Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, October 4, 2014

LAGI AL KISAH MINYAK SUBSIDI RON95 YANG PERLU RAKYAT MALAYSIA BACA


  
RON95

(Baca sampai habis sebelum komen)

1. Saya rasa berserabut membaca polemik mengenai pengurangan subsidi RON95 sebanyak 20 sen. Orang bertanya serabut, orang yang menjawab pun lagilah berserabut. Akhirnya kita lupa beberapa perkara asas dalam polemik ini.

2. Pengurangan subsidi ini adalah sebahagian langkah rasionalisasi yang diumumkan sekian lama. Harga minyak RON97 diapungkan mengikut harga pasaran, sementara subsidi RON95 akan dikurangkan sedikit demi sedikit. Itu strategi yang kerajaan umumkan sebelum ini.



3. Strategi ini diperkenalkan kerana satu saja alasan iaitu untuk membolehkan subsidi disasarkan kepada kelompok yang betul. Apabila kerajaan memberikan subsidi yang tinggi kepada RON95, golongan berada dan mempunyai banyak kereta mendapat subsidi yang lebih berbanding golongan miskin (contoh: mereka yang menggunakan sebuah motorsikal di kampung), yang menjadi sasaran subsidi ini.

4. Apabila kerajaan kurangkan subsidi RON95, wang itu diberikan kepada kumpulan sasar melalui BR1M. Wang BR1M itu sepatutnya digunakan oleh 7 juta penerima untuk bayar subsidi minyak sendiri. Setiap kali letak minyak motorsikal, niatkan subsidi 20 sen yang diterima itu. Kalau BR1M digunakan untuk beli beg tangan, pergi Danok atau kahwin satu lagi, bak kata Nabil, "lu pikirlah sendiri!"

5. Pengurusan subsidi RON95 tidak ada kena mengena dengan kenaikan atau penurunan harga minyak dunia, atau harga minyak kita lebih rendah berbanding di negara-negara jiran. Ia juga tidak ada kena mengena sama ada rakyat patut bersyukur atau pun tidak. Alasannya hanyalah satu iaitu mensasarkan subsidi kepada kelompok yang betul. Selain itu, kesemuanya alasan mengarut.

6. Orang kita faham semua itu. Takkanlah dah ada PhD, Sarjana atau Ijazah dengan CGPA 4.0 tak boleh faham isu semudah itu?

7. Saya perhatikan, apa yang rakyat marah ialah dua perkara. Pertama, kenaikan dibuat secara mengejut. Tiba-tiba harga minyak naik. Maka, adalah yang paranoid beratur panjang di stesyen minyak. Satu tangki kereta, boleh isi 40 liter. Kalau minyak sudah ada separuh, bolehlah jimat RM4 selepas beratur panjang. Sebenarnya banyak cara lagi nak jimat RM4. Berhenti merokok adalah salah satu caranya. Begitu juga dengan berhenti minum teh tarik, roti canai atau nasi lemak; jimat kos penjagaan kesihatan akibat kencing manis dan darah tinggi. Apabila tua nanti jangan menyesal dapat pelbagai penyakit yang kita cipta sendiri!

8. Kedua, rakyat bimbang kenaikan harga barang. Orang Melayu terutamanya adalah golongan makan gaji. Berapalah sangat gaji orang Melayu. "Median" pendapatan rakyat Malaysia ialah RM3,262. Sekiranya tak faham median, mean dan mode, sila google. Penyakit peniaga kita ialah minyak naik 20 sen/liter, dia naikkan teh tarik yang menjadi punca penyakit kencing manis itu pun 20 sen jugak!

9. Melihat perkara ini, saya rasa kerajaan boleh lakukan dua perkara. Satu, oleh kerana proses pengurangan subsidi adalah sesuatu yang akan dilakukan secara berterusan sehingga sampai ke satu tahap yang sesuai, maka elok kerajaan sediakan jadual dan maklumkan kepada awam awal-awal. Contoh: pengurangan 20 sen subsidi pada setiap 1 Jun. Jadi, peniaga dan pengguna tahu awal-awal. Tak adalah orang yang naik minyak apabila harga minyak naik 20 sen.

10. Kedua, oleh kerana peniaga kita dihinggapi penyakit "barang naik" (dulu saya ingatkan "barang tak naik" itu penyakit!), maka eloklah kerajaan mantapkan mekanisme penguatkuasaan atau apa saja langkah bagi membanteras kenaikan harga melampau.

