Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Thursday, February 15, 2018

Diplomat Israel Masuk Malaysia? Forum Bandar Sedunia Ke 9- Satu Penjelasan Mudah


Di bawah adalah penjelasan berkaitan Penyertaan Delegasi Israel Ke Forum Bandar Sedunia Ke -9 Di Kuala Lumpur.

1. Just nak bagi tau korang, sesetengah negara mewajibkan seseorang itu membuatkan permohonan Visa ke pihak kedutaan mereka sebelum memasuki negara berkenaan.

2. Misalnya orang Malaysia nak ke Russia. Mereka perlu buat permohonan Visa kepada Kedutaan Russia di Kuala Lumpur. Ini bagi mereka yang memegang Passport Antarabangsa Awam.


3. Namun, bagi pegawai kerajaan yang banyak berurusan dengan pihak luar, mereka ada keistimewaan tertentu. Mereka menggunakan Passport Diplomatik. Diplomatic passport ni hanya dikeluarkan untuk pegawai negara berkenaan untuk memudahkan urusan mereka di negara yang bakal mereka lawati tanpa memerlukan mereka membuat permohonan Visa ke negara yang mereka tujui.



4. Dalam kes kemasukan diplomat Israel ke Malaysia. Dia masuk atas tiket diplomat Israel di UN yang menghadiri event UN di Kuala Lumpur. Bila dia masuk sebagai diplomat ke sebuah negara yang misalnya tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negaranya, ianya tak bermakna kita mengiktiraf Israel. Sebaliknya kita memberikan kebenaran dia masuk ke Malaysia atas dasar dia seorang diplomat Israel yang mewakili negaranya. Dan Israel juga, mahu tak mahu, suka tak suka, kita kena akui bahawa dia adalah sebuah negara ahli dalam PBB.


5. Ambil contoh wakil Korea Utara atau Cuba ke UN. Mereka dibenarkan masuk ke New York atas tiket diplomat yang mewakili negara berkenaan ke PBB yang beribu pejabat di New York. Walaupun dibenarkan masuk (malah membuka pejabat perwakilan di U.S),  ianya tidak bermakna U.S ada hubungan diplomatik dengan negara berkenaan.


6. Jadi isu ni tak ada la besar sangat pun. Simple jer. Cuma yang tak faham bagaimana diplomasi dunia berjalan jer yang emosi.

7. Kesimpulan, jangan emosi. Kerajaan kita bagi dia masuk atas tiket dia sebagai diplomat Israel ke UN. Bukannya diplomat Israel di Kuala Lumpur.

Tambahan : negara kita konsisten dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin. Kita tak hipokrit macam Turki yang ada hubungan diplomatik rasmi dengan negara Zionist tersebut.

Kredit :
Anasz
Master in Security and Strategic Studies
UKM


Kenyataan Akhbar Menteri Luar Negeri Mengenai Penyertaan Delegas Ke WUF Ke 9 Di KLi



KENYATAAN AKHBAR OLEH MENTERI LUAR NEGERI MALAYSIA
YB DATO’ SRI ANIFAH AMAN MENGENAI PENYERTAAN DELEGASI ISRAEL KE FORUM BANDAR SEDUNIA KE-9 DI KUALA LUMPUR
7 - 13 FEBRUARI 2018

Terdapat percubaan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menagih keuntungan politik daripada penyertaan Israel dalam Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9), yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 7 hingga 13 Februari 2018.

2. Kementerian Luar Negeri ingin menjelaskan bahawa penyertaan Israel adalah berdasarkan jemputan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), melalui agensinya Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat) selaku penganjur WUF9.

3. Surat jemputan kepada Israel, yang ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif UN-Habitat, adalah selaras dengan Host Country Agreement yang ditandatangani di antara organisasi itu dan Malaysia. Artikel III dari Perjanjian tersebut diantaranya menyatakan, bahawa penyertaan dalam Forum itu dibuka antara lainnya kepada keseluruh keanggotaan PBB dan mana-mana Agensi Khususnya (Specialized Agencies). Host Country Agreement ini adalah syarat bagi mana-mana persidangan PBB untuk diadakan di luar mana-mana ibu pejabat PBB yang sedia ada.

4. Adalah ditekankan bahawa tidak seperti surat jemputan kepada negara-negara yang lain, surat jemputan kepada Israel tidak ditandatangani oleh mana-mana pegawai Malaysia. Oleh itu, tohmahan bahawa Malaysia secara senyap-senyap mewujudkan hubungan dengan Israel melalui penganjuran Forum ini adalah tidak timbul sama sekali. Pendirian Malaysia terhadap Israel tetap tidak berubah. Apa jua penyataan sebaliknya hanya sekadar membuktikan niat jahat dan berbahaya.

