Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, February 26, 2014

Air Selangor : Bukti Pembangkang Gagal Malahan Anwar Bakal Pandu Selangor Ke Gaung Kehancuran

khalid anwar

Pakatan pembangkang mempunyai kepakaran mencipta provokasi dan fitnah.  Namun mereka GAGAL sebagai  pentadbir yang memegang amanah rakyat di beberapa buah negeri yang dibawah kuasa mereka seperti Selangor, Pulau  Pinang dan Kelantan.  Pembangkang sebenarnya tidak layak mentadbir walaupun sebuah kampung pun kerana mereka tidak mempunyai kepakaran urustadbir melainkan membangkang dengan alasan-alasan “bodoh” sekadar mencetuskan  kesangsian.
 
Bakat membangkang segala perancangan terbaik  yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan akhirnya mengundang “bala” kepada rakyat .  Namun rakyat  Selangor sepatutnya sedar bahawa kesalahan mereka mengundi pakatan pembangkang sebagai pemerintah Selangor  akhirnya memberi natijah yang buruk  dan mereka terpaksa telan walaupun pahit hakikat ini.
 
Perangai “bodoh sombong” pembangkang yang  menentang Projek Langat 2 semata-mata keegoaan melampau sekadar untuk menyatakan bahawa mereka tidak perlukan kerajaan Barisan Nasional  ini telah meletakkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang paling bodoh.    Kepentingan rakyat  telah mereka perjudikan dan persendakan.
 
Projek Langat 2 adalah projek dari Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi membina Loji Rawatan Air Langat 2 . Kapasiti air terawat sedia ada dan projek mitigasi yang telah diluluskan hanya dapat menampung permintaan sehingga 2016 sahaja. Penangguhan pembinaan komponen Langat 2 dan sistem agihan air yang sepatutnya dimulakan pada 2010 akan menyebabkan penambahan kapasiti air terawat bagi menampung kekurangan air pada 2014 yang  tidak dapat dipenuhi.Ia adalah pilihan terbaik dari segi kewangan, teknikal dan sosial bagi memastikan pengguna di   Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air yang mencukupi sehingga 2020.
 
Sebelum ini Kerajaan pakatan  Selangor  telah memilih 17 buah lombong yang sesuai dijadikan sumber air alternatif kononnya kerana  kos rawatan air kolam bekas lombong itu adalah lebih murah,  lebih rendah dan stabil berbanding air sungai yang memerlukan banyak alum bagi proses penggumpalan mendakan.  Kononnya  kolam bekas lombong ini boleh diintegrasikan dengan aliran banjir air sungai bagi menambah isi padu kolam kerana apabila  hari hujan, air akan dialirkan masuk ke dalam kolam. Apabila musim kering air kolam digunakan sebagai sumber bekalan air.
 
Dan  pada 14 Julai 2012, Kerajaan pakatan Selangor juga  asyik menyalahkan syarikat konsesi Syabas kononnya tidak berkemampuan  Mereka  melenting apabila Syabas mahu membuat catuan apabila paras air terawat di kolam takungan (bukan empangan) kurang 20 %. Mereka juga enggan mewartakan pelarasan tarif sebagaimana perjanjian konsesi dengan alasan air mentah di tujuh empangan memang cukup.
Akhirnya  Khalid Ibrahim mengakui wujudnya masaalah paras air di Selangor.  Dalam waktu yang sama Khalid tidak boleh berdolak dalih dan mengelirukan rakyat tentang isu air ini. Sebelum ini Menteri Besar Selangor ini kerap kali menepis hakikat kebenaran kekurangan air di Selangor. Kononnya bekalan air mencukupi untuk rakyat Selangor.  Akhirnya juga  pakatan di Selangor “menghargai” dalam keterpaksaan  peranan yang dijalankan oleh SYABAS dalam situasi yang cukup meruncing ini.  SYABAS lah yang akan mengagihkan catuan air ke tempat-tempat yang bermasalah.
 
Keengganan Khalid untuk melaksanakan Projek Langat 2  membawa akibat yang cukup buruk. Sepatutnya  Projek Langat 2 telah dilaksanakan  dapat  meningkatkan keupayaan pengagihan air disamping  mengurangkan kadar  kehilangan air  sebagai  “non-revenue water”. Pembangkang gagal sebagai pemerintah Selangor  untuk  menjalankan tanggungjawab  mengawal dan membekalkan air kepada  syarikat konsesi yang menguruskan Loji Rawatan Air.
 