11. Kalau perlu buat pindaan undang-undang, silakan. Kalau perlu tambah pegawai penguatkuasa, silakan. Malah kalau perlu wujudkan sukarelawan (seperti yang dilakukan oleh askar wataniah atau polis bantuan) untuk bantu penguatkuasa sepenuh masa (saya difahamkan pegawai penguatkuasa tak cukup), maka silalah lakukan. Kalau perlu tembak hidup-hidup di tengah padang lapang untuk jadi pengajaran kepada peniaga curang lain, buatlah. Buatlah apa pun untuk kekang kenaikan harga barang.

12. Satu lagi ialah rakyat ingin melihat sebarang penjimatan dari rasionalisasi ini disalurkan kepada perkara-perkara yang menguntungkan rakyat dari segi jangka panjang. Pada tahun ini, kerajaan peruntukan bajet sektor pendidikan RM54.6 bilion, iaitu sektor yang menerima bajet terbesar. Pendidikan telah menjadikan kita semua keluar dari kemiskinan. Malah, MRSM yang melahirkan ramai cendikiawan dan teknokrat Bumiputera hari ini mendapat lebih separuh bajet yang diperuntukkan kepada MARA, sekitar RM6 bilion.

13. Disebabkan pendidikan yang kita dapat dengan subsidi yang cukup besar itulah, maka hari ini kita boleh upload gambar minum di Coffee Beans, gambar handphone baru, gambar makan di Tony's Romas dan gambar kereta baru dalam Facebook. Itu belum lagi kira gambar tiket kapal terbang, siap dengan "seat number." Opps!


14. Sekiranya penjimatan ini disalurkan kepada pendidikan atau bagi membantu kelompok "bottom 40," saya akan sokong sepenuhnya rasionalisasi tersebut. 

Zul Nordin komen pasal isu 20 sen


Baca tulisan Zulkifli Nordin...bagus direnung... Salam 2 all.

Saya mengenali Anwar & & pmbkg ini lebih 12 tahun. Saya duduk dlm inner circle dia dan insyallah boleh baca gerak fikir dia.

Anwar tahu 29 Okt dia akn naik landrover polis ke Sg Buloh. Dia sdg mencari2 isu utk menimbulkan kebencian rkyt trhdp PM & UMNO/BN dan dia sbg hero.

Dia dh sangkut sbb kesan perbalahan isu MB Sgor & PAS-DAP! Dia dh ada Krjn Sgor, dia dh ada dana berbillion, tp xde isu.

Tiba2 para penasihat & pakar strategi PM memberi dia talian hayat dgn isu kenaikan minyak.

Saya cukup yakin pmbkg akn mnggunakan semaksimum mgkn isu ini sbg built up kpd 29 Okt utk memburuk & memperlekeh PM.

1. Mrk akan beri label - Black 29!

2. Anwar & pmbkg akan guna sidang Parlm mulai mnggu dpn utk hentam PM semaksimum mgkn. Nanti mrk akan spin Anwar pasti dipenjara utk menutup mulut dia memprjuangkn nsb rkyt yg dizalimi BN;

3. Mrk akn mula atur demo kecil2an mulai mnggu ini utk built up;

4. Hari PM bentang bajet, mrk akan atur demo dpn Parlm utk malukan PM;

5. Masa PM nak bentang bajet, MP pmbkg akn pasang kain rentang & placard kutuk PM. Mrk akan buat kecoh. Ini akn disiar di CNN, BBC, Aljazeera. TV Sgor akn pancarkn secara langsung melalui internet TV;

6. Akhbr SlangorKu akan disebar sebanyak mungkin di seluruh Masjid & surau serta tempat2 awam memainkan isu petrol ini, disamping Red Bean Army & para cybertroopers pmbkg akan serang PM habis2an;

7. Saya tidak akn trkejut kalau MP pmbkg stage walk out masa PM bentang bajet;

8. DUN Sgor dbawah MB baru akan panggil sidang khas DUN mengutuk & menolak kenaikan harga petrol ini;

9. Setelah proses pembencian ini berlaku, mrk akn atur demo besar2an pd hari Jmt 24 Okt atau Sabtu 25 Okt di Dataran Merdeka, kemudian bergerak ramai2 ke KLCC HQ Petronas; saya yakin dgn dana yg banyak mrk kuasai skrg mrk mampu membuat sit-in demo mgkn hingga hari bicara Anwar.