5. Harus diingat bahawa pelbagai pihak telah menekankan bahawa WUF9 telah dikelolakan dengan jayanya. Forum ini telah berjaya meningkatkan profil Malaysia dan mempamerkan pencapaian Malaysia mempromosi, menyuara dan melaksanakan New Urban Agenda. Ia juga menyaksikan penyertaan lebih daripada 25,000 orang, dengan 69 negara diwakili di peringkat Menteri. Semua rakyat Malaysia harus bangga dengan kejayaan negara menganjurkan Forum yang berprestij dan penting ini.



DATO’ SRI ANIFAH AMAN
Menteri Luar Negeri
15 Februari 2018




Saturday, February 3, 2018

Mahathirnomics Dan Najibnomics



oleh Ab Jalil Backer

Mahathir manjakan rakyat dengan mengkayakan korporat.

Najib manjakan rakyat dengan memberi pilihan kepada rakyat membuat keputusan sendiri.

Mahathir memberi subsidi gula, minyak masak, petrol, gas memasak dan elektrik kepada korporat. Mana rakyat yang guna banyak, banyaklah subsidi dia balun.
Dalam masa yang sama gaji kakitangan awam tidak banyak berubah. Kerani dan pekerja bawahan berpendapatan bawah RM 600. Ada yang tinggal di setinggan.
Rakyat juga perlu membayar yuran sekolah, yuran peperiksaan dan sebahagian perlu membeli buku teks.

Yang untung tetap korporat pembekal barangan ini kerana mereka mendapat subsidi langsung dari kerajaan.

Mahathir masih mampu melakukan kerana jumlah rakyat yang tidak ramai berbanding sekarang dan harga pasaran dunia masih rendah.

Pada zaman selepas Mahathir, penggunaan meningkat mendadak kerana jumlah rakyat dan industri kian bertambah, Harga barangan terbabit di pasaran dunia meningkat berkali ganda.

Jika kerajaan terus mensubsidi semua perkara ini tidak akan ada lagi belanja pembangunan dan pengurusan.

Namun lebih penting Najib melihat kebajikan rakyat dari perspektif lain. Beliau mahu rakyat sendiri membuat pilihan.
Golongan berpendapatan rendah bawah RM3,900 diberi bantuan kewangan langsung sebagai ganti penghapusan dan pengurangan subsidi.

Anda sendiri buat keputusan berapa banyak gula, petrol, elektrik, minyak masak yang hendak digunakan mengikut kemampuan dan keperluan.

Tidak ada lagi ketirisan subsidi menyebabkan yang untung hanya korporat.
Dalam masa yang sama Najib memberi perhatian kepada pembangunan infra rakyat seperti jalan, hospital, sekolah dan balai polis.

Akses kesihatan rakyat ditambah untuk memudahkan rakyat mendapat perkhidmatan yang lebih baik. Hospital dan klinik ditambah dan dinaik taraf.

Sekolah-sekolah ditambah bagi mencapai sasaran sekolah satu sesi dalam masa lima tahun akan datang.

Najib menghapuskan semua yuran peperiksaan peringkat sekolah. Bantuan buku teks diberi kepada semua pelajar. Pelajar dari keluarga berpendapatan rendah diberi bantaun RM 100 setahun dan program Makanan Tambahan.

Subsidi dan bantuan pendidikan vokasional, teknik dan perniagaan ditambah berkali ganda untuk memperkasakan kebolehan rakyat.
Subsidi juga diberi dalam projek perumahan supaya rakyat mempunyai kehidupan yang lebih selesa.

Gaji kakitangan awam dinaikkan. Perumahan kakitangan awam juga ditambah dengan banyak. Elaun perumahan juga dinaikan.

Dalam falsafah ekonomi Najib Razak, beliau memberi “subsidi” untuk membangunkan keupayaan dan kemampuan rakyat untuk kesejahteraan bukan untuk mengenyang dan menggula-gulakan rakyat.

Sukarnya, rakyat sudah terbiasa dengan subsidi untuk perut sehingga lupa subsidi Najib akan membolehkan anak cucu kita “survive” di mana-mana sahaja.

Maka rakyat akan terus bercakap soal harga untuk ayam, daging dan ikan berbanding dahulu, seolah-olah zaman Mahathir dulu hari-hari mereka makan ikan dan daging seperti sekarang.

Mereka bercakap soal harga minuman dan makanan di kedai makan seolah-olah budaya makan di kedai sudah popular di zaman Mahathir.

Hakikatnya, apa yang mereka bincangkan itu hanyalah aktiviti yang “rare” atau luar biasa pada zaman Mahathir tetapi kebiasaan pada zaman Najib Razak.
Lalu nikmat mana yang kamu nafikan?



DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.