Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, September 24, 2014

SELEPAS AZMIN MB BARU SELANGOR, GILIRAN ANWAR PULA..




Merujuk kepada laporan portal pro-pembangkang Soros Kini MalaysiaKini. Isunya mengenai Anwar Ibrahim, pemimpin yang paling malang sekali dan menanggung malu yang amat apabila pilihan beliau, isteri beliau sendiri kempunan jawatan Menteri Besar Selangor.

Anwar dan PKR juga telah derhaka kepada Sultan Selangor dek angkuh masih mahukan Wan Azizah sebagai calon tunggal parti PKR.

Baca laporan di bawah :

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan yang terbaru akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya tiga tahun lalu.

Menurut penasihat undang-undang PKR, Latheefa Koya, ia berhubungucapan Anwar di satu perhimpunan politik di Gombak pada 2011.

Menteri Besar Selangor yang baru dilantik, Azmin Ali juga telah disiasat berhubung isu yang sama.

"Kenyataan Azmin telah pun diambil pada tahun 2011, tetapi nampaknya seperti mereka (polis dan pihak berkuasa) membuka semula kes ini," katanya.

Latheefa berkata Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, dijadualkan memberi kenyataan pada petang Jumaat di Ibu Pejabat PKR.

Peguam juga Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran, yang turut berdepan dengan dua tuduhan hasutan, akan menemani Anwar dalam rakaman kenyataannya - MK

Kita tahu bahawa rakyat sudah mual dengan politik huru hara dan fitnah Pakatan Pembangkang. Keretakan di dalam Pakatan sudah jelas, begitu juga dengan parti PAS.

MiM

Azmin akan siasat punca Khalid singkir Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor

  Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya akan meneliti alasan yang diberikan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar Ramy Afifin/Selangorkini, 23 September, 2014.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya akan meneliti alasan yang diberikan pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar Ramy Afifin/Selangorkini, 23 September, 2014.


Belum apa-apa azmin dah tunjuk dia ni masih jambu anwar.  Tan Sri Khalid teramat sukar untuk membuat keputusan mengenai isu air kerana Anwar meraban sana sini.  Sekiranya Azmin membawa budaya Anwar rakyat Selangor akan terus menjadi mangsa.

Punca penyingkiran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor oleh bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam akan disiasat, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar baharu yang mengangkat sumpah lantikan pagi tadi berkata, pihaknya akan meneliti alasan yang diberikan pentadbiran Khalid sebelum bertindak mengembalikan semula jawatan asal dalam negeri itu kepada Anwar.

"Saya baru dimaklumkan semalam ada keputusan yang dibuat, jadi saya lihat dulu apakah keputusan itu," katanya kepada pemberita di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.

Khalid pada detik akhir pentadbirannya memutuskan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Plaza Perangsang ditutup berkuat kuasa serta merta semalam bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat terakhir Khalid bersama empat exco PAS semalam.

"Kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Selangor," kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Faekah Husin dalam satu kenyataan.

Mengulas isu air, Azmin berkata pihaknya memerlukan masa untuk meneliti perjanjian penstrukturan industri air yang dimuktamadkan 11 September lalu memandangkan Khalid sebelum ini tidak pernah berbincang mengenainya dengan Pakatan Rakyat (PR).

"Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pihak berkaitan dan ketua jabatan untuk meneliti semula perjanjian air. Beri saya masa," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu turut menepis dakwaan dirinya disamakan seperti Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang akan dikawal oleh parti politik seperti boneka jika menjadi menteri besar.

Azmin berkata, beliau tidak akan menurut arahan mana-mana pihak, sebaliknya hanya akan menjalankan tugas berpandukan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Selangor.

"Saya akan menuruti Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan juga polisi yang sudah diluluskan PR untuk diguna pakai," katanya.

Ditanya mengenai suara tidak puas hati sesetengah ahli parti yang mahu melihat Dr Wan Azizah menjadi menteri besar, Azmin berkata semua pihak perlu terus maju ke depan dan terima keputusan Sultan.

