi kepada wang yang dilaburkan dalam dana pelaburan?

Wang itu masih dilaburkan dalam dana yang asalnya dirancang untuk digunakan bagi sebahagian daripada pertukaran aset dengan IPIC memandangkan ia dijamin oleh Aabar BVI.

Apa akan terjadi seterusnya?

Memandangkan pertukaran aset itu sudah dihentikan, dana ini sudah berada dalam fasa penuntutan. Bagaimanapun, menuntut satu unit USD1.5 bilion bukanlah seperti kita mengeluarkan wang dari bank. Dana itu sendiri perlu menjual pelaburan mereka sebelum membayar 1MDB. Difahamkan, proses ini kini hampir selesai.

Berapa sebenarnya ‘Wang Rakyat’ yang digunakan oleh 1MDB setakat ini?

Modal berbayar RM1 juta dibayar oleh Kerajaan Malaysia. Baki dana sehingga RM42 bilion pada satu masa diraih daripada bon dan pinjaman bank.

Berapa banyak pinjaman yang masih ditanggung 1MDB?

Selain tiga bon, kesemua baki pinjaman, kemudahan kredit dan bon lain sudah dibayar sepenuhnya oleh 1MDB ketika proses rasionalisasi hutang yang bermula pada 2015.
Sejak awal 2015, 1MDB sudah melangsai dan mengeluarkan hutang berikut daripada tanggungan mereka:

Bayar penuh RM3.5 bilion pinjaman Powertek daripada satu konsortium bank.

Bayar penuh RM1 bilion kemudahan kredit daripada kerajaan

Bayar penuh USD150 juta pinjaman Bank Exim

Sukuk RM2.4 bilion Bandar Malaysia diambil alih oleh pembeli 60 peratus Bandar Malaysia.
Memindahkan RM800 juta pinjaman Perkeso kepada pembiayaan projek TRX. Pinjaman ini sudah dibayar.

Mengenepikan hutang RM6 bilion yang ditanggung berikutan penjualan Edra

Bayar penuh pinjaman RM2 bilion Marstan diuruskan Ananda Krishnan yang dipinjam bagi membayar pinjaman Maybank RM2 bilion

Bayar penuh USD975 juta pinjaman Deutsche Bank

Selepas kesemua pinjaman ini sudah dibayar, 1MDB masih lagi mempunyai RM2.3 bilion dalam bentuk tunai dan turut memiliki bon berikut:
RM5 bilion bon jangka panjang pada 2009 yang akan matang pada tahun 2029. Bon ini terikat kepada pembangunan berterusan TRX dan akan diseimbangkan dengan aliran tunai pembangunan itu.
Bon 2012 bernilai USD3.5 bilion yang dijamin IPIC dan akan matang pada tahun 2022. (Jika 1MDB memenangi kes timbang tara maka bon ini akan dibeli IPIC).
Bon pada 2013 bernilai USD3 bilion yang akan matang pada tahun 2023. Bon ini terikat kepada pembangunan Bandar Malaysia di mana 1MDB memiliki 40 peratus dan diseimbangkan dengan aliran tunai pembangunan ini.

Berapa sebenarnya ‘Wang Rakyat yang hilang berikutan saman sivil Jabatan Kehakiman ini?

Tiada. Memandangkan jumlah yang didakwa dicuri adalah daripada pinjaman yang 1MDB ambil seperti di atas dan pinjaman itu tidak tertunggak, tiada wang Malaysia hilang. Ini turut mengambil kira pertikaian IPIC akan selesai dengan menyebelahi 1MDB dan bon GIL USD1.5 bilion ditebus.
Adalah penting untuk kita lihat, selain bon USD3.5 bilion yang dipertikaikan dengan IPIC, 1MDB tidak menghadapi tunggakan terhadap mana-mana pinjaman atau bon. Malah, sebagaimana dinyatakan di atas, kebanyakan pinjaman sudah dilangsaikan.

Perkara utama terakhir:
Adalah penting untuk kita utarakan, tiga sumber dana yang disenaraikan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah urusan terus dengan kerajaan serta kerabat diraja negara Arab dan 1MDB membayar secara terus kepada akaun yang diarahkan oleh mereka. Jika 1MDB ditipu, bermakna negara terbabit turut bersubahat menipu 1MDB.
Atau, jika 1MDB adalah satu penipuan, maka negara terbabit dan kerabat dirajanya turut berpakat dengan 1MDB untuk menipu.