10. Pd 28-29 Okt, mrk akn buat demo besar2an dpn Istana Kehakiman Putrajaya memaksa Anwar dibebaskan.

Semua ini yang minggu lepas nampak mustahil sudah boleh menjadi realiti krn kesan kenaikan harga minyak ini!

Anwar sudah diberi nyawa baru!

Sebab itu pada saya para penasihat & pakar strategi keliling PM ini samada terlalu naif, atau na'uzubillh sbg pengkhianat kpd PM.

Saya tahu ada mrk dlm grup ini akan terasa & mungkin juge mencebik bibir & exit drpd grup ini. Itu saya tidak boleh halang.

Ttp sbg org yg benar2 mengenali Anwar, saya tahu bagi Anwar 29 Okt inj ialah "do or die battle". Pada unur 67 tahun, kena penjara lagi 5 tahun adalah paku terakhir keranda politik dan impian dia nak jadi PM.

Kita sedang berdepan dgn harimau tua yang cedera menunggu maut. Tiba2 kita bagi daging mentah fresh dgn darah masih menitik2 utk dia lapah!

Pasti dia akan terkam semau mungkin. Saya cukup yakin dlm otak Anwar skrg, daripada aku mampus, baik ngkorang yg mampus.

Bagi TYT, YAB, anggota kabinet, YB2, ahli MT, para pakar strategi & penasihat PM, dgrlh peringatan saya ini. Jgn nanti kata tuan1 budiman tidak diberi peringatan.

Tuan2 budiman sudah saya beri peringatan. Allah menjadi saksi yg saya telah sampaikan!

Wallahua'lam!

Adios amigos!

Zulkifli Noordin
Jumaat
09 Zulhijjah 1435
03 Okt 2014 

seterusnya

Harga minyak: Bila masa pun naik ia tetap tidak popular...


Antara reaksi yang popular ekoran kenaikan harga minyak RON95 dan diesel 20 sen seliter ialah kenapa ia kenapa buat beberapa hari menjelang Hari Raya Haji? [ DI ATAS IALAH PERBANDINGAN HARGA MINYAK DI MALAYSIA DAN NEGARA-NEGARA RANTAU INI ]

Juga kenapa tunggu lepas pilihanraya kecil Pengkalan Kubor di Kelantan baru nak umum?

Tidak kurang yang mempersoalkan kenapa kita naik sedangkan harga minyak dunia turun?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan nampaknya cukup sedar polemik yang berlegar mengenai pengurangan subsidi keatas dua bahan bakar penting itu mulai Khamis yang menyebabkan harganya naik 20 sen seliter.

Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengeluarkan kenyataan khusus untuk menjawab berbagai tandatanya dalam usaha memberi penerangan dan pencerahan mengenai isu ini.
BERIKUT IALAH KENYATAAN DALAM BENTUK SOAL JAWAB

PENERANGAN MENGENAI ISU RASIONALISASI SUBSIDI

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Berikut adalah beberapa penerangan dan pencerahan mengenai persoalan yang timbul mengenai perlaksanaan rasionalisasi subsidi baru-baru ini.

1. Kerajaan ni tak sebut naikkan harga minyak tapi harga dekat pam naik? Apa sebenarnya ni?

Kerajaan sebenarnya melaksanakan apa yang disebut sebagai rasionalisasi subsidi yang mana kerajaan mengurangkan hasil pemberian subsidi yang dibayar kepada syarikat minyak untuk memastikan harga bahan bakar di pam tetap pada harga tertentu. Apabila sebahagian subsidi ini ditarik balik hasilnya harga minyak di pam meningkat, sebab itu kita sebut kerajaan mengurangkan subsidi sebanyak 20 sen seliter maka impak dari keputusan ni ialah harga di pam meningkat kepada RM 2.30 untuk RON95 dan RM2.20 seliter untuk Diesel.