"Lebih baik kita 'move on' dan berpegang kepada keputusan yang diambil," katanya.

 - TMI

Drama Baru Selangor Baru Bermula...

 

Sebelum apa pun yang berlaku, tak salah kalau kita ucapkan tahniah kepada YB Azmin Alin di atas perlantikan beliau sebagai Menetri besar yang baharu... kemelut yang berlaku akhirnya berpihak kepada beliau yang tidak tersenaraipun dalam calon awal sebagai Menteri Besar... kecuali, didendangkan sendiri olehnya dan penyokong-peyokongnya...

Baru menjadi MB beliau difahamkan ingin melihat semula polisi yang melibatkan air di Selangor... Aku tak tahu apa tujuannya, mungkinkah perjanjian atau mungkin juga mahu menarik semula air percuma di Selangor yang menjerat diri PKR sendiri...?

Drama bakal bermula, kita lihat apakah Azmin yang tidak mendapat sokongan pun dari DAP akan menyebelahi DAP dalam urusan pentadbirannya...? Aku percaya pemimpin bermuka-muka sudah mula mendekati Azmin sebaik saja mengangkat sumpah... PAS yang dikatakan telah mencalonkan Azmin sebagai MB pula masih tidak ketahuan...

Bermula perlumbaan mencari kekayaan di Selangor, apa akan jadi kepada GLC selepas ini? Siapakah yang bakal berkuasa? Pejabat penasihat Ekonomi telah ditutup, apa pula lagi selepas ini...?

Ada yang menyatakan Azmin kononnya pro Melayu, tapi, apakah beliau sanggup LANGGAR Bossnya yang mengangkat darjat pimpinan chauvinis DAP...???? Kita tunggu dan lihat...

Azmin yang terpalit dalam banyak isu, apakah beliau bersedia menghadapi isu-isu yang bakal dibangkitkan...? Ironinya, PKR sebenarnya sudah ketandusan Calon, kerana calon emreka terbaik TS Khalid Ibrahim pun sudah dipecat... Kalau Azmin ini hebat, sepatutnya. 



Seterusnya

Tuesday, September 23, 2014

SSK dengan 1MDB


Comments chedet Written by chedet


1.      Saya tertarik dengan tulisan sahabat saya Saleh Said Keruak (SSK) berkenaan 1MDB.

2.      Beliau berpendapat 1MDB ialah untuk bantuan dalam bidang pelajaran. Saya akui saya tidak tahu akan kegunaan wang 1MDB untuk pelajaran. Tetapi ada iklan yang menyebut sudah lebih satu juta rakyat dapat bantuan pelajaran dari 1MDB. Bahagi 1 juta dengan 4 tahun ini bermakna 250,000 setahun. Jika benar, Alhamdulillah.

3.      Yang saya tahu 1MDB diguna untuk membeli tiga buah stesen janakuasa dari YTL, Ananda Krishnan dan pemilik Jimah power plant di Negeri Sembilan. Harga pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran. Kos tidak kurang dari 4 billion Ringgit


4.      Baru-baru ini 1MDB akan memiliki sebahagian besar daripada saham stesen janakuasa yang akan dibina oleh Tenaga Nasional dan pihak lain. YTL telah tarik diri. Ramai yang menegur Tenaga kerana projek ini, kerana tidak mengadakan tawaran terbuka.

5.      Pembangunan projek Tun Razak Financial Exchange di jalan Tun Razak akan di laksanakan dengan dana 1MDB juga.

6.      Selain daripada itu berbillion dollar di urus melalui bank di sebuah Pulau Caribbean.

7.      Sahabat saya tentu tahu bahawa dana 1MDB ini berlagak sebagai Sovereign Wealth Fund iaitu dana kekayaan Negara.


8.      Banyaklah Negara pengeluar minyak mengadakan sovereign wealth fund daripada lebihan yang didapati setelah menjual beratus juta tong minyak setahun. Kuwait dan Qatar membeli banyak hotel terkemuka dengan wang yang banyak yang ada pada mereka.

