Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, February 2, 2015

DASAR LIM GUAN ENG CINA-DAP TONYOK!!!! ORANG LAIN TAK BOLEH, DIA BOLEH DAN DIA DIHALALKAN!!!

 

15 Disember 2013, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyelar tindakan DBKL mahu menaikkan kadar taksiran. "Tidak akan ada peningkatan kadar taksiran di Pulau Pinang pada tahun hadapan." (RUJUK SINI)

Alasan yang diberikan oleh DBKL untuk kenaikan kadar taksiran adalah, "kali terakhir kadar taksiran dinaikkan ialah pada 21 tahun lalu."

Tetapi kurang setahun kemudian...

Pada 24 November 2014, Kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan kelulusan untuk 'peningkatan kecil' kadar taksiran tahun bagi tahun 2015 yang akan menyaksikan perolehan dua PBT Pulau Pinang meningkat kepada RM40 juta pada tahun 2015. Kadar baru taksiran semula Pulau Pinang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2015. (RUJUK SINI)

Alasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng alah, 'kali terakhir kenaikan kadar taksiran adalah 10 tahun lalu dan ia sepatutnya dikaji semula setiap lima tahun."

Sungguh menarik dan sungguh mengasyikkan!!!

Tidak sampai pun setahun selepas bercakap besar, Lim Guan Eng sebenarnya yang menaikkan kadar taksiran. DBKL yang mahu menaikkan kadar taksiran selepas 21 tahun, dikatakan salah dan menzalimi rakyat, dikutuk dan dihina oleh DAP seolah-olah perbuatan tersebut akan menjahanamkan penduduk Kuala Lumpur tetapi tidak sampai setahun pun, DAP melakukan perbuatan yang sama dan memberikan alasan itu adalah kenaikan pertama dalam tempoh 10 tahun selain kenaikan tersebut adalah sesuatu yang baik untuk negeri.

Macam tu pun boleh ke?

Mula dengan tarif air dan sekarang u-turn untuk kadar taksiran.


Mungkin sebab Lim Guan Eng dan keluarganya telah berjoli besar menggunakan wang cukai rakyat Pulau Pinang selain berbelanja 4 kali ganda dalam tempoh 6 tahun, memaksa Guan Eng melakukan transformasi dengan menjadi BIAWAK LIDAH BERCABANG!!! Cr

12 sebab Anwar boleh masuk penjara


Menghampiri keputusan kes liwat II DSAI ada 10 Feb ini, ada pihak cuba membina persepsi dia tak bersalah. Mereka berharap utk guna sebagai alasan utk dia dimaaf dan dibebaskan kemudian hari sebaik PR dpt memerintah.   

Persepsi yg dibina diharap blh beri tekanan dan pengaruhi hakim utk bebaskan Anwar. Ternyata usaha yg sia2 kerana keputusan mahkamah bukan atas persepsi tetapi berdasarkan fakta dan prinsip2 perundangan yg jelas.

Berikut adalah antara 12 fakta yg tak membantu bebaskan Anwar: 

1. Laporan Dr Osman bin Abdul Hamid, Pusrawi yg konon takda penetrasi adalah palsu. Dr Osman berhenti memulakan pemeriksaan sebaik Saiful beritahu diliwat oleh seorang VIP dan mengaku TAK LAYAK periksa kes melibatkan jenayah lalu cadangkan pemeriksaan di HKL.

2. Dr Thomas Hoogland pernah menafikan Anwar tak berupaya meliwat seorang lelaki muda umur 25 tahun. Jika benar, kenapa Anwar blh naik basikal bercuti di New Zealand baru2 ini? Mereka yg sakit pinggang hanya berupaya berbongkok seketika bila naiki basikal.

Tambah lagi, Anwar berupaya berjoget atas pentas ceramah politik, mendokong serta menimang cucunya yg umur 10 tahun dan disuspek mengadakan hubungan seks dgn pelacur Cinadoll di dlm video dan anak muda lelaki dlm gambar.

3. Saiful diberi suit jenama mahal BRIONI dan ada bilik sendiri di pejabat ketika baru kerja kurang dari 2 bulan. Takkah penyokong Anwar tertanya2 tentang fakta kes ini?

4. Tambah lagi, Mahkamah Tinggi terima keterangan Saiful sebagai saksi berkredibiliti dan konsisten. Ia tak sama dgn saksi kes liwat pertama, Azizan bin Abu Bakar yg gagal beri tarikh yg tepat malah berubah2.