Ironi nya juga apabila Khalid telah menuduh SYABAS tidak  memberi  jadual  pengagihan air  sedangkan  jadual tersebut telah disediakan dan diluluskan oleh SPAN pada 24 Februari.   Ini berikutan dengan penutupan Loji Batu 11 Cheras and Bukit Tampoi yang telah dibentangkan kepada kerajaan Selangor pada 18 Februari. Ini lah akibatnya apabila sikap memutarbelit fakta sentiasa ada dalam diri pembangkang. Mereka akan terdorong dengan sendirinya untuk menipu.
 
Kini  kedengaran ura-ura Anwar mahu mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor. Sekurang-kurangnya Khalid ada latar belakang korporat sebelum ini. Anwar ini hanya berkelulusan sastera Melayu sahaja. Kepakaran paling nyata beliau ialah “mengayat” rakyat dengan tujuan menipu sehingga rakyat yang  tidak mampu berfikiran waras terbawa-bawa  dengan ideologi jahat Anwar Ibrahim.  Hancur lagi lah Selangor jika Anwar jadi MB.   Rakyat bakal ditabur dengan janji indah dan mimpi bulan bintang sedangkankan hakikatnya Anwar bakal memandu Selangor ke dalam gaung kehancuran. 

Rafizi Bongkar Ketidak Telusan Dan Kronisme Pakatan Pembangkang?

kroni1

Akhirnya Rafizi sendiri seolah-olah membongkar amalan kronisme dan  ketidak telusan di dalam operasi pakatan pembangkang.  Sebelum ini  mereka sering menuduh dan memfitnah Kerajaan Barisan Nasional kononnya  mengamalkan kronisme dan tidak telus dalam urusan pembahagian projek-projek mega  dan pentadbiran.


Baru-baru ini  Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli  telah  mendedahkan Datuk Zaid Ibrahim juga pernah melobi projek semasa berada dalam parti dan mengecamnya tidak layak bercakap mengenai ketelusan. Beberapa projek besar di Selangor telah menjadi rebutan di kalangan pemimpin politik pembangkang masa itu.  Dalam tempoh pendek lebih setahun Zaid Ibrahim  menjadi anggota PKR, beliau juga tidak segan silu cuba menggunakan kedudukan di dalam parti untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri.

Menurut pengakuan Rafizi sendiri,  beliau   sebagai pegawai eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor  pernah didatangi   oleh  Zaid Ibrahim, meminta supaya beliau campur tangan dalam dua projek yang diusahakan rakan atau pihak yang bersabit dengan beliau .  Rafizi  juga  turut mengedarkan salinan pertukaran e-mel antara beliau dengan Zaid yang menunjukkan usaha melobi dua projek di Selayang dan Petaling Jaya.

Begitu juga dengan amalan kronisme yang kononnya di amalkan oleh Barisan Nasional.  Hakikatnya pembangkang yang menuduh dan memfitnah Barisan Nasional ini telah mengamalkan kronisme tahap melampau dalam pentadbiran mereka sendiri.




Sebelum ini  Pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin pernah mendedahkan kerajaan PKR Selangor yang memberi projek secara rundingan terus dan bukan tender bernilai lebih RM250 juta sejak pembangkang memerintah negeri berkenaan pada 2008. Beliau juga turut mendakwa mempunyai  butiran kontrak seperti nombor dan tarikh kontrak serta nama syarikat terbabit.
Pada Ogos 2008, Khalid Ibrahim  mengumumkan  kononnya  Selangor akan menamatkan amalan kontrak secara rundingan seperti Pulau Pinang, tetapi pada tahun sama, kontrak yang  bernilai RM79 juta telah dianugerahkan secara rundingan.  Pada 2009 pula RM27 juta dan 2010 pula RM143 juta. Kroni pembangkang telah  mendapat projek dengan kontrak diberi bukan kepada mereka yang menawarkan harga rendah.

 
Jika pembangkang mengamalkan sikap bersih dan telus, tidak perlu takut untuk menyenaraikan nama mereka yang mendapat projek rundingan terus dari kerajaan negeri Selangor dan agensi di bawahnya. Oleh itu SELCAT yang pakatan Selangor tubuhkan hanya lah satu boneka yang membuat dakwaan terpilih dan jelas tidak telus dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab. Kononnya SELCAT bertujuan untuk mengesan sebarang penyelewengan kerajaan pada masa lalu dan masa kini.