Namun perkara utama paling penting adalah:

Jika 1MDB berjaya memenangi timbang tara IPIC dan menebus semula USD1.5bilion dana GIL, maka 1MDB benar-benar boleh menyatakan ia tidak pernah hilang wang atau wangnya dicuri.
Ini bermakna, adalah mustahil untuk Jho Low, Riza, Khadem, Malaysia Official 1 atau sesiapa sahaja dalam isu ini telah mencuri wang daripada 1MDB untuk membeli atau melabur dalam aset yang mahu disita FBI.
Tetapi ia juga mungkin bermakana ada seseorang yang ditipu. Ia mungkin IPIC Abu Dhabi atau ia adalah keuntungan sah yang dibuat daripada pelaburan dana.
Tetapi wang siapa digunakan untuk dibeli karya seni, hartanah? Ia mungkin wang IPIC Abu Dhabi, wang Arab Saudi atau ia mungkin hasil keuntungan daripada pelaburan dana

© MyNation News Malaysia

Sunday, July 10, 2016

Ahli DAP Rancang Singkirkan Lim Guan Eng?

Pergolakan dalaman DAP di Pulau Pinang semakin memuncak. Mengikut sumber tertentu ada gerakan terancang dalam DAP Pulau Pinang yang ingin menyingkirkan CM Lim Guan Eng dari Pulau Pinang.

Antara rancangan tersebut adalah membongkar isu pembelian banglo di jalan PinHorn dan maklumat rahsia tersebut telah diserahkan oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang kepada Parti Gerakan untuk menjatuhkan Lim Guan Eng setelah desakan dari DAP Pulau Pinang agar Lim Guan Eng kembali ke Melaka tidak diendahkan.

Pada 8 Mac 2008 di Hotel Hard Rock Café, Pulau Pinang. Lim Guan Eng telah mengambil jawatan Ketua Menteri yang sepatutnya diberi kepada Chow Kon Yeow.

Antara perjanjian tersebut mengatakan bahawa Lim Guan Eng akan menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang selama sepenggal dan akan menyerahkan kepada Chow Kon Yeow. Tetapi Lim Guan Eng telah mengkhianati perjanjian tersebut.

Ramai ahli parti kanan DAP percaya perjanjian itu membolehkan Guan Eng menjadi Ketua Menteri hanya satu penggal sebelum diserahkan kepada Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Teh Yee Cheu Adun DAP-Tanjung Bunga seorang org kuat Chow Kon Yeow yang mendapat sokongan kuat di akar umbi DAP Pulau Pinang turut menyerang Lim Guan Eng dan membuat cadangan supaya penggal khidmat seorang Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal sahaja tahun lalu.

Umum mengetahui Teh Yee Cheu telah meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang 3 hari sebelum Konvensyen DAP Negeri Pulau Pinang bermula.

Lim Guan Eng tidak bertanding dalam pemilihan DAP Pulau Pinang, mungkin kerana beliau sudah menjadi Setiausaha Agong DAP Nasional… the supreme leader of DAP.

Ini adalah penggal terakhir Lim Guan Eng boleh menjawat jawatan Setiausaha Agong DAP dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang. Ia akan berakhir sebelum penggal Parlimen ke-13 tamat tempoh.

Ini bermakna Lim Guan Eng bukan lagi Setiausaha Agong DAP menjelang PRU ke 14 nanti. Lim Guan Eng juga tidak disenangi oleh sebahagian besar pemimpin DAP Pulau Pinang yang melihat Lim Guan Eng sebagai “pemain impot” dalam politik Pulau Pinang.

Nampaknya agenda untuk menamatkan karier politik Lim Guan Eng telah berjaya.

Selamat Tinggal Lim Guan Eng.

Ditulis oleh :

Ahli DAP dan penganalisis politik Penang.

Friday, July 8, 2016

29 Kampung Bakal Lenyap Di Pulau Pinang

Perancangan pembangunan di Pulau Pinang mengambil kawasan Melayu

GEORGETOWN: Sebanyak 29 kampung di Pulau Pinang kemungkinan berdepan risiko ‘hilang dari peta’ berikutan diancam aktiviti pembangunan yang akan menenggelamkan kampung tradisi masyarakat Melayu di negeri berkenaan, kata ahli akademik.