2. Kenapa rasionalisasi ini dilaksanakan?

Ini sebahagian dari langkah kerajaan untuk menangani defisit belanjawan negara serta menstabilkan kewangan negara dalam jangka masa panjang. Defisit bermaksud perbelanjaan kita melebihi dari pendapatan, sebelum ini kerajaan berbelanja lebih bertujuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara. Perbelanjaan disalurkan kepada projek pembangunan seperti pembinaan infrastuktur dan kepada beberapa pakej rangsangan untuk memastikan ekonomi kita kekal teguh sewaktu pasaran dunia dilanda krisis. Sebab itu sewaktu krisis pinjaman perumahan di Amerika Syarikat yang berlaku beberapa tahun lepas Malaysia tidaklah menerima kesan yang begitu teruk. Kini apabila ekonomi kita stabil dan pasaran dunia juga tidak bergitu bergolak kerajaan mengambil keputusan untuk memperbetulkan kembali perbelanjaan negara.

Salah satu tempat yang paling banyak perbelanjaan dikeluarkan ialah dengan pemberian subsidi bahan bakar yang diberi secara pukal dan tidak bersasar, sebagai contoh kenderaan mewah akan lebih mendapat manfaat subsidi berbanding kenderaan ekonomi (motorsikal dan kereta kecil) yang biasanya digunakan oleh warga berpendapatan rendah. Kerajaan melihat perbelanjaan ini tidaklah begitu efisyen maka sebab itulah rasionalisasi dilakukan terhadap pemberian subsidi di sektor ini.

3. Kenapa rasionalisasi subsidi buat terhadap minyak je? Subsidi lain macam mana?

Di sini kerajaan mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada subsidi bahan bakar kerana dilihat pemberian subsidi ini yang dilakukan secara pukal dan tidak bersasar mempunyai banyak pembaziran dari segi penyeludupan dan ketirisan. Untuk pengetahuan, antara penerima subsidi besar yang lain adalah seperti perbelanjaan kesihatan, persekolahan, subsidi yuran pengajian tinggi dan sebagainya. Pemberian subsidi ini juga (kesihatan, sekolah dll) juga meningkat dari tahun ke tahun akibat dari pertumbuhan penduduk sama seperti perbelanjaan subsidi bahan bakar. Namun kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan bakar (Petrol dan Diesel) supaya kita tidak perlu menyentuh mahupun mengurangkan pemberian subsidi sektor ini yang kita kira jauh lebih penting untuk masa hadapan.

4. Harga minyak dunia turun? Kenapa harga kita naik? Ada berita negara lain siap turunkan harga minyak lagi baru-baru ni, apa cerita?

Berbeza dengan kebanyakkan negara lain kita tidak mengapungkan harga bahan bakar akan tetapi kita tetapkan pada harga tertentu. Kebanyakan negara lain sama ada mengikut harga pasaran secara terus ataupun melaksanakan sistem subsidi terapung. Contohnya untuk setiap liter disubsidi sebanyak 30 sen maka kalau harga minyak dunia naik, naiklah harga di pam, kalau turun maka turunlah harga di pam. Sebab itu harga mereka turun apabila harga minyak dunia baru-baru ini turun. Apa yang sedang kita laksanakan ialah rasionalisasi subsidi, bermaksud kita mengurangkan perbelanjaan terhadap subsidi minyak dan kesan apabila melakukan rasionalisasi sewaktu harga minyak dunia rendah ialah penjimatan terhadap kewangan negara lebih berkesan berbanding sewaktu harga dunia tinggi.

5. Raya Haji dah nak dekat ni, harga minyak naik, kos pun akan beri kesan, macamana?

Pertamanya kementerian sedar dan tahu ianya akan memberi kesan kepada rakyat, kami memberi komitmen bahawa kementerian akan berusaha untuk sekurang-kurangnya memastikan harga barangan asas terutama bahan makanan adalah dalam keadaan terkawal untuk musim perayaan ini. YB Menteri telah mengarahkan penguatkuasa untuk memastikan para peniaga untuk tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya. Kami telah meningkatkan jumlah pemeriksaan dan operasi di kesemua pasar-pasar utama dan premis perniagaan. YB Menteri juga telah mengarahkan kementerian untuk berjumpa dengan para pembekal untuk memastikan tiada kekurangan dari segi bekalan.

Untuk makluman walaupun harga barangan tertakluk kepada hukum pasaran, KPDNKK masih mempunyai kuasa melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Sekiranya terdapat aduan dan penguatkuasa kita mendapati ada kenaikan harga barangan yang melampau maka kita boleh mengarahkan peniaga memberi penjelasan sekiranya gagal kita boleh ambil tindakan.

6. Kenapa tak buat lepas raya haji?

Rasionalisasi Subsidi adalah satu tindakan yang tidak popular, ianya perlu dilakukan tetapi sangat tidak popular, jadi walau apa masa sekalipun yang dipilih kesannya tetap dirasai. Sebagai contoh kalau dilakukan selepas Hari Raya haji ada yang akan bertanya mengapa dibuat sebelum Deepavalli pula, kalau selepas Deepavalli mungkin akan memberi kesan untuk perayaan Hari Natal. Apa pun kementerian faham bahawa rakyat akan menerima sedikit beban atas rasionalisasi subsidi ini dan seperti yang telah diterangkan sebelum ini kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan barangan asas seperti makanan terkawal harganya dan bekalan mencukupi untuk musim perayaan.

7. Bagaimana dari segi kos pengangkutan?

Penetapan harga tambang, kos pengangkutan adalah di luar bidang kuasa KPDNKK namun boleh dirujuk pada Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD). Akan tetapi sekiranya pengguna merasakan mereka ditipu atau diambil kesempatan oleh pengusaha yang tidak bertanggungjawab, bolehlah membuat laporan dan aduan kepada kami melalui hotline 1800 886 800.

8. Kesan terhadap harga barangan?

Kementerian akan memantau dari semasa ke semasa khususnya dari segi kesan cost past through yakni kesan kenaikan harga minyak ini terhadap barangan. Kementerian akan mengawasi harga barangan asas dari semasa ke semasa dan kami akan memastikan kesan minima terhadap barangan asas seperti bahan makanan.

9. Kenapa buat lepas PRK Pengkalan Kubor? Nak menang pilihanraya ke?

Pelan rasionalisasi subsidi ini telah lama dirancang tanpa menjangkakan mana-mana pilihanraya kecil diadakan terlebih dahulu, sesungguhnya rasionalisasi subsidi ini kalau dibuat pada masa apa sekalipun ianya tetap tidak popular.

10. Mengapa tidak fokus kepada membasmi penyeludupan dan ketirisan berbanding mengurangkan subsidi?

Kita telah pun fokus kepada membasmi ketirisan melalui Ops Titik yang telah menunjukkan kejayaan dalam mengurangkan penyelewengan diesel bersubsidi. Namun untuk penyelesaian jangka masa panjang harga di pam tidak boleh terlalu ketara perbezaanya dengan harga pasaran. Lagipun fokus utama rasionalisasi subsidi ialah sebagai salah satu strategi untuk mengawal defisit belanjawan negara.

Pejabat Menteri

Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek Khamis membayangkan terdapat pelbagai mekanisme bagi mengurangkan beban rakyat yang akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2015 minggu depan.

Beliau berkata ia termasuk peningkatan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, subsidi harga rumah dan insentif percukaian lain.

"Kerajaan jamin dalam kenaikan harga minyak, beban rakyat diambil kira. Jadi kita minta rakyat bersabar dan melihat kenaikan ini secara positif. Selain itu, tunggu pembentangan Bajet kerana perdana menteri akan umum beberapa langkah untuk kurangkan beban rakyat," katanya.

Beliau memberitahu demikian kepada wartawan selepas merasmikan Majlis Anugerah Harta Intelek di Kuala Lumpur.

Hasan diminta mengulas pengumuman pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi yang menjadikan harga runcit baharu untuk petrol RON95 RM2.30 seliter dan harga diesel RM2.20 seliter. 



Thursday, October 2, 2014

Terkini : Foto Lahirkan Anak Di Hiway Elite

Seorang suami bersama dua anaknya mengalami detik cemas apabila terpaksa menyambut kelahiran bayinya ditepi lebuhraya Elite, 29 Sept 14 lalu pada jam 6.00 petang lapor blog Ondescene.



Menurut info, mereka dalam perjalanan pulang ke kampung sebagai persediaan untuk isteri melahirkan anak ketiga ini.

Ketika kejadian, 2 petugas peronda lebuhraya sedang berada di laluan kecemasan kerana sebuah lori mengalami kerosakan.



Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan sebuah Toyota Hilux tiba-tiba berhenti di belakang kenderaan rondaan mereka.