Rakyat perlu tahu bahawa tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang sebenarnya untuk menutup kejahatan mereka sendiri. Tidak pernah wujud sebiji zarah pun dalam pembangkang untuk  berjuang demi rakyat dan untuk rakyat.  Maka para pengundi PRK Kajang perlu zahirkan kewarasan anda dengan menolak pakatan pembangkang yang hanya menabur racun kepada rakyat Selangor. 

Azmin Ali Saman Suara Keadilan?

Azmin Ali merajuk

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat dilaporkanan memulakan tuntutan saman ke atas akhbar partinya Suara Keadilan berikutan beberapa artikel yang dikata “menyerang” beliau. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah politik negara apabila seorang pemegang jawatan besar menyaman akhbar partinya sendiri.
Menurut Malaysiakini.com, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah melantik Ketua Penerangan PKR, Muhammad Nor Manuty mengetuai jawatankuasa menyiasat dakwaan mengenai tindakan Azmin tersebut. 

SAMAN RM2 JUTA: Bab Duit, PAS Tak Cikai… Bab Maruah Jer, Bukan Cikai Lagi Bahkan BONCAI!


Saman RM2 juta yang dibuat oleh Ketua AMK Dungun, Shamsul Mohd Amin ke atas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang merupakan antara intipati perbualan di kalangan para penyokong PAS Bandar Baru Bangi, serta di tempat-tempat juga benda yang sama menjadi isu yang seronok diperbualkan.

Menerusi perbualan dengan sahabat-sahabat dari PAS itu, penulis dapat merumuskan satu sahaja perkara iaitu, PAS sebenarnya tidak gusar dengan RM2 juta yang perlu dibayar kepada Shamsul Mohd Amin yang perasan, pengedar pil kuda yang dikatakan oleh Hadi Awang adalah dirinya. Bahkan kalau saman RM200 juta pun, PAS tidak kisah pun.

Yang dikisahkan sekarang adalah MARUAH PARTI. Presiden PAS adalah maruah PAS. Apatah lagi dengan gelaran Tok Guru yang diberikan kepada Abdul Hadi Awang, memerlukan perhatian yang bukan kecil. Memang benar seperti yang dikatakan oleh Mahfuz Omar, RM2 juta bukannya banyak mana. PAS bukannya secikai yang difikirkan. PAS bukannya marhein dan PAS juga bukanlah papa.

Kalau Mahfuz Omar tak cakap pun, semua orang tahu, PAS memang kaya. Hampir setiap malam, tabung dan pot tin milo PAS bergerak menjana pendapatan buat parti tersebut hasil daripada meminta sedekah daripada ahli-ahlinya. Lagipun dengan penguasaan ke atas Kelantan dan Kedah sebelum ini, tentu sekali RM2 juta tidak ubah seperti meminta 20 sen daripada seorang yang sedang memegang uncang wang emas.

Apatah lagi sekarang ini, sudah ada beberapa orang tokoh korporat dan VVIP dari UMNO yang sanggup membuat pembayaran bagi pihak Abdul Hadi Awang. Justeru, RM2 juta bukannya masalah besar pun.

Mungkin kalau yang menyaman Hadi Awang adalah Presiden parti atau pemimpin-pemimpin besar parti, tidaklah menjadi soal. Apatah lagi isu yang jadi pertikaian pula adalah isu PENGEDAR PIL KUDA. Isu tersebut adalah isu jenayah yang seharusnya menjadi kes polis. Namun ketidaksanggupan para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri untuk membuat laporan polis sekalipun Hadi Awang menyatakan dia mempunyai bukti yang menunjukkan individu tersebut adalah pengedar pil kuda, sememangnya menunjukkan kecetekan pandangan politik mereka.