9.      Malaysia mengeluarkan hanya 650,000 tong sehari dan tidak ada lebihan wang daripada penjualan minyak oleh Petronas. Sebahagian besar keuntungan diserah kepada Kerajaan, selainnya untuk dilabur. Wang yang diserah ini tidak begitu besar.

10.    Sebenarnya perbelanjaan Kerajaan lebih daripada pendapatan termasuk sumbangan daripada Petronas. Oleh itu bajet kita menghadapi defisit, bukan lebihan.

11.    Duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan Negara. Ia dihutang. Berbillion ringgit dihutang yang menambah hutang Negara dengan amat tinggi. Hutang oleh Negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina. Sebuah Negara yang mengalami deficit tiap tahun tidak mungkin bayar hutang sebesar ini.

12.    Biasanya dalam Kerajaan kita mengadakan belanjawan – iaitu catitan wang yang akan diterima oleh kerajaan bagi sesuatu tahun serta wang yang akan dibelanjakan oleh kerajaan pada tahun berkenaan. Pengurusan kewangan Negara perlu ikuti aturan peraturan. Diantaranya ialah kelulusan had siling hutang oleh Dewan Rakyat.

13.    Memang saya tidak perhati betul-betul tetapi saya tidak tahu akan peruntukan dalam bajet untuk membeli stesen janakuasa atau pembangunan beberapa projek.

14.    Untuk pelajaran kita tidak perlu berhutang. Sejak dahulu lagi kita peruntukkan hampir 25% dari bajet untuk pelajaran. Kita tidak pernah hutang untuk maksud ini.


15.    Ada juga cerita-cerita yang merunsingkan berkenaan pembiayaan oleh 1MDB. Saya harap sahabat saya SSK dapat beri butiran lanjut dan dokumen tentang penggunaan 1MDB untuk semua tujuan, termasuk pelajaran.

Ada MENTERI UMNO tengah SERONOK meLEMPARkan TAHI kepada PARTInya sendiri pasal GEMBIRA perLANTIKkan MB Selangor yang BARU?

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Walaupun belum diSAHkan apa-apa lagi, DENGAR CERITAnya orang di sebelah KIRI tuh akan menjadi MB Selangor beberapa JAM lagi.. Kita bukan RAKYAT Selangor, jadik kita tak RASA apa-apa la.. Cuma takat mampu berSIMPATI aje la dengan RAKYAT Selangor pasal NEGERInya MAJU tapi RAKYAT tak ke mana pasal takde halatuju..


TS Khalid dah tiada apa-apa dah pun selepas ini.. Walaupun sebelum ini disanjung TINGGI KONONnya sebagai MB Selangor paling BAGUS, itu SEMUAnya HIPOKRASI seMATA-MATA.. RAKYAT Selangor sendiri akan meLUPAkan JASAnya sebelum PRU-14 nanti.. HAKIKATnya, Selangor TIDAK akan menjadi lebih BAIK pun berBANDING sekarang..


Dalam KONTEKS ini, PAS paling RUGI kerana TIDAK dapat apa-apa pun tetapi hanya MAKI HAMUN yang TIDAK berkeSUDAHan terMASUKlah dalam MUKTAMAR sendiri.. Walaupun PAS lebih LAYAK mengGANTIkan TS Khalid sebagai MB Selangor, HAKIKATnya PAS lebih TERUK daripada LEMBU yang diCUCUK hidung..Walhal, TIDAK ada SALAHnya pun PAS mengambil-alih JAWATAN MB itu kerana PAS memang LAYAK BAIK dari SEGI UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI Selangor mahupun dari SEGI BILANGan KERUSI DUN..Namun, PAS hanya TELAN air LIUR dan mengHAMPAkan HARAPAN MAJORITI RAKYAT Selangor sendiri pada kali ini!