5. Pembelaan tak bangkang keterangan dtg dan pulang Saiful ke kondo. Bukti menunjukkan Saiful dtg ke kondo, menaiki van WKP5925, keluar dari kondo, dan akhirnya pulang dgn kereta WMK6. Tiada isu Saiful tak berada di kondo.

6. DNA Anwar dijumpai 4 cm dlm dubur Saiful. Mahkamah Tinggi terima bukti 4 calitan swabs (cotton buds) ada semen dan sperma. Juga DNA dari 4 calit sama dgn DNA dari sampel tuala “Good Morning”, botol air dan berus gigi yg diguna Anwar ketika di lokap.

7. Tiada isu Saiful lambat buat report polis. Mahkamah rayuan menerima alasan yg diberi ketika dibicara di Mahkamah Tinggi.

8. Bahan bukti tak tercemar atau diubah (tampering). Hujah tampering oleh peguambela tak relevan. Pegawai penyiasat Jude Pereira hanya gunting sampul luar dan bukan plastic seal berisi bahan bukti yg perlu di seal mengikut prosedur dan piawaian yg ditetapkan.

9. DNA pada semen tak luput. Mmg blh terhapus atau turun kualiti tapi tahap penurunan adalah tak sama. Yg penting, para kimia dari Jabatan Kimia Malaysia dpt jumpa semen, sperma dan bakteria, dan DNA dpt diperolehi.

10. Keterangan Anwar dari dock tertuduh tak blh diterima. Ia bukan keterangan yg kuat sprti keterangan bersumpah dari kandang tertuduh yg blh disoal balas dan blh dianalisis.

11. Peguam bela gagal kemukakan 13 saksi dlm permohonan dan nama tlh diberi pada awal2 proseding. Tanpa alibi, Anwar tak blh sangkal dia tak berada di kondo kejadian atau bersama keluarga sprti dikatakan Wan Azizah.

12. Pakar DNA pembelaan bukan pakar. Sepjg perbicaraan, saksi 'pakar' hanya memberi pendapat dan bukan kepastian. Mereka sebenarnya bukan pakar bidang DNA.


SELAMAT BERISTIREHAT DAN MUHASABAH. BERTAUBATLAH ANWAR!!! Cr

Myanmar namakan Rohingya pengganas?


YANGON - Polis Myanmar menyatakan etnik Rohingya tidak lagi dianggap sebagai satu etnik tetapi sebagai sebuah kumpulan pengganas dalam satu majlis yang diadakan di negara ini. 

Portal berita Burma Times melaporkan, pasukan keselamatan tersebut membuat pengumuman tersebut kepada kira-kira 200 orang di Buthidaung Town Bazar, Arakan. 

Pertemuan itu berlangsung antara pukul 11 pagi hingga 1.30 petang waktu tempatan (9.30 pagi hingga 12 tengah hari waktu Malaysia). 

“Rohingya bukanlah nama sebuah kumpulan orang tetapi adalah sebuah kumpulan pengganas,” kata seorang pegawai kanan polis yang merujuk kepada Pertubuhan Persaudaraan Rohingya yang diharamkan.




Beliau berkata, mana-mana individu yang bertegas untuk dikenal pasti sebagai Rohingya akan dilabelkan sebagai pengganas dan tindakan undang-undang akan diambil ke atas mereka. 

Tahun lalu, kebanyakan penduduk Rohingya ditahan dan beberapa lagi dikenakan hukuman penjara ketika mereka bertegas dikenali sebagai etnik Rohingya berbanding Bengali. 

Seorang lagi anggota polis berkata, mana-mana individu yang mahu tinggal di negara itu perlu mematuhi undang-undang negara tersebut. 



“Sesiapa yang ingin tinggal di Myanmar perlu mematuhi undang-undang negara ini,” katanya. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak beberapa minggu lalu, menggesa kerajaan Myanmar memastikan hak sama rata kepada etnik berkenaan dan pengiktirafan terma Rohingya. Cr

Mengapa Masih Ada Yang Percaya Pembunuhan Altantuya Atas Arahan Seseorang?