PAS dan PKR walaupun berada dalam satu kem iaitu Pakatan Rakyat, ibarat warna hitam dengan putih. Terlalu besar perbezaan antara PAS dengan PKR. Apatah lagi PKR sendiri merupakan sebahagian daripada barah, bisul, tokak dan kudis dalam UMNO yang memisahkan diri kerana sedar, mereka tidak akan pergi ke mana-mana melainkan mereka menentang UMNO sendiri. Sedangkan PAS yang bermodalkan Islam sebagai penjana kempen politik mereka pula, adakalanya lebih keras tindak-tanduk mereka berbanding Wahabi dan Kaum Muda, manakan boleh berlembu dan bertoleransi dalam banyak hal.

Dek kerana itulah, apabila PKR secara terbuka menyatakan sokongan kepada LGBT dan pemurtadan umat Islam, apabila PAS secara sembunyi-sembunyi memberikan sokongan kepada PKR dalam isu-isu tersebut, PAS menjadi sasaran kemarahan sehingga akhirnya PAS kehilangan Kedah yang mereka kuasai secara selesa pada tahun 2008. Beitu juga dengan beberapa kerusi DUN dan Parlimen PAS berpindah kepada UMNO.

Semuanya kerana sokongan PAS kepada PKR yang tidak disenangi oleh ahli-ahli PAS sendiri.

PAS mungkin boleh bayar saman tersebut tanpa perlu bersusah payah. Namun imej Hadi Awang sebagai Presiden parti, telah tercalar teruk. Lebih-lebih lagi menjelang PRK DUN Kajang di mana kebanyakan Melayu-Islam di DUN Kajang, merupakan penyokong tegar PAS dan undi mereka amat diperlukan oleh Anwar Ibrahim walaupun pada masa yang sama, peratusan Cina sebagai pengundi di DUN Kajang juga melebihi 40%.

Para sahabat dari PAS yang penulis temui semalam, lebih memberatkan isu maruah. PKR kata mereka perlu diajar. Rayuan untuk mengurangkan jumlah saman tersebut, tidak sepatutnya dilakukan. Bahkan bayaran perlu dibuat sesegera mungkin. Namun pada masa yang sama juga, PAS perlu mengajar PKR agar tidak memperlekehkan dan memperbudak-budakkan PAS. PRK DUN Kajang kata mereka lagi, seharusnya dijadikan sebagai pemangkin kepada gerakan tersebut. Biar selepas ini, bekas-bekas ahli UMNO yang mempunyai pelbagai masalah peribadi itu sedar diri bahawa yang benar-benar memerlukan sokongan adalah PKR, bukannya PAS.

Cuma satu sahajalah yang penulis dapat katakan, semangat yang berkobar-kobar dan cakap yang berdegar-degar itu, sekadar sesama sendiri sahaja. Apabila di hadapan orang PKR, bukan kata lembik, bahkan tak disuruh pun orang PAS akan menjilat telapak kaki orang PKR dengan rela hati walaupun terpaksa menanggalkan serban dan jubah yang dipakai! 

PANAS BERAPI! SYARIKAT DAWAMA YANG HAMPIR MUFLIS DISAMBUNG KONTRAK LAGI OLEH KERAJAAN???


DAWAMA! Nama pelik sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan oleh DBP untuk mencetak, mengedar dan bermacam lagi. Tujuan asal dibuat untuk membantu pengusaha Bumiputra tetapi entah dimana silapnya ianya menjadi satu bala bencana pulak untuk pengusaha bumiputera.

Apa yang aku cerita ni adalah apa yang aku baca di blog G'Mei Awakening, KLIK SINI

Benda yang sama juga dinukilkan oleh blogger Flying Kick  dan Parpukari di blog mereka.

Dawama Sdn. Bhd. ditubuhkan pada Oktober 1999, sejurus sebelum bekas Ketua Pengarah DBP, Aziz Deraman menamatkan tugasnya di Dewan Bahasa dan Pustaka. Entah apa mandrem dan mantera yang digunakan, Dawama yang jelas tidak menggunakan modal, diberikan pelbagai keistimewaan, termasuklah pejabat, stor, kilang mencetak, bahkan kakitangan, bangunan dan peralatan menulis.

