Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, January 26, 2014

The "I" Files, tales of al-Homo

The "I" Files, tales of al-Homo

File "I" - file information memperkatakan dongeng al-Homo untuk berkuasa.

Buku oleh Jonathan Smith ini menyelongkar cerita disebalik tadir al-Homo.

Rangkaian perisikan barat di Malaysia menyalurkan rekod dan maklumat al-Homo yang dikutip selama 3 dekad (30 tahun).

In chapter 4, Smith mentioned Anwar, Bhd.

Or al-Homo, BHD.

Interesting issue to explore. For sure, Anwar, Bhd only for al-Gay, Wan Azizah and Nurul Izzah.

Later, will include adiknya, Nurul Nuha ...  

The real meaning of Berhad in political view.








Mesej Jesuit John Esposito : ‘Anwar Ibrahim Adalah Global Convivencia’


Seorang Kristian misionari dari universiti Jesuit terkemuka di Amerika Syarikat (AS), John Esposito mengklasifikasikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang tokoh ‘Global Convivencia’.

Esposito yang juga merupakan pembangun Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown AS membuat klasifikasi itu berdasarkan dari penyelidikan dan pemerhatiannya yang dibukukan, “Unholy War: Terror In The Name Of Islam“, Oxford University Press, 2002.

CMCU adalah salah satu Projek Pluralism dari Universiti Harvard dan bekerjasama dengan Universiti George Washington yang kedua-duanya berpangkalan di AS.

“Pemikiran Islam Anwar Ibrahim adalah dinamik, membangunkan tradisi selaras dengan tuntutan zaman. Dia (Anwar) menolak budaya peniruan yang konservatif (taqlid), lebih cenderung membuat analisis bebas dan penafsiran semula (ijtihad), mempercayai bahawa Islam adalah ‘agama yang pragmatik’ berpaksi kepada kekuatan dan dinamik pembaharuan semula Islam.

“Penyokong kuat dialog antara Timur dan Barat, dia mempercayai Islam adalah bersifat inclusive, dari dulu hingga sekarang Islam terbuka kepada semua budaya.
“Pluralisme dan toleransi yang berdasarkan saling menghormati dan memahami adalah tunggak visi Anwar Ibrahim berasaskan dialog ketamadunan ‘convivencia’”, kata John Esposito.

Itulah world view pemikiran Islam Anwar Ibrahim yang dirumuskan oleh ahli Jesuit, John Esposito dalam bukunya, bab : “Anwar Ibrahim : Global Convivencia“.
Sudah tentu John Esposito sudah lama mengkaji pemikiran Islam Anwar kerana sejak dari tahun 1996, ketika berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tokoh ‘reformasi’, ‘renaissance’ dan ‘convivencia’ itu sudah dianugerahi ‘Presidential Medal’ oleh universiti Jesuit terbesar di AS, Universiti Georgetown.

Malah sekitar tahun 2006, sekali lagi Anwar diterima mengajar dan dilatih di universiti Jesuit AS itu di bawah seliaan John Esposito di CMCU.

Jika mahu diselidiki lebih jauh lagi, John Esposito adalah murid kepada mentor Anwar, Dr Ismail Faruqi dari Universiti Temple, Pennsylvania, AS.

“John Esposito menerima Phd dari Universiti Temple di bawah seliaan Dr. Al-Faruqi”, lapor laman campus-watch.orgdan mendapat Phd daripada universiti itu pada tahun 1974 dalam penghususan ‘Islam dan Politik Islam, Dari Afrika Utara ke Asia Tenggara’.

Dalam temubual dengan UC Berkeley, John Esposito memberitahu sekitar tahun 1967, beliau telah mendapat ijazah dalam bidang agama dunia khususnya tentang agama Hindu dan Budhha.

John Esposito mengakui dua mentornya adalah Ismail Faruqi dan Hassan Hanafi.
“Ya, mentor utama saya ialah Ismail al Faruqi, seorang sarjana Islam Palestin. Kami juga mempunyai pada masa itu, Hassan Hanafi, sarjana Mesir yang kembali mengajar di Universiti Kaherah”, katanya.