Dalam KONTEKS KRISIS POLITIK di Selangor, UMNO masih GAGAL untuk meRAIH semula kePERCAYAan RAKYAT Selangor.. Kita TIDAK NAMPAK pun sebarang USAHA oleh UMNO untuk turun PADANG berJUMPA RAKYAT di Selangor bagi menJELASkan penDIRIan mereka? Malah, terBUKTI pula UMNO sendiri diBALING TAHI dari dalam PARTInya jika kita meRUJUK kepada TWITTER di bawah ini.. Memang BANGANGlah menteri UMNO ni..


Jelas sekali bahawa bukan sahaja dalam PAS, malah dalam UMNO sendiri pun memang ada 'BARUA' yang sekian LAMA diSIMPAN untuk mengHANCURkan UMNO dari dalam.. KeSETIAan 'BARUA' ini bukannya pada UMNO pun, malah 2X5 jugak dengan SPESIS 'ERDOGAN' dalam PAS.. Maka, tak HAIRANlah jika  SOKONGan UMAT Melayu/ISLAM terhadap kedua-dua PARTI UMNO dan PAS ini semakin MEROSOT dek kerana peranan yang diMAINkan oleh 'BARUA' sebegini..

Jika BENAR UMNO mahu memBELA RAKYAT Selangor, kenyataan sedemikian TIDAK akan dikeluarkan dari TWITTER seorang PEMIMPIN UMNO.. Apatah lagi MB yang bakal mengGANTIkan TS Khalid ini bukannya lebih BAGUS pun? Malah, sebelum ini pun orang ini sudah ada SKANDAL yang masih GAGAL diJELASkan olehnya hingga sekarang..




Kalau ADUN PAS yang mengGANTIkan TS Khalid, mungkin tak akan ada RAKYAT Selangor yang MARAH jika kenyataan sedemikian dikeluarkan.. Ini kerana, PAS di Selangor TIDAK memPUNYAi ADUN yang berMASALAH seperti di dalam PKR.. Sebab itulah RAMAI RAKYAT Selangor KHUSUSnya UMAT Melayu/ISLAM mahu mana-mana ADUN PAS yang mengGANTIkan TS Khalid.. ADUN UMNO pulak masih diBUAI MIMPI INDAH meRASAkan mampu MENANG MUDAH pada PRU-14..

Kita nak TANYAlah kepada anda.. Apakah anda meRASAkan 'BARUA' yang meROSAKkan UMNO dan PAS selama ini beKERJA untuk si 'PenJUBOR' PKR ini dan KELUARGAnya?


TIDAK.. TIDAK SAMA sekali.. Anda harus TAHU bahawa si 'PenJUBOR' PKR ini jugak sebenarnya terIKAT dengan PIHAK lain kerana segala RAHSIAnya yang dalam KAIN terSIMPAN KEMAS oleh mereka ini sejak sekian LAMA.. Mereka ini sudah lama menyimpan segala RAHSIA 'MenJUBOR' dan pengKHIANATan si 'PenJUBOR' PKR ini terhadap NEGARA, BANGSA dan AGAMAnya..  Malah ada yang diSIMPAN di Singapura pun.. Siapakah mereka yang MENGAWAL si 'PenJUBOR' PKR ini demi meROSAKkan penguasaan POLITIK UMAT Melayu/ISLAM di dalam NEGARA kita?


NAMPAK tak perKAITannya? Mereka MENGAWAL si 'PenJUBOR' PKR, dia pulak meMASUKkan 'BARUA'nya ke dalam UMNO dan PAS untuk meROSAKkan kedua-dua PARTI ini.. HASILnya, kita LIHATlah seperti kenyataan dalam TWITTER  di atas itu..


