Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, June 16, 2019

Politik Hanyir Pakatan Harapan ( PH )





Sedang Rakyat tertunggu-tunggu janji manis Kerajaan Pakatan Harapan (PH), pelbagai cerita timbul selepas setahun memerintah. Namun kemanisan yang rakyat dambakan, sebaliknya 'politik hanyir' yang dihidangkan.


Negara digemparkan dengan penularan video pasangan sejenis didakwa mirip seorang menteri. Bertambah gempar apabila sipelaku tanpa rasa bersalah mengaku bahawa dirinya merupakan individu di dalam video tersebut bersama menteri yang didakwa.


Situasi ini seolah drama pada 1998 kembali menghantui rakyat. Pada ketika itu Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri ke-4. Dengan kuasanya Anwar Ibrahim ketika itu telah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Kini apabila Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-7, senario yang sama juga berlaku tetapi melibatkan watak berbeza. Malah situasinya hampir sama ketika 1998, dalam situasi sebelum berlakunya peralihan jawatan Perdana Menteri.


Cuma bezanya, pada1998 Anwar Ibrahim dikaitkan dengan Tun Mahathir, dan kini giliran Anwar Ibrahim dikaitkan dengan Azmin Ali pula. Ada pemerhati berpendapat dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang ini terbahagi kepada dua kem yang berbeza ideologinya.


Secara kebetulan atau tidak, tetapi jelas dapat dilihat dalam isu perlantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM baru-baru ini. Terdapat satu kem menentang dan satu kem lagi menyokong pelantikan tersebut.


Situasi ini menimbulkan spekulasi yang mengatakan penularan video Azmin Ali bersama Haziq Aziz ada kena mengena dengan Anwar Ibrahim. Mungkinkah ini merupakan konflik perebutan jawatan Perdana Menteri Ke-8?


Jadi benarkah mereka yang pro Anwar Ibrahim merupakan dalang utama yang merancang untuk membunuh karier politik Azmin Ali? Ia dengan sekelip mata sahaja sekali gus menghalang Azmin Ali dari terus merampas jawatan Perdana Menteri ke-8?


Kita sedar bahawa permainan politik jijik seperti ini tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat. Selain tertunggu-tunggu janji-janji manis yang menyebabkan mereka memberikan sokongan kepada Kerajaan PH dalam PRU-14, rakyat juga sedang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan harga barang keperluan, tol tidak dihapuskan, penurunan harga petrol ke tahap RM1.50 seperti dijanjikan dan banyak lagi.


Samada video hanyir itu tulen atau sebaliknya bukan persoalan. "Damage has been done". Rakyat muak dengan penafian demi penafian. Rakyat resah dengan cara pentadbiran 'caca marba'. Dengan Malaysia ditadbir oleh "undang undang rimba", orang yang sedang dibicarakan boleh dibebaskan, inikan pula pelaku video hanyir. Mereka boleh 'disucikan' pada bila-bila masa dan diangkat menjadi perdana menteri. Inikah naratif bagi melantik seorang pemimpin dalam meneruskan kesinambungan sebuah kerajaan?


Tersebarnya video hanyir tersebut menandakan kemuncak kepada kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan. Para pemimpin mereka berpolitik sepanjang masa dengan mengabaikan kepentingan rakyat, hingga sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa.


Justeru Perdana Menteri tidak perlu lagi berdolak-dalik, selain membubarkan parlimen bagi membolehkan rakyat memberikan mandat baharu kepada sebuah kerajaan yang lebih baik.

Saturday, June 15, 2019

Rancangan Mahathir Menjadikan Azmin Ali PM ke-8 muktamad



“Umum perlu faham, biar teliti manapun rancangan Mahathir, beliau tahu bahawa ianya berisiko menemui kegagalan biar kecil mana risiko tersebut. Justeru, beliau bersiap sedia untuk membubarkan parlimen pada bila-bila masa sekiranya terdapat tanda-tanda rancangannya akan gagal. Saya yakin bahawa inilah faktor utama yang mendorong beliau untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong secara senyap semalam tatkala rakyat Malaysia digemparkan dengan video-video seks Azmin”

Oleh Raggie Jessy Rithaudeen

Semua ahli politik yang seharusnya mengeluarkan kenyataan berkenaan video homoseks yang tular baru-baru ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “video seks Azmin”) telahpun mengeluarkan kenyataan.

Semalam, presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, mengutuk politik jijik yang dimainkan sesetengah pihak terhadap Dato’ Seri Azmin Ali yang dipercayai merupakan individu yang terpapar dalam video berkenaan.

Walaubagaimanapun, Anwar tidak menafikan bahawa individu-individu dalam video tersebut merupakan Azmin dan Haziq Aziz.

Berbeza pula dengan Mahathir, beliau memberitahu pemberita malam semalam bahawa belau tidak yakin Azmin terlibat dalam video tersebut.

Sekali pandang, ianya memberi persepsi seolah-olah Anwar merupakan dalang di sebalik video berkenaan.