Menurut kajian Profesor Madya Mohamad Kamil Ab Majid dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, nama Dr Hassan Hanafi adalah salah seorang tokoh Islam Liberal di Mesir.

“Sama dengan Nasr Abu Zaid dan Arkoun, Hassan Hanafi menolak Al Quran sebagai mukjizat. Malah Nabi Muhammad SAW pun dipandang bukan sebagai seorang Rasul, tetapi seorang politikus yang mampu memcapai kepentingannya pada masa yang diingininya”, katanya.


Makna ‘Convivencia’

Menurut John Esposito, ‘Convivencia’ bermaksud ‘tinggal bersama’ yang merujuk kepada pemerintahan Roger II, Raja Kristian di Sicily, pada abad ke-12 dan pemerintahan Islam di Semenanjung Iberia seperti Toledo, Cordoba dan Granada.
“Di Iberia, Kristian, Muslim dan Yahudi tinggal bersama-sama dalam konteks hubungan sosial dan pertukaran budaya. Ia merupakan zaman kemakmuran dan pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang seni, sastera, puisi, astronomi, dan perubatan.

“Ramai orang Kristian dikenali sebagai Mozarabs kerana mereka menggunakan unsur-unsur pakaian, budaya, dan bahasa Arab, termasuk nama-nama Arab. Sebahagian ulama Kristian menulis dalam bahasa Arab dan bukan bahasa Latin”, kata John Esposito.

Menurutnya lagi, ‘Convivencia’ menurut kaca mata Anwar Ibrahim adalah satu bentuk Islam pluralisme, visi yang berbeza dengan program tipikal Islam menempatkan hak bukan Islam dalam masyarakat tradisional Islam.

Ia berasaskan keutamaan keadilan dan kesaksamaan dalam sosial dan ekonomi, mengiktiraf hak agama-agama lain, sepertimana pengiktirafan terhadap Islam.
Visi pluralis ini adalah asas terhadap dialog ketamadunan.

John Esposito berkata ‘Convivencia’ yang diperjuangkan Anwar itu selaras dengan tuntutan Al Quran, iaitu manusia dicipta dalam pelbagai bangsa, negara dan agama, untuk tujuan ‘lita’arafu’ – berkenal-kenal antara sesama manusia.

Rumusan yang dilakukan oleh John Esposito itu diakui sendiri oleh Anwar yang terpancar dalamPerutusan Hari Natal 2008.

“Saya kira perlulah kita kembali merenung bagaimana masyarakat
convivencia di Andalusia yang menyaksikan tiga umat; Islam, Kristian dan Yahudi hidup dalam kerukunan dan membuahkan tamadun gemilang.

“Sebagai contoh di Andalusia terutamanya di Cordoba waktu itu, bahasa Arab dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar kepada wacana-wacana ilmu, malah penyair Yahudi yang mashyur, Sulaiman Ibnu Gabirol menulis dalam bahasa Arab tanpa perlu dipaksa oleh pemerintah.

“Benarlah kata Mahmoud Darwish, penyair terkenal asal Palestin, Al-Andalus adalah penyempurnaan impian sebuah puisi. Ianya bukan sahaja tempat yang meraikan kemajmukan malah menjadi pentas percambahan ilmu dan ketinggian budaya”, kata Anwar dalam perutusan itu.

‘Convivencia’ & Keruntuhan Kerajaan Islam Andalusia

Konsep ‘Convivencia’ yang diimpikan Anwar itu sebenarnya sudah terpadam dalam lipatan sejarah.

Jika dahulu, munculnya, kerajaan Islam Andalusia, dan kini simbol-simbol kerajaan Islam di Andalusia, semuanya telah dihapuskan apabila kerajaan Kristian memerintah.

Andalusia berasal dari bahasa Arab “Al Andalus” yang merujuk kepada Semenanjung Iberian, Sepanyol, nama yang diberikan oleh Tariq ibni Ziad ketika berjaya mendarat di Gibralta pada 30 April 711.