Dan kesemua itu disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kerja Dawama ialah mengambilalih semua kerja-kerja mencetak, memasarkan dan mengedar buku-buku terbitan DBP. Dan keistimewaan terbesar Dawama adalah mereka mendapat bahagian terbesar dalam penerbitan dan percetakan buku-buku teks untuk sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Sepatutnya secara logik, syarikat yang tidak memerlukan sebarang modal sebaliknya diberikan modal terpijak, mencatatkan keuntungan yang sangat besar dan tidak boleh rugi. Tidak ada syarikat penerbitan dan percetakan yang menerbit dan mencetak buku teks rugi kecuali Dawama. Lebih malang lagi, Dawama yang sepatutnya mengembangkan lagi ekonomi Bumiputera terutama yang bergiat dalam industri percetakan dan penerbitan, tidak mampu berbuat begitu. Sebaliknya yang wujud hanyalah syarikat-syarikat percetakan yang berurusan dengan Dawama, kini diambang kemuflisan kerana perkhidmatan mereka tidak dibayar.

Dawama diberikan konsensi selama 12 tahun bermula dari tahun 2002. Sepatutnya syarikat yang mencatatkan kerugian besar seperti Dawama tidak lagi diberikan sebarang keistimewaan bahkan syarikat tersebut PERLU DIHALAU SEPERTI ANJING BURUK KEPALA kerana mereka tidak mendatangkan kebaikan, sebaliknya menunjukkan bagaimana tidak mampunyai orang Melayu berniaga kerana gelap mata dan mudah sangat terdorong untuk menyeleweng.

Pada akhir 2010, Dawama gagal menjalankan kerja percetakan buku teks Kementerian Pendidikan sekaligus memberikan gambaran buruk syarikat Bumiputera gagal melaksanakan projek bernilai RM120 juta setahun. Pada November 2012, Dawama gagal membayar hutang kepada pengusaha Melayu dan akhirnya tunggakan tersebut dibayar oleh DBP namun masih ada pihak yang terlibat belum mendapat bayaran.

Sudah kedengaran ura-ura kononnya konsensi untuk Dawama akan disambung. Kalau benarlah itu yang akan dilakukan oleh kerajaan, sesungguhnya kerajaan hanya mencari masalah. Isu Dawama dan kerugian yang sengaja diada-adakan bagi menyembunyikan perkara sebenar, bukannya isu kecil. Bahkan mendapat perhatian dan hebat diperkatakan di kalangan pencetak dan penerbit Bumiputera di Malaysia.

Timbul persoalan, bagaimanakah sebuah syarikat yang telah mencatat kerugian besar selama beberapa tahun berturut-turut masih lagi diberikan kepercayaan dan konsensi untuk menerbit, mencetak, memasar dan mengedar buku-buku teks keluaran DBP?

Apakah sudah tidak ada syarikat-syarikat lain yang mampu melaksanakan tugas tersebut sedangkan selama ini, syarikat-syarikat kecil itulah yang menyelesaikan kebanyakan kerja-kerja Dawama sepertimana yang berlaku pada tahun 2010 apabila Dawama gagal menyiapkan pesanan buku-buku teks.

Mengapa terlalu banyak keistimewaan diberikan kepada syarikat yang dinamakan DAWAMA yang nyata sekali TIDAK BERGUNA LANGSUNG kepada ekonomi Bumiputera?

MP: Malang sekali kalau kontrak DAWAMA disambung semula. Apa perlu bagi pada syarikat yang memang sudah ada track rekod yang buruk? Untuk apa? Takkan nak jaga seseorang sampai nak bunuh pengusaha bumiutra yang lain? Aku tak boleh terima la macam ni.

Aku harap PM akan dapat buat sesuatu dan seterusnya pada pandangan aku diberikan semula kepada DBP untuk uruskan hal percetakan, pengedaran dan sebagainya. Tak perlu lagi nak bagi kat syarikat bodoh nak mampos yang merugikan seperti DAWAMA ni.

Aku tak faham la, macamana DAWAMA boleh rugi beb? Terang-terang tanpa modal dan semuanya disuap dan dapat profit sampai 120 juta setahun pun masih boleh rugi? Meniaga apa ni? Dalam 10 taun dah berbiliun dibuat syarikat ini dan masih boleh nak jadi muflis? Tak masuk akal betul.

Lagi tak masuk akal bile kontrak mereka ni mahu disambung. Tolonglah wahai pihak yang bertanggungjawab. Satu siasatan terperinci wajib dibuat terhadao syarikat ini dan jangan bagi mereka apa-apa kontrak lagi. Aku cukup simpati dengan pengusaha Bumiputera yang lain.  