Antara kampung dilihat terancam ialah Kampung Bagan Dalam, Kampung Batu Maung, Kampung Batu Uban, Kampung Binjal, Kampung Buah Pala, Kampung Dalca, Kampung Dodol, Kampung Gajah, Kampung Genting, Kampung Lima Kongsi, Kampung Makam, Kampung Melayu, Kampung Nelayan, Kampung Padang Benggali dan Kampung Pisang.

Turut mengalami risiko ialah Kampung Permatang Tepi laut, Kampung Permatang Tok Subuh, Kampung Pondok Upeh, Kampung Pokok Asam, Kampung Pulau Jelutong, Kampung Selut, Kampung Siam, Kampung Sungai Nibong Kecil, Kampung Tanjong Tokong, Kampung Teluk Air Tawar, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Tengah Jelutong, Kampung Tengah Air Itam dan Kampung Terang.

“Inilah faktor-faktor menyebabkan kampung di Pulau Pinang kian lama kian terhakis antaranya pemilikan tanah. Tuan tanah ingin membangunkan kampung itu maka kampung itu akan lenyap dan terus hilang dari peta, akan diberi nama lain dan sebagainya.

“Ini telahpun berlaku dan sedang berlaku. Kalau kita tengok kampung-kampung di Sungai Nibong, di sini contohnya sudah lenyap sama sekali dari peta negeri Pulau Pinang kerana sekarang ini ia dibangunkan dengan projek-projek perumahan, kondominium dan sebagainya.

“Walaupun satu ketika, mungkin ada orang yang beralamat di situ tapi kampung itu sudah tidak ada lagi. Inilah cabaran yang dihadapi di negeri ini,” katanya.

Azeem Fazwan berkata, pelaksanaan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP) juga menyumbang kepada ‘kehilangan’ kampung tradisi di negeri itu memandangkan projek berkenaan turut membabitkan pengambilan tanah.

Beliau berkata, jika PIPP itu berjaya direalisasikan, landskap Pulau Pinang akan berubah dan kampung-kampung sedia ada akan turut lenyap.

“Sekiranya ia berlaku, maka landskap negeri Pulau Pinang akan berubah sama sekali terutama di daerah Barat Daya. Jadi apabila pembangunan mula menyusuri ke daerah Barat Daya, maka kampung-kampung yang ada di Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Batu Maung dan Teluk Bahang akan lenyap,” katanya.

Justeru, katanya tidak mustahil kampung-kampung tradisi di negeri itu akan lenyap dalam tempoh lima tahun akan datang jika tiada usaha daripada pihak berkepentingan untuk memelihara dan memulihara kampung tradisi itu.

Sementara itu, ahli akademik Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican, berkata kampung-kampung tradisi sedia ada perlu diwartakan di bawah Akta Warisan dalam usaha memastikan kampung berkenaan tidak lenyap.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu memainkan peranan mewartakan kampung-kampung tradisi itu dengan segera supaya identiti masyarakat Melayu di kawasan berkenaan terpelihara dan tidak terhakis.

“Cabaran yang pertama untuk mewartakan kampung tradisi ini adalah mewujudkan inventori dan mendefinisikan apa yang dimaksudkan dengan kampung tradisional. Takrif kampung tradisional belum diformalkan. Bukan semua 660 kampung yang ada di Pulau Pinang boleh dianggap sebagai kampung tradisional.

“Jadi kita pilih kampung yang strategik, contohnya untuk dijadikan sebagai kampung tradisional,” katanya. – BERNAMA
Credit Karim's Blog

Saturday, July 2, 2016

Dulu Lim Guan Eng Minta SPRM Segera Siasat, Sekarang Kata SPRM Cepat Untuk Mendakwa

Apabila laporan SPRM baru dibuat terhadap Lim Guan Eng, kedua-dua Lim Kit Siang dan Mat Sabu berkata tidak ada masalah, biarlah mereka buka kertas siasatan, biar mereka siasat.

Tetapi apabila SPRM failkan dakwaan ke atas Lim Guan Eng, kedua-dua Lim Kit Siang dan Mat Sabu kini mengubah nada mereka dan mengutuk SPRM malam tadi?

Juga, ingatlah bahawa Lim Guan Eng sendiri yang meminta SPRM untuk segera menyiasat beliau. Tetapi sekarang orang mengatakan SPRM terlalu cepat untuk mendakwanya.

Tonton:
https://www.facebook.com/mynationmalaysia/videos/1760068734209024/

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.