Kejayaan Tariq itu menyebabkan lapan ibu kota Andalusia berjaya ditakluki iaitu Cardoba, Granada, Almería, Cádiz, Huelva,Jaén, Málaga dan Sevilla.

Kerajaan Islam berjaya berkuasa di Andalusia selama 800 tahun dari tahun 711 hingga 1492 M, berpusat di Cordoba yang berjaya melahirkan para ilmuwan seperti Ibnu Thufail (1107-1185), Ibnu Baitar (1190-1248), Ibnu Arabi (1164-1240), Ibnu Bajjah (1082-1138), dan Ibnu Rusyd (1126-1198).

Namun pada 1492 M, kerajaan Islam Andalusia berjaya dihancurkan oleh tentera Kristian Katholik yang dipimpin oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella dari Castile.

Saat-saat kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia berakhir di Kota Granada, di bawah Raja Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar.

Sebelum turun takhta, Raja Abu Abdullah telah ‘memeterai perjanjian’ dengan kerajaan Kristian Sepanyol, Raja Ferdinand dan Ratu Isabella yang melibatkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan masyarakat Islam di Sepanyol.

Namun perjanjian itu telah dimungkiri, ribuan umat Islam yang dijanjikan keselamatan untuk berlayar ke Afrika telah dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Detik menyayat hati itu diceritakan secara terperinci dalam buku “al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah” (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan “al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus” (Sekelumit Sejarah Andalus) dan “al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal”.

Kisah ketakutan dan ancaman keselamatan umat Islam di Sepanyol di bawah kerajaan Kristian digambarkan secara terperinci.

Ketika umat Islam bersembunyi di dalam rumah masing-masing, dengan lantang tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman bagi membolehkan mereka menaiki kapal untuk berlayar keluar dari Sepanyol.

Tentera Kristian memberi jaminan keselamatan kepada umat Islam yang ingin meninggalkan Sepanyol.

Ramai umat Islam yang meragui tawaran tentera Kristian itu, bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal yang akan membawa mereka berlabuh di pelabuhan, mereka kemudian mengambil keputusan menerima tawaran itu.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada keluar beramai-ramai membawa seluruh barang keperluan mereka pergi ke pelabuhan itu, bagaimanapun, terdapat juga umat Islam yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu dan masih bersembunyi.

Selepas ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentera Kristian menggeledah rumah yang mereka tinggalkan dan membakarnya.
Ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal itu kemudian tenggelam dan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka tidak bersenjata.

Kebanyakan di kalangan umat Islam itu adalah wanita dan kanak-kanak.

Kemudian, tanpa perasaan belas kasihan, ribuan tentera Kristian itu kemudian membunuh umat Islam yang sedang berkumpul tersebut. Jerit tangis dan takbir terdengar tetapi dengan buas tentera Kristian terus membunuh mereka yang tidak berdaya. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam.

Darah melimpah di mana-mana. Laut yang biru berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan dalam sejarah umat Islam di Sepanyol yang tidak boleh dilupakan.

Selepas kerajaan Kristian memerintah Sepanyol selama 300 tahun, tidak ada lagi tanda atau simbol Islam yang dikekalkan.

Umat Islam juga diugut dan diseksa oleh tentera Kristian Sepanyol. Orang Kristian tidak mahu Islam wujud lagi di negara itu. Oleh itu, terdapat umat Islam sangat tersepit sehingga ada yang terpaksa mengaku Kristian padahal mereka seorang Muslim semata-mata untuk menyelamatkan diri.

Selain kekuatan tentera Kristian, kejatuhan kerajaan Islam di Andalusia berpunca daripada perbalahan dan permusuhan sesama sendiri sehingga terpecah kepada lebih daripada 20 puak. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas, Bani Nun dan lain-lain.

Dengan wujudnya puak-puak ini, mudahlah musuh Islam merebut kembali tanah mereka kerana mereka mengetahui kelemahan umat Islam. Apa yang menyedihkan terdapat juga umat Islam yang sanggup menjual agama dan negara demi kepentingan peribadinya.

Misalnya, Abu Zaid, Gabenor daerah Balansiah. Dia telah berpakat dengan Raja Kristian Choinawi. Bukan setakat pakatan itu, Abu Zaid juga telah memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi serta membayar ‘jizyah’ tahunan kepadanya.