Monday, February 17, 2014

#PRKKajang: @NajibRazak DIFITNAH LAGI! KINI GAMBAR DALAM GEREJA PULAK!!


Nampaknya semakin biadap dan bangsat kerana kehabisan modal puak-puak pembangkang ini.

Wajah PM memberikan ceramah di Gereja adalah fitnah! Diatas ada saya uploadkan bukti surat jemputan kempen Anwar.

P/S: Penjilat Tegar Anwar memang Bangsat  

Friday, February 14, 2014

KURANG AJAR..TEKS KHUTUBAH JUMAAT HARI INI DIJADIKAN BAHAN BERITA OLEH MALAYSIAKINI SEBELUM IANYA DISAMPAIKAN @NajibRazak @Zahid_Hamidi @dsjamilkhir

Hebat betul Malaysiakini..Sampai ke teks Khutubah Jumaat untuk hari ini pun disiarkan mereka..Untuk tujuan apa teks khutubah ini disiarkan?? Untuk membolehkan rakyat yang bukan beragama Islam mempertikaikan teks khutubah ini..



Kalau sebelum ini, beberapa pemimpin DAP telah mempertikaikan isi kandungan khutbah Jumaat yang telah disampaikan di masjid kononnya Islam sebuah agama yang rasis dan beranggapan buruk terhadap Kristian dan tindakan mereka ini telah dikritik hebat oleh umat Islam di Malaysia..

Kini..untuk mengelakkan pemimpin DAP terus dikecam kerana mencampuri urusan orang Islam, portal tali barut DAP iaitu Malaysiakini pula memainkan peranan dengan mengeluarkan isi kandungan teks ucapan khutubah Jumaat sebelum ianya dibaca pada solat Jumaat tengah hari ini.. Tujuannya supaya rakyat boleh mengkritik dan mempolitikkan isi kandungan teks khutubah Jumaat itu..

Kalau tak percaya..cuba baca di ruangan komen.. KLIK SINI Bukan setakat orang bukan Islam..orang Islam pun turut serta mempertikai isi kandung teks khutbah Jumaat yang telah disediakan dan mempolitikkan isi kandungan tersebut..

Diharap pihak yang bertanggungjawab dapat melihat perkara ini dengan serius sebelum sesuatu perkara yang lebih buruk dan tidak diingini berlaku..

Jangan sampai nanti ada yang pergi solat Jumaat dengan hati yang kotor pula, bukan untuk mendengar dan jadikan isi kandungan teks khutubah sebagai pengajaran dan panduan tetapi dijadikan perbandingan dan bahan gossip...wallahualam..

Fikir-fikirkan..

**DAP dan Malaysiakini memang cekap..


Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini menyelar sikap segelintir muda mudi Islam yang meraikan Hari Kekasih yang disifatkan sebagai permulaan ke arah peningkatan masalah sosial.

Menurut khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu, budaya Barat itu mendorong ke arah penipuan, kecelaruan mental disebabkan alkohol, pengguguran kandungan dan kes buang bayi.
“...kita umat Islam sedang berada di masjid untuk mendengar ucapan khatib dan mengagungkan kebesaran Allah, sedangkan di luar sana berkemungkinan ada segelintir muda mudi Islam yang terlibat dengan majlis sosial seumpamaValentine’s Day, yang dirayakan oleh pasangan kekasih,” menurut mimbar Jumaat.

Khutbah juga mengaitkan gejala itu dengan penjajahan pemikiran yang menyebabkan umat Islam terjebak dengan “budaya kebebasan melampau” hingga tergelincir dari sempadan ajaran agama.

“Bayangkanlah, apakah yang bakal terjadi bagi masa depan umat Islam terutamanya kepada generasi muda hari ini jika budaya kesesatan ini terus dijadikan amalan?” soal khutbah lagi.

“Sudah pastilah musibah yang lebih besar akan berlaku dalam negara ini seperti porak peranda dan kemusnahan akhlak akan berleluasa berlaku dalam masyarakat kerana generasi muda inilah cerminan masa hadapan sesebuah negara dan bangsa.”

Khutbah juga menegaskan supaya umat Islam, khususnya remaja, tidak meniru budaya kaum musyrik serta meninggalkan perayaan yang tiada dalam syariat Islam.

Hari Kekasih diraikan di banyak negara di seluruh dunia pada 14 Februari (hari ini) setiap tahun. 

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.