Sebab itulah TUN DR. Mahathir dah menarik SOKONGan beliau kepada DS Najib kerana beliau mungkin nampak yang DS Najib terlalu LEMAH untuk menJAGA UMNO dari diCEMARi dan diROSAKkan oleh para 'BARUA' yang diSELUDUP ke dalam PARTI ini..Credit

Monday, September 22, 2014

El Haraki : Saari Sungip Mula Tunjuk Wajah Sebenar


AIDCNew – Facebook pro ulama, El Haraki menyifatkan Saari Sungip menunjukkan wajah sebenar apabila mula mengangkat muka mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut El Haraki, PAS mula mencurigai Saari sejak kemasukan beliau ke dalam parti itu pada tahun 1987, namun ketika itu kesannya masih belum melebar berbanding dengan sekarang ini.
“Saari Sungip merupakan Presiden JIM yang melakukan infiltrasi ke dalam PAS.
“Tahun 1987, Saari pernah meminta jawatan dan tugas daripada Lajnah Tarbiyah PAS Pusat yang ketika itu diketuai oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
“Pernah ditawarkan jawatan Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional (Sekarang PKR) pada tahun 1999, dia kata “nanti dulu, saya nak bergerak dalam PAS dulu.”
“Merupakan perancang Grand Design HIS untuk menguasai PAS setebal 57 m/s yang mempunyai lebih kurang 5.0 point besar. (El-Haraki ada menyimpan bukti dan dokumen Grand Design yang bocor ini)
“Saranan El-Haraki agar Saari keluar daripada PAS ataupun bertaubat kepada Allah kerana telah melanggar Baiah atas nama Allah dan Rasul,”dedah facebook itu.
El Haraki turut menyiarkan pendedahan Ahmad Hakimi Othman, Kuala Selangor berkaitan dengan sejarah Saari dan JIM :

PAS, IRC, ABIM dan Saari Sungip.