Dalam Islam, jizyah mesti dibayar oleh bukan Islam kepada pemerintah Islam, tetapi apa yang dilakukan Abu Zaid terbalik apabila beliau berjanji membayar jizyah kepada Raja Choinawi yang beragama Kristian.

Inilah contoh manusia Muslim yang hanya mahu menyelamatkan dirinya dan sanggup memperjudikan nyawa rakyat di bawah jagaannya kepada pihak musuh.

Hari ini, kerajaan Andalusia, Cordoba hanya tinggal dalam lipatan sejarah Islam. Ramai umat Islam tidak mengetahui apa yang telah berlaku di Andalusia. Pihak musuh telah memadamkan sejarahnya. Pihak Islam yang pro musuh pula berusaha membangkitkan sejarah Andalusia versi pluralisma.

Kerajaan itu telah hancur dan saki baki kerajaan Islam telah dimusnahkan. Hari ini juga menyaksikan Sepanyol muncul sebagai antara negara Kristian yang terkuat di dunia.


 ~ AIDC

Saturday, January 25, 2014

Liwat dan Rasuah


"Saya kata, undang-undang yang ada (Seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan), saya tidak pertahankan. Ia undang- undang zalim, fitnah dan undang-undang inilah saya masuk penjara (sebelum ini)," kata Anwar Ibrahim di Taman Sri Kerayong, Kapar pada 22 Januari 2012.


Anwar terlupa bahawa beliau dipenjara 6 tahun adalah kerana kes rasuah. Kenapa hendak menipu rakyat? Lima kes rasuah berikut telah menyebabkan Anwar Ibrahim masuk ke penjara : 


1. "Bahawa kamu pada 24.5.1995 lebih kurang jam 5.30 petang, di Pejabat Menteri Kewangan, di Kementerian Kewangan, Jalan Duta, Kuala Lumpur di dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah berkaitan dengan siasatan Badan Pencegah Rasuah ke atas Setiausaha Sulit kamu, Encik Mohd Azmin bin Ali yang disyaki menerima rasuah sehingga dia telah mengumpulkan harta yang tidak munasabah berbanding dengan pendapatannya, iaitu kamu telah:

a. Campur tangan dalam siasatan itu, dan
b. Mempengaruhi Datuk Shafee bin Yahya, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah untuk menutup siasatan kes tersebut bertentangan dengan prosedur siasatan Badan Pencegah Rasuah tanpa merujuk kepada Pendakwa Raya;
Dan dengan perbuatan kamu itu, Encik Mohd Azmin bin Ali telah dilindungi daripada tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

2. "Bahawa kamu, pada 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:


- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Azizan bin Ahu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleb kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah, dan akibatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

3. "Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan 88 Kuala Lumpur, ketika menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:

- mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Azizan bin Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan sa1ah laku mereka dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan akihatnya Azizan bin Abu Bakar telah memberikan kenyataan bertu1is seperti mana yang diarahkan dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesa1ahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".


4. "Bahawa kamu pada 12 Ogos 1997 hingga 18 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah:


- mengarahkan Datuk Mohd Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia memperoleh pengakuan bertulis daripada Ummi Haflida bt Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda bt Ali telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri seperti mana yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".


5. "Bahawa kamu pada 27 haribulan Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah mengarahkan Datuk Mohd Said bin Awang, Pengarah Gawangan Khas dan Amir bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia menggesa Ummi Hafilda bt Ali supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding bersifat jenayah dan akibatnya Ummi Hafilda Ali memberikan kenyataan umum bertulis bertarikh 29 haribulan Ogos 1997 seperti yang diarahkan, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970".

Apakah Anwar sudah lupa dengan semua lima pertuduhan ini? Rakyat perlu sedar bahawa Anwar adalah bekas banduan yang dipenjarakan kerana kesalahan rasuah. 