Seorang lelaki dengan nada cemas berlari ke arah petugas tersebut dan memaklumkan bahawa isterinya hampir melahirkan anak.



Petugas segera memasang kon-kon keselamatan di belakang Toyota Hilux dan meminta bantuan ambulan.

Dalam situasi cemas kira-kira 5 minit kemudian, isteri sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa bayi akan dilahirkan bila-bila masa sahaja lagi.


Bersedia akan sebarang kemungkinan, suami dengan penuh nekad, bersedia untuk menyambut kelahiran bayi walaupun tiada pengalaman.

Menerusi bantuan petugas perubatan di Hospital Putrajaya, arahan diberikan melalui telefon kepada suami apa yang diperlu dilakukan sementara menunggu ambulan tiba.



Bagaimanapun, bayi akhirnya selamat dilahirkan dengan disambut oleh suami dan keadaan dikawal oleh dua petugas lebuhraya terbabit.

Akhirnya, kira-kira 15 minit kemudian, ambulan dari Hospital Putrajaya tiba di lokasi. Pemeriksaan awal, kedua-dua bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat dan selamat.






Foto ; Tarian Gelek Separuh Bogel Dari Parsi Sudah Ada Di KL !

Kuala Lumpur: Seorang penari gelek berpakaian separuh bogel cuba melarikan diri termasuk merempuh beberapa anggota polis wanita sejurus pihak berkuasa menyerbu sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun wanita berusia 28 tahun itu ditahan lima anggota polis walaupun wanita itu meronta-ronta minta dilepaskan.

Dalam serbuan dilakukan jam 1 pagi itu, wanita warga Uzbekistan dikatakan panik selepas menyedari kehadiran anggota polis Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman yang cuba melakukan pemeriksaan mengejut ke atas premis itu.

Serbuan diketuai Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Roslee Chik dibuat hasil pendedahan eksklusif Sabtu lalu berhubung sebuah premis hiburan yang menawarkan tarian gelek berahi sebelum pelanggan boleh membawa penari ke ranjang.

 

ANTARA wanita warga asing ditahan dalam operasi di premis hiburan tarian berahi di Bukit Bintang, semalam.

Roslee berkata, hasil serbuan itu pihaknya menahan 30 wanita membabitkan wargaUzbekistan, Mesir, Maghribi, Iran dan Turki atas pelbagai kesalahan termasuk menjadi pelayan pelanggan (GRO) yang menawarkan khidmat pelacuran.


Menurutnya, rata-rata wanita berusia 20 hingga 30 tahun itu tidak mempunyai dokumen yang sah selain ada yang memiliki pas lawatan palsu dan menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai GRO.

aakj

Kelantan ; Tarif Air Naik 30% Bukan 30 Sen !!


Baca dengan tenang, air Kelantan ni kalau nak minum kena beringatlah..sebab dia 'kopi asli" haha