Timbul isu Panas bila Saudara Saari sungip mula bertindak balas terhadap tindakan sebahagian Muktamirin di Muktamar PAS dan juga penegasan TG Presiden kepada dua orang yang khianat amanat dan Baiah atas Nama ALLAH swt. (Wallahi, Wabillahi, Watallahi). Penting juga untuk kita melihat kaitan dan hubungan Saari Sungip dan PAS dalam lapangan gerakan ISLAM. Tidak asing bagi yang berpengalaman dalam lapangan dakwah Islam di tanah Melayu bahawa terdapat pertembungan apabila berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Kesan 13 Mei, PAS mengambil keputusan bersama Perikatan dalam tahun 1972 membentuk BARISAN NASIONAL. Kesan penggabungan ini, beberapa tokoh merasakan perlu bergerak dari luar jalur kerajaan dan akhirnya membentuk NGO NGO dan gerakan Pelajar yang terlibat secara langsung menyuarakan pendapat dalam arus perdana sosial dan politik Tanah Melayu ketika itu.
Saari Sungip, lulusan sekolah berasrama Penuh Sekolah Tun Abdul Razak (STAR) Ipoh yang akhirnya melanjutkan pelajaran di Birmingham UK dan menyertai gerakan pelajar di sana yang lebih terkenal dengan Islamic Reprensentative Council (IRC). Dengan jaringan IRC inilah , akhirnya membentuk jalur asas kepada pertembungan yang berlaku selepasnya.
Sepanjang dekad 1980-1990 berlaku beberapa peristiwa yang boleh dikaitkan dengan penglibatan IRC. Antaranya keributan yang berlaku dalam ABIM dan gerakan pelajarnya yang dipimpin Oleh Mohd Nor Manuty. Perpecahan dalam ABIM menyebabkan terdiri lagi satu kumpulan iaitu kumpulan Ustaz Dahlan (Kusda) yang dipimpin Ustaz Dahlan Mohd Zain yang mengetuai ABIM Perlis. kumpulan ini akhirnya membentuk HALUAN pada tahun 1988.
Terjadi juga krisis kepercayaan dalam PAS apabila sdr Mustafa Kader yang pernah menjawat jawatan tertinggi di peringkat Pemuda terlibat dalam jaringan rancangan IRC. Dalam Organ Parti seperti Harakah, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok dijadikan payung mereka atas budi membantu Dr Daeng membangunkan Harakah sebagai organ Parti ketika itu. Dalam krisis ketika itu, Dr Daeng sedikit terpalit dengan perancangan perancangan mereka dari IRC.
Akhirnya, kemuncak bila tidak dapat menembusi secara total dalam ABIM dan PAS, mereka membina jemaah forntline yang dinamakan JEMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) yang diasaskan pada 27 Julai 1990. Pengerusi Penaja NGO ini, tidak lain dan tidak bukan ialah Saudara Saari Sungip yang seterusnya menjawat Jawatan Pengerusi JIM sehingga 1999.JIM di bawah kepimpinannya juga cuba menyatukan dengan HALUAN pada tahun 1995 tetapi tidak berjaya.
Kalau dilihat dari jalur waktu sejarah, tertubuhnya JIM serentak dengan kemenangan PAS di Kelantan pada tahun 1990. Pada masa itu, Dato Sri Anwar Ibrahim tengah memuncak karier politiknya di dalam UMNO. Malah, kalau dilihat dari jalur kesatuan Pelajar, Tokoh Tokoh pelajar MISG yang menyertai beliau ialah Wan Hasni Wan Sulaiman yang pernah menjawat Timbalan Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan pengerusi ABRAR INC.
Turut bersama Abdul Rahim Ghouse, Mantan Presiden MISG sebelum wan Hasni yang menjadi Ketua Pemuda Pulau Pinang dan juga bersama Wan Hasni membina ABRAR INC. MISG dan IRC punyai hubungan yang agak erat di kalangan penggerak persatuan pelajar di Luar negara. MISG yang berpusat di Illinois, amerika, Manakala kumpulan IRC bergerak di UK. Ramai juga, lepasan lepasan ABIM turut sama menyertai MISG lantas secara tak sedar membina jaringan langsung dengan UMNO di bawah pimpinan DSAI.
Maka tidak hairan ketika itu, tatkala Anwar berada di puncak kuasa UMNO, tokoh tokoh IRC menguasai di sektor pendidikan di UIA, USM Kubang kerian, di UTM, di UM dan lain lain lagi. Dalam masa yang sama Saari Sungip juga terlibat dalam bidang kejuruteraan mempunyai hubungan secara langsung dalam urusan perniagaan bersama agensi agensi kerajaan yang ketika itu mendapat faedah bekerjasama dengan DSAI.
Pertembungan DSAI dan PAS ketika itu juga turut dibantu oleh JIM dalam menaikkan imej Islamisasi DSAI. Malah membantu DSAI untuk beliau merampas balik Kelantan dari PAS pada tahun 1995. Maka tidak hairan ucapan ucapan DSAI, kosa kata yang digunakan oleh anwar Ibrahim seperti Masyarakat Madani, Maqasid Syariiah, Islamisasi turut diucap oleh pimpinan pimpinan IRC/JIM/IKRAM sehingga hari ini.
Tahun 1998, berlakunya reformasi apabila DSAI dipecat dari UMNO. Maka tatkala JIM/IRC sudah hilang kepentingan dalam UMNO. Mereka bangkit membela DSAI seterusnya bersama sama dengan PAS yang menggerakkan GERAK yang dipimpin oleh almarhum TG Fadhil Noor ketika itu. Permusuhan DSAI dengan Mahathir Mohammad ketika itu menyebabkan beberapa tokoh IRC, PAS disumbat ke dalam tahanan ISA.
Pengikut yang dahulu masuk UMNO kerana umpanan DSAI juga turut masuk ISA. Saari Sungip, Abdul Malik Hussin, Ahmad Zahid Hamidi, Ezam Mohd Nor dan ramai lagi ditahan atas penglibatan mereka bersama DSAI ketika reformasi 1998. Di saat itulah, nama nama Saari Sungip, Dzulkefly Ahmad, Nizar, Zulkifly Omar muncul satu persatu dalam PAS.
Dalam PRU 1999, Saari Sungip bertanding atas tiket Keadilan di Parlimen Paya Besar tetapi kalah. 2004, Saari Sungip bertanding atas Tiket PKR di Parlimen Kuala Langat, juga kalah. Akhirnya pada tahun 2008, Saari Sungip bertanding atas tiket PAS selepas menyertai PAS dan menang di DUN Ulu Klang dalam Parlimen Gombak. mengulangi bertanding pada 2013 sehingga masih bergelar YB sehingga hari ini.
Kalau dilihat kisah ini, lihat betapa PAS memberi ruang dan kemaafan untuk Saari Sungip dan kawan kawannya bergerak dalam PAS. Namun madu yang diberi, tuba yang dibalasnya. Tindakan membelakangi keputusan PAS menerusi Presiden dan Majlis Syura langsung tidak diambil perhatian apabila baiah atas Nama ALLAH.
Malah, dengan bangganya hari ini menyebut dalam akhbar untuk mempersoalkan tindakan muktamirin PAS mendesak beliau diambil tindakan oleh Jemaah dan doa kepada ALLAH.