Ini mudah dipercayai, memandangkan Anwar diketahui tidak berpuas hati dengan hubungan akrab antara Mahathir dengan Azmin dan khuatir Azmin akan dipilih oleh Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Tetapi umum perlu imbas kembali detik-detik yang menjurus kepada pemecatan Anwar dari kerajaan pada tahun 1998 untuk memahami betapa perlunya seseorang itu was-was terhadap segala apa yang dikatakan oleh kedua-dua Anwar dan Mahathir.

Beberapa minggu sebelum Mahathir bertindak memecat Anwar atas tuduhan meliwat, beliau memberitahu pemberita bahawa timbalannya bukan seorang homoseks dan tidak terlibat dalam hubungan seks di luar tabii sepertimana dicadangkan oleh penerbit buku “50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.”

Anwar pula berulang kali memberitahu pemberita bahawa hubungan beliau dengan Mahathir baik seperti sediakala, walaupun pada ketika itu, bukan hanya kedua-dua mereka sudah jarang berinteraksi, Mahathir pernah mengarahkan Tun Daim Zainuddin untuk ‘menasihati’ Anwar supaya berundur secara sukarela.

Apapun, buat masa ini, tidak ada kepastian daripada mana-mana pihak samada dalang di sebalik video seks Azmin merupakan Anwar atau Mahathir.

Apa yang pasti, Mahathir ingin jadikan Azmin Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan akan memusnahkan kerjaya politik Anwar buat selama-lamanya setelah selesai melakukan percaturan tertentu.

Biar sesiapapun dalang di sebalik video tersebut, ianya sudah tentu akan mencetuskan perbalahan sengit di antara puak Azmin dan puak Anwar dan sekaligus memecah-belahkan PKR sepertimana yang dikehendaki Mahathir.

Azmin sudah tentu akan mengesyaki Anwar dan akan memberikan jaminan 200 peratus kepada Mahathir bahawa beliau tidak akan terfikir untuk bersekongkol dengan Anwar setelah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Mahathir pula akan mampu mencantas Azmin pada bila-bila masa sekiranya perlu memandangkan isu homoseks terbaru ini akan sentiasa menghantui Azmin dan mampu memusnahkan karier politiknya sekiranya tidak mendapat sokongan Mahathir dan anaknya, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir.

Apa yang jelas, Mahathir sudahpun memulakan langkahnya untuk meletakkan titik noktah pada karier politik Anwar dan dipercayai akan memastikan bekas timbalannya akan merangkak kembali di penjara Sungai Buloh.

Bagi menjayakan rancangan tersebut, Mahathir melantik Latheefa Koya sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa merujuk Jawatankuasa Pelantikan Khas Parlimen, Kabinet ataupun ahli-ahli parlimen.

Latheefa dijangka akan membuka semula fail Lim Guan Eng berhubung pembelian Bungalow di bawah harga pasaran dan turut dijangka akan merujuk kembali fail-fail bersangkut-paut skandal terowong dasar laut Pulau Pinang dan skandal penjualan tanah di Taman Manggis, Pulau Pinang.

Guan Eng kemudiannnya akan dipanggil ke meja rundingan bersama ayahnya, Lim Kit Siang, bagi membuat pilihan sekiranya bersetuju Azmin dijadikan Perdana Menteri ke-8 ataupun sekiranya mereka masih berdegil untuk menjadikan Anwar Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Opsyen pertama akan melihat Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan, manakala opsyen kedua dipercayai akan melihat Guan Eng menjadi timbalan Anwar dan Rafizi Ramli, menteri kewangan.

Sekiranya Guan Eng memilih opsyen kedua, beliau berkemungkinan besar akan dihadapkan dengan belasan tuduhan rasuah dan salahguna kuasa dan sudah pasti akan dihumban masuk ke penjara dalam tempoh masa tersingkat.

Sekiranya beliau memilih opsyen pertama, Mahathir akan mendapatkan deklarasi daripada kesemua ahli parlimen DAP, PPBM, AMANAH, WARISAN dan mereka di PKR yang bersekongkol dengan Azmin untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai bukti Azmin mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Susulan itu, Mahathir akan letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi kekal sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

Beliau kemudiannya akan mengadap Agong bagi mempersembahkan ‘keyakinan’ majoriti ahli parliemen terhadap Azmin supaya Tuanku Baginda berkenan melantik Azmin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Apapun, pada ketika itu, Anwar samada sudah berada di penjara Sungai Buloh ataupun dihadapkan ke Mahkhamah atas tuduhan meliwat dan akan dipaksa bersemuka dengan Ketua Hakim baru yang sememangnya yakin beliau peliwat.

Umum perlu faham, biar teliti manapun rancangan Mahathir, beliau tahu bahawa ianya berisiko menemui kegagalan biar kecil mana risiko tersebut.

Justeru, beliau bersiap sedia untuk membubarkan parlimen pada bila-bila masa sekiranya terdapat tanda-tanda rancangannya akan gagal.

Saya yakin bahawa inilah faktor utama yang mendorong beliau untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong secara senyap semalam tatkala rakyat Malaysia digemparkan dengan video-video seks Azmin.
Bersambung…

Artikel penuh boleh dibaca disini:
TheThirdForce.net ;
https://bit.ly/2XNBmp2

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.