aakj

Hujah Mansuh Akta Hasutan Tidak Konkrit


Masyarakat kita kini secara luarannya sudah agak serasi berkenaan undang-undang. Namun, jujurnya saya belum begitu pasti tentang golongan terbanyak. Undang-undang adalah subjek yang memerlukan pengetahuan khusus. Persoalan teknikalnya tidak mudah digarap oleh masyarakat terbanyak. Mungkin benar sekiranya dikatakan hanya golongan ‘elit’undang-undang di ruang ‘urban’ dan ‘global’, terutamanya para peguam, dilihat begitu tinggi oleh khalayak mengenai perbahasan undang-undang.
Dalam perkembangan terbaru, Akta Hasutan menjadi topik serius. Saya pernah menulis dalam ruangan ini bahawa hujah memansuhkan Akta Hasutan tidak konkrit. Tiada bukti Akta Hasutan ini sudah tidak relevan lagi. Belum terbukti masyarakat kita akan aman sejahtera tanpa undang-undang yang mengawal tindakan luar batasan masyarakat majmuk. Belum pasti juga undang-undang yang akan menggantikannya menepati keperluan kita.
Saya tidak menolak fakta ada kalanya penggunaan Akta Hasutan menzahirkan tanda tanya, atau dilihat mengongkong, contohnya para akademik atau mereka yang berautoriti, untuk menyampaikan pendapat profesional mereka. Tetapi kita perlu ambil perhatian, Akta Hasutan tidak menafikan hak dianggap tidak bersalah. Justeru, ia tidak bercanggah dengan falsafah pentadbiran keadilan.
Persoalan tentang penggunaannya bukan hujah konkrit untuk menolak kerelevanan Akta Hasutan.  Pastinya Akta ini diperlukan sekiranya hasutan benar berlaku, umpamanya gerakan pemisahan atau pengapian permusuhan kaum atau agama.
Hujah bagi pemansuhan Akta Hasutan, antara lain ialah, ia menyekat kebebasan bersuara. Memang benar kebebasan bersuara penting dalam demokrasi. Namun ia bukanlah kebebasan mutlak. Kebebasan ini terikat dengan syarat yang jelas dalam Perlembagaan, termasuklah keselamatan negara dan ketenteraman awam.
Dalam konteks ini saya berpendapat hujah pemansuhan Akta Hasutan itu belum lagi konkrit kerana tidak terdapat perkara yang menunjukkan bahawa ‘kecenderungan menghasut’ itu tidak menepati syarat-syarat atau salah satu syarat dalam Perlembagaan. Dengan kata lain, Akta Hasutan ini tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Isu perkenan majlis raja-raja untuk pindaan atau pemansuhan Akta Hasutan adalah satu persoalan undang-undang yang perlu diperkata, dibahas dan diputuskan di Mahkamah. Ini adalah antara isu undang-undang yang dibawa oleh Majlis Peguam dalam hujah mereka bagi  pemansuhan Akta Hasutan. Mereka berhujah bahawa perkenan Majlis Raja-Raja menurut Perkara 159(5) tidak diperlukan. Saya masih berpendirian ia memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja menurut Perkara 159(5) itu.
Saya fikir masyarakat memerlukan pemahaman lebih mendalam mengenai isu ini. Bagi maksud itu, undang-undang yang diluluskan sebelum merdeka dinamakan Enakmen. Undang-Undang yang diluluskan semasa darurat dinamakan Ordinan, manakala undang-undang yang diluluskan selepas merdeka (bukan dalam keadaan darurat) dinamakan Akta. Undang-undang, sebelum Merdeka (Enakmen) atau yang diluluskan semasa darurat (Ordinan), boleh disemak semula oleh Parlimen. Setelah disemak semula dan diluluskan oleh Parlimen, Enakmen atau Ordinan tersebut menjadi Akta.
Walaupun Akta Hasutan itu asalnya Enakmen (Enakmen 13/1939), kemudiannya Ordinan (Ordinan 14/1948) yang diluluskan sebelum merdeka, ia telah disemak semula dan diluluskan, menjadi Akta 15/1970 dengan nama Akta Hasutan, beroperasi  mulai 14 April 1970.
Persoalannya, adakah Akta Hasutan ini masih satu undang-undang sebelum Merdeka setelah dijadikan Akta pada tahun 1970? Tambahan pula, pengisian Akta tersebut, terutamanya Seksyen 3(f) telah disesuaikan dengan kehendak Perkara 10(4) Perlembagaan. Pada pendapat saya ia adalah Akta yang diluluskan selepas merdeka, bukan lagi undang-undang sebelum merdeka.
Sebagai pilihan, kalaupun ia masih undang-undang sebelum merdeka, Akta itu hendaklah diselaraskan dengan Perlembagaan menurut Perkara 162. Justeru, pindaan atau pemansuhan Akta Hasutan adalah tertakluk kepada Perkara 159(5) dan hendaklah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.
Dalam keadaan semasa, adakah kita pasti ‘hasutan’ tidak berlaku? Pernyataan berbaur hasutan banyak dilihat atas talian. Kita tidak boleh pandang remeh hal ini. Pengalaman negara lain hendaklah dijadikan tauladan dan sempadan. Kita tidak boleh terlalu ideal dalam hal sebegini kerana sesungguhnya tiada nilai universal berkenaan jaminan kestabilan sesebuah negara, termasuklah negara kita. Undang-undang keselamatan perlu dicorak mengikut keperluan kita. Kita tidak boleh bergantung kepada nilai yang dilabelkan universal seperti kebebasan bersuara itu. Kita mesti mengenal fabrik masyarakat, kelemahan dan kekuatan kita menggunakan acuan kita.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.