Lihatlah sejarah ini. Siapa Khianat Siapa?

Ahmad Hakimi Othman
Kuala Selangor

TAHNIAH AZMIN ALI JADI MENTERI BESAR SELANGOR YANG BARU... SELAMAT TINGGAL PKR DAN DAP DI SELANGOR!!!


Azmin Ali sedang dikesan melaksanakan rehearsal angkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor di Istana Selangor. Gambar-gambar dia sedang melakukan 'latihan' sebelum upacara angkat sumpah esok, sudah tersebar dan sedang viral di Facebook.

PKR pula masih lagi terkial-kial untuk menghadap DYMM Sultan Selangor bagi membolehkan mereka melaksanakan misi memujuk dan memaksa DYMM Sultan Selangor menerima Wan Azizah sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.

Manakala DAP pula dilihat kelam-kabut kerana hubungan mereka dengan Azmin Ali tidak begitu baik.

PAS Selangor, khususnya yang masih wala' kepada pucuk pimpinan dan Majlis Syura Ulama PAS sudah bersedia untuk melakukan anjakan besar bagi membolehkan mereka menjadi pemain utama politik Selangor. Sebagai penyokong tegar Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar Selangor, PAS juga pada masa yang sama, telah melakukan sesuatu yang akan memantapkan parti itu dalam politik Selangor.

PKR sudah pun memecat Khalid Ibrahim daripada keahlian parti tanpa melakukan proses yang sah, bahkan lebih bersifat sebagai dendam peribadi apabila Khalid Ibrahim enggan berkompromi untuk meletakkan jawatan dan memberi laluan mudah kepada Wan Azizah.

Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR telah lama mengatur pergerakan dan rancangan untuk jawatan tersebut. Walaupun tidak begitu menonjol, tetapi pergerakan Azmin Ali sudah lama dicium.

PKR tahu, Azmin Ali mempunyai jumlah pengikut yang jauh lebih ramai berbanding Wan Azizah yang hanya bergantung kepada simpati, air mata, kipas Cina dan sarung tangan putih. Cubaan untuk menyingkirkan Azmin Ali telah dibuat terutama dengan menggunakan Chegu Bard dan Rafizi Ramli serta Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin, bekas kroni kuat Azmin Ali.

Kini telah terbukti, perancangan yang dibuat oleh Azmin Ali jauh lebih menarik dan berwarna warni serta licik berbanding Kajang Move ciptaan Rafizi Ramli.

Azmin telah bersedia untuk dikenakan tindakan kerana mematuhi DYMM Sultan Selangor dengan pengaturan formula berikut:

AZMIN ALI + UMNO + PAS (- 2 ADUN) + 5 ADUN PKR = MAJORITI!!! 


DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.