CINA TIDAK HORMAT NEGARA MALAYSIA


TULISAN seorang insan bernama Shashi Kumar dari Shah Alam dalam sebuah akhbar bahasa Inggeris Sabtu lalu membuka mata kita betapa kurang minat dan perhatian diberikan oleh sesetengah rakyat negara ini terhadap bahasa negara mereka sendiri iaitu bahasa Melayu.

Anehnya mereka ini sering sahaja mendabik dada bahawa mereka ialah orang Malaysia sejati apabila ditegur tidak patriotik. Apa jenis rakyat Malaysianya kalau bahasa negara sendiri pun tidak tahu malah tergamak berkata 'gua tak boleh cakap Melayu' bila ditegur sapa atau ditanya dalam bahasa Melayu.

Orang begini sememangnya tidak patriotik sebagaimana dinyatakan Shashi Kumar. Apa tidaknya dengan negara sudah pun lebih 55 tahun merdeka tidak sepatutnya masih wujud rakyat negara ini yang tidak boleh bercakap Melayu dan sedikit pun tidak mahu berusaha untuk boleh bertutur bahasa negara ini yang mereka sendiri akui sebagai negara mereka.

Apakah orang macam ini tidak berasa malu bahawa pekerja asing baik dari Bangladesh, Nepal, India, Vietnam atau dari mana sahaja pun boleh bertutur bahasa Melayu hanya setelah berada di sini selama beberapa bulan sahaja? Lebih memalukan apabila dalam masa seminggu seorang warga Korea dapat menulis beberapa baris ayat dan bertutur beberapa patah perkataan dalam BM. Inikan bagi mereka yang kononnya rakyat Malaysia dilahirkan di sini selama berpuluh tahun lalu tetapi sedikit pun tidak mahu berusaha untuk menguasai bahasa negara sendiri.

Kita masih boleh terima mereka yang sudah pun berada di sini sejak sebelum merdeka tetapi tidak berpeluang untuk menggunakan bahasa Melayu kerana telah bergaul sesama puak mereka sahaja.

Pengabaian terhadap penggunaan bahasa Melayu di negara ini oleh anasir-anasir tertentu demikian termasuklah beberapa pemaju perumahan. Ia memberi gambaran semacam ada arahan atau peraturan daripada Persatuan Pemaju supaya ahli-ahlinya abaikan sahaja penggunaan bahasa Melayu.

Apa tidaknya dalam risalah-risalah jualan perumahan yang diedarkan hanya ditulis dalam bahasa Inggeris dan Mandarin sahaja. Sepatah perkataan Melayu pun tidak terdapat dalam risalah-risalah itu melainkan nama pemaju itu sahaja, seperti Keris Properties Sdn. Bhd. atau nama Jalan di mana perumahan itu sedang dibangunkan.

Risalah demikian berterusan diedarkan dengan menyelitkannya dalam akhbar yang diedarkan ke rumah-rumah termasuk akhbar berbahasa Melayu.

Yang lebih menakjubkan pemaju begini sanggup pula mengedarkan risalah mereka di kawasan-kawasan Melayu misalnya di Shah Alam.

Ia memberi gambaran seolah-olah mereka mencabar rakyat dan pihak berkuasa terhadap penggunaan bahasa negara sendiri. Pihak berkuasa tempatan seharusnya lebih prihatin tidak membenarkan pemaju demikian berleluasa mengabaikan bahasa negara sendiri.

Tentunya kita tidak terfikir rakyat negara-negara seperti Perancis, Jepun atau pun Jerman akan mengabaikan bahasa mereka sendiri.

Masalahnya warga negara macam ini belajar di sekolah Cina di mana mereka diajar BM hanya untuk lulus mata pelajaran itu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tidak ada usaha sebenar untuk membolehkan murid-murid sekolah demikian dapat menguasai dan boleh bertutur BM dengan baik.

Ini adalah kerana pelbagai pertubuhan Cina seperti Dong Zong begitu sekali menekankan semua orang Cina perlu menguasai bahasa Mandarin. Sememangnya tidak salah bagi mereka memberi perhatian kepada bahasa mereka tetapi tentunya tidaklah sehingga mengabaikan BM hingga nak bercakap Melayu pun tidak boleh.

