Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, September 3, 2018

KP Kastam Sahkan Kerajaan PH Yang Curi Duit ‘Refund’ GST




Benarkah wang hilang? Kenyataan KP JKDM ini membuktikan Kerajaan BN sebelum ini telah membayar RM63.9 bilion tuntutan GST yang dimasukkan ke tabung amanah dari Kumpulan Wang Disatukan.

(FMT) – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengakui tuntutan bayaran balik GST sebanyak RM82.9 bilion tidak dibayar sepenuhnya.
Bagaimanapun kata Ketua Pengarahnya, Dato’ Sri Subromaniam Tholasy dari April 2015 hingga penghujung Mei 2018, RM63.9 bilion bayaran yang telah dipindahkan ke akaun amanah.
JKDM ada menuntut RM82.9 bilion daripada Mesyuarat Tabung Amanah Bulanan ini untuk tujuan pembayaran balik GST dalam tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Mei 2018 tetapi jumlah penuh tidak dipindahkan kepada Tabung Amanah.
Oleh itu, pada 31 Mei 2018, Tabung Amanah masih memerlukan dan mengalami kekurangan untuk membayar tunggakan bayaran balik cukai GST sebanyak RM19.4 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah menafikan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan BN melesapkan RM19.4 bilion yang sepatutnya untuk bayaran balik GST.
Irwan berkata wang itu dimasukkan dahulu dalam akaun kumpulan wang disatukan dan jumlah bagi bayaran balik dimasukkan dalam akaun amanah secara bulanan berdasarkan keperluan Jabatan Kastam, hasil audit terhadap tuntutan bayaran balik dan kedudukan hasil kerajaan.
Beliau berkata ia selepas mesyuarat pengurusan aliran tunai kerajaan persekutuan yang diadakan setiap bulan.
Setiap sen dikira, ia adalah duit rakyat, lebih penting ia berada dalam Kumpulan Wang Disatukan, kemudian bila diperlukan, ia akan dikeluarkan,” katanya

Hubungan Malaysia-China retak

Hubungan Malaysia-China retak: THE THIRD FORCE
"Sebenarnya Mahathir bodoh kerana meminta pinjaman dari Jepun memandangkan polisi Jepun melarang negara tersebut memberi bantuan pinjaman kepada negara-negara berpendapatan sederhana-tinggi" - Raggie Jessy

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.