MENGAPA masih ada yang percaya, bahawa pembunuhan Altantuya adalah atas arahan? Di Mahkamah tinggi melalui 159 hari perbicaraan, akhirnya membuat keputusan bahawa pembunuhan itu adalah pembunuhan biasa dan mendapati dua anggota polis melakukan pembunuhan tanpa sebab. Dapatan itu, menghampiri keadaan apabila tahanan reman mati semasa dalam tahanan, di mana tidak berlakupun sebarang arahan.

Altantuya didapati dibunuh pada tahun 2006, di sebuah kawasan di Pinggir Shah Alam, di mana pembunuhannya cukup mengerikan, kerana dipercayai menggunakan sejenis bom c-4.

Dua anggota UTK polis yang terlibat adalah Ketua Inspektor Azilah Hardi dan kopral Sirul Azhar Umar, telah didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati, meskipun sempat menghidup udara segar selepas mahkamh rayuan membebaskan mereka pada tahun 2013. Atas sebab pembebasan itu, salah seorang daripada mereka, iatu Sirul lari ke Australia, dan sudah menyatakan tidak akan kembali ke Malaysia semata-mata untuk menjalankan hukuman gantung. Kerajaan Malaysia berusaha untuk membawa Sirul pulang ke tanah air. Sirul kini ditahan di satu penjara di Austarlia, selepas polis antarabangsa memberi alert merah kepada beliau.

Meskipun Mahkamah Persekutuan telah meutuskan hukuman mati, namun hukuman itu mungkin hanya dapat dijalankan kepada Azilah, jika Malaysia gagal membawa pulang Sirul.

Umum memang menunggu untuk mengetahui, siapa yang mengarah pembunuhan Altantuya?. Altantuya adalah bekas kekasih penganalisa Politik Razak Baginda. Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat pada awal perbicaraan.


Apa kah Sirul, akan muncul dengan cerita lain??? dan merungkai persoalan sebab musabab pembunuhan model Mongolia beranak satu itu??? Episode kematian Altantuya sebenarnya belum berakhir. Cr

KEWUJUDAN 'GEORGE SOROS MALAYSIA' PUNCA NILAI RINGGIT 'MERUDUM'?




BELUM apa-apa lagi si pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong dah mengelabah. Belum lagi di tuduh atau di bawa ke Mahkamah, tapi,  hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang beliau memanipulasi nilai mata wang melalui kegiatan 'short-position' untuk mengaut keuntungan. Cara permainan beliau mirip 'penyangak mata wang asing' George Soro dari Amerika Syarikat, kata sumber.

Bagaimana pun hari ini, beliau (Datuk Tong) dengan sekeras-kerasnya menafikan tuduhan itu. Beliau  tidak pernah sekali-kali melakukan 'short position' ke atas ringgit," katanya dalam satu kenyataan. 'Short-position' ialah istilah kegiatan penjualan kepada pinjaman sesuatu mata wang dengan jangkaan akan jatuh nilainya. Pelabur kemudiannya akan membeli balik ringgit pada nilai yang rendah ketika ia makin menyusut dan mengaut keuntungan yang tinggi. Tong dikatakan telah melakukan pinjaman sebanyak RM4.48 Billion dan kemudian membeli USD di Malaysia menggunakan pinjaman tersebut melalui proksi beliau di Hong Kong dan New York.  



Apabila nilai USD semakin meningkat maka beliau akan tukar kembali dalam bentuk RM untuk membayar semula pinjaman RM4.48 Billion tersebut. Tong juga berkata beliau sedang mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab menulis di blog mengenai perkara itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Katanya, sekiranya beliau benar-benar didapati terlibat dalam aktiviti spekulasi matawang, Bank Negara Malaysia pasti menyedari tuduhan yang dibuat terhadapnya itu dan sudah menghubunginya. Katanya, beliau adalah seorang penganalisis ekuiti, selain usahawan yang sudah lama bertapak. Dan beliau juga adalah seorang pelabur nilai. Katanyanya lagi, beliau tidak pernah memintas mata wang atau ekuiti. Beliau  memperoleh dan membina Syarikat, mewujudkan nilai bagi pemegang saham dan mewujudkan pekerjaan melalui idea dan inovasi.

 

Beliau mencabar pihak yang berwajib  dengan rekod yang beliau ada dan beliau boleh buktikan semua ini. Sambil itu, katanya, beliau yakin Bank Negara akan sedar jika terjadi jenayah kejam seperti didakwa. Sementara itu, katanya, Bank Negara tidak pernah menghubungi beliau dan sekiranya beliau dipanggil, beliau jamin akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan Bank Negara sekiranya bantuan beliau diperlukan pada bila-bila masa, katanya. Beliau menyifatkan tuduhan yang dibuat itu satu 'pembohongan berniat jahat dan fabrikasi' yang 'di luar batas kesopanan manusia'. Sebelum itu, Utusan Malaysia menerusi ruangan Analisis Mingguan hari ini menggesa Tong untuk tampil memberikan penjelasan berhubung tuduhan tersebut. Untuk berlaku adil kepada Tong, beliau wajar tampil untuk menjawab segala pertuduhan.  


Seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi tidak didapati bersalah, petik daripada akhbar itu. Bersama posting ini, IBM paparkan (seperti diatas) pandangan dari beberapa pemimpin-pemimpin politik yang mahukan kerajaan menyiasat akan kesohenan isu ini kerana ianya melibatkan maruah dan ekonomi negara. sudah tentu rakyat melahirkan kebimbangan mereka sekiranya nilai ringgit terus 'merudum'. Apapun tuduhan itu belum  boleh dibuat terhadap Datuk Tong kerana belum ada asas yang kukuh untuk mengaitkan beliau sebagai dalang di dalam isu ini. Sama-sama kita tunggu perkembangan seterusnya. Cr

Aksi meraba berpeluk sakan di tempat awam



Aippp.. Tangan tu dok buat apa tu haaa celah tu hahaa. Memalukan betul lah budak-budak zaman sekarang ni. Kalau dulu perbuatan maksiat dilakukan secara tertutup.. Pada akhir zaman ni maksiat dilakukan secara terang-terangan.

Dasyat nohh anak muda zaman sekarang ni.. Tak tahu malu langsung ! Terang-terang nampak perbuatan terkutuk ni dilakukan oleh orang Islam. Agaknya iman dia tertinggal di rumah kot.

Perbuatan terkutuk ni sempat dirakam oleh orang awam dan dimuatkan ke laman sosial. Gomez pun hairan jugak dengan masyarakat sekarang ni. Sepatutnya kita sebagai orang Islam kita tegur perbuatan terkutuk dorang ni.

Bukannya mengaibkan dorang macam ni.. Dalam Islam pun dituntut untuk menghalang dari berlakunya zina. Bukan tengok saja macam ni. Ishhh.. Ishhh dah jadi trend agaknya sekarang ni nohh, syokk tengok dari tegur, iyerlah benda free kan sapa tak mau tengok kan.

Rakaman video sepanjang 16 saat ni menjadi tumpuan pengguna laman sosial.. Lentok elok ja perempuan tu atas dada lelaki tu. Tak segan langsung dekat makcik abang-abang kat situ.. Nauzubillah. Yang merakam video ni pun bukan main lagi haa.

Tobat-tobat lah yer..  Malu kat orang buat benda tak senonoh macam ni. Depan orang ramai pulak tu.. Malu kalau budak-budak tengok.-TiraGomez/UtaraNews.com



Kelab GYM untuk wanita dan lelaki bogel



Dorang ni nak bersenam ke nak buat benda lain? Agak-agak la kann bila bersenam sambil berbogel.. Lepas tu campur pulak lelaki dengan perempuan.. Tambah lagi kedua-duanya berbogel.. Haru biru lah jadinya..

Ni bukan rekaan.., tapi benar-benar terjadi di negara jiran kita iaitu Thailand.

Sebuah kelab kesihatan telah diarahkan untuk tutup setelah didapati membenarkan pelanggan wanita dan lelaki berbogel di premis tersebut.. Bukan sahaja berbogel.., malah di premis berkenaan membenarkan pelanggan mereka melakukan senaman tanpa seurat benant pun dibadan masing-masing..

Menurut laporan dari AsiaOne, Kelab yang bernama Bangkok's Wang Thonglang tersebut juga menawarkan "urutan istimewa" kepada pelanggan yang mampu membayar harga pakej tersebut..

Katanya.., pelanggan hanya perlu membayar lebih kurang RM190 untuk memasuki kelab berkenaan dan juga RM500 hingga ke RM1'000 untuk mendapatkan 'urutan istimewa' yang ditawarkan..


Macam ni punya kelab pun ada kannn... Agak-agaknya macam mana lah urutan istimewa tu ye? Mandi kucing ke? Tak pun mandi susu sambil B2B.. Hahahaha... - Utaranews.com

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.