Hasrat demikian inilah yang menyebabkan kenapa begitu ramai lulusan sekolah Cina yang berterusan bergaul sesama sendiri hingga berpendapat mereka tidak perlu tahu bercakap BM atau tidak berusaha cuba dapat bertutur BM. Mereka seolah-olah bukan berada di bumi Malaysia tetapi di Hong Kong, Taiwan atau China.

Sudah tiba masanya kerajaan melakukan sesuatu untuk memastikan mereka ini sekurang-kurangnya boleh bertutur BM. Jabatan Pelajaran harus membuat ketetapan seorang calon kertas BM untuk SPM tidak akan diluluskan kiranya tidak lulus dalam ujian pertuturan bahasa Melayu.

Peraturan demikian inilah sahaja yang akan 'memaksa' murid-murid sekolah Cina berusaha lebih serius menguasai BM atau sekurang-kurangnya boleh bercakap Melayu.

Apa Cittta ! Kepala Tren Monorel Dibawa Lari Dari Kilang? #1Malaysia








Kecoh lagi hari ini setelah beberapa hari Nurul Izzah menggemparkan Malaysia apabila dia menuntut berpisah secara fasakh daripada suaminya yang telah dikahwini dan dikurniakan 2 orang anak. Kini dikhabarkan tak jadi pula.

Kekecohan itu bersambung lagi hari ini bila kepala tren monorel pula 'tercabut' dan dibawa 'lari' daripada kilangnya di Rawang menggunakan lori treler.

Buat para pembaca jangan nak buat-buat terkejut pula. Mungkin ada kalangan pembaca yang telah mengetahui setelah membaca akhbar di mana warga kota Kuala Lumpur bakal merasai hasil transformasi Government Transformation Programme (GTP - Roadmap).

Bermula dari pagi tadi sehingga hujung minggu ini, RapidKL akan memulakan proses mengangkut koc-koc tren monorel daripada kilang di Rawang dan dibawa ke depoh Monorel, Brickfield, Kuala Lumpur untuk kerja-kerja penyambungan koc.

Untuk makluman, sebelum ini tren monorel hanya mempunyai 2 koc sahaja dan menerusi pemerhatian serta survey yang dibuat, pihak Prasarana telah melakukan penambaikan pada sistem transit monorel ini kerana bilangan hari penumpang telah mencecah seramai 100,000 orang sehari.

Tahniah kepada Prasarana yang berusaha gigih memenuhi tanggungjawab sebagai public transport provider utama di Kuala Lumpur.

Nak tengok lagi gambar-gambar pemindahan tren monorel ni, jom like Facebook : www.facebook.com/myrapid


TARGET PKR, ROSAKKAN EKONOMI MALAYSIA DAN HUBUNGAN DENGAN NEGARA-NEGARA PELABUR!!

Itu adalah agenda setan-setan pakatan haram. Setelah macam-macam dilakukan demi cita-cita tuan besar mereka nak jadi PM, kali ini 'wave' untuk merosakkan ekonomi Malaysia pula dilakukan oleh puak-puak lahanat ini. Bercakap untuk rakyat mereka cukup hebat, namun hakikahnya tiada satu haprak pun yang mereka lakukan untuk membantu rakyat!!!. 'Talk like shit'. ITU PeeKR!!!

Memang Setan jambul perangai mereka ni. Adakah peranan mereka ini disukai rakyat Malaysia? Suka? Minda anarkis menjadi-jadi!!!



Jenglot-jenglot barua pakatan haram ini sudah memulakan tindakan huru-hara terhadap negara. DAP meranapkan institusi berkaitan Melayu, PAS merosakkan pemahaman Islam manakala PKR merosakkan rakan-rakan pelabur Malaysia. Memang lahanat puak-puak haramjadah ni!!! 

Al Fatihah; Pemimpin PAS, Harun Taib Kembali Ke Rahmatullah



Admin seru agar kita selaku saudara seagama mengenepikan seketika setiap ideologi politik yang dibawa dan sama- sama bersatu hati menyedekahkan Al Fatihah kepada jenazah